You are on page 1of 1

SKEMA JAWAPAN

PEPERIKSAAN SUMATIF BAHASA MELAYU TINGKATAN 2


RINGKASAN
Antara sebab perubatan tradisional masih mendapat tempat dalam kalangan pengguna
ialah kemiskinan dan tidak berupaya untuk membeli makanan apatah lagi bagi
mendapatkan rawatan moden. Sebab lain ialah minat masyarakat kepada perubatan
tradisional semakin bertambah dan dianggap pelengkap kepada perubatan moden.
Selain itu, sebabnya perubatan moden masih gagal menemukan penawar bagi penyakit
kronik dan kosnya pula semakin tinggi. Seterusnya, perubatan moden diamalkan sejak
zaman-berzaman. Tambahan pula, ubat-ubatan tradisional mampu mengesan dan
merawat punca penyakit tersebut. (74 patah perkataan)
SOALAN PEMAHAMAN
1. Berikan maksud rangkai kata mengisi kekosongan.[2 markah]
Maksud rangkai kata mengisi kekosongan ialah memenuhi keperluan.
2. Apakah yang perlu dilakukan untuk memajukan perubatan tradisional?[4 markah]
Yang (Usaha) perlu dilakukan untuk memajukan perubatan tradisional ialah perubatan
tradisional perlu dikaji dan dibangunkan dengan keupayaan sains dan teknologi supaya
lebih berkesan. Selain itu, kajian bioteklogi mengenai ubat-ubatan tradisional ini perlu
giat dijalankan dan ubat-ubatan berasakan herba wajar dikomersialkan serta dijual
dengan harga yang rendah.
3. Pada pendapat anda, mengapakah semakin ramai rakyat negara kita menghidap
penyakit kronik? [4 markah]
Pada pendapat saya, semakin ramai rakyat negara kita menghidap penyakit kronik
kerana faktor pemakanan yang banyak mengandungi bahan pengawet dan bahan kimia.
Selain itu, amalan riadah kurang diamalkan oleh rakyat di negara ini sibuk bekerja.
Seterusnya, amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti pengambilan arak dan
penagihan dadah turut menjadi punca.
SOALAN KOMSAS
1. Nilai bertanggungjawab
Anas berasa bertanggungjawab mengambil alih peranan sebagai orang lelaki di rumah
selepas ayahnya hilang semasa menjalankan ekspedisi misteri di Laut Andaman.
2. Nilai kasih sayang
Anas sangat menyayangi adiknya, Aina.
3. Nilai keberanian
Anas membahayakan dirinya dalam usaha untuk memastikan kejayaan Pasukan Zamrud
II dalam pertandingan Avatari.
4. Nilai kesabaran
Adeen sabar dengan karenah Kumar yang angkuh.
5. Nilai keinsafan
Kumar menyesal kerana telah memperkecil keupayaan Pasukan Zamrud II.
6. Nilai kegigihan
Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas gigih berlatih sehingga menjuarai
Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.

You might also like