You are on page 1of 31

Memperkukuh hubungan kewangan

serantau dan antarabangsa

88 | 89

bersepadu
hubungan

3.1 Mengukuhkan integrasi kewangan


serantau dan antarabangsa
3.2 Pengantarabangsaan kewangan Islam

bersepadu

mengukuhkan

integrasi kewangan
serantau dan antarabangsa

Hubungan dengan ekonomi serantau dan


antarabangsa yang diperkukuh merupakan
asas utama dalam peralihan Malaysia
ke arah ekonomi bernilai tambah tinggi
dan berpendapatan tinggi. Hubungan
merentas sempadan yang lebih kukuh
akan meningkatkan peluang perdagangan
dan pelaburan dengan meluaskan pasaran
bagi permintaan terhadap keluaran dan
perkhidmatan akhir, menambahkan
pengumpulan modal dan meninggikan daya
pengeluaran faktor.

90 | 91

Hubungan merentas sempadan seperti ini juga akan meningkatkan peluang


Malaysia dan juga rantau untuk memanfaatkan kelebihan berbanding yang
pelbagai di rantau ini.
Sektor kewangan Malaysia telah mencapai kemajuan yang ketara dalam
meningkatkan hubungan merentas sempadan Malaysia dengan ekonomi
lain. Pengembangan luar negara oleh institusi-institusi kewangan Malaysia
sepanjang sedekad yang lepas telah menyokong peningkatan trend
pelaburan di luar negara oleh syarikat-syarikat Malaysia yang mencari
peluang dan pasaran baharu, terutamanya dalam sektor tenaga, pembinaan,
perladangan dan perkhidmatan. Perkhidmatan kewangan yang disediakan
oleh institusi-institusi kewangan Malaysia melalui rangkaian serantau mereka
telah membantu pertumbuhan dan penggabungan operasi perniagaan
Malaysia di rantau ini dan di serata dunia.
Sehingga kini, enam daripada lapan kumpulan perbankan domestik telah
membuka cawangan di 19 buah negara di seluruh dunia, dengan sebahagian
besar daripada operasi luar negara mereka berpusat di Asia Tenggara.
Kepentingan operasi tersebut telah meningkat dengan pesat. Pada akhir

Ciri-ciri antarabangsa sistem kewangan Malaysia


juga telah dipertingkat melalui liberalisasi sektor
kewangan yang dilaksanakan secara beransuransur sepanjang sedekad yang lepas

tahun 2010, jumlah aset luar negara dan


sumbangan untung sebelum cukai luar negara
kumpulan perbankan Malaysia masingmasing berjumlah RM240.2 bilion dan 13.6%,
berbanding dengan RM3.3 bilion dan -4.3%
pada tahun 2002.
Ciri-ciri antarabangsa sistem kewangan
Malaysia juga telah dipertingkat melalui
liberalisasi sektor kewangan yang dilaksanakan
secara beransur-ansur sepanjang sedekad yang
lepas. Dua puluh tujuh bank asing daripada 14
negara telah membuka cawangan di Malaysia.
Dengan pengukuhan institusi-institusi kewangan
domestik, fleksibiliti operasi yang lebih besar
sedia ada, lantas meningkatkan potensi mereka
untuk menyumbang kepada ekonomi dan
pertumbuhan yang seimbang. Penglibatan asing

92 | 93

telah diberikan kepada institusi-institusi asing

yang lebih bermakna dalam sistem kewangan


institusi-institusi baharu untuk memberikan
perkhidmatan kepada bidang pertumbuhan
baharu di Malaysia, selain had ekuiti asing yang
lebih tinggi dalam institusi-institusi kewangan
domestik. Pendekatan yang progresif ke arah
liberalisasi sektor kewangan telah menyumbang
kepada pembangunan institusi-institusi
kewangan domestik selanjutnya dalam pasaran
yang lebih berdaya saing. Pendekatan ini juga
telah menyediakan asas untuk sistem kewangan
Malaysia memainkan peranan yang lebih besar
dalam meningkatkan aktiviti ekonomi serantau
dan antarabangsa, dan pada masa yang sama
mengekalkan kestabilan keseluruhan sistem
kewangan.

03_linkages_BNM_FM11_BM_230212.indd 5

M E N G U K U H K A N I N T E G R A S I K E W A N G A N S E R A N TA U D A N A N TA R A B A N G S A

juga telah dipermudah dengan kemasukan

28/02/12 3:09 PM

Memandangkan Asia memberikan sumbangan yang lebih besar kepada


pertumbuhan global dan lebih banyak terlibat dalam aktiviti perdagangan
dan pelaburan intrarantau, akan muncul semakin banyak institusi-institusi
kewangan Asia yang berupaya mengantara secara berkesan lebihan dana
rantau ini kepada pelaburan yang produktif, meningkatkan aliran modal
merentas sempadan dan menyokong pengembangan serantau syarikat
Asia pada skala yang lebih besar. Di samping itu, apabila integrasi ekonomi
dan kewangan di Asia semakin meluas, pertimbangan mengenai kos
akan mempercepatkan penggunaan mata wang tempatan dan mata wang
serantau untuk tujuan pembayaran dan penyelesaian.
Selain rantau Asia, ekonomi sedang pesat membangun di rantau lain juga
akan menjadi lebih penting dalam ekonomi global. Malaysia akan mengambil
inisiatif untuk mengeratkan hubungan sektor kewangan dengan ekonomi
sedang pesat membangun lain bagi menyokong pertumbuhan yang saling
memperteguh. Sementara itu, hubungan antarabangsa Malaysia juga akan
diperkukuh melalui perkembangan berterusan Pusat Kewangan Islam
Antarabangsa Malaysia dan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa
Labuan. Semua usaha ini akan dilengkapi oleh liberalisasi peraturan
pentadbiran pertukaran asing Malaysia yang berterusan dan progresif, yang
akan disertai dengan perlindungan yang sewajarnya bagi mengekalkan
kestabilan kewangan.

Sektor kewangan Malaysia dijangka berkembang

Pertimbangan pertama berkaitan dengan kriteria

menjadi sektor yang berorientasikan serantau

kehematan (prudential criteria) dan pertimbangan

dan mempunyai hubungan antarabangsa untuk

kedua pula ialah pelaburan yang dibuat perlulah

mengantara lebih banyak aliran kewangan

demi kepentingan terbaik Malaysia. Kriteria

serantau dan merentas sempadan. Dalam sistem

kehematan termasuk kekukuhan kewangan, rekod

kewangan Islam, pengantaraan ini bukan sahaja

perniagaan, pengalaman, ciri-ciri dan integriti

di rantau ini tetapi juga ke serata dunia. Institusi-

pelabur asing; kekukuhan dan kebolehlaksanaan

institusi kewangan Malaysia akan mempunyai

pelan perniagaan bagi institusi di Malaysia;

lebih keupayaan untuk memenuhi dengan

ketelusan dan tahap kompleksiti struktur

sewajarnya keperluan syarikat Malaysia yang

kumpulan korporat supaya tidak menghalang

akan beroperasi di luar negara. Sektor kewangan

pengawalan dan penyeliaan yang berkesan oleh

Malaysia juga akan berada pada kedudukan yang

Bank; serta sistem penyeliaan dan sejauh mana

baik untuk menyediakan rangkaian produk dan

pelabur asing diselia di negara asalnya.

serantau yang melabur dan mengembangkan


perniagaan mereka di Malaysia.
Liberalisasi akan mewujudkan peluang
baharu dalam sektor kewangan Malaysia dan
menyumbang ke arah peningkatan hubungan
perdagangan dan pelaburan Malaysia dengan
negara-negara lain. Melangkah ke hadapan,
dasar mengenai pelaburan asing dalam sektor
kewangan melalui pengeluaran lesen baharu
atau pemerolehan kepentingan ekuiti yang
besar dalam institusi kewangan Malaysia
akan berpandukan dua pertimbangan penting.

Bagi memastikan kepentingan terbaik Malaysia


diutamakan, pertimbangan berikut akan diambil
kira:
Impak pelaburan asing terhadap aktiviti ekonomi

94 | 95

keperluan kewangan syarikat antarabangsa dan

di Malaysia, terutamanya sumbangan pelaburan


asing dalam menggalakkan dan memangkinkan
aktiviti ekonomi bernilai tambah tinggi baharu,
memenuhi permintaan terhadap perkhidmatan
kewangan di kawasan yang tidak terdapat
perkhidmatan kewangan, dan menyediakan
peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.
Sumbangan kepada peningkatan produktiviti,
kecekapan dan mutu perkhidmatan kewangan
juga penting.

Sektor kewangan Malaysia dijangka berkembang


menjadi sektor yang berorientasikan serantau
dan mempunyai hubungan antarabangsa untuk
mengantara lebih banyak aliran kewangan
serantau dan merentas sempadan

m e n g u k u h k a n i n t e g r a s i k e w a n g a n s e r a n ta u d a n a n ta r a b a n g s a

perkhidmatan yang lengkap bagi menyokong

Sejauh mana pelabur asing dapat menyumbang ke arah meningkatkan


hubungan perdagangan dan pelaburan antarabangsa antara Malaysia dengan
negara-negara lain.
Sumbangan ke arah pengantarabangsaan kewangan Islam dan sokongan
terhadap perkembangan Malaysia sebagai hab antarabangsa bagi kewangan
Islam.
Kesan pelaburan terhadap kestabilan kewangan, termasuk tahap persaingan
dalam pasaran tertentu dan amalan pasaran yang mungkin menimbulkan risiko
kepada kestabilan kewangan.
Pertimbangan selanjutnya dalam menilai kepentingan terbaik Malaysia ialah
tahap dan betapa luasnya penglibatan rakyat Malaysia dalam institusi-institusi
kewangan domestik. Seperti negara maju yang mempunyai sektor kewangan
yang kukuh dan stabil, kehadiran berterusan kumpulan perbankan domestik
yang kukuh dan diurus dengan baik serta menggembleng lebih daripada
50% bahagian deposit pemastautin adalah penting untuk pertumbuhan dan
perkembangan sektor kewangan yang teratur. Dalam hal ini, sebahagian besar
kumpulan perbankan domestik perlu terus dimiliki oleh rakyat Malaysia bagi
menggalakkan serta menjamin kepentingan terbaik Malaysia apabila
negara melalui kitaran ekonomi dan tahap pembangunan Malaysia yang
berperingkat-peringkat.
Wawasan Pelan Sektor Kewangan ini adalah untuk menjadikan
sektor kewangan Malaysia sebuah sektor yang maju dan mempunyai
kesalinghubungan yang baik untuk mengantara aliran kewangan domestik
dan merentas sempadan dengan cekap. Ini akan dicapai melalui:
Sektor kewangan yang lebih terbuka, berdaya saing dan pelbagai, akan
mengukuhkan peranan Malaysia sebagai pengantara yang berkesan dan
cekap bagi urus niaga dan aliran kewangan merentas sempadan;
Penyelarasan dan kerjasama merentas sempadan yang bertambah erat dalam
pengawalan, penyeliaan, pengawasan, pencegahan krisis, dan mekanisme
penyelesaian kewangan; dan
Kesalinghubungan dalam rantau yang lebih baik dan disokong oleh
infrastruktur kewangan yang maju serta aliran maklumat yang cekap.

Menggalakkan lebih banyak penyertaan


asing dalam sektor kewangan melalui
pendekatan yang strategik dan terurus bagi
mempelbagaikan ciri-ciri sektor kewangan dan
menjalin integrasi yang lebih tinggi dengan
pasaran kewangan serantau dan antarabangsa.
Ini bertujuan untuk meningkatkan kehadiran
institusi kewangan serantau dan antarabangsa
di Malaysia, sambil menambahkan kehadiran
dan kepentingan institusi kewangan Malaysia
di luar negara. Institusi-institusi kewangan di
Malaysia akan memainkan peranan yang lebih
besar dalam pengantaraan dan peruntukan
modal merentas sempadan. Bagi mencapai
matlamat ini, Bank akan melaksanakan langkahlangkah liberalisasi dan pada masa yang
sama memastikan perlindungan kehematan
yang berkesan bagi mengekalkan kestabilan
kewangan. Inisiatif-inisiatif utama di bawah
strategi umum ini termasuk:
i. Mengeluarkan lesen baharu kepada institusi

Malaysia bernilai tambah tinggi, memberikan


perkhidmatan kepada bidang pertumbuhan
baharu, menggalakkan pembangunan
pasaran kewangan, dan menyumbang ke arah
peningkatan pembangunan tenaga mahir yang
berkebolehan di Malaysia.
ii. Membenarkan penyertaan ekuiti asing yang
lebih fleksibel dalam institusi kewangan untuk
meningkatkan tahap penghasilan inovasi,
mutu perkhidmatan kewangan dan amalan
pengurusan risiko yang menjamin kepentingan
terbaik Malaysia.
iii. Memberikan lebih fleksibiliti kepada institusiinstitusi kewangan dalam negara untuk
membangunkan saluran penyampaian baharu,
serta menggalakkan rangkuman kewangan dan
penggunaan pembayaran elektronik yang lebih
meluas. Oleh itu, jangkauan institusi-institusi

96 | 97

Saranan 3.1.1

perbankan asing yang meluas melalui fleksibiliti


ini akan dilaksanakan bersama dengan
langkah-langkah yang akan mempercepatkan
pembangunan saluran penyampaian alternatif
dan mengekalkan taburan lokasi cawangan

kewangan yang mempunyai kepakaran

yang seimbang bagi menyokong keperluan

khusus bagi menyokong aktiviti ekonomi

kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan.

m e n g u k u h k a n i n t e g r a s i k e w a n g a n s e r a n ta u d a n a n ta r a b a n g s a

iv. Melaksanakan inisiatif-inisiatif bersama yang menyokong integrasi


ekonomi serantau di bawah Komuniti Ekonomi ASEAN (ASEAN Economic
Community). Ini termasuk memberikan lebih fleksibiliti, pada asas yang saling
memanfaatkan, yang akan menyediakan persekitaran untuk institusi-institusi
kewangan ASEAN yang layak untuk memainkan peranan yang lebih dinamik
dalam memacu integrasi kewangan dan ekonomi serantau.
v. Mewujudkan platform perhubungan pelabur sektor kewangan yang akan
menjadi titik hubungan yang komprehensif dan berkesan bagi penyediaan
khidmat nasihat dan maklumat mengenai persekitaran pengawalseliaan
kewangan dan inisiatif-inisiatif dasar Malaysia.

Saranan 3.1.2
Meningkatkan penyelarasan dan kerjasama merentas sempadan dalam
kalangan pengawalselia bagi menggalakkan penyediaan perkhidmatan
kewangan yang teratur di rantau ini. Ini akan memastikan kestabilan
kewangan dikekalkan dan pada masa yang sama memperoleh ganjaran
kecekapan daripada peningkatan aktiviti institusi-institusi kewangan
Malaysia di luar negara dan juga aktiviti konglomerat kewangan serantau
dan antarabangsa di Malaysia. Bagi mencapai matlamat ini, Bank akan
melaksanakan perkara yang berikut:
i. Meneruskan pengaturan merentas sempadan dengan pihak berkuasa
pengawalseliaan lain dengan tujuan untuk mencapai pengiktirafan bersama
atau menggalakkan piawaian kehematan dan amalan pasaran yang
konsisten.
ii. Mewujudkan rangkaian penyeliaan serantau untuk kerjasama negara
asal-tuan rumah dalam penyeliaan serta pencegahan, pengurusan dan
penyelesaian krisis.
Strategi ini akan dihuraikan lebih lanjut dalam bab Pengawalan dan Integrasi
yang Lebih Meluas pada Peringkat Serantau dan Antarabangsa.

Kehadiran dan aktiviti institusi-institusi kewangan Malaysia yang lebih


ketara di luar negara serta kehadiran konglomerat kewangan serantau
dan antarabangsa yang lebih besar di Malaysia memerlukan kerjasama
yang lebih erat dalam pengawasan, pengawalan dan penyeliaan
kewangan, serta pembangunan infrastruktur kewangan serantau
Saranan 3.1.3
Membangunkan infrastruktur kewangan yang kukuh untuk memudahkan
pengantaraan kewangan merentas sempadan yang semakin meningkat,
terutamanya dalam bidang pembayaran dan penyelesaian bagi aliran
modal serta pembayaran perdagangan dan runcit merentas sempadan.
mempercepatkan penerapan piawaian umum berkaitan dengan pembayaran
merentas sempadan yang ditanda aras kepada amalan terbaik dan piawaian

98 | 99

Ini termasuk menyokong inisiatif-inisiatif pada peringkat ASEAN untuk

antarabangsa, dan merumuskan rangka kerja panduan umum untuk


pelaksanaannya. Ini akan mempercepatkan integrasi hubungan sistem
dana perdagangan borong dan runcit di rantau ini. Usaha akan ditumpukan
kepada pembangunan infrastruktur serantau bagi mengurangkan kos
menjalankan perniagaan dan meningkatkan hubungan dalam kalangan
rangkaian pembayaran runcit serantau. Ini adalah untuk mengembangkan
perkhidmatan ke seluruh rantau, seperti pengeluaran wang tunai serta
pemindahan dana dan pembayaran merentas sempadan secara elektronik,
untuk mendapat manfaat daripada paras pelancongan intrarantau dan
pergerakan tenaga kerja mahir yang semakin meningkat. Inisiatif-inisiatif ini
termasuk:
i. Meluaskan lagi penggunaan pengaturan pembayaran mata wang tempatan
dan serantau secara dua hala dengan rakan perdagangan serantau yang
strategik.
ii. Membangunkan infrastruktur untuk menyokong terbitan, perdagangan dan
penyelesaian sekuriti dalam mata wang antarabangsa.

m e n g u k u h k a n i n t e g r a s i k e w a n g a n s e r a n ta u d a n a n ta r a b a n g s a

pembayaran dan penyelesaian bagi pengantaraan merentas sempadan untuk

iii. Bekerjasama dengan pengawalselia di rantau ini untuk memberikan sokongan


yang berkesan kepada sektor swasta dalam menerajui inisiatif-inisiatif
serantau, terutamanya inisiatif-inisiatif di bawah Rangkaian Pembayaran Asia
(Asian Payment Network).
iv. Memperhebat usaha di bawah ASEAN untuk menggalakkan penggunaan
saluran pengiriman wang yang lebih cekap dari segi kos dan pada masa yang
sama memastikan perlindungan yang sewajarnya bagi memelihara integriti
pemindahan tersebut.

Saranan 3.1.4
Mengukuhkan kedudukan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa
Labuan (Labuan International Business and Financial Centre, Labuan IBFC)
sebagai hab operasi serantau yang berkesan dari segi kos dan juga menarik
bagi syarikat dan pelabur antarabangsa yang menjalankan perniagaan mereka
di rantau ini. Ini akan merangkumi:
i. Terus meningkatkan peranan Labuan IBFC untuk menyokong perdagangan
dan pelaburan antarabangsa dalam bidang perniagaan yang khusus. Ini
termasuk:
Menjadikan Labuan IBFC sebagai pusat perniagaan insurans kaptif dengan
meningkatkan kedudukan Labuan IBFC sebagai domisil pilihan bagi syarikat
kaptif di rantau Asia Pasifik.
Menggalakkan lebih banyak syarikat perdagangan dan pemegangan pelaburan
antarabangsa untuk memulakan operasi di Labuan IBFC.
Menggalakkan konglomerat tempatan menggunakan Labuan sebagai platform
untuk pelaburan ke negara-negara di rantau ini.
Menggalakkan industri pemajakan di Labuan.
Membangunkan industri insurans selanjutnya di Labuan, termasuklah insurans
semula dan takaful semula.
ii. Meningkatkan keupayaan syarikat-syarikat di Labuan IBFC untuk bersaing
secara berkesan dengan mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih
kondusif dan memudahkan. Inisiatif-inisiatif ini disasarkan untuk memanfaatkan
ekosistem perniagaan dan kewangan di Labuan selari dengan wawasannya
untuk menjadi pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa di Asia yang
paling terhubung, mudah dan berkesan dari segi kos. Inisiatif-inisiatif ini akan
merangkumi perkara yang berikut:

Membenarkan lokasi bersama (co-location) entiti Labuan untuk mempunyai


cawangan di sekitar Malaysia.
Meningkatkan keupayaan penyedia perkhidmatan seperti pengurus insurans
dan syarikat amanah bagi memastikan perkhidmatan bantuan adalah pada
piawaian yang tertinggi.
Menjadikan Bursa Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan International
Financial Exchange) sebuah bursa yang cekap dan berkesan dalam
menyediakan penyenaraian bukan ringgit (non-ringgit listing) dan platform
perdagangan yang berdaya maju bagi instrumen kewangan.
Menggalakkan pertumbuhan perniagaan selanjutnya dalam perniagaan
perkapalan melalui kerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan. Ini
adalah untuk menggalakkan pemilik-pemilik kapal memperbadankan syarikat
mereka di Labuan dan mendapatkan pembiayaan dan insurans daripada
syarikat-syarikat yang berpangkalan di Labuan. Ini juga bertujuan untuk
status Labuan sebagai satu-satunya pelabuhan pendaftaran untuk Malaysia
International Ship Registry.
Meningkatkan insentif-insentif yang diberikan kepada syarikat-syarikat Labuan,

100 | 101

melonjakkan pembangunan industri maritim di Malaysia dengan memanfaatkan

termasuk syarikat-syarikat dalam sektor minyak dan gas, untuk menarik


pelaburan yang lebih besar dan seterusnya mempromosikan Labuan sebagai

Langkah-langkah liberalisasi untuk penyertaan asing baharu dalam sektor


kewangan Malaysia akan dilaksanakan apabila prasyarat telah dipenuhi
bagi memastikan peralihan kepada persekitaran yang lebih liberal adalah
teratur. Sementara itu, usaha untuk menambah baik rangka kerja pengawalan
dan penyeliaan aktiviti kewangan serantau yang efektif serta infrastruktur
kewangan bagi pembayaran dan penyelesaian serantau akan dilaksanakan
secara serentak dan berterusan dengan kerjasama pihak berkuasa
pengawalseliaan lain di rantau ini.

m e n g u k u h k a n i n t e g r a s i k e w a n g a n s e r a n ta u d a n a n ta r a b a n g s a

hab perdagangan, pembiayaan dan insurans.

pengantarabangsaan

kewangan Islam
Pembangunan sektor kewangan domestik
pada masa hadapan dan pengukuhan
dimensi antarabangsanya bukan sahaja
akan menyumbang kepada pertumbuhan
ekonomi negara keseluruhannya bahkan
akan memperkukuh hubungan ekonomi
dan kewangan Malaysia dengan ekonomi
sedang pesat membangun dan pusat
kewangan antarabangsa lain.

102 | 103

Dengan berlandaskan pencapaian sepanjang tempoh Pelan Induk


Sektor Kewangan 2001, Malaysia telah berjaya membangunkan sistem
kewangan Islam yang progresif dan komprehensif yang menyumbang
kepada keberkesanan dan kecekapan sektor kewangan Malaysia secara
keseluruhannya.
Beberapa inisiatif utama telah dilaksanakan untuk membangunkan
infrastruktur kewangan, rangka kerja pengawalseliaan dan struktur
insentif yang perlu. Inisiatif tersebut serta perlaksanaan liberalisasi
persekitaran operasi secara berperingkat-peringkat telah memperkukuh
sistem kewangan Islam untuk menjadi lebih berdaya saing.
Pembangunan kewangan Islam yang progresif pada tahun-tahun
awalnya telah membawa kepada pelancaran agenda nasional untuk
menempatkan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa
(MIFC) pada tahun 2006. Kecenderungan masyarakat dunia terhadap
kewangan Islam juga semakin meningkat disebabkan kaitan rapatnya
dengan aktiviti ekonomi dan juga teras utamanya yang mencakupi
aspek keadilan, ketelusan, perkongsian risiko, dan larangan berlebihlebihan dan spekulasi. Agenda MIFC telah membuka peluang kepada
Malaysia untuk memperluas perkhidmatan kewangan Islam melangkaui
pasaran domestik dan serantau. MIFC telah memberi ruang kepada
institusi kewangan untuk mengembangkan aktiviti kewangan Islam
mereka dengan memanfaatkan kewujudan sistem kewangan Islam
yang komprehensif dan persekitaran yang saling menyokong di negara
ini. Inisiatif yang diperkenalkan meliputi lima bidang tumpuan, iaitu
penerbitan dan urus niaga sukuk (bon Islam), pengurusan dana dan
kekayaan Islam, perniagaan perbankan Islam dan takaful antarabangsa
serta pembangunan modal insan.
Hasil daripada pelbagai inisiatif yang dilaksanakan untuk
membangunkan sistem kewangan Islam di Malaysia, sumbangan sektor
kewangan Islam kepada ekonomi Malaysia telah meningkat dengan
ketara sepanjang dekad ini. Nilai ditambah kewangan Islam kepada
keluaran dalam negeri kasar (KDNK) telah meningkat pada kadar purata
32% setahun dan menyumbangkan sebanyak 2.1% kepada KDNK
Malaysia pada tahun 2009, berbanding hanya 0.3% pada tahun 2000.
Pertumbuhan ini turut dizahirkan menerusi penjanaan peluang pekerjaan

oleh sektor kewangan Islam sebanyak 11% daripada jumlah guna tenaga
sistem kewangan. Pada peringkat global, Malaysia telah berkembang
maju menjadi pusat kewangan Islam antarabangsa. Malaysia berada
pada kedudukan utama dalam pelbagai indeks global berkaitan dengan
kewangan Islam termasuk menjadi pasaran sukuk terbesar di dunia dengan
bahagian pasaran mencakupi sebanyak 65% (USD96 bilion pada tahun
2010) dan merupakan antara destinasi pelaburan utama dana Islam. Dalam
sektor takaful global, Malaysia merupakan pasaran takaful kedua terbesar
dengan menguasai bahagian pasaran aset takaful global sebanyak 26%
pada tahun 2009 (PricewaterhouseCoopers Gateway to Asia: Malaysia
International Islamic Finance Hub - 2010). Bagi tahun berakhir 2010,
Malaysia mencatat aset takaful sebanyak RM14.7 bilion. Penyertaan asing
dalam industri perbankan dan takaful Islam domestik serta pasaran modal


Malaysia turut memberi sokongan terhadap usaha antarabangsa
untuk terus memperkasa landskap kewangan Islam antarabangsa. Ini
merangkumi pembangunan piawaian dan rangka kerja pengawalseliaan
antarabangsa melalui Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (Islamic
Financial Services Board, IFSB), dan pembangunan tenaga mahir menerusi
penubuhan universiti global, iaitu Pusat Pendidikan Kewangan Islam
Antarabangsa (International Centre for Education in Islamic Finance,
INCEIF). Perkembangan mutakhir yang penting dalam sistem kewangan
Islam baru-baru ini ialah penubuhan Perbadanan Pengurusan Likuiditi

p e n g a n ta r a b a n g s a a n k e w a n g a n I s l a m

104 | 105

Islam turut menunjukkan peningkatan.

Kewangan Islam di Malaysia akan terus berkembang, diperkukuh


oleh pemesatan global melalui penjanaan, pemeliharaan dan
pengagihan kekayaan yang dijalankan secara berkesan oleh peserta
pasaran yang mendukung nilai-nilai Syariah yang universal

Islam Antarabangsa (International Islamic

risiko memperkukuh lagi minat masyarakat

Liquidity Management Corporation, IILM)

antarabangsa terhadap industri ini. Permintaan

pada tahun 2010 bertujuan memudahkan

terhadap kewangan Islam dijangka meningkat

pengurusan kecairan patuh Syariah yang cekap

bukan sahaja daripada mereka yang beragama

oleh institusi kewangan Islam dalam sistem

Islam bahkan daripada mereka yang menyokong

kewangan antarabangsa. Pelancaran Indeks

objektif tanggungjawab sosial dan golongan

Syariah Berdaulat Bloomberg-AIBIM-Bursa

yang mencari penyelesaian kewangan beretika

Malaysia (BMSSI) pada awal tahun 2011

yang berteraskan model kesamarataan yang

melambangkan satu lagi pencapaian penting

bukan sahaja menggalakkan pertumbuhan

dalam pembangunan pasaran sukuk global. Ini

yang mampan tetapi turut memelihara

disusuli oleh pelancaran Indeks Islam Thomson

persekitaran serta menambah baik keseluruhan

Reuters IdealRatings pada bulan Jun 2011

landskap sosioekonomi. Peningkatan gerakan

sebagai penanda aras Islam pertama yang

pengguna global beretika yang dijangka akan

menawarkan saringan Syariah berasaskan

menjadikan Pelaburan Dengan Tanggungjawab

penyelidikan kepada para pelabur, pengurus

Sosial (Socially Responsible Investment, SRI)

wang dan penganalisis merentas rangkaian

sebagai kelas aset perdana menjelang tahun

instrumen Islam serta mengikut piawaian yang

2015. Ekoran perkembangan ini, prospek

diterima pakai pada peringkat global.

pertumbuhan kewangan Islam dijangka

Pada peringkat antarabangsa, kecenderungan


komuniti kewangan terhadap kewangan Islam

lebih cerah memandangkan sinerginya dengan


kewangan beretika.

semakin meningkat berikutan krisis kewangan

Meskipun kewangan Islam kini semakin dinamik

global, terutamanya terhadap prospek, potensi

dan inovatif dalam tumpuannya terhadap

dan kepentingan kewangan Islam dalam

penyediaan penyelesaian kewangan yang

menyumbang kepada kestabilan kewangan

sesuai dengan keperluan baharu landskap

global dan pertumbuhan ekonomi yang lebih

ekonomi yang berubah-ubah pada peringkat

mampan. Malah nilai-nilai etika universal

domestik dan antarabangsa, tumpuan turut

yang diterima pakai dalam kewangan Islam

diberikan kepada agenda rangkuman kewangan

iaitu keadilan, ketelusan dan perkongsian

(financial inclusion). Dewasa ini, selaras

Untuk mencapai visi ini, industri kewangan Islam

yang makin terserlah, kewangan Islam akan

di Malaysia perlu:

pengantaraan dan pengagihan kekayaan


merentas sempadan, khususnya dalam kalangan
ekonomi sedang pesat membangun.
Berlandaskan kedudukan Malaysia yang kukuh
dan potensi kewangan Islam pada peringkat

Menjadi pengantara aliran kewangan merentas


sempadan yang berkesan lagi cekap menerusi
pelbagai rangkaian instrumen kewangan Islam
yang komprehensif dan inovatif yang ditawarkan
oleh peserta pasaran yang pelbagai;
Memenuhi permintaan sektor perniagaan

global, kewangan Islam di Malaysia akan terus

antarabangsa secara kompetitif menerusi

berkembang, diperkukuh oleh pemesatan

penyediaan pengaturan pendanaan mata

global melalui penjanaan, pemeliharaan

wang asing yang berkesan kos serta disokong

dan pengagihan kekayaan yang dijalankan

oleh pasaran kewangan Islam yang cair dan

secara berkesan oleh peserta pasaran yang

kesalinghubungan pasaran yang lebih erat;

mendukung nilai-nilai Syariah yang universal.

Diiktiraf sebagai pusat rujukan pilihan bagi

Pertumbuhan dan perkembangan kewangan

kewangan Islam dan lokasi pilihan bagi

Islam ini akan disokong oleh ekosistem

perkembangan pengetahuan dan pengurusan

kewangan Islam yang dinamik dan kondusif

tenaga mahir dalam kewangan Islam; dan

untuk menggembleng jumlah aliran kewangan


Islam antarabangsa yang semakin meningkat.

Meningkatkan profil antarabangsanya secara


strategik.

p e n g a n ta r a b a n g s a a n k e w a n g a n I s l a m

memainkan peranan yang lebih besar dalam

106 | 107

dengan dimensi antarabangsa kewangan Islam

Saranan-saranan yang terkandung dalam Pelan Sektor Kewangan ini untuk


mencapai matlamat di atas akan didasari inisiatif-inisiatif yang sedang
dilaksanakan. Pendekatan liberalisasi yang lebih meluas dalam industri
kewangan Islam akan diteruskan untuk menyokong agenda kewangan
Islam antarabangsa Malaysia, dan pada masa yang sama memastikan
kestabilan keseluruhan sistem kewangan kekal terpelihara pada
setiap masa.
Dalam memastikan kedudukannya kekal kompetitif, Malaysia perlu
terus menyediakan persekitaran yang kondusif kepada peserta pasaran,
termasuk institusi kewangan Islam dan penyedia perkhidmatan sokongan
profesional kewangan Islam, untuk kelangsungan perniagaan mereka.
Elemen seperti persekitaran cukai yang kondusif, dasar pentadbiran
pertukaran asing yang liberal, infrastruktur yang komprehensif dan asasasas ekonomi yang kukuh akan terus dipertingkat.
Sehubungan dengan usaha ini, Bank Negara Malaysia akan terus menjalin
kerjasama antarabangsa dan berganding bahu dengan kementerian
dan agensi Kerajaan yang berkenaan, pengawal selia kewangan,
peserta industri kewangan Islam di Malaysia dan agensi pelbagai hala
serta pengawal selia negara lain. Ini bagi memastikan kejayaan dalam
pelaksanaan dan pencapaian visi bagi industri kewangan Islam dan
seterusnya menzahirkan profil keantarabangsaannya.

Malaysia akan terus menyediakan persekitaran


yang kondusif kepada peserta pasaran,
termasuk institusi kewangan Islam dan penyedia
perkhidmatan sokongan profesional kewangan
Islam, untuk kelangsungan perniagaan mereka

Saranan 3.2.1

kepada aktiviti ekonomi yang mempunyai nilai


tambah lebih tinggi dan meluaskan peruntukan

Menambah kepelbagaian peserta dalam

perlindungan, terutamanya bagi risiko yang lebih

industri kewangan Islam domestik untuk

menitikberatkan kepentingan terbaik untuk

Saranan 3.2.2

Malaysia, yang membantu mempertingkat

Menyokong pertumbuhan industri pengurusan

perniagaan kewangan merentas sempadan

dana dan kekayaan Islam yang dapat

serta memenuhi permintaan yang semakin

menawarkan penyelesaian kewangan yang

meningkat daripada kalangan pelabur dan

inovatif bagi memenuhi permintaan terhadap

pelanggan yang pelbagai. Keupayaan untuk

pelaburan yang lebih canggih oleh kelompok

meneroka bidang perniagaan yang berkembang

populasi yang semakin mewah terutamanya

pesat akan dipertingkat dengan membolehkan

di Asia dan Timur Tengah, lantas menjadikan

penyertaan peserta pasaran baharu yang

negara sebagai pusat pengurusan dana dan

mempunyai kebitaraan (niche) di samping

kekayaan Islam di rantau Asia dan pada peringkat

meluaskan skop perniagaan untuk peserta

antarabangsa. Usaha ke arah ini yang

pasaran sedia ada. Ini termasuk:


i. Mengeluarkan lesen perbankan Islam baharu
kepada institusi yang mempunyai kepakaran

melibatkan kerjasama dengan agensi-agensi


berkenaan, antaranya:
i. Menyokong pengurus-pengurus dana Islam

yang khusus untuk menyokong pertumbuhan

antarabangsa untuk menarik lebih banyak

aktiviti perbankan borong dan perbankan

penyertaan dan penumpuan tenaga mahir dalam

pelaburan merentas sempadan yang akan dapat

industri pengurusan dana domestik.

menyediakan kepelbagaian dalam rangkaian


perkhidmatan kewangan Islam yang inovatif.

ii. Menyediakan persekitaran yang kondusif dengan


perlindungan kehematan yang bersesuaian bagi

ii. Meluaskan skop perniagaan Bank Islam

institusi perbankan Islam yang menjalankan usaha

Antarabangsa yang berkelayakan, untuk

niaga dalam perkhidmatan kewangan nilai tambah

meningkatkan peranan mereka dalam


menawarkan lebih kepelbagaian dalam
penyelesaian kewangan kepada perniagaan

tinggi berikut:
perniagaan pengurusan aset dan perbankan
persendirian;

serta menyumbang ke arah pengurangan

perkhidmatan dan pentadbiran dana global;

kos urus niaga perdagangan dan pelaburan

perniagaan pengurusan tunai global; dan

merentas sempadan.

perniagaan amanah (trust business).

iii. Mengeluarkan lesen takaful baharu kepada

108 | 109

dan perkhidmatan kewangan Islam yang

besar dan khusus.

iii. Menyokong penubuhan entiti yang relevan bagi

institusi yang mempunyai kepakaran yang

pengurusan aset dan kekayaan seperti pengurus

khusus untuk memberikan perlindungan

aset (asset managers), syarikat amanah (trust

p e n g a n ta r a b a n g s a a n k e w a n g a n I s l a m

menyokong lebih banyak rangkaian produk

Mempertingkat mudah tunai dalam pasaran kewangan Islam


untuk memudahkan pengantaraan aliran kewangan Islam
merentas sempadan yang lebih cekap dan berkesan
companies), pejabat keluarga (family offices) dan yayasan (foundations)
di Malaysia termasuk di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa
Labuan (Labuan International Business and Financial Centre, IBFC).
iv. Menggalakkan penerapan prinsip-prinsip pelaburan berasaskan
tanggungjawab sosial oleh institusi kewangan Islam.
v. Memudahkan penubuhan penyedia perkhidmatan sokongan profesional
di Malaysia dalam usaha menyediakan rangkaian perkhidmatan yang
menyeluruh bagi memenuhi permintaan industri kewangan Islam yang
semakin meningkat seperti dalam bidang khidmat nasihat kekayaan, khidmat
nasihat Syariah, undang-undang, percukaian dan pengauditan.

Saranan 3.2.3
Mempertingkat kecairan dalam pasaran kewangan Islam untuk memudahkan
pengantaraan aliran kewangan Islam merentas sempadan yang lebih
cekap dan berkesan, menerusi pembangunan rangkaian lengkap instrumen
kewangan Islam yang inovatif dan memenuhi keperluan pengurusan risiko
kecairan antarabangsa, di samping memantapkan infrastruktur dan
amalan pasaran.
Ini termasuk usaha meningkatkan tahap pasaran wang, pasaran pertukaran
asing dan pasaran modal Islam yang dinamik menerusi pembangunan
instrumen berlandaskan Syariah yang lebih inovatif dengan:
i. Membangunkan produk baharu untuk memudahkan urus niaga kewangan
belian balik secara Islam dan menggalakkan dagangan sekuriti yang
dipegang oleh pelabur untuk merancakkan aktiviti dalam pasaran wang
borong (rujuk bab Membangunkan Pasaran Kewangan yang Menyeluruh
dan Dinamik).
ii. Memperluas rangkaian instrumen perlindungan nilai Islam yang diterima pada
peringkat antarabangsa untuk mengurangkan risiko pasaran dan pendedahan
merentas sempadan (cross-border exposures).

iii. Menyokong pembangunan berterusan amanah


pelaburan harta tanah (real estate investment
trusts, REIT) dan dana didagangkan di bursa
(exchange traded funds, ETF) untuk pasaran
modal Islam.
iv. Menggalakkan penerbit dari Malaysia untuk
menawarkan produk pelaburan pasaran

Saranan 3.2.5
Menggalakkan penyertaan aktif dalam penerbitan
dan urus niaga sukuk bagi mewujudkan pasaran
yang cekap dengan infrastruktur maklumat yang
mantap dan tahap mudah tunai yang lebih baik.
Ini termasuk:

modal Islam dalam mata wang asing dengan

i. Memudahkan terbitan sukuk secara kerap oleh

menyediakan pakej percukaian yang menarik

Kerajaan dan syarikat berkepentingan kerajaan,

bagi produk yang ditawarkan dan disenaraikan

bagi mewujudkan keluk kadar hasil tanda aras

di Malaysia.

(benchmark yield curve) serta memperluas


kelompok penerbit dalam pasaran kewangan.

Meningkatkan kecekapan pasaran dengan


memudahkan penggunaan dokumen dan
perjanjian piawaian dalam kalangan peserta
pasaran kewangan. Usaha ini termasuk:
i. Menggalakkan penggunaan dokumen dan
amalan produk piawaian dengan meluas,

ii. Menerbitkan nota penyertaan ekuiti oleh


Kerajaan dan syarikat berkepentingan kerajaan
bagi pembiayaan projek yang dapat disertai oleh
pelabur yang lebih pelbagai.
iii. Menggalakkan pelaksanaan mandat pelaburan
Islam yang lebih luas oleh Kerajaan dan syarikat

110 | 111

Saranan 3.2.4

berkepentingan kerajaan, terutamanya penerbitan


sukuk mata wang asing di Malaysia.

dan pelbagai hala antara institusi kewangan


tempatan dengan institusi kewangan asing.
ii. Menghasilkan perjanjian piawaian baharu yang
fasilitatif bagi instrumen pasaran kewangan
berasaskan kontrak pendasar Syariah
yang khusus, misalnya Perjanjian Bercagar
Murabahah, untuk merangsang hubungan
pasaran dan aktiviti urus niaga yang cekap
antara institusi kewangan dengan sektor
korporat, di dalam negeri dan pada peringkat
antarabangsa.

p e n g a n ta r a b a n g s a a n k e w a n g a n I s l a m

seperti Perjanjian Wakalah dan Perjanjian Induk


Murabahah Komoditi melalui perjanjian dua hala

Saranan 3.2.6
Meningkatkan kedalaman dan kecergasan pasaran kewangan Islam dengan
menyediakan persekitaran dan pengawalseliaan percukaian yang kondusif
bagi terbitan instrumen mata wang asing boleh dagang jangka pendek
dan jangka panjang dalam negeri seperti Sijil Hutang Islam Boleh Niaga
(Negotiable Islamic Debt Certificates, NIDC), Instrumen Deposit Islam Boleh
Niaga (Islamic Negotiable Instruments of Deposits, INID), Bil Penerimaan
Islam (Islamic Accepted Bills, IAB), nota jangka sederhana dan sukuk
jangka panjang oleh pemastautin dan bukan pemastautin. Usaha ke arah ini
termasuk:
i. Mengiktiraf instrumen mata wang asing yang layak diterima sebagai aset
cair dan digunakan sebagai cagaran untuk mendapatkan sokongan kecairan
daripada Bank, tertakluk kepada parameter yang akan dikenal pasti.
ii. Menyediakan persekitaran sesuai yang berterusan untuk terbitan sekuriti
Islam dalam mata wang asing.

Saranan 3.2.7
Mengukuhkan rangka kerja untuk keberkesanan dan kecekapan aliran aktiviti
kewangan Islam merentas sempadan berikutan peningkatan kerjasama
dan penyelarasan ke arah mencapai kesalinghubungan pasaran yang lebih
meluas dalam kewangan Islam.
Ini termasuk usaha menjadikan Malaysia dan juga Labuan IBFC sebagai
pusat takaful semula antarabangsa, dengan penyertaan yang lebih bermakna
oleh pengendali takaful dan takaful semula yang disokong oleh pengantara

Mengukuhkan rangka kerja untuk keberkesanan


dan kecekapan aliran aktiviti kewangan Islam
merentas sempadan dan meningkatkan kerjasama
dan penyelarasan global

global. Usaha ke arah ini termasuk:


i. Menggalakkan peserta antarabangsa yang
mempunyai kapasiti, penarafan dan kepakaran
teknikal yang kukuh untuk menjalankan
perniagaan takaful semula di Malaysia di
samping menarik broker yang mempunyai
jalinan kerja antarabangsa untuk memberikan
perkhidmatan kepada sektor takaful.
ii. Menggalakkan broker takaful supaya terlibat
dengan lebih aktif dalam meluaskan rangkaian
penawaran produk takaful serta jangkauan
pasaran takaful dengan memberikan insentif
MIFC untuk aktiviti perniagaan pembrokeran
takaful tersebut.
iii. Menggalakkan penggunaan perlindungan
takaful dalam pengurusan risiko dalam urus
niaga kewangan Islam, misalnya dalam urus
niaga kewangan perdagangan Islam dan
terbitan sukuk.

Saranan 3.2.8
Meneruskan usaha mempertingkat
kesalinghubungan kewangan dengan negara
lain untuk:
i. Memupuk dan meningkatkan perikatan strategik
melalui perjanjian dua hala dan pelbagai hala
dalam bidang perniagaan dan pembangunan
kewangan Islam bagi memperluas jangkauan
dan kedalaman industri kewangan Islam pada
peringkat antarabangsa.
ii. Menggalakkan lebih banyak penyertaan
institusi perbankan Islam dalam menawarkan
kemudahan perniagaan pembiayaan
perdagangan bagi memperluas urus niaga
kewangan Islam merentas sempadan.
iii. Menggalakkan institusi kewangan Islam
untuk meningkatkan pengaturan perbankan

112 | 113

perniagaan takaful pada peringkat domestik dan

koresponden antarabangsa bagi memudahkan


aliran modal dalam pelbagai mata wang, dan
memberikan sokongan yang lebih padu kepada
integrasi ekonomi dan kewangan di rantau ini.
iv. Menyokong dan menggalakkan penyertaan
institusi kewangan Islam yang kukuh di kawasan
serantau bagi menawarkan keperluan kewangan
Islam asas dalam pembiayaan runcit dan takaful.
v. Memanfaatkan struktur perniagaan dan institusi
di Labuan untuk menjana dana dalam pelbagai
mata wang selaras dengan prinsip berlandaskan
Syariah.

p e n g a n ta r a b a n g s a a n k e w a n g a n I s l a m

takaful yang aktif bagi memenuhi pertumbuhan

Saranan 3.2.9

Saranan 3.2.10

Mengoptimumkan potensi platform pasaran

Membangunkan Malaysia sebagai pusat rujukan

kewangan Islam sedia ada untuk meningkatkan

bagi urus niaga kewangan Islam. Sehubungan

aktiviti kewangan Islam merentas sempadan.

dengan itu, Malaysia perlu membangunkan modal

Usaha ini termasuk:

insan dalam kewangan Islam dan mewujudkan

i. Menyokong kedudukan IILM dan Bursa Suq


Al-Sila sebagai infrastruktur utama pengurusan
mudah tunai dengan mewujudkan persekitaran

rangka kerja Syariah, undang-undang,


pengawalan dan penyeliaan. Ini termasuk:
i. Menubuhkan badan perundangan tunggal yang

operasi dan perniagaan yang fasilitatif bagi

berperanan sebagai pihak berkuasa utama

mengukuhkan tawaran nilai masing-masing

berhubung dengan perkara yang berkaitan

dalam memenuhi permintaan komuniti kewangan

Syariah bagi institusi yang menawarkan

global.

perkhidmatan kewangan Islam di Malaysia.

ii. Menyerlahkan pasaran sukuk Malaysia dalam

Langkah ini bertujuan untuk merintis jalan dalam

kalangan pelabur antarabangsa dengan

memenuhi keperluan pembangunan pasaran

menyenaraikan sukuk pada indeks antarabangsa

kewangan Islam pada peringkat antarabangsa.

yang terkemuka.
iii. Menyokong pembangunan indeks pasaran

ii. Mengukuhkan Akademi Penyelidikan Syariah


Antarabangsa bagi Kewangan Islam (International

sebagai rujukan dan untuk sebut harga bagi

Shariah Research Academy for Islamic Finance,

pelbagai kelas aset kewangan Islam.

ISRA) sebagai agensi penyelidikan antarabangsa

iv. Mewujudkan hubungan dengan bursa komoditi

yang unggul dalam bidang kewangan Islam dan

di negara lain dan meneroka penggunaan

Syariah. ISRA akan berperanan menggalakkan

pelbagai jenis komoditi sebagai aset dasar untuk

usaha pengharmonian atau pengiktirafan

instrumen mudah tunai Islam baharu.

bersama secara lebih meluas terhadap

v. Membangunkan Malaysia sebagai platform

pandangan Syariah berkenaan kewangan Islam,

antarabangsa untuk penyenaraian dan

menyokong inovasi produk dan perkhidmatan

perdagangan pelbagai kelas aset berlandaskan

kewangan Islam serta menjalankan penyelidikan

Syariah melalui kerjasama dengan agensi

gunaan dalam bidang berkenaan seperti

pengawalseliaan lain.

mewujudkan tanda aras rujukan bagi penetapan


harga untuk urus niaga kewangan Islam.
iii. Mewujudkan Parameter Syariah sebagai asas
rujukan merentas negara bagi pembangunan
produk dan perkhidmatan kewangan Islam,
dengan menghuraikan prinsip dan asas bagi
kontrak Syariah pendasar untuk pelbagai urus
niaga kewangan Islam.

Membangunkan Malaysia sebagai pusat


rujukan bagi urus niaga kewangan Islam dan
memperkukuh kedudukan negara dalam
pendidikan dan latihan kewangan Islam
vi. Mengukuhkan rangka kerja pengawalan dan

Persatuan Penasihat Shariah (Association

penyeliaan bagi kewangan Islam antarabangsa,

of Shariah Advisors, ASAS) sebagai sebuah

dengan terus memainkan peranan aktif dalam

badan yang bertanggungjawab mempertingkat

menyokong usaha yang dilaksanakan oleh

kelayakan dan profesionalisme dalam kalangan

organisasi kewangan Islam antarabangsa

penasihat Syariah, di dalam negeri dan pada

seperti IFSB, IILM, Pertubuhan Perakaunan

peringkat antarabangsa.

dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan Islam

v. Membangunkan sistem undang-undang

(Accounting and Auditing Organization for

Malaysia ke arah mencapai pengiktirafan dalam

Islamic Financial Institutions, AAOIFI), Pasaran

urus niaga kewangan Islam antarabangsa

Kewangan Islam Antarabangsa (International

dengan memperkukuh rangka kerja undang-

Islamic Financial Market, IIFM) dan Bank

undang bagi memastikan semua urus niaga dan

Pembangunan Islam (Islamic Development Bank,

aktiviti kewangan Islam dikuatkuasakan dengan

IDB) dalam pembangunan kewangan Islam.

114 | 115

iv. Mendapatkan pengiktirafan antarabangsa bagi

Menyemak undang-undang sedia ada yang


terpakai bagi urus niaga kewangan Islam oleh
Jawatankuasa Pengharmonian Undang-undang
(Law Harmonisation Committee, LHC) yang
baru ditubuhkan dan sekiranya perlu, pindaan
akan dicadangkan untuk memperkukuh
sokongan undang-undang yang berkenaan bagi
urus niaga kewangan Islam.
Meningkatkan keupayaan Pusat Timbang
Tara Serantau Kuala Lumpur (Kuala Lumpur
Regional Centre for Arbitration, KLRCA)
untuk menimbang tara pertikaian berkenaan
kewangan Islam domestik dan antarabangsa
dengan berkesan dan cekap.

Saranan 3.2.11
Meningkatkan proposisi pengetahuan kewangan
Islam bagi memperkukuh kedudukan Malaysia
dalam pendidikan dan latihan kewangan
Islam. Inisiatif ini akan disokong oleh program
pembangunan tenaga mahir yang menyeluruh,
yang disesuaikan kepada pelbagai segmen,
bagi memenuhi permintaan terhadap para
profesional kewangan Islam yang semakin
meningkat. Penglibatan golongan profesional
ini amat penting dalam usaha penyelidikan dan
inovasi terutamanya dalam bidang Syariah dan
pembangunan produk. Inisiatif ini termasuk:

p e n g a n ta r a b a n g s a a n k e w a n g a n I s l a m

berkesan. Usaha ini termasuk:

i. Menggalakkan piawaian dan akreditasi program

meneruskan kerjaya dalam industri kewangan

kewangan Islam yang ditawarkan oleh industri

Islam. Langkah ini akan diteruskan sebagai usaha

kewangan Islam (sila rujuk bab Pembangunan

bersama antara industri, institusi latihan dan

Tenaga Mahir bagi Menyokong Sektor

pengawal selia.

Kewangan yang Lebih Dinamik).


ii. Menyokong pengenalan program latihan
berstruktur untuk pihak berkepentingan yang
berkaitan, contohnya golongan hakim dan
peguam, melalui kerjasama antara industri
dengan pihak berkuasa yang berkaitan dalam
usaha mempertingkat pemahaman berhubung
dengan keunikan kewangan Islam.
iii. Menyediakan program latihan khusus untuk
melengkapi para siswazah Syariah bagi

Saranan 3.2.12
Menggalakkan penglibatan dan hubungan global
yang lebih erat dalam pembangunan industri
kewangan Islam untuk meningkatkan hubungan
perniagaan dan usaha sama Malaysia dengan
pusat kewangan lain ke arah mengukuhkan lagi
hubungan kewangan dan ekonomi Malaysia dengan
negara-negara lain. Ini termasuk usaha untuk:
i. Mewujudkan aliran maklumat dalam kewangan

Islam bagi mengeratkan lagi hubungan serantau dan global melalui kerjasama
berterusan dengan sektor swasta untuk menganjurkan mesyuarat dan
persidangan, wacana intelek dan perdebatan bagi mewujudkan pemahaman
dan kepekaan berhubung dengan kewangan Islam serta peluang lain ke arah
menyokong kelancaran aliran maklumat merentas sempadan.
ii. Menggalakkan usaha sama antara sektor awam dengan sektor swasta serta
mengeratkan rangkaian hubungan antara Malaysia dengan pusat kewangan
lain dalam usaha untuk memadankan peluang perniagaan.
Saranan-saranan ini, secara kolektif, menggalakkan peningkatan tawaran nilai
kewangan Islam yang berbeza-beza di samping mempromosikan Malaysia
sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa. Untuk tempoh jangka pendek
hingga jangka sederhana, pelaksanaan saranan akan tertumpu kepada
peningkatan keupayaan institusi kewangan serta penambahbaikan mudah
tunai dan kesalinghubungan pasaran, yang seterusnya merangsang aktiviti
mempunyai fokus perniagaan yang lebih tinggi dan daya tahan kewangan
yang lebih kukuh dalam usaha membawa industri ke peringkat baharu
dan dalam menghadapi pesaing baharu. Untuk tempoh jangka sederhana

116 | 117

pasaran merentas sempadan. Institusi kewangan Islam yang sedia ada perlu

hingga jangka panjang, pemberian lesen khas akan diperkenalkan bagi

takaful. Usaha berterusan akan dilaksanakan sepanjang tempoh Pelan Sektor


Kewangan bagi membangunkan kepimpinan berwawasan dalam hal-hal
Syariah dan dalam pembangunan tenaga mahir bagi membolehkan industri
kewangan Islam memacu agenda pengantarabangsaan dan seterusnya
memperkukuh hubungan kewangan dan ekonomi antarabangsa terutamanya
dalam kalangan negara sedang pesat membangun dan dengan pusat
kewangan antarabangsa sedia ada.

p e n g a n ta r a b a n g s a a n k e w a n g a n I s l a m

membolehkan peserta baharu industri kewangan Islam mengisi jurang


keperluan dalam segmen tertentu dalam perbankan Islam dan perniagaan

You might also like