You are on page 1of 3

BANGSA

Sesungguhnya dalam memahami pelbagai budaya di negara ini, kita juga perlu
mengetahui tentang konsep bangsa. pembentukan masyarakat berintegrasi merupakan
matlamat utama dalam mengeratkan hubungan antara masyarakat, etnik, budaya dan
agama di Malaysia untuk melahirkan bangsa Malaysia. Pemahaman terhadap identiti
bangsa adalah penting dalam proses mengukuh serta mengeratkan hubungan etnik
dalam kalangan pelbagai masyarakat. Ketidakfahaman tentang identiti bangsaa akan
menimbulkan sikap prejudis, stereotaip dan etnosentrik yang akhirnya menimbulkan
diskriminasi sosial. Peristiwa 13 Mei 1969 dan peristiwa yang berlaku di Kampung
Medan pada 12 Mac 2001 merupakan dua contoh peristiwa hitam negara yang wujud
akibat daripada prasangkaan, amalan diskriminasi dan prejudis dalam kalangan etnik.
Oleh hal yang demikian, keberkesanan dengan adanya kefahaman terhadap
identiti bangsa yang berbilang kaum akan mewujudkan semangat saling menghormati,
bekerjasama,dan

toleransi.

Pemahaman

terhadap

sesuatu

identiti

kelompok

masyarakat majoriti-minoriti dapat berlaku melalui interaksi sosial tanpa sebarang


perasaan negatif. Mereka tidak bersikap etnosentrik malahan dapat menerima budaya
masyarakat lain.
YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak menjelaskan bahawa rakyat pelbagai
kaum dan agama di Malaysia harus berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing
dan bukan bertindak atas kepentingan sendiri. Bangsa Malaysia yang hendak dilahirkan
ialah satu bangsa yang bersatu padu , mempunyai masa depan yang sama dan
dikongsi bersama, sejahtera dan bersatu padu antara wilayah atau kumpulan etnik,
hidup dalam keadaan harmoni dan berkongsi dengan cara yang adil. Konsep ini adalah
berbeza dengan konsep bangsa yang selalu kita fahami. Dalam membincangkan
bangsa dan pelbagai budaya, kita harus memahami konsep integrasi.

Integrasi sosial ialah satu proses menyatupadukan pelbagai kelompok


melalui satu identiti bersama dengan menghapuskan perbezaan dan identiti
masyarakat. Integrasi akan wujud apabila ahli-ahli sesuatu masyarakat dapat
menerima ciri ahli lain tanpa mengambil kira identiti dan asal usul mereka.
Keadaan

ini

juga

melibatkan

penyatuan

pelbagai

kumpulan

tanpa

mengambil kira keturunan, sama ada majoriti atau minoriti. Apa yang
penting ialah prasangka atau prejudis dan diskriminasi terhadap satu sama
lain dalam masyakarat bersebut. Integrasi akan melibatkan akulturasi iaitu
satu proses di mana berlaku perubahan dan pinjam-meminjam unsur
budaya. Ahli daripada pelbagai kumpulan perlu berkongsi pola kebudayaan,
misalnya menggunakan bahasa yang sama supaya interaksi sosial mereka
tidak diganggu oleh perbezaan dan sempadan kumpulan.
Selain
merupakan
kumpulannya

tu,

integrasi

proses
dan

juga

apabila
diserap

akan

melibatkan

kumpulan
oleh

minoriti

kumpulan

yang

asimilasi.

Asimilasi

kehilangan
dominan

identiti

dari

segi

kebudayaan dan sosial. Terdapat dua jenis asimilasi iaitu asimilasi budaya
dan asimilasi struktur. Asimilasi budaya ialah proses di mana kumpulan
minoriti mempelajari ciri-ciri kebudayaan masyarakat setempat untuk
diamalkan dalam kehidupan seharian, misalnya cara berpakaian, bahasa dan
adat resam. Hal ini tidak bermakna kumpulan minoriti akan kehilangan
identiti etniknya. Asimilasi struktur pula merupakan proses dimana kumpulan
minoriti berjaya menyertai institusi utama dan aktiviti sosial dalam
masyarakat dominan.
Integrasi akan melibatkan akulturasi, iaitu satu proses di mana berlaku
perubahan dan pinjam-meninjam unsur kebudayaan. Ahli daripada pelbagai
kumpulan perlu berkongsi pola kebudayaan, misalnya menggunakan bahasa
yang sama supaya interaksi sosial mereka tidak diganggu oleh perbezaan
dan

sempadan

kumpulan.

Integrasi

juga

mungkin

akan

melibatkan

amalgamasi, iaitu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi


biologi. Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan di

campuradukkan melalui perkahwinan campur yang akan melahirkan satu


bangsa baharu. Proses ini hanya boleh berlaku sekiranya kumpulan dominan
membenarkan dan menggalakkan kumpulan minoriti berbuat demikian.
Manakala minoriti tidak dipaksa berbuat demikian.
Secara umumnya bangsa ialah sekelompok manusia yang dianggap
memiliki identiti bersama, mempunyai kesamaan bahasa, agama, ideologi
dan budaya. Umumnya mereka dianggap memiliki asal usul keturunan yang
sama. Hal ini bermakna setiap bangsa mempunyai identiti sendiri, misalnya
orang Melayu dengan kemelayuannya, orang Cina dengan kecinaannya dan
begitulah juga orang India dengan keindiaannya. Walaupun perkara ini tidak
dapat dihapuskan, tetapi ada aspek-aspek tertentu yang boleh diterima oleh
semua bangsa misalnya dalam mengamalkan nilai.

You might also like