You are on page 1of 8

ISL MINGGU 1 : TAJUK 3.

0 (EDU 3037)
ASPEK-ASPEK DOMINAN DALAM PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING DI SEKOLAH.
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Bidang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menghendaki kaunselor
mengadakan sesi dengan pelajar .Antara corak perkhidmatan yang diberikan
ialah Sesi Kaunseling Individu iaitu sesi yang melibatkan hanya kaunselor
dan klien sahaja.Tujuannya adalah untuk membincangkan permasalahan
individu serta membantu klien mencari jalan untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh klien. Kaunseling individu lebih kepada perkara yang
bersifat peribadi dan kerahsiaan.Oleh itu sebagai kaunselor adalah menjadi
tanggungjawab baginya utnuk menjaga rahsia berkaitan cerita atau
permasalahan klien yang diperbincangkan.
Bagi Sesi Kaunseling Kelompok pula ia melibatkan kaunseling yang
melibatkan sejumlah pelajar yang mempunyai masalah yang sama atau
hampir sama.Semasa sesi berlangsung kaunselor boleh memilih sama ada
bertindak sebagai fasilitator iaitu membimbing kumpulan terbabit untuk
mencapai matlamat yang hendak dicapai di penghujung sesi tersebut atau
sebagai ahli dalam kumpulan tersebut.Semasa permulaan sesi kaunselor
perlu menerangkan tentang kerahsiaan yang perlu dijaga oleh setiap ahli
kelompok.

Seterusnya ialah Sesi Bimbingan Individu .Dalam hal ini kadang-kadang


terdapat pelajar yang datang bertemu kaunselor hanyalah untuk
mendapatkan bimbingan terutama ingin mengetahui cara belajar yang
bereksan.Dalam hal ini ,kaunselor perlu menjalankan sesi bimbingan iaitu
memberi
tunjuk
ajar
secara
terus
kepada
pelajar.
Demikian pula halnya dengan Sesi Bimbingan Kelompok iaitu beberapa
orang pelajar yang datang bertemu kaunselor hanya untuk mendapatkan
sedikit bimbingan dan pandangan bagaimana cara untuk mereka
mengulangkaji sebagai contohnya sekumpulan peajar yang ingin meminta
pandangan dan berbincang tentang bagaimana mereka hendak memulakan
belajar dalam kumpulan.

ISL MINGGU 1 : TAJUK 3.0 (EDU 3037)

Konsultasi pula melibatkan kaunselor dengan pihak luar.Ini berlaku apabila


kaunselor mendapati ia kurang berkemahiran dalam sesuatu bidang yang
diutarakan oleh klien.Maka,ia perlu mendapatkan nasihat pakar atau
kaunselor lain atau pun merujuk kes berkenaan terus kepada pihak lain yang
dipercayai mempunyai kepakaran dan dipercayai boleh membantu klien
tersebut.Merujuk klien yang mempunyai kemurungan yang serius
merupakan suatu bentuk konsultansi yang boleh dilakukan oleh kaunselor.
Pengurusan dan Pentadbiran
Seseorang kaunselor pada asasnya terlibat dalam pengurusan dan
pentadbiran.Uusan pentadbiran yang dimaksudkan adalah urusan dan
pentadbiran yang berkaitan dengan bidang Bimbingan dan Kaunseling serta
hubungannya dengan pihak pentadbir sekolah ataupun agensi luar.

Perkara yang termasuk dalam pengurusan antaranya ialah mengurus dan


menyelia sistem fail.Dalam urusan ini kaunselor bertanggungjawab terhadap
pengurusan segala jenis fail yang telah diwujudkan.Segala jenis fail
hendaklah mempunyai nama dan siri nombor.Fail mestilah dalam keadaan
yang terurus dan teratur bertujuan agar senang dicari bila fail itu
dikehendaki.

Membuat sebaran berkenaan perkara yang berkaitan dengan bidang


kaunseling.Ini bermaksud kaunselor perlu membuat sebaran seperti
mengedarkan buletin,paparan ,poster,buku skrap berkenaan maklumat
kerjaya,maklumat pendidikan dan latihan,maklumat dadah,bahaya rokok dan
kesihatan dan jadual waktu perkhidmatan kepada para pelajar.Ini semua
bertujuan untuk memaklumatkan pelajar agar mereka tahu akan
kepentingan dan tugas Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
Kaunselor juga dikehendaki menyediakan dan menyelenggara kertas kerja p
dan menyediakan laporan program.Penyediaan kertas kerja program dan
laporan program adalah menjadi suatu tanggungjawab kaunselor.Sebagai
kaunselor yang juga merangkap Setiausaha Unit Bimbingan dan Kaunseling

ISL MINGGU 1 : TAJUK 3.0 (EDU 3037)


di sekolah,maka adalah menjadi kewajipan baginya untuk menyediakan
kertas kerja dan laporan aktiviti pada tiap kali aktiviti di bawah kelolaan Unit
Bimbingan
dan
Kaunseling
dijalankan.
Keceriaan bilik kaunseling begitu penting kerana bilik kaunseling perlulah
selesa dan kondusif bagi menjamin suasana sesi kaunseling yang
berlangsung adalah teraputik.Suasana yang teraputik hasil dari keindahan
dan keceriaan bilik kaunseling sebenarnya mempengaruhi klien yang datang
untuk mendapatkan perkhidmatan.Suasana yang kondusif dipercayai akan
mempercepatkan lagi proses rawatan yang diberikan oleh kaunselor kepada
kliennya.

Laporan dan rekod sesi perlu disediakan sebaik dan secepat mungkin agar
kaunselor
tidak
tertinggal
fakta-fakta
penting
semasa
sesi
berjalan.Penyediaan laporan sesi amat penting sebagai rujukan kepada
kaunselor untuk sesi yang berikutnya.Namun begitu adalah perlu diingat
bahawa segala laporan sesi adalah SULIT dan adalah menjadi suatu
kesalahan jika ia terdedah atau diketahui oleh orang lain.Namun begitu bagi
kes-kes yang melibatkan jenayah atau kes-kes yang terlalu berat ia boleh
didedahkan dengan tujuan menyelamatkan klien atau orang yang ingin
dicederakan
oleh
klien.
Penyediaan borang-borang perkhidmatan murid bagi kemudahan kaunselor
menjalankan urusan pentadbiran.Kaunselor perlu menyediakan borangborang tertentu bagi mengurus dan melancarkan lagi pengurusan Bimbingan
dan kaunseling(Rujuk lampiran untuk borang yang disediakan).Borang yang
disediakan mempunyai fungsi dan peranan tertentu.

Akademik
Seterusnya kaunselor bertanggungjawab untk membantu pelajar untuk
mengetahui dan memahami kemahiran belajar yang meliputi kemahiran
membaca dan mengambil nota,pengurusan masa,pengurusan diri,kemahiran
mendengar,
kemahiran
mengingat,mengulangkaji,menjawab
soalan
peperiksaan
dan
menghadapi
peperiksaan.
Mengumpul maklumat berkenaan peluang melanjutkan diri seleps Penilaian

ISL MINGGU 1 : TAJUK 3.0 (EDU 3037)


Menengah Rendah,Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia.Pengumpulan maklumat ini adalah perlu agar para pelajar
mendapat maklumat tentang ke mana hala tuju mereka selepas melepasi
tahap-tahap tertentu.Syarat-syarat untuk melanjutkan pelajaran ke institut
pengajian tinggi awam atau swasta,tempat pengajian lain bagi pelajar yang
tidak berjaya mendapat tempat ke institusi pengajian tinggi sebagai
alternatif bagi mereka yang tidak layak dan lain-lain peluang untuk pelajar
melanjutkan pelajaran.Ini semuanya menjadi tanggungjawab kaunselor.
Tugas kaunselor seterusnya dalam bidang akademik tertumpu kepada
Pemilihan mata pelajaran elektif.Sebagaimana yang semua maklumi bahawa
apabila pelajar tamat PMR ,SPM atau STPM ,para pelajar terlibat dengan
pemilihan mata pelajaran elektif.Untuk memilih mata pelajaran yang
bersesuaian dengan minat dan tahap pencapaian para pelajar maka
kaunselor menjadi tempat rujukan untuk mendapatkan maklumat tentang
pemilihan mata pelajaran tersebut.Pada kebiasannnya pelajar akan bertemu
kaunselor untuk mendapatkan gambaran tentang minat mereka dan mata
pelajaran yang bersesuaian dengan minat dan pencapaian mereka sebelum
mereka bertindak untuk mengambil keputusan.
Kaunselor juga berperanan dalam meningkatkan motivasi pelajar untuk terus
belajar dan berjaya dalam pelajaran.Tugas ini memang amat mencabar.Oleh
itu kaunselor amat memerlukan kerjasama dari rakan guru yang lain. Kursuskursus kesedaran diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran rasa
kebertanggungjawapan pelajar terhadap kejayaan mereka sendiri.Sebagai
usaha untuk meningkatkan lagi kemahiran pelajar maka mereka akan
didedahkan dengan beberapa ujian personaliti yang bertujuan untuk
mengenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri.Kemahiran lain yang diajar
kepada pelajar adalah mengurus diri,membina matlamat diri,mengenal pasti
sumber belajar dan kemahiran belajar sokongan.
Kemahiran
belajar
seperti
kemahiran membaca,membuat
rujukan
,pengurusan
masa,mencatat
nota,memberikan
konsentrasi,mendengar,mengingat,mengulang kaji,kumpulan belajar,dan
teknik menjawab soalan peperiksaan serta peluang untuk menyambung
pelajaran ataupun latihan.
Pengumpulan maklumat pelajaran dan latihan iaitu peluang pelajar bagi

ISL MINGGU 1 : TAJUK 3.0 (EDU 3037)


melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi/institusi, latihan
kemahiran Institusi pengajian tinggi awam dan swasta,Institusi latihan
kemahiran awam dan swasta.Pengumpulan bahan ini amat perlu utnuk
kegunaan kaunselor bagi menerangkan peluang yang bakal diperolehi oleh
pelajar selepas tamat persekolahan menengah.Selain daripada itu kaunselor
juga bertanggungjawab untuk menerangkan pembiayaan pendidikan iaitu
sama ada biasiswa atau pinjaman serta penajaan oleh syarikat atau badan
berkanun tertentu yang boleh diperolehi pelajar sekiranya mereka berjaya
dengan keputusan yang cemerlang.

Kerjaya
Bidang kerjaya pula memerlukan kaunselor untuk membantu murid dalam
membuat pemilihan cita-cita terhadap kerjaya pilihan secara pendedahan
melalui pengumpulan maklumat kerjaya yang dilakukan oleh murid
.Beberapa pertandingan yang diadakan di peringkat sekolah,daerah,negeri
dan kebangsaan berkaitan kerjaya turut diadakan bagi membantu pelajar
untuk mendapatkan maklumat berkaitan kerjaya pilihan.Antara pertandingan
yang melibatkan kerjaya adalah Eksplorsai Alam Kerjaya,kain rentang
kerjaya, dan poster kerjaya.Dengan dibimbing oleh kaunselor maka para
pelajar akan berusaha untuk mendapatkan bahan bagi kegunaan mereka.

Psikososial dan kesejahteraan mental

Kaunselor bertanggung jawab untuk membantu pelajar bagi meningkatkan


self
esteem
,kerohanian,pengurusan
tekanan,
kemahiran
komunikasi,kemahiran asertif yang boleh dilakukan melalui bimbingan
kerjaya,penyertaan
pelajar
dalam
kem
bina
insan,
kem
motivasi,perkhemahan ibadah dan kaunseling keluarga.Semua aktiviti yang
dilakukan bertujuan untuk meningkatkan psikososial pelajar serta
meningkatkan tahap kesejahteraan mental pelajar agar para pelajar dapat
menyeimbangkan antara tuntutan kehidupan dan tuntutan untuk

ISL MINGGU 1 : TAJUK 3.0 (EDU 3037)


meneruskan pembelajaran di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi
kelak.

Kaunseling keibubapaan

Tugasan ini memerlukan kaunselor untuk membantu ibu bapa dan keluarga
dalam menyelesaikan masalah ponteng,kenakalan anak melalui lawatan ke
rumah serta bimbingan individu.Melalui kaunseling keibubapaan ini
kaunselor akan dapat mengetahui latar belakang keluarga kliennya serta
dapat menyelidiki masalah klien dengan lebih dekat dan menyeluruh.Ini
akan membantu kaunselor mendapatkan pandangan dan membantu ibu
bapa untuk menyelesaikan masalah yang bersangkutan dengan anak
mereka yang bermasalah.

Tugas membantu pelajar yang bermasalah bukanlah suatu tugas yang


mudah kerana kebanyakan pelajar yang bermasalah datang dari keluarga
yang bermasalah.Oleh itu,kaunselor perlu berhati-hati ketika menjalankan
kaunseling keibubapaan agar ia tidak menyentuh isu-isu yang terlalu sensitif
hingga boleh menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan ibu bapa.Justeru
itu,tugas sebagai kaunseling keibubapaan merupakan suatu tugas yang
sangat mencabar kerana kaunselor bukan sahaja berhadapan dengan pelajar
tetapi ibu bapa dan seluruh ahli keluarga yang bermasalah.

Pembangunan diri

Membantu dan membimbing murid dalam menyelesaikan masalah diri


sendiri dengan cara dan kaedah sendiri mengikut panduan yang telah
diperbincangkan.Dalam hal ini ,para pelajar dibantu serta dibimbing
bagaimana untuk menyelasaikan masalah diri sama ada yang berpunca dari
diri sendiri atau pun persekitaran.Dalam hal memberi bantuan dan
bimbingan ini, kaedah tertentu yang difikirkan perlu akan diberikan kepada
pelajar agar ia dapat membebaskan dirinya daripada belenggu maslah yang

ISL MINGGU 1 : TAJUK 3.0 (EDU 3037)


dihadapinya.Kaedah yang diberikan tersebut pada dasarnya adalah mengikut
kehendak dan keperluan pelajar yang memerlukannya kerana segala
tindakan yang bakal dilakukan adalah tanggungjawab pelajar sendiri.

Pendidikan pencegahan dadah/rokok/inhalan dan HIV/AIDS


Membantu murid agar berupaya berkata tidak serta mengenal dan menjauhi
kepada rokok dan dadah.Dalam hal ini,pelajar akan diberikan info berkaitan
dengan dadah,rokok,inhalan dan HIV AIDS.Maklumat yang diberikan akan
menggambarkan perkara yang buruk jika pelajar mendekatinya.Kaunselor
juga akan memberikan maklumat kepada pelajar mengenai kegiatan dadah
di Malaysia serta akibat buruk daripada mengedar ataupun menghisap
dadah.

Kaunselor akan menjadi orang perantara dengan agensi luar yang berkaitan
dengan aktiviti pencegahan dadah,rokok,inhalan dan HIV AIDS.Melalui
kerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK) pelajar akan
didedahkan dengan bahaya pengambilan dadah dan pengujian air kencing
boleh
dilakukan
oleh
AADK.
Perkongsian maklumat dengan badan pencegahan dadah yang lain seperti
PEMADAM ,Kementerian Kesihatan dan lain-lain agensi yang berkaitan adalah
di bawah tanggungjawab kaunselor.

Kaunselor juga boleh melibatkan pelajar dengan program-program anjuran


Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri serta Kementerian
dengan mengambil bahagiann dalam acara-acara yang dipertandingkan di
setiap peringkat seperti pertandingan melukis poster,melukis kain rentang
dan
lain-lain
lagi.

SUMBER :

ISL MINGGU 1 : TAJUK 3.0 (EDU 3037)

1.
http://binadiribinakerjaya.blogspot.com/2012/04/peranan-gurukaunseling-di-sekolah.html

2. http://kaunselingskbt2.blogspot.com/p/bahan-kaunseling.html

3. http://ubksukses.smksk.net/?page_id=4

4. http://www.ukm.my/penerbit/fx890-2.html

You might also like