You are on page 1of 12

Bagi tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini, kami diminta membuat

kerja kursus projek berkaitan penaksiran dan penilaian. Dalam bahagian satu ini,
kami akan membincangkan konsep penaksiran dan penilaian kanak-kanak, objektif
penaksiran dan penilaian kanak-kanak, prinsip-prinsip penaksiran dan penilaian
serta teknik-teknik atau instrumen-instrumen yang boleh digunakan dalam
penaksiran dan penilaian.
Penaksiran dan penilaian merupakan suatu aspek yang sangat penting dalam
pendidikan. Dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, penaksiran dan penilaian
membolehkan seseorang guru atau pendidik mendapatkan maklumat tentang
seseorang kanak-kanak, melihat keberkesanan pembelajaran, kurikulum,
pentadbiran dan mengenalpasti aspek-aspek yang boleh diperbaiki (Lihanna
Borhan). Penaksiran dan penilaian juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap
pengajaran.
Jika penaksiran dan penilaian yang sistematik hanya dilakukan pada satu-satu
aspek tertentu sahaja, contohnya aspek kognitif dinilai melalui ujian dan peperiksaan
bertulis, maka aspek itulah kelak yang akan menjadi fokus dan strategi pengajaran
(Meisels, 1995). Aspek yang tidak dinilai akan diberi perhatian superficial atau
secara tidak mendalam. Sekiranya ini berlaku, falsafah pendidikan yang seringkali
merujuk kepada perkembangan keseluruhan individu seperti yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menjadi tidak relevan. Oleh itu, penaksiran
dan penilaian perlu diberikan perhatian yang serius sejak dari mula lagi, terutamanya
ke arah pembentukan insan yang seimbang dari semua aspek dapat dipenuhi.
1.1

KONSEP PENAKSIRAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK.

Penaksiran dan penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentang


perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la
merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras
dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Secara keseluruhannya
penaksiran dan penilaian bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi
murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil

penaksiran dan penialain membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang


berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap
optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
Menurut Rohaty dan Abu Bakar (1989), penilaian adalah suatu proses yang
melibatkan beberapa langkah utama atau proses yang berterusan untuk mencapai
satu tujuan iaitu bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan mencukupi untuk
membolehkan guru membuat sesuatu keputusan yang dirasakan perlu. Langkahlangkah utama atau proses yang dinyatakan sebelum ini dapatlah dirumuskan
kepada tiga proses utama iaitu proses yang pertama adalah merancang, proses
kedua melaksanakan penaksiran dan proses yang ketiga adalah merekod
maklumat.
Dalam proses pertama iaitu merancang, beberapa perkara penting haruslah diambil
kira agar penilaian dan penaksiran yang hendak dibuat berjalan dengan lancar dan
sistematik. Perkara-perkara berikut adalah yang pertamanya mengenal pasti murid
yang hendak dinilai, yang kedua menentukan hasil pembelajaran yang hendak
dinilai, yang ketiga menentukan instrumen yang hendak digunakan, dan yang
seterusnya adalah menentukan aspek yang hendak diperhatikan, menentukan
tempoh masa pemerhatian dan yang terakhir menentukan waktu sesuatu penaksiran
dan penilaian hendak dijalankan.
Selain itu, dalam proses merancang juga pembinaan instrumen perlu dititikberatkan.
Instrumen yang dibina seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti tujuan yang jelas,
menepati apa yang hendak dinilai, item yang boleh diukur dan perlu diingatkan
bahawa setiap item hanya boleh mengukur setiap satu kemahiran sahaja.
Dalam proses kedua iaitu proses melaksanakan penaksiran dan penilaian pula,
perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana penaksiran dan
penilaian dilaksanakan. Penaksiran dan penilaian dalam pendidikan prasekolah
hanya dapat dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian merupakan proses
pengamatan terhadap segala pelakuan murid yang bersesuaian dengan
perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian dan penaksiran, pemerhatian
merupakan satu kaedah yang sistematik untuk mengumpul data atau maklumat agar
dapat merekodnya dengan tepat kelak.

Terdapat tiga langkah pemerhatian yang boleh digunakan dalam proses penaksiran
dan penilaian iaitu pemerhatian yang dibuat terhadap tingkah laku murid,
pemerhatian melalui perbualan atau interaksi antara murid dengan guru atau murid
dengan murid dan yang ketiga pemerhatian terhadap hasil kerja murid. Untuk
pemerhatian terhadap tingkah laku kanak-kanak, guru bolehlah membuatnya ketika
kanak-kanak melakukan aktiviti seperti menyusun blok bersama rakan-rakan,
membuat aktiviti kumpulan, mewarna atau melakukan aktiviti fizikal. Melalui
interaksi lisan murid pula bolehlah dinilai melalui aktiviti seperti main peranan,
bersoal jawab, bacaan atau nyanyian.
Di antara contoh hasil kerja murid yang boleh diperhati dan dinilai oleh guru adalah
melalui lukisan, buku skrap atau kraf tangan yang dihasilkan oleh kanak-kanak.
Proses yang ketiga iaitu proses terakhir dalam penaksiran dan penilaian
perkembangan kanak-kanak adalah merekod maklumat yang diperoleh. Merekod
adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik berkaitan perkembangan,
kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Antara contoh-contoh rekod yang
boleh digunakan adalah Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan Rekod
Berterusan.

1.2

OBJEKTIF PENAKSIRAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK.


Tujuan atau objektif penaksiran dan penilaian haruslah difahami dengan jelas

oleh guru dapat memastikan bentuk penaksiran dan penilaian yang wajar digunakan.
Secara umumnya, Katz (1997) berpendapat penaksiran dan penilaian di prasekolah
betujuan untuk menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang
utama, membuat keputusan penempatan, membuat diagnosis masalah pengajaran
dan pembelajaran, membantu dalam membuat keputusan berkaitan pengajaran dan
kurikulum, menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibubapa dan menolong
kanak-kanak tertentu dalam menilai kemajuan dirinya sendiri.
Secara khususnya, antara objektif penaksiran dan penilaian yang penting
adalah ianya dapat mengesan perkembangan seseorang murid itu serta mengenal

pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Ianya juga dapat digunakan untuk
mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke
semasa. Guru juga dapat mengesan keberkesanan sesuatu pengajrannya melalui
proses penaksiran dan penilaian. Selain itu, guru juga dapat menggunakan
penaksiran dan penilaian sebagai medium untuk merangsang aktiviti mengikut
keperluan dan pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan murid bersesuaian
dengan peringkat umur mereka.
Menurut Lihanna Borhan, dari tujuan penaksiran dan penilaian berdasarkan
garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan dalam pendidikan prasekolah,
dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan penilaian berbentuk ujian atau
peperiksaan bertulis bukanlah satu kaedah yang sesuai di tahap ini. Sebaliknya,
guru prasekolah seharusnya mengubah perhatian mereka ke arah penggunaan
sistem penilaian yang lebih autentik.
1.3

PRINSIP PENAKSIRAN DAN PENILAIAN.


James H. McMillan (2000) telah menyatakan terdapat tiga utama prinsip

penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak. Prinsip yang pertama adalah


maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian itu haruslah jelas, boleh
dipercayai dan boleh dicapai dengan telus. Prinsip yang kedua pula adalah
penaksiran dan penilaian seharusnya boleh dipercayai dan konsisten. Prinsip yang
terakhir pula adalah penilaian haruslah inklusif dan adil.
Surayah dan Haslinda (2009) pula menyatakan terdapatnya enam prinsip
penaksiran dan penilaian. Prinsip yang pertama adalah penaksiran dan penilaian
seharusnya dijalankan secara berterusan, sesuai dan dapat membantu
perkembangan kanak-kanak. Hal ini adalah selari dengan sifat perkembangan
kanak-kanak itu sendiri iaitu perkembangan adalah satu proses yang berterusan.
Oleh itu, guru tidak seharusnya menjalankan proses penaksiran dan penilaian hanya
sekali atau dua sahaja. Ini adalah supaya maklumat tentang sesuatu penaksiran dan
penilaian perkembangan kanak-kanak itu jelas, boleh dipercayai dan telus (James H.
McMillan).

Prinsip yang kedua adalah penaksiran dan penilaian haruslah mempunyai


perancangan, strategi dan instrumen penilaian yang berbeza-beza sesuai dengan
setiap tujuan penilaian dan hasil pembelajaran. Prinsip ini adalah menepati langkah
melaksanakan penaksiran dan penilaian yang iaitu langkah yang pertama adalah
proses merancang, langkah kedua melaksanakan penaksiran dan langkah yang
ketiga adalah merekod maklumat ke dalam instrumen peaksiran dan penilaian yang
bersesuaian dengan aspek perkembangan yang ingin dikaji. Sebagai contoh, Rekod
Berterusan dapat digunakan untuk merekod perkembangan sosioemosi kanakkanak. Senarai Semak pula merupakan instrumen yang terbaik digunakan kerana
ianya mudah dan praktikal untuk dikendalikan di samping banyak kemahirankemahiran lain yang boleh dimasukkan secara serentak.
Prinsip penaksiran dan penilaian yang ketiga adalah ia perlulah mempunyai
kriteria-kriteria penilaian perkembangan yang sesuai dengan objektif pembelajaran.
Prinsip yang seterusnya adalah ianya harus memberikan manfaat dan bermakna
dalam pengalaman harian kanak-kanak. seterusnya, penaksiran dan penilaian juga
hendaklah dilaksanakan secara tidak formal, iaitu semasa kanka-kanak mengalami
proses pembelajaran. Ini adalah untuk mendapatkan hasil yang autentik dan tidak
hanya seperti sebuah sandiwara. Prinsip yang terakhir pula adalah proses
penaksiran dan penilaian perlu dilaksanakan melalui pemerhatian dan dokumentasi
untuk membuktikan kesasihannya.

1.4

TEKNIK PENAKSIRAN DAN PENILAIAN.

Segala maklumat yang diperolehi hasil daripada proses penaksiran dan


penilaian perkembangan kanak-kanak perlulah dicatat dan direkod dengan jelas dan
sistematik. Terdapat beberapa teknik merekod maklumat yang diperoleh secara
sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid
iaitu dengan menggunakan Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan juga
Rekod Berterusan.

Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti
perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan.
Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada sesuatu tingkah
laku atau ciri ada atau dapat diperhatikan, sesuatu perlakuan telah dilakukan dan
juga kekerapan sesuatu tingkah laku itu berlaku. Terdapat beberapa perkara penting
yang perlu diambil perhatian. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian
dalam penyediaan dan penggunaan senarai semak adalah yang pertamanya ia perlu
disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat. Tingkah laku yang diperhatikan
hanya perlu dinyatakan dengan ringkas dan jelas.
Senarai semak juga digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks
semula jadi. Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.
Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan
tingkah laku yang akan diperlihatkan. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa
kali untuk mendapatkan maklumat atau amalan yang lebih tepat dan kekal. Terdapat
beberapa kebaikan yang dapat dikenal pasti dengan menggunakan Senarai Semak
iaitu penggunaannya mudah dan praktikal. Selain itu, orang yang tidak mahir dan
menilai juga dapat menggunakannya dengan selesa. Ianya dapat digunakan di
hadapan kanak-kanak ataupun semasa ketiadaannya dengan hanya mengingati
tingkah laku yang sudah diperlihatkan. Selain itu, dengan menggunakan Senarai
Semak guru dapat memberi fokus pemerhatian pada beberapa tingkah laku pada
satu masa. Penggunaan Senarai Semak adalah penting dalam merancang
kurikulum untuk kanak-kanak.
Di sebalik kebaikan-kebaikan yang telah dinyatakan, terdapat juga beberapa
kelemahan penggunaan Senarai Semak. Di antaranya adalah ianya mengandungi
kurang informasi dan deskripsi berkenaan kualiti dan masa semasa merekodkan
tingkah laku atau kemahiran yang dipamerkan kanak-kanak. Pemerhatian
menggunakan instrumen Senarai Semak juga hanya melihat pada tingkah laku
tertentu shaja dan bukan kesemuanya. Oleh itu, ada kalanya guru akan terlepas
pandang daripada melihat dan memehatikan tingkah laku yang lebih signifikan.
Selain itu juga, data atau maklumat yang direkodkan hanyalah pada tingkah laku
yang dipamerkan oleh kanak-kanak sahaja.

Rekod Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan


dan pencapaian sesuatu tingkah laku murid. Guru menilai kemahiran atau amalan
murid berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh dinyatakan secara angka atau
gred. Tahap pencapaian dapat ditentukan untuk sesuatu kemahiran dengan
penggunaan Skala Kadar. Penggunaan instrumen ini adalah spesifik untuk semua
tunjang.
Rekod Anekdot satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau
tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Rekod
Anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di
mana sesuatu peristiwa itu berlaku. Antara perkara-perkara yang perlu
dipertimbangkan untuk membuat rekod anekdot ialah membuat pemerhatian
terhadap peristiwa yang berlaku, mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan
kepada aspek perkembangan
murid, merangkumi kelebihan dan kekurangan, menulis maklumat selepas sesuatu
peristiwa berlaku dan menulis apa yang dilihat secara objektif. Dalam Rekod
Anekdot, maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang
menggambarkan
tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran
menyelesaikan masalah murid.
Rekod Berterusan pula merupakan catatan dalam bentuk cerita atau
"narrative" yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya
sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat
sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam
tempoh tiga hingga lapan minit dan ianya juga boleh berlangsung dalam tempoh
lebih lama iaitu sekitar dua puluh lima minit sehingga tiga puluh minit.
Prosedur prosedur untuk menyediakan Rekod Berterusan adalah
pertamanya guru perlu memfokus kepada murid yang ingin diperhatikan.
Seterusnya, item yang akan difokuskan semasa pemerhatian perlu dipastikan.
Langkah ketiga adalah dengan merekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara
terperinci. Rekod yang dicatat hendaklah tepat dan padat. Prosedur terakhir perlu

diambil perhatian adalah mencatatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut


urutan.
Antara kebaikan menggunakan Rekod Berterusan adalah ianya dapat
memberi gambaran sebenar dan terperinci mengenai situasi sebenar dalam tempoh
yang ditetapkan (Surayah dan Haslinda, 2009). Yang keduanya, Rekod Berterusan
yang turut dikenali sebagai Running Record dapat memperlihatkan pelbagai aspek
perkembangan seseorang kanak-kanak itu dalam satu rekod. Selain itu juga,
kebaikan menggunakan Rekod Berterusan adalah instrumen ini dapat digunakan
dalam apa jua situasi dan tujuan.
Kelemahan menggunakan Rekod Berterusan ini pula antaranya adalah ia
dapat menyebabkan kanak-kanak sedar mereka sedang diperhatikan. Selain itu
juga, penggunaan Rekod Berterusan adalah memenatkan kerana seseorang gruru
itu perlu memberi lebih tumpuan pada proses perekodan.

Tugasan dlam bahagian seterusnya pula akan menghuraikan dapatandapatan yang telah kami perolehi daripada dua buah jurnal yang kami kaji. Kami
memilih dua buah jurnal berkenaan adalah kerana ianya sangat signifikan dengan
perkembangan yang ingin kami kajia iaitu perkembangan sosioemosi ke atas subjek
yang kami pilih.
2.0

Kajian Literatur.
Untuk tugasan dalam bahagian ini, kami telah sepakat untuk memilih sebuah

jurnal oleh Profesor Madya Anna Christina Abdullah untuk dijadikan bahan kajian.
Jurnal yang bertajuk Tingkah Laku Prososial Kanak-kanak Prasekolah :
Mensasarkan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Interpersonal ini menjadi pilihan
kami kerana ianya dilihat signifikan dengan perkembangan yang ingin kami kaji iaitu
perkembangan sosioemosi. Kami juga menggunakan sebuah lagi jurnal dari

Surakarta, Indonesia yang bertajuk Keterampilan Sosial Anak Prasekolah Ditinjau


dari Interaksi Guru-Siswa Berdasarkan Model Mediated Leraning Experence.
2.1

Kemahiran Sosioemosi Pada Kanak-kanak.


Hurlock (1997) menyebut masa atau usia tahun-tahun awal kanak-kanak

sebagai The Golden Age di mana terdapat enam perkembangan kanak-kanak yang
dapat dilihat pada tahap ini tetapi perkembangan yang paling sukar bagi kanakkanak adalah perkembangan sosioemosi di mana mereka berhadapan kesukaran
untuk bergaul dengan ibu bapa, guru, rakan-rakan atau orang lain. Menurut Elksnin
dan Elksnin, 1995 menyatakan anak-anak yang memiliki ketrampilan sosial yang
baik akan lebih mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih berani mengekspresikan
diri, lebih mudah diterima oleh rakan-rakan sebaya dan akan lebih berjaya dalam
akademiknya.
Ibubapa serta guru perlu sedar dan memainkan peranan penting dalam
menyuburkan dan memupuk perkembangan kognitif, emosi, sikap dan tingkah laku
yang positif di kalangan kanak-kanak. Program pendidikan awal kanak-kanak yang
berkualiti harus merangkumi perkembangan sosioemosi kanak-kanak di samping
peluang-peluang pengayaan pembelajaran kognitif dan berbahasa. Tidak dinafikan
bahawa pendidikan prasekolah harus menyediakan kanak-kanak untuk permulaan
pendidikan formal di sekolah rendah dengan membekalkan mereka dengan
pengetahuan dan kemahiran berfikir.
Beberapa penyelidikan telah menunjukkan bahawa kekurangan kemahiran
sosial semasa zaman kanak-kanak akan berterusan sehingga kanak-kanak itu
menjadi dewasa (Farrington 1990; Kagan & Moss 1982). Terdapat bukti bahawa
orang dewasa yang mengalami penyakit psikiatri, terutama yang dalam keadaan
bimbang, yang mengalami gangguan emosi dan mempunyai personaliti yang tidak
baik juga turut mempunyai masalah dalam bersosial (Shaffer 1979). Beberapa kajian
telah dilaporkan menunjukkan program prasekolah yang mensasarkan kemahiran
sosial telah menghasilkan kesan jangka panjang dari aspek pengurangan tingkah
laku anti-sosial seperti mencuri, merosak kemudahan awam, berbohong dan
pergaduhan (Barnett 1992; Berrueta-Clement, Schweinhart & Barnett, 1984).

2.1

Punca Salah Laku Sosial Di Kalangan Kanak-kanak.


Semua kanak-kanak memerlukan kawan, bukan sahaja untuk berseronok dan

bermain, tetapi untuk mempelajari erti kerjasama, empati dan ciri-ciri lain yang
mereka perlu memiliki untuk membentuk pertalian yang erat apabila mereka dewasa
kelak. Persahabatan semasa zaman kanak-kanak bagaikan asas yang akan
menentukan bagaimana sifat dan sahsiah seseorang kanak-kanak itu apabila
mereka dewasa nanti. Proses tolak ansur dan rundingan yang berterusan yang
dilakukan oleh kanak-kanak semasa bermain dapat memupuk perkembangan sosial
mereka serta meningkatkan harga diri mereka. Sebagai orang dewasa, kita semua
perlu tahu cara mendampingi orang lain dan menyelesaikan konflik. Latihan dalam
proses ini sebaik-baiknya bermula dari zaman kanak-kanak lagi.

Erikson (1982) mempercayai manusia perlu berkembang melalui lapan


peringkat pertumbuhan emosi sebelum mereka dapat berasa berkeupayaan dan
menikmatikepuasan diri (self-fulfilled) dalam kehidupan mereka. Tiap-tiap peringkat
bercirikan oleh satu pertempuran antara dua keadaan dalaman yang berlawanan,
satu negatif dan satu lagi positif. Semasa tahun-tahun prasekolah, pertempuran
ialah antara inisiatif dan perasaan bersalah (guilt). Kanak-kanak prasekolah yang
sihat dalam aspek emosi ingin mengambil tindakan dan menuntut kemahuan
mereka.

Mereka akan mencipta, mengambil risiko, main secara olok-olok dan


menyertai aktiviti-aktiviti yang berimaginasi dan beraksi. Apabila orang dewasa
menggalakkan aktiviti-aktiviti sedemikian dan elakkan teguran atau had-had yang
melampau, maka inisiatif kanak-kanak akan berkembang. Sekiranya kanak-kanak
diyakinkan bahawa usaha mereka adalah salah, maka mereka akan turut berasa
salah. Kanak-kanak yang dihukum atau ditegur kerana usaha mereka akan lama
kelamaan berhenti mencuba dan membina kepercayaan diri bahawa mereka adalah
orang yang jahat.

Zaman awal kanak-kanak ialah masa genting untuk pembentukan perasaan


positif terhadap diri sendiri, orang lain dan dunia luar. Kanak-kanak yang mengalami
layanan yang menggalakkan dan menyokong serta diterima oleh orang dewasa dan
rakan sebaya akan menjadi kanak-kanak yang bersuaian secara emosional. Kanakkanak yang dianiayai, diabaikan atau disingkirkan boleh mengalami gangguan
kesihatan mental dan sosial. Kanak-kanak yang sihat dari aspek emosi lebih
berkebolehan menjalinkan pertalian yang positif dengan orang dewasa dan rakan
sebaya (Trawick-Smith, 2000).
Kanak-kanak yang mempunyai tahap kebolehan sosial yang rendah bertindak
secara tidak bertanggungjawab, ganas, tidak bekerjasama dan tidak terkawal
(Knopczyk & Rhodes, 1996). Kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku sosial
yang kompeten ditanggap dengan lebih positif oleh masyarakat dan justeru dilayan
dalam cara yang lebih positif, kanak-kanak ini mengalami interaksi interpersonal
yang lebih memuaskan dan merasa lebih bahagia dibandingkan dengan rakan
sebaya mereka yang kurang berkompeten.
Misalnya, kanak-kanak berumur 6 tahun yang telah menembak Kayla Roland,
rakan sebayanya di Michigan, A.S., mungkin telah berfikir yang itulah caranya untuk
menyelesaikan masalah interpersonalnya. Seorang pakar psikoanalyst yang
ditemubual tentang tragedi ini mengatakan bahawa kanak-kanak yang telah
menembak rakan sebayanya, shows a failure, at a very significant level, to find
other ways to deal with troubles, and this could come from how (he has) been
treated, or how (he has) seen people being treated. (New Sunday Times 2000).
Kejadian-kejadian seperti ini mencadangkan bahawa satu punca salah laku
sosial ialah kekurangan dalam perkembangan sosioemosi pelajar-pelajar tersebut,
dan pada peringkat yang lebih khusus lagi, melibatkan kekurangan dari aspek
kognitif sosial yang dapat menyedari seseorang tentang kesan dan akibat sesuatu
tindakan serta pendapat yang membolehkan seseorang memikirkan tentang
penyelesaian alternatif yang tidak mempunyai unsur-unsur keganasan, sebaliknya
dapat menghasilkan kesudahan yang diingini. Kognitif sosial atau kefahaman sosial

ini ialah komponen penting dalam kemahiran menyelesaikan masalah sosial kanakkanak, yang seterusnya akan mempengaruhi tingkah laku sosialnya.

http://pareonline.net/getvn.asp?v=7&n=8

You might also like