You are on page 1of 5

TEKS PENGACARAAN MAJLIS:

MAJLIS PENUTUP PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2015


Masa
11.00
pg
11.05 pg

Cue
Peserta
mengambil
tempat
Ketibaan
Sajan (Ketua
Polis Benut)

Ann
Para hadirin diminta bersedia kerana majlis akan
dimulakan sebentar lagi
Mengumumkan ketibaan ______________________ diiringi
______________ke persada majlis.
Semua hadirin dipersilakan duduk.
Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t..

Kata-kata
aluan

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
1)Yang berusaha _____________________ Ketua Polis
Balai Benut.
2)Yang Berusaha, Pn Zaiton binti Salleh, GPK 1 SK
Taman Kota Kulai, Encik Faizul Abdullah bin Rahim,
Penyelaras Program Perkhemahan Unit Beruniform 2015,
En. Mohd Shapian, Ketua Komander, Barisan Fasilitator,
seterusnya para peserta perkhemahan unit beruniform
2015 pada kali ini.
Salam bahagia, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Bacaan Doa

Selamat datang ke Majlis Penutup Program Perkhemahan


Unit Beruniform 2015.
Tangan ditadah penuh inayah
Majlis dibuka penuh rahmat
Mohon keberkatan serta hidayah
Moga majlis senantiasa selamat

Untuk
maksud
itu,
marilah
kita
sama-sama
mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh ustaz
_______________. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih atas bacaan doa
sebentar tadi.
Hadirin Sekalian ,
Pada majlis yang permai ini, marilah kita memanjatkan
kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta
limpah rahmat-Nya, kita diberi
kekuatan untuk berhimpun serta memeriahkan Majis
Penutupan Program Perkhemahan Unit Beruniform SK
Taman Kota Kulai Tahun 2015.
Program perkhemahan ini diadakan diadakan bertujuan
untuk
1 Memupuk keyakinan diri serta jati diri yang kental
dalam kalangan peserta-peserta.
2 Melahirkan ahli Unit Beruniform yang berdisiplin dan
mengutamakan hidup berlandaskan nilai-nilai agama
masing-masing.
3 Memupuk semangat muhibah serta kerjasama yang
erat dalam kalangan para peserta yang berlainan bangsa
dan agama.

Ucapan
Penyelaras

Peserta telah berkampung selama dua hari satu malam


dan telah memperoleh pelbagai pengalaman yang
menarik sepanjang perkhemahan.
Hadirin sekalian,
Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.
Majlis mempersilakan En Faizul Abdullah bin Rahim,
Penyelaras Program Perkhemahan Unit Beruniform 2015
untuk memberikan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
Terima kasih atas ucapan yang sungguh bermakna
sebentar tadi.

Ucapan
Perasmian
Penutupan

Hadirin , anak didik para peserta perkhemahan sekalian,


Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.
Majlis mempersilakan ________________________
untuk
memberikan ucapan seterusnya menutup rasmi Program
Perkhemahan Unit Beruniform Tahun 2015. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

Penyampaian
Hadiah 1

Demikianlah kata, demikianlah pesan


Daripada Sarjan insan budiman
Sekalung penghargaan kami hadiahkan
Kata nasihat tidak dilupakan
Majlis merakamkan ribuan terima Kasih kepada
________________ atas ucapan penutupan sebentar tadi.
Seterusnya, tibalah masa untuk penyampaian hadiah
bagi para pemenang setiap aktiviti yang telah dijalankan.
Majlis
mempersilakan
__________________
untuk
menyampaikan hadiah diiringi _____________________.
Dipersilakan.
Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada
_______________

Penyampaian

Hadiah 2
(Pertandingan
)

Hadirin sekalian,
Kita teruskan lagi majlis dengan penyampaian hadiah
Pertandingan
______________.
Dengan
itu
majlis
mempersilakan
_____________
dengan
diiringi
______________ bagi menyampaikan hadiah kepada para
pemenang. Majlis mempersilakan.

(RUJUK SENARAI)
Penyampaian Cenderamata kepada Fasilitator
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
__________atas kesudian menyampaikan hadiah kepada
para pemenang.
Dipersilakan ________________ untuk menerima sedikit
cenderamata daripada pihak kami sebagai tanda
kenang-kenangan.
-Penyampaian Cenderamata kepada perasmi
Lagu Negaraku

Penutup

Bagi mengakhiri Program


Perkhemahan
Unit
Beruniform pada kali ini,
marilah sama-sama kita
menyanyikan
Lagu
Negaraku.
Hadirin
dipersilakan berdiri.

Hadirin budiman,
Majlis kini telah sampai ke penghujungnya.
Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.
Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.
Majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
____________ kerana sudi untuk bersama-sama kita pada
hari ini.
Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon maaf andai

ada tutur bicara mengguris jiwa sepanjang saya


mengacarakan majlis ini.
Sekiam,berjumpa lagi di Program Perkhemahan Unit
Beruniform seterusnya. Jaga diri.
Saya akhiri majlis dengan lafaz suci wabilah............
Bersurai

You might also like