You are on page 1of 3

DEFINISI GURU CEMERLANG

Guru Cemerlang
PENGENALAN

Tujuan utama Kerajaan memperkenalkan laluan kenaikan pangkat sebagai guru


Cemerlang adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru yang benar-benar
cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang
pengkhususan tanpa perlu menukarkan ke jawatan pentadbiran. Dengan cara ini, guruguru yang bermotivasi tinggi, mahir, berpengalaman dan pakar dalam sesuatu bidang
tertentu dapat terus dikekalkan untuk mengajar di sekolah bagi memperkasakan lagi
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Pelaksanaan konsep Guru Cemerlang juga bertujuan untuk menjadikan guru-guru yang
dilantik sebagai role model yang akan menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada
guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di
sekolah masing-masing. Kewujudan Guru Cemerlang diharapkan dapat menjadi
pemangkin bagi sesebuah sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik yang lebih
cemerlang dan gemilang.
PUNCA KUASA

Pada tahun 1993, Mesyuarat Jemaah Menteri telah pun meluluskan memorandum
bertajuk Sistem Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan: Cadangan Yang
Cemerlang. Hasilnya, konsep Guru Cemerlang telah dijadikan sebagai satu laluan
kenaikan pangkat yang baru mulai tahun 1994.
KUOTA GURU CEMERLANG

Pada tahun 1994, kuota asal Guru Cemerlang yang telah diluluskan dibawah SSB
adalah sebanyak 1,000 bagi kenaikan pangkat dari Gred DG3 ke DG2 dan sebanyak
1,600 jawatan bagi kenaikan pangkat dari Gred D6 Ke Gred DG5.
Pada tahun 2004, Kerajaan telah mewujudkan 12 kuota Guru Cemerlang Gred Khas C.
Pada tahun 2006, Kerajaan telah menambah kuota untuk gred sisipan Gred
DGA32,DGA34, DG44 dan Gred DG52 menjadikan jumlah kuota keseluruhan Guru
Cemerlang sebanyak 9,374.
Mulai tahun 2006, konsep Guru Cemerlang Gred Khas C yang pada awalnya dikhaskan
untuk guru-guru di sekolah turut diperluaskan ke peringkat institusi-institusi lain seperti
IPG dan KM.
Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan yang bersidang pada
26 Mac 2009 telah meluluskan pertambahan kuota jawatan Guru Cemerlang menjadikan
kuota keseluruhan jawatan Guru Cemerlang menjadi 14,327 jawatan (Jadual 3)

Jadual 3: Kuota Guru Cemerlang

Gred

Kuota Mengikut Tahun Diluluskan


1994

2004

2006

2009

Khas C

12

24

36

DG54

100

134

DG52

250

336

DG48

1,000(DG2)

1,000

1,345(SM)
173(SR)

DG44

4,000

5,379(SM)
1,737(SR)

DGA38

237

DGA34

800

950

DGA32

1,600(DG5)

3,200

4,000

Jumlah

2,600

12

9,374

14,327

SYARAT-SYARAT PEMANGKUAN

Bagi melayakkan calon untuk memangku Guru Cemerlang , calon perlu memenuhi
syarat-syarat pemangkuan yang ditetapkan. Syarat-syarat pemangkuan terbahagi
kepada (2) bahagian iaitu syarat-syarat khusus.
SYARAT-SYARAT UMUM

Disahkan dalam perkhidmatan (bagi urusan pemangkuan ke Gred DG44(KUP) sahaja):


i.

Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan LNPT bagi 3 tahun terakhir;

ii.

Bebas daripada tindakan tatatertib;

iii.

Telah mengisytiharkan harta;

iv.

Lulus tapisan keutuhan SPRM;

v.

Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan;

vi.

Diperakukan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan.

Syarat-syarat Khusus
i.

Bagi Gred DGA32(KUP): sekurang-kurangnya 5 tahun mengajar termasuk 3 tahun


mengajar mata pelajaran kepakaran:

ii.

Bagi Gred DG44(KUP): sekurang-kurang 5 tahun mengajar termasuk 3 tahun


terakhir mengajar mata pelajaran pakar;

iii.

Bagi Gred DG48(KUP); telahdinaikkanpangkat ke Gred DG44(KUP)/Gred DG44


hakiki;

iv.

Bagi Gred DG52(KUP): telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48(KUP)/Gred48 hakiki;

v.

Bagi Gred DG54(KUP): telah dinaikkan pangkat ke Gred DG52(KUP)/Gred DG52


hakiki;

vi.

Bagi Gred Khas C (KUP): telah dinaikkan pangkat ke Gred DG54(KUP)/Gred DG54
hakiki.

You might also like