You are on page 1of 1

ABSTRAK

Sejajar dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Murid-murid di peringkat sekolah
rendah harus mendapat kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman secara langsung,
satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bermutu perlu dilaksanakan. Kajian ini bertujuan
untuk memperbaiki kaedah pengajaran pembelajaran RBT untuk meningkatkan penguasaan
murid dalam subtopik mata jahitan asas dalam kalangan murid tahun 4. Tinjauan awal
menunjukkan bahawa penguasaan murid tahun 4 terhadap kemahiran RBT dalam agak rendah
disebabkan oleh kekurangan bimbingan daripada guru Kajian ini menfokuskan kepada
penggunaan kaedah hands-on berkoperatif untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menjahit
mata jahitan asas dalam kalangan murid tahun 4 melalui bimbingan yang secukupnya daripada
rakan sekumpulan. Responden kajian ini terdiri daripada 15 orang murid SJKT Desa Cempaka,
Nilai, iaitu 9 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan. Data kajian ini dikumpulkan
melalui 4 kaedah iaitu pemerhatian, temu bual, soal-selidik dan ujian amali (pra dan pos).
Kaedah

triangulasi digunakan dalam kajian ini untuk meningkatkan kesahan

dan

kebolehpercayaan data yang diperolehi di mana semua kaedah ini digunakan untuk menjawab
ketiga-tiga persoalan yang diutarakan dalam kajian ini. Data-data yang diperolehi melalui kaedah
temu bual dan pemerhatian dianalisiskan secara kualitatif manakala data daripada kaedah soalselidik dan ujian amali dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan perisian EXCEL.
Kesemua data yang dianalisis dipersembahkan dalam bentuk jadual, graf dan carta pai yang
sesuai. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kaedah hands-on berkoperatif dapat meningkatkan
penguasaan dan pencapaian murid terhadap kemahiran menjahit mata jahitan asas di samping
mengubah tingkah laku yang negatif seperti sembang dan bermain. Melalui kaedah ini sifat
bergantungan kepada guru dapat dikurangkan malah peer teaching dan sifat bimbingan antara
satu sama lain ditingkatkan dalam kalangan murid tahun 4.

You might also like