You are on page 1of 51

HOWARD

GARDNER
(KECERDASAN
PELBAGAI)

PENGENALAN
Diperkenalkan oleh Howard Earl Gardner
pada tahun 1983 dalam bukunya yang
bertajuk Frames of Mind: The Theory of
Multiple Intelligences.
Definisi kecerdasan sebagai satu set
kemahiran yang membolehkan
seseorang itu menyelesaikan masalah
atau menghasilkan keluaran atau
perkhidmatan yang bernilai kepada
budayanya.

Teori ini menyatakan bahawa manusia


mempunyai semb kecerdasan yang
merangkumi sembilan pelbagai kebolehan,
keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud
secara semulajadi.
Setiap kecerdasan tidak bergantung antara
satu sama lain.
Perkembangan kecerdasan bergerak dengan
kadar yang berbeza dan individu menunjukkan
kebolehan yang tidak sama untuk semua jenis
kecerdasan.

Jenis kecerdasan yang dikenal pasti adalah :

Teori ini menegaskan bahawa setiap individu


mempunyai kesembilan-sembilan kecerdasan
tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza
dari segi kekuatan dan kemahiran.
Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan
menerusi pendidikan, pengalaman dan
persekitaran.
Menurut Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che
Lah, teori ini juga digunapakai sebagai salah satu
daripada konsep pendidikan prasekolah.

Teori ini membantu guru dalam mendidik


kanak-kanak kerana setiap kanak-kanak
mempunyai kecerdasan yang berbezabeza.
Kecerdasan kanak-kanak dapat
ditingkatkan melalui peluang-peluang
pendidikan semasa mereka di prasekolah.
Sesuatu kecerdasan yang kuat dalam diri
kanak-kanak dapat digunakan bagi
memperkukuhkan kecerdasan yang lemah.

KECERDASAN
LOGIK- MATEMATIK

Banyak menggunakan otak kiri dalam


proses berfikir dalam menyelesaikan
masalahnya (Nordin Mamat, 2005).
Kebolehan menggunakan nombor,
menaakul, mengenal pasti pola abstrak,
perkaitan, sebab dan akibat (logik).
Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk
pemikiran secara induktif dan deduktif,
membuat inferens, mengkategori,
generalisasi, perhitungan dan pengujian
hipotesis.

Contoh aktiviti: Penggunaan


simbol, rumus, urutan nombor,
pola abstrak, perkaitan sebab dan
akibat (logik), penyelesaian
masalah, pengurusan grafik dan
pengiraan.
(sumber:http://z6.invisionfree.com/DRAGONIZER/ar/t
1145. htm)

Ciri-ciri pelajar :
Dapat menyelesaikan masalah matematik dengan
cepat
Suka menggunakan komputer
Bermain catur, checker dan lain-lain permainan
yang memerlukan strategi, kemudian pelajar
tersebut akan memenangi permainan tersebut
Memberi sebab kepada sesuatu peristiwa atau
kejadian secara logik
Melakukan eksperimen kepada perkara-perkara
yang tidak difahami.
(Ramlah Jantan& Mahani Razali, 2006).

KECERDASAN
MUZIK

Kebolehan untuk menghasilkan dan


menghargai irama, nada dan bentukbentuk peluahan muzik.
Melibatkan kepekaan kepada nada,
rentak bunyi dan memberi gerakbalas
kepada elemen-elemen yang
melibatkan perasaan.
Banyak menggunakan irama dan
melodi

Dalam bilik darjah, guru perlu


membantu ke arah membina dan
mencungkil kecerdasan muzikal
dalam diri pelajar.
Misalnya, guru merancang dan
mempertajamkan kemahiran dengan
mempertingkatkan kemampuan
pelajar dalam mengubah atau
mencipta lagu.
(Nordin Mamat, 2005).

Ciri-ciri pelajar :
Boleh bermain alat muzik
Mudah mengingati melodi lagu
Boleh mengenalpasti bila not muzik off
key
Memerlukan muzik apabila belajar
Mempunyai koleksi kaset atau CD lagulagu
Suka menyanyi lagu-lagu kepada diri
sendiri
(Ramlah Jantan& Mahani Razali, 2006).

KECERDASAN
VISUAL (RUANG)

Maksud:
Kemampuan berfikir menggunakan
gambar.
Kebolehan mencipta gambaran mental
dan mengamati
dunia visual.
Berkebolehan mencipta gambaran atau
lukisan 3D
Berkepekaan terhadap warna, garis,
bentuk dan ruang.
(http://bapakethufail.wordpress.com/2008/06/20/mengoptimalka
n-perkembangan-kecerdasan-pada-anak-sejak-usia-dini)

Ciri-ciri pelajar :
Menyukai permainan puzzle
Menyukai carta, rajah dan peta minda
Mudah mentafsir dan memahami peta,
rajah, graf dan lain-lain
Suka melukis, menari dan menyanyi
Contoh aktiviti: melukis, mengecat,
mewarna, membuat garisan, boleh
berimaginasi dan membuat peta minda.
(Ramlah Jantan dan Mahani Razali, 2004)

KECERDASAN
BAHASA/ LINGUISTIK

Kemahiran atau kebolehan mengguna


perkataan dengan berkesan sama ada
secara lisan atau bertulis.
Kecerdasan ini merangkumi pembacaan,
penulisan, dan perbualan sama ada dalam
bahasa sendiri atau bahasa asing.
Kecerdasan ini tidak hanya berkisar kepada
penghasilan bahasa, tetapi juga merangkumi
perbezaan, susunan dan rima perkataan.
Berkeboleban dalam memanipulasikan ayat,
gaya bahasa dan pengucapan dengan baik
dan sempurna.

Ciri-ciri pelajar :
Suka menulis
Suka bercerita
Mengeja perkataan dengan mudah dan
tepat
Mempunyai ingatan yang baik pada
nama tempat, tarikh atau lirik
Suka membaca buku jika ada masa yang
terluang
Suka pada permainan bahasa seperti
teka silang kata
(Ramlah Jantan dan Mahani Razali, 2004)

KECERDASAN
INTERPERSONAL

Maksud :
Lebih melibatkan kepada pengalaman
sosial
seseorang
Gardner membahagikan kepada 4 iaitu
kepimpinan, kemampuan membina
hubungan dan pertahankan persahabatan,
kemampuan menyelesaikan konflik dan
keterampilan analisis sosial.

Ciri-ciri pelajar :
Mempunyai ramai kawan
Boleh berempati dan memahami perasaan
orang lain
Menyukai permainan berkumpulan dengan
rakan-rakan
Menyertai aktiviti-aktiviti kumpulan lepas
waktu sekolah
Bijak bersosialisasi sama ada di sekolah
atau dalam masyarakat

Contoh aktiviti :
komunikasi antara individu
latihan kolaboratif
memberi maklum balas
strategi pembelajaran kooperatif
(sedia bekerjasama)

KECERDASAN
NATURALIST

Maksud :
dimiliki oleh individu yang menyintai alam
semulajadi seperti flora dan fauna
mudah mengenal dan mengingati nama
tumbuh-tumbuhan dan haiwan
gemar meneroka hutan atau memelihara
binatang

Ciri-ciri pelajar :
Suka mengumpul spesies rama-rama
yang dikeringkan atau koleksi kulit siput
Boleh mengenalpasti nama tumbuhan dan
haiwan dengan cepat
Suka memelihara kucing, burung, arnab,
dan lain-lain
Suka menanam bunga dan membuat
perhiasan menggunakan bahan dari alam
semula jadi seperti buluh dan rotan

Contoh aktiviti :
Melakukan aktiviti menanam pokok di
sekitar kawasan sekolah
Melaksanakan aktiviti gotong-royong
membersihkan kawasan sekolah
Membela haiwan peliharaan seperti arnab,
ikan dan sebagainya
Membuat lawatan ke zoo dan taman
bunga dan sebagainya

KECERDASAN
KINESTETIK-BADAN

Melibatkan pengunaan tubuh untuk


menyelesaikan masalah, mencipta
sesuatu serta menyatakan idea dan
perasaan.
Olahragawan, pakar bedah, penari,
gimnastik dan orang yang
menghasilkan kraftangan bermutu
tinggi adalah orang-orang yang memiliki
kecerdasan ini.
(Nordin Ahmad, 2005)

Ciri-ciri pelajar :
Berjaya dalam sukan.
Tidak boleh duduk diam di atas kerusi ada
saja aksinya.
Menyukai aktiviti-aktiviti mencabar.
Perlu menyentuh orang bila bercakap.

Boleh demontrasi kemahiran dalam bidang


kraftangan, pertukangan kayu atau menjahit.
Bijak meniru mimik muka atau tingkahlaku
orang lain.
Terlibat dalam aktiviti fizikal seperti berenang,
menunggang motosikal atau berkasut roda.

KECERDASAN
INTRAPERSONAL

Mempunyai pengetahuan tentang diri


sendiri yang melibatkan perasaan, niat
dan matlamat hidup.
Kecerdasan ini sukar dinilai.
(Ramlah Jantan& Mahani Razali, 2006).

Ciri-ciri pelajar :
Mempamerkan kebolehan untuk berdikari.
Memberi reaksi dengan pendapat yang
bernas kepada sesuatu tajuk.
Mempunyai rasa keyakinan diri yang tinggi.
Mahu menjalani hidup yang privacy.
Suka bersendirian dalam mengejar matlamat,
hobi dan projek.

membantu seseorang untuk mengembangkan


dirinya secara utuh melalui penciptaan
kemungkinan untuk menerapkan nilai-nilai positif
Merupakan aliran falsafah yang fahamannya
berpusat kepada kejadian dan kewujudan
manusia, erti kehidupan, kematian dan juga
realiti yang dihadapi oleh manusia dalam
kehidupannya.
Cenderung untuk membaca buku-buku falsafah.

Ciri-ciri pelajar :
Suka pembelajaran bermakna.
Membuat sintesis idea.
Perkaitan dengan kurikulum.
Minat bidang sastera dan budaya

Proses Pelakasanaan
Kecerdasan Pelbagai
Proses pelaksanaan Teori Kecerdasan
Pelbagai dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah melalui beberapa
peringkat.

Peringkat 1: Padanan
Guru harus menyedari bahawa adalah
amat perlu memadankan pengajaran dan
pembelajaran dengan kecerdasan
pelbagai murid.
Dalam proses mencari padanan antara
kedua aspek tersebut, guru perlu
mengenal pasti kekuatan-kekuatan diri
mereka dan kekuatan pelajar itu sendiri.

Kekuatan Guru
Mengisi borang senarai semak MICA (Multiple Intelligences
Checklist for Adults).
Mengetahui kekuatan guru di antara kecerdasan pelbagai
berdasarkan senarai semak yang disediakan.
Memilih pelbagai aktiviti berdasarkan kecenderungan minat atau
kecerdasan dominan guru.
Merujuk kepada Jadual Kecerdasan Pelbagai untuk memperluaskan
strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kecerdasan lain.
Kekuatan Murid/Pelajar
Pemerhatian tingkah laku murid semasa belajar.
Mengenal pasti aktiviti yang digemari murid pada masa lapang.
Merujuk kepada laporan prestasi murid.

Peringkat II: Percubaan

Empat langkah boleh diambil bagi melaksanakan


peringkat percubaan ini, iaitu:
1. Perancangan

Guru memikirkan bagaimana Teori Kecerdasan


Pelbagai boleh diaplikasikan ke dalam pengajaran dan
pembelajaran seharian. Bagi tujuan ini, beberapa
soalan boleh digunakan sebagai panduan dalam
rancangan pelajaran.
Contoh soalan bagi kecerdasan naturalis,
bagaimanakah guru boleh membawa alam semulajadi
ke dalam kelas atau guru perlu membawa murid keluar
kelas?

2. Persekitaran
Guru memikirkan cara memaksimumkan
potensi persekitaran terutama sekali keadaan
di dalam bilik darjah.
Berikut adalah beberapa fokus yang boleh
digunakan;

Stesen Kecerdasan
Perhiasan bilik darjah
Lawatan luar
Sumber bilik darjah

3. Proses

Guru mempunyai beberapa opsyen menggunakan


Teori Kecerdasan Pelbagai merentasi kurikulum.
Opsyen tersebut melibatkan lima model yang
dicadangkan dan guru boleh memilih mengikut
kesesuaian murid, bilik darjah, mata pelajaran dan
topik yang diajar, iaitu;

Sisipan. Guru boleh memilih satu atau dua kecerdasan dan


digunakan dalam pengajaran secara tidak langsung.
Jaringan. Setiap kecerdasan digunakan dalam pengajaran
tematik.
Jalinan. Satu kecerdasan digunakan dalam beberapa mata
pelajaran.
Perkongsian. Beberapa kecerdasan dipilih untuk digunakan
dalam dua mata pelajaran.
Kesepaduan. Beberapa kecerdasan digunakan secara
bersepadu merentasi mata pelajaran yang berlainan

4. Penilaian
Guru boleh menggunakan cara yang berbeza
dalam pengendalian penilaian.
Dalam proses penilaian tersebut, guru harus
memastikan agar penilaian yang dibuat itu
bermakna, berkonteks, mencerminkan
kepakaran murid dalam sesuatu bidang,
berpadanan dengan kecerdasan murid,
digabungjalinkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dan membenarkan
perkembangan kesemua kecerdasan.

Jenis penilaian:
Projek dan produk
Pemerhatian di stesen-stesen kecerdasan
Persembahan, penyampaian dan demonstrasi.
Penyelesaian masalah dan eksperimen.
Rakaman, video, kaset dan penggambaran.
Laporan, folio, portfolio, dan pameran.

Peringkat III: Peningkatan


Pada peringkat ini, guru boleh merancang dan
menjalankan pelajaran dengan menggunakan
Teori Kecerdasan Pelbagai untuk
mempertingkatkan kemahiran berfikir murid,
terutamanya dalam penyelesaian masalah dan
untuk memperluaskan pemikiran murid.
Selain itu, perancangan juga boleh dijalankan
untuk mempertingkatkan kemahiran berfikir bagi
murid yang berkebolehan tinggi.

KESIMPULAN

Setiap kanak-kanak mempunyai kecerdasan


yang berbeza-beza dan ianya perlu dinilai
dengan sama rata dan sama berat.
Contoh alat pengukuran ialah Ujian
Kecerdasan Stanford-Binet.
Guru perlu meransang kecerdasan melalui
aktiviti P&p dan aktiviti di dalam kelas
(membina sudut-sudut pembelajaran).

You might also like