You are on page 1of 4

Ashabul Kahfi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lukisan votif tujuh Orang Peradu abad ke-19 Jerman. Penulisan mengatakan Bittet fr uns Ihr hl.
sieben Schlfer (Doa kami (untuk), Tujuh Orang Peradu Suci).
Kisah Ashabul Kahfi (Bahasa Arab: ) merupakan suatu kisah benar mengenai beberapa
orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian.
Pemuda-pemuda beriman ini hidup pada masa Raja Decius dari Rom, beberapa ratus tahun sebelum
diutusnya Nabi Isa a.s. Mereka hidup di tengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja
yang zalim. Demi menjaga iman, mereka melarikan diri dari kota, dikejar oleh tentera raja untuk
dibunuh. Hingga pada suatu ketika, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai
sebagai tempat persembunyian.

Bilangan pemuda
Bilangan pemuda yang sebenar adalah tidak diketahui, dan tidak menjadi kepentingan untuk
berbahas mengenainya. Ada yang mengatakan 3, 5, 7, 8 termasuk seekor anjing.
Firman Allah dalam Surah Al-Kahfi ayat 22, maksudnya;

Mereka akan berkata; Jumlah Ashaabul-Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing
mereka; dan setengahnya berkata: Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah
anjing mereka, sebagai tekaan akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain
berkata: Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kelapannya anjing mereka. Katakanlah:
Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya
melainkan sedikit. Maka janganlah kamu berbahas mengenai mereka kecuali secara zahir,
dan jangan kamu bertanyakan tentang mereka kepada seseorang pun dari mereka.

Menurut Ibn Abbas pendapat yang kuat iaitu tujuh orang dan yang kelapan termasuk anjing.
Dikatakan nama pemuda-pemuda tersebut adalah Tamlikha, Miksalmina, Mikhaslimia, Martelius,
Casitius, Sidemius dan seorang pengembala kambing bersama anjingnya Qithmir.[1]

Lokasi gua
Kahfi bermaksud gua. Ashabul bermaksud ahli. Mereka tidur selama 3 abad atau 309 tahun. Ada 3
gua yang dimaksudkan itu:
1. Gua di Efesus, Anatolia, Turki sekarang. Paulus, Orang Yahudi dan Kristian
mempercayainya di sini. Namun gua ini juga turut menepati ciri-ciri yang diberikan dalam
Al-Quran.
1

2. Gua di Damsyik, Syria.


3. Gua di Amman, Jordan. Gua ini lebih menepati ciri-ciri yang diberi dalam Al-Quran.

Gua di Ephesus

Gua Tujuh Peradu, Efesus, Turki.


Kisah Ashabul Kahfi dikatakan berlaku di sekitar suatu tempat yang kini digelar Gunung Pion (Mt.
of Pion). Di sana terletak sebuah gua yang diberi nama Gua Tujuh Orang Peradu (The Cave Of The
Seven Sleepers) yang terletak di Efesus (Ephesus), Turki. Kisah tersebut telah berlaku sekitar lebih
daripada 1400 tahun yang lalu. Berkenaan dengan sejarah itu, Allah telah menerangkan kisah yang
terjadi terhadap peradu-peradu itu dalam al-Quran. Kisah itu dikatakan berlaku di tempat berkenaan
pada zaman pemerintahan Raja Decius dari Rom (Decius) sekitar tahun 249 sehingga 251 Masihi.
Manakala peristiwa itu berakhir 309 tahun kemudian dan mula menjadi buah mulut masyarakat
dunia khususnya kepada penganut agama Kristian dan Islam setelah terjaganya peradu-peradu
beriman itu dari tidurnya pada zaman pemerintahan Maharaja Theodosius II yang beragama Nasrani
(Kristian) sehinggalah sekarang. Pada zaman Theodosius itu, setelah berakhirnya peristiwa ajaib itu,
sebuah tempat ibadah (Gereja Nasrani) dahulu telah pun dibina.[2]

Gua di Ar Raqim, Amman, Jordan


Profesor Muhammad Taisir Dhabyan dalam bukunya 'Penemuan Besar Abad 20 : 7 Peradu Tiga
Abad' menyatakan gua tersebut terletak di 7 km tenggara bandar baru Amman, Jordan. Peristiwa
Ashabul Kahfi begitu istimewa sehingga surah dinamakan al Kahfi.

Versi dalam Al-Quran


Firman Allah dalam Al-Quran (Surah Al-Kahfi ayat 10 hingga ayat 26):


( )

()

"(Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka
berdoa: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan
sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)".[18:10]

"Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang
banyak bilangannya".[18:11]

"Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji; siapakah dari
dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup
(dalam gua itu)".[18:12]

"Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar;


sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada tuhan mereka, dan Kami
tambahi mereka dengan hidayah dan petunjuk".[18:13]

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun
(menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekalikali tidak menyeru tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan
perkataan yang amat jauh dari kebenaran".[18:14]

"(Mereka berkata pula sesama sendiri): "Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang
lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang
membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu?(Tetapi mereka tidak
dapat berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta
terhadap Allah.[18:15]

"Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka
sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu
melimpahkan dari RahmatNya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan
untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna".[18:16]

"Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan
apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu
lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan)
Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai
kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh
sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya".[18:17]

"Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka
dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan
tanah); sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau
melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah
engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka".[18:18]

"Dan demikian pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya) supaya mereka bertanyatanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?"
(Sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari
sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih mengetahui tentang
lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu
ini ke bandar; kemudian biarlah dia memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi
halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan
daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di
bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari
akan hal kamu.[18:19]

"Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dan
membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada agama mereka (secara
3

paksa); dan jika berlaku demikian, kamu tidak sesekali akan berjaya selama-lamanya".
[18:20]

Dan demikian Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya oang-orang itu
mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa
hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya;pendedahan itu berlaku semasa orang-orang
itu berbantah sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu
maka (sebahagian dari) mereka berkata: Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka,
Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka. Orang-orang yang berkuasa atas
urusan mereka (pihak raja) pula berkata: Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid
(tempat ibadah) di sisi gua mereka.[18:21]

(Sebahagian dari) mereka akan berkata: Bilangan Ashabul Kahfi itu tiga orang, yang
keempatnya ialah anjing mereka; dan setengahnya pula berkata bilangan mereka lima
orang, yang keenamnya ialah anjing mereka, secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu
yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: Bilangan mereka tujuh orang dan
kelapannya ialah anjing mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): Tuhanku lebih
mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit.
Oleh itu janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan
bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam al-Quran), dan janganlah
engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorang pun dari golongan
(yang membincangkannya).[18:22]

Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): Bahawa aku
akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti.[18:23]

Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): InsyaAllah. Dan ingatlah serta


sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: Mudah-mudahan Tuhanku
memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini.[18:24]

Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka :tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli
kitab) dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).[18:25]

Katakanlah (wahai Muhammad): Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur;
bagiNya-lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh
penglihatanNya dan jelas sungguh pendengaranNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada
bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya) dan ia tidak menjadikan
sesiapapun masuk campur dalam hukumNya.[18:26]

You might also like