You are on page 1of 5

MASAK NASI KUKUS

Gambar di atas adalah contoh bagaimana nasi kukus dimasak.


Gunakan belanga kukus yg sebenar, yg mana boleh memuatkan
setiap lapisan dgn 12 cup nasi. Kebiasaannya belanga kukus
jika dibeli akan dapat 2 lapis pelengatnya. Setiap lapis boleh memuatkan
24 cup nasi kukus, setiap kali masak akan dapat 48 cup nasi kukus.
Cup yg kecil utk memuatkan nasi kukus dijual berlainan, tetapi di sini
saya syorkan anda gunakan cup plastik sz 15. Ini akan mudahkan anda
mengeluarkan nasi tersebut apabila hendak dihidangkan.
Bahan-bahan;
1. Beras 100 gram
2. Air 80 gram
3. Daun pandan

Jom Masak;
1. Panaskan air dalam belanga kukus, masukkan daun pandan ke dalam
air kukus. Biarkan hingga mendidih, sederhanakan api.
2. Basuh beras, masukkan dalam bekas plastik masukkan air 80 gram.
3. Letakkan dalam belanga kukus dan tutup, biarkan hingga beras
menjadi nasi sekitar 45 minit. Bekas plastik jgn tutup.
4. Jika masak dalam kuantiti yg banyak, boleh letak bertingkat
sebanyak 2 tingkat.
5. Nasi yg dah masak boleh tutup dgn penutup plastik dan masukkan
dalam bekas nasi supaya sentiasa panas.
pok wang
16-04-2012, 11:40 PM
AYAM GORENG BEREMPAH
Bahan A;
1. Bawang putih 10 ulas
2. Bawang merah ros 10 ulas
3. Halia saiz ibu jari tangan ( panjang 3 inci )
4. Serai 3 batang
5. Kunyit hidup saiz ibu jari tangan ( panjang 1 inci )
6. Bawang besar holland setengah drpd saiz yg paling besar.
Bahan B; Bahan C:
1. Jintan manis 1 sudu tea 1. Tepung jagung 2 sudu sup
2. Jintan putih 1 sudu tea 2. Telur 4 biji
3. Ketumbar 1 sudu tea gaulkan kedua2 bahan ni.
Tumbuk halus.
Bahan D;
1. Cili kering 25 biji gunting buang biji, rebus dan kisar separa halus.

Bahan E;
Daun kari 15 helai, tumbuk sikit2 jer.
Jom buat;
1. Kisar bahan A dahulu separa halus. Masukkan dalam bekas besar
2. Campurkan bersama bahan B C D E.
3. Ayam Dara ( saiz ayam muda 0.8kg-1.2kg) dibersihkan dan potong 4.
4. Gaulkan ayam tersebut dan perap selama 6-8 jam.
5. Panaskan minyak, masukkan ayam, sederhanakan api..
6. Masa menggoreng sekitar 20 minit, kalau boleh tutup kuali semasa
menggoreng. Jangan lupa balik2an ayam tu.
pok wang
16-04-2012, 11:41 PM
KUAH KERUTUB
Kuah Kerutup
Bahan-bahan;
1. Bawang putih 10 ulas **
2. Bawang merah 10 ulas dikisar
3. Halia 2 inci halus
4. Lengkuas 2 inci
5. Buah pelaga 10 biji ditumbuk
6. Kulit kayu manis 3 inci
7. Cili kering 15, buang biji rebus, kisar
8. Rempah kerutup 200gram kat pasaraya ada jual.
9. Kerisik 100 gram
10. Separuh kelapa, blend dgn 1tr air, perah.
11. Minyak utk menumis
12. Garam, gula secukup rasa.
13. Daun pandan 2 helai, simpulkan.
Jom masak
1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis dan daun pandan sehingga
wangi dan naik bau.
2. Masukkan bahan kisar dan buah pelaga tumis hingga pecah minyak
dan garing.
3. Masukkan cili kering, tumis hingga cili masak.
4. Masukkan rempah kerutup, tumis hingga masak.
5. Masukkan kerisik tumis sekejap dan masukkan santan, kacau
perlahan-lahan hingga mendidih.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Sambal Belacan Special
1. Cili padi 30 biji
2. Gula 5 sudu sup
3. 1 sudu besar belacan dibakar hingga garing
4. 3 biji buah tomato
5. 1 biji bawang besar bombay dibakar hingga garing
6. 1 biji air perahan lemon

7. Air masak 1 cawan


Kisar bahan 1 2 3 4 5 bersama sedikit air, dah siap campur air lemon,
garam secukup rasa dan sedikit air jika terlalu pekat.
pok wang
16-04-2012, 11:42 PM
GULAI KAWAH
GULAI KAWAH
bahan A
1. halia - dimayang
2. bawang merah 5 ulas- dimayang
3. bawang putih 3 ulas- dimayang
bahan B pes rempah giling
1. buah pelaga 5 biji 1. rempah biji
2. sedikit cengkih 2. jintan halus
3. 2 kulit kayu manis 3. cili kering
4. 2 bunga lawang 4. bawang putih
5. pes rempah giling 5. bawang merah
Bahan C Bahan D
1. 10 ulas bawang merah 1. 1 inci halia ditumbuk
2. 5 ulas bawang putih 2. 5 sudu makan serbuk kari
3. sedikit kunyit hidup 3. 2 sudu makan kerisik
4. sedikit lengkuas 4. sedikit belacan ( dibakar )
dikisar 5. sedikit sos tomato
6. 1 keping asam keping
7. sedikit air
8. kaki ayam ( dibakar )
9. 1 biji kelapa diambil santan
10. Ubi kentang
garam, gula secukup rasa
Jom masak
1. tumis bahan A hingga naik bau, masukkan bahan B tumis lagi sehingga pecah minyak.
2. Dalam kawah yg lain, gaulkan bahan C dan bahan D, masak sehingga semua bahan
empuk dengan api yg sederhana.
3. masukkan bahan tumisan dan masak sehingga mendidih kembali.
pok wang
16-04-2012, 11:44 PM
BAGAIMANA PERNIAGAAN INI MENJANA $$$$ KEPADA ANDA?
Premis perniagaan
1. Setiap set nasi kukus dijual sekitar harga MYR5.50-6.00.
2. Kos bagi setiap hidangan adalah MYR3.00.
3. Kos yg dikira tidak termasuk sewa tapak perniagaan dan pekerja.

4. Biasanya jika anda menyewa premis seperti medan selera sewa sekitar
MYR900/monthly ( jika di sewa drpd pemilik asal )
5. Kos api dan air sekitar MYR100/monthly.
6. Kos bagi pekerja MYR35/day bagi 9 jam kerja utk warga asing dan
MYR45/day/9 jam kerja bagi warga tempatan. MYR60.00 bagi 12 jam kerja.
Masa perniagaan
1. Anda boleh mula berniaga dari jam 11am - 11pm.
2. Biasanya jualan dari jam 11am-3pm boleh mencecah jualan 100
hidangan.
3. Bagi masa jualan 3pm-7pm sekitar 50 hidangan.
4. Bagi masa jualan 7pm-11pm sekitar 100 hidangan.
Pengiraan kos dan profit
1. Jualan dari jam 11am-11pm anda menjual sekitar 250 hidangan.
Jualan/hari 250 x MYR 5.50 = MYR 1375.00
Kos hidangan/hari 250 x MYR 3.00 = MYR 750.00
Kos pekerja/hari 1 org x MYR 60.00 = MYR 60.00
Sewa premis 1 hari x MYR 30.00 = MYR 30.00
Kos api & air 1 hari x MYR 35.00 = MYR 35.00
2. Berdasarkan gambaran di atas, setiap hari jualan adalah MYR1375.00
secara kasar dan tolak kos hidangan, kos pekerja, sewa premis dan kos api air
baki keuntungan adalah MYR 500.00/hari.
3. MYR 500.00 x 26 hari berniaga = ???????
pok wang
16-04-2012, 11:44 PM
Bagaimana jika perniagaan ini tidak mencapai seperti yg digambarkan?
SETIAP HARI/MYR
No. Jualan $$$ kos kos sewa kos baki untung
kasar hidangan pekerja premis api & air untung 26 hari
1 300 1650 900 60 30 35 625 16,250
2 250 1375 750 60 30 35 500 13,000
3 200 1100 600 60 30 35 375 9750
4 150 825 450 60 30 35 250 6500
5 100 550 300 60 30 35 125 3250
1. Keuntungan masih lagi diperolehi jika hanya menjual 100 hidangan bagi
jualan dari 11am-11pm.
Bagi perniagaan pasar malam, tepi jalan, bawah jambatan,
tepi bangunan;

1. Tiada sewa premis


2. Hanya menggunakan seorang pembantu ( jika anda mahu ) boleh buat
seorg jika nak untung 100% milik anda.
3. Hanya kos api boleh guna bateri kereta @ tarik api dr premis
berhampiran, rumah org @ yg sewaktu dgnnya.
Risiko
1. Jika berniaga di kawasan larangan boleh kena saman 7 8 kali
sementara nak dapat lesen perniagaan tepi jalan.

You might also like