You are on page 1of 1

KEPERLUAN TERAPI

Terapi merupakan kaedah untuk membantu seseorang pelajar untuk bergerak


balas terhadap aktiviti atau kemahiran.
Rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghadapi sebarang
penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan menyebabkan
kefungsian badan secara normal (Kamus Perubatan Mosley, 2001)
Dalam konteks Pendidikan Khas, terapi merupakan kaedah bagi membantu
individu yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan kognitif,
emosi, sosial dan psikomotor mencapai perkembangan secara maksimum
dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Antara kepentingan terapi ialah:
bagi meningkatkan daya pengamatan murid-murid
meransang murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu
kemahiran
meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan
psikomotor.
Di samping itu, melalui terapi juga guru-guru dapat melatih murid-murid
menguasai kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan
kehidupan seharian serta mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif
lagi menyeronokkan. ( G. Eliana, 2008, S. Pengilly, 2008; Z. Ibrahim, 2009).
Terapi-terapi yang boleh dilaksanakan ialah:
i) terapi fisio
ii) terapi cara kerja
iii) terapi pertuturan
iv) terapi muzik dan pergerakan kreatif
v) terapi seni
vi) terapi main
Contoh

Seorang kanak-kanak sindrom down yang mempunyai masalah pergerakan


serta mempunyai masalah pertuturan dan pengamatan.

Pada kesimpulannya, guru-guru perlu didedahkan kepada aktiviti terapi bagi


memantapkan penyampaian pengajaran dan pembelajaran murid-murid pemulihan
khas. Aktiviti-aktiviti terapi boleh dijalankan di sekolah secara kumpulan atau
individu bagi meningkatkan keupayaan kognitif, efektif, psikomotor dan sosial
murid-murid pemulihan khas.

You might also like