You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH ST DOMINIC

KERTAS CADANGAN

CADANGAN MENGADAKAN PERTANDINGAN FUTSAL


LELAKI DAN PEREMPUAN UNTUK PELAJAR TINGKATAN
1,2,3 DAN 4

ANJURAN KELAB FUTSAL DAN BOLA SEPAK SEKOLAH


MENENGAH ST DOMINIC

CADANGAN MENGADAKAN PERTANDINGAN FUTSAL UNTUK PELAJAR LELAKI


DAN PEREMPUAN TINGKATAN 1,2,3 DAN 4
1.0 Pengenalan
Kelab sukan futsal merupakan kelab sukan dan permainan yang ditubuhkan di Sekolah Menengah
ST Dominic pada tahun 2015 di bawah bidang Kokurikulum, oleh itu kelab sukan futsal ingin
menganjurkan pertandingan futsal bagi ahli-ahli kelab dan pelajar. Kejohanan ini diadakan bagi
mewujudkan semangat kesukanan yang tinggi dan memupuk semangat perpaduan. Kejohanan ini
akan dikelolakan oleh kelab sukan dan futsal SM St Dominic.
2.0 Objektif Pertandingan
Program ini mempunyai objektif seperti yang berikut, iaitu:
2.1 Memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam sukan (FUTSAL) khususnya
dengan kerjasama pihak pengurusan program dan para peserta pertandingan.
2.2 Memastikan agar pelajar yang masuk bertanding dalam acara sukan tersebut mempunyai
semangat sukan dan setiakawan yang tinggi
2.3 Mencungkil bakat-bakat baru dalam Sukan Futsal yang bakal menjulang nama sekolah di
kemudian hari.
2.4 Menambah dana bagi kelab sukan futsal dan bola sepak bagi pembelian jersi dan baju
latihan futsal dan bola sepak.
.
3.0 Tarikh, Hari, Tempat dan Masa
3.1 Tarikh: 30-31 Mei 2015
3.2 Hari: Sabtu dan Ahad
3.3 Tempat: Gelanggang Futsal Sm St Dominic
3.4 Masa: Sabtu: 7.30 Pagi 5.00 Petang
Ahad: 8.00 Pagi 12.00 Tengahari
4.0 Peserta
Terbuka kepada semua pelajar tingkatan 1,2,3 dan 4 sahaja iaitu lelaki bagi tingkatan 1,2,3 dan 4.
Manakala perempuan bagi pelajar tingkatan 1 dan 2 sahaja. Setiap kumpulan diwajibkan membayar
yuran penyertaan sebanyak RM50.

5.0 Program Tentatif


Tarikh/Hari
30 Mei 2015
Sabtu

Masa
7.30 pagi-8.00 pagi
8.00 pagi-11.00 pagi

Aktiviti
Taklimat Pertandingan
Pertandingan Peringkat Kumpulan

31 Mei 2015
Ahad

11.00 pagi-12.00 tengahari

Perempuan Dijalankan
Perlawanan Separuh Akhir dan

12.00 tengahari5.00 petang

Akhir
Pertandingan Peringkat Kumpulan

8.00 pagi-11.00 pagi

Lelaki Dijalankan
Pertandingan Peringkat Kumpulan

11.00 pagi-12.00 tengahari

Lelaki Dijalankan
Perlawanan Separuh Akhir dan

12.00 tengahari

Akhir
Bersurai

6.0 Kewangan
6.1 Anggaran Pendapatan Perbelanjaan
Pendapatan

RM

Perbelanjaan

Pungutan Yuran Penyertaan

500.00 Tempat Pertama lelaki

RM
7x3.80= 26.60

Tempat Kedua lelaki

7x3.80= 26.60

Tempat Ketiga lelaki

7x3.80= 26.60

Tempat Pertama Perempuan7x3.80= 26.60


Tempat Kedua Perempuan 7x3.80= 26.60
Tempat Ketiga Perempuan 7x3.80= 26.60
Jumlah

7.0 Ahli Jawatankuasa


Pengerusi: Ramlee Bin Mapalabong
Naib Pengerusi: Mustari Bin Umar
Setiausaha: Suderajat Bin Perdinant
Bendahari : Anwar Bin Jaratil

500.00

Jumlah

159.6

8.0 Penutup
Kelab sukan futsal dan bola sepak berharap pertandingan ini mendapat sokongan moral
bimbingan dan nasihat. Kelab berharap program ini akan berhasil dan mencapai
objektifnya.

Disediakan oleh,
________________________
(SUDERAJAT BIN PERDINANT)
Setiausaha Futsal dan Bola Sepak SM ST Dominic
Disemak oleh,
________________________
(RAMLEE BIN MAPALABONG)
Pengerusi Futsal dan Bola Sepak SM ST Dominic
Disahkan oleh,
________________________
(VICTORIA KONGI)
Penolong Kanan Ko Kurikulum SM ST Dominic

Diluluskan oleh,
________________________
(WONG VUI HANG)
Pengetua SM ST Dominic

You might also like