You are on page 1of 2

http://www.bharian.com.

my/node/7601
Berita Harian Online
RABU, 24 SEPTEMBER 2014 @ 11:56 AM
Guru nila setitik, rosakkan susu sebelanga - KP Pelajaran PORT DICKSON: Ketua
Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof kesal kerana terdapat golongan
guru yang tidak berintegriti dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Beliau berkata
dalam menghadapi pelbagai isu dan cabaran ketika melaksanakan tanggungjawab, budaya
kerja yang cepat, tepat dan berintegriti dalam kalangan penjawat awam termasuk guru
perlu diamalkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak rakyat.

Namun katanya, apa yang berlaku sekarang ialah walaupun budaya kerja cepat dan tepat
itu ada, tetapi terdapat guru yang tidak berintegriti. "Kumpulan ini (tidak berintegriti)
dalam kalangan guru, saya panggil sebagai 'guru nila setitik', bukan guru sejati. "Kalau
nila setitik jatuh dalam susu, maka boleh rosak susu satu belanga. Ini yang berlaku
kepada kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.

"Ada di kalangan guru yang sanggup menggadaikan kemuliaan profesion guru. Dalam
usaha hendak membantu murid mereka mencapai kejayaan dengan cepat, memang bagus,
tetapi takkan bagi semua soalan peperiksaan bocor. Inilah rendahnya martabat integriti
guru berkenaan," katanya pada majlis penyampaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah
Peringkat Kebangsaan 2014 di sini malam tadi. Beliau menyifatkan guru seperti itu
sebagai pengkhianat yang mesti dihapuskan. "Kita tidak boleh berkompromi dengan
mereka. Kita tahu kalau melakukan sebarang kesalahan memang ada ruang untuk
dimaafkan, tetapi kalau hendak menjaga kemuliaan profesion dan kesejatian seorang
guru, maka saya tidak boleh berkompromi. Mereka memang tidak sesuai berada dalam
sistem dan profesion yang mulia ini.
"Kita semua harus melaksanakan tugas yang diamanahkan secara beradap dan mengikut
peraturan bagi memastikan imej kerajaan sentiasa dipandang tinggi. "Perkhidmatan
awam adalah komponen penting dan penghubung dalam menterjemahkan misi kerajaan.

Untuk itu kita perlu sama-sama mengukuh ikrar janji setia dan bergerak ke hadapan
sebagai satu pasukan yang bersatu, dinamik dan progresif dalam melaksanakan proses
transformasi negara," katanya. Bagi anugerah itu, Sekolah Menengah Kebangsaan
Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Kuantan, Pahang muncul johan bagi kategori
sekolah menengah, naib johan Sekolah Menengah La Salle, Kota Kinabalu, Sabah dan
tempat ketiga Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Hulu Terengganu, Terengganu.
Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, RM3,500 dan RM2,500
serta trofi, sijil dan buku. Bagi kategori sekolah rendah, johan ialah Sekolah Kebangsaan
(SK) Felda Jerangau, Hulu Terengganu, naib johan SK Matang Jaya, Padawan, Sarawak,
manakala tempat ketiga SK Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Masingmasing membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000, RM2,500 dan RM1,000 serta trofi,
sijil dan buku. - BERNAMA

You might also like