You are on page 1of 2

Empayar Melayu Awal

Empayar melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu sebelum kedatangan islam dan
selepas kedatangan islam. Bagi sebelum kedatangan islam, kebanyakan daripada kerajaankerajaan Melayu yang terawal tidak begitu besar dan tidak mampu berkembang luas. Ini
mungkin kerana kerajaan-kerajaan ini tidak mempunyai asas-asas perbandaran yang mencukupi
untuk menampung jumlah penduduk yang tinggi jika kita mengambil kira teori-teori barat
tentang keperluan-keperluan sesebuah perbandaran dan tamadun. Akan tetapi, kita dapati bahawa
terdapat dua empayar Melayu yang agak besar dan merangkumi kawasan yang luas iaitu
Empayar Funan dan Empayar Sri Vijaya. Sememangnya Empayar Sri Vijaya jauh lebih luas
daripada Empayar Funan. Akan tetapi terdapat sedikit persamaan di antara kedua-dua empayar
ini. Kedua-duanya mampu menguasai laluan perdagangan di kawasan mereka. Penguasaan ini
mungkin dilakukan mengikut cara yang agak berbeza daripada apa yang berlaku di Eropah dan
kawasan-kawasan lain di dunia ini.
Salah satu cara pemikiran masyarakat Melayu adalah pembentukan kerajaan-kerajaan dan
empayar-empayar berdasarkan pengaruh. Konsep ini berbeza daripada pemikiran Eropah Barat
yang mengembangkan wilayah melalui penaklukan dan penetapan sempadan wilayah secara
fizikal. Oleh kerana masyarakat Melayu pada dasarnya adalah kumpulan manusia yang tinggal di
kawasan kepulauan, mereka kurang memberi perhatian kepada penguasaan fizikal wilayah
mereka. Ini adalah kerana orang-orang yang tidak bersetuju sentiasa boleh belayar keluar dari
sesuatu tempat untuk menuju ke tempat lain. Penguasaan kawasan bukannya berdasarkan kepada
penguasaan tanah, sebaliknya berteraskan kepada penguasaan laluan air serta kebolehan menarik
orang datang ke sesuatu tempat (jumlah penduduk di kawasan kepulauan Melayu tidak begitu
tinggi dan pembinaan sebuah perbandaran memerlukan orang datang untuk tinggal di kawasan
tersebut). Konsep penguasaan ini mungkin menyebabkan tamadun Melayu tidak mempunyai
peninggalan ciri-ciri fizikal sama seperti yang terdapat di kawasan-kawasan lain di dunia ini
(malahan masih terdapat banyak kerajaan-kerajaan Melayu awal seperti Langkasuka dan Beruas
di Malaysia, dan juga termasuk Sri Vijaya yang masih belum dikenalpasti kedudukannya
sehingga ke hari ini.

Walaupun setelah kedatangan islam, tamadun melayu tidak mengalami kemerosotan


bahkan semakin bertambah gemilangan dengan membentuk tamadun melayu baru. Contohnya
Kesultanan Melayu Islam Melaka, Aceh, Pasai, Perlak, Patani, dan Johor-Riau. Kerajaan ini juga
telah menjadi pusat keintelektualan dan persuratan melayu. Hal ini kerana banyak karja karya
yang telah dihasilkan antaranya Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Amir Hamzah, dan Hikayat
Hang Tuah. Disamping itu, pada masa itu turut muncul undang undang yang baru contohnya
Hukum Kanun Melaka, Undung Undang Laut Melaka, dan Adat Adat Raja Melayu. Akan
tetapi, karya karya agung haruslah daripada dating daripada tokoh yang agung juga. Antara
tokoh yang terkenal ialah Hamzah Fansuri, Arshad al-Banjari, Syeikh Daud al-Fatani, Yusuf alMakasari dan lain - lain.

Kedatangan islam juga telah meningkatkan perkembangan islam di tamadun melayu.


Antara tempat yang di gunakan ialah istana, masjid, sekolah pondok, dan madrasah. Hal ini juga
telah meningkatkan bahasa melayu sehinggakan menjadi bahasa lingua franca dan terkenal
keserata benua.

You might also like