You are on page 1of 9

KONSEP PROFESION

Perkhidmatan
yang unik dan
penting

Mematuhi
kod etika

Pernah
mendapat
latihan
khusus

Banyak
keupayaan dan
kebolehan
intelek

Ahli-ahli
organisasi
yang
berkuasa

KONSEP

Pakar dalam
bidang

PROFESION

Bertanggungjawab

Pentingkan
mutu
pekhidmatan

GAMBARAJAH KONSEP PROFESION


Terdapat sebanyak lapan konsep profesion yang telah dikemukakan oleh
Lieberman, seorang tokoh pendidik di Amerika Syarikat. Bagi beliau, sesuatu
pekerjaan yang boleh digolongkan sebagai profesion ialah seperti yang berikut:
1. Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan
matlamat yang jelas untuk masyarakat dan Negara.

2. Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek


semasa memberi perkhidmatan.
3. Orang professional yang pernah mendapat latihan khusus dalam
sesuatu bidang kemahiran *ikhtisas mengikut suatu tempoh masa
tertentu.
4. Ahli sesuatu profesion ialah pakar dalam bidang pekerjaan tertentu dan
mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugasnya.
5. Orang

professional

perkhidmatan

serta

ialah

pekerja

dedikasi

yang

terhadap

mementingkan
pekerjaannya

dan

mutu
tidak

mementingkan pendapatan atau ganjaran kewangan semasa memberi


perkhidmatan.
6. Pekerja-pekerja terdiri daripada ahli-ahli sesuatu organisasi yang
berkuasa menentukan nilaitara-nilaitara untuk kemasukan, mengawal
mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahlinya.
7. Setiap ahli profesion mematuhi kod etika yang ditentukan oleh
organisasi profesion itu.
8. Setiap ahli profesion bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan
keputusan yang dibuat olehnya.
* Ikhtisas ialah pekerjaan yang biasanya memerlukan latihan dan pendidikan
yang mendalam.
KOD ETIKA PERGURUAN DI MALAYSIA
Etika ialah satu system dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau
organisasi yang meliputi aspek-aspek tertentu. Contoh yang dimaksudkan ialah
aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan yang salah,
dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan. Masyarakat
pula menggunakan etika itu untuk menganalisis, menilai dan menentukan sama
ada tingkah laku manusia telah mengikut peraturan yang ditetapkan.

Setiap profesion dalam pekerjaan mempunyai kod etika yang tersendiri. Kod
etika ini juga dipunyai oleh profesion perguruan. Setiap guru dikehendaki
mematuhi kod etikanya sendiri demi menjaga status, akhlak dan maruah dalam
profesion keguruannya. Di Malaysia, Tatasusila Profesion Keguruan yang
disarankan oleh Kementerian Pendidikan merupakan landasan dan garis
panduan untuk setiap guru menjaga imej profesionnya.

TATASUSILA PROFESION KEGURUAN MALAYSIA: IKRAR

IKRAR
Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama
pendidikan
warganegara

ialah

berusaha

yang

menuju

berilmu,

ke

yang

arah
taat

pembentukan
setia,

yang

bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa


pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah
pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada
demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun
Negara.

Pendidikan pada asasnya dapat membantu masyarakat dalam mendidik


generasi baru memahami kebudayaan, memperoleh pengetahuan yang telah
terkumpul sejak zaman-berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi
gelora dan rintangan yang berada di hadapan.

TATASUSILA
PROFESION
KEGURUAN
MALAYSIA

TANGGUNGJAWAB
TERHADAP IBU
BAPA

TANGGUNGJAWAB
TERHADAP
PELAJAR

TANGGUNGJAWAB
TERHADAP
MASYARAKAT DAN
NEGARA

TANGGUNGJAWAB
TERHADAP RAKAN
SEJAWAT DAN
PROFESION GURU

TANGGUNGJAWAB KEPADA PELAJAR

1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan para pelajar

2. bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor

B
A
P
A

jasmani, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.


3. merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali
kepada mereka yang berhak.

I
B
U

4. membimbing dan mengajar seseorang dalam darjah sendiri atau dalam


mata pelajaran- mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang

T
E
R
H
A
D
A
P

bayaran.

5. menunjukkan penampilan, pertuturan dan tingkah laku yang dapat


memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
6. memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas melalui pengajian,
penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan,
mesyuarat atau seminar supaya proses pengajaran mendapat mutu yang

T
A
N
G
G
U
N
G
J
A
W
A
B

sepatutnya.

Mengelakkan diri
daripada
mengeluarkan
Memberikan
maklumat
kata-kata
atau
boleh
kepada ibu
bapa
demi
menjejaskan
kepentingan
anak
Berusaha mewujudkan
kepercayaan
yangdan
mereka,
dan
hubungan
mesra
diberikan
oleh
pelajar
menggunakan
kerjasama yang
erat
kepada
guru
danditerima
juga
maklumat
yang
antara institusi
kepercayaan
pelajar
daripada
ibudan
bapa
pendidikan
rumah
kepada
ibu
bapa
dengan
tangga teliti dan
mereka
sendiri.
bijaksana.

Mengelakkan diri
Menghormati
Menganggap semua
daripada
tanggungjawab
yangutama
maklumat
atau
menggunakan
bapa terhadap
ibu
oleh ibu
diberikan
dipengaruhi oleh
anak
mengenai
bapamereka
kedudukan sosial dan
keadaan rumah
ekonomi ibu bapa
tangga atau mengenai
pelajar.
anak mereka sebagai
sulit dan tidak akan
membocorkannya
kecuali kepada siapa
kecuali yang berhak
mengetahuinya.

Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap


pelajar yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi
warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna,
menghormati orang-orang yang lebih tua dan
menghormati perbezaan budaya dan agama.
Mengelakkan daripada
menyebarkan sesuatu ajaran
yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar,
masyarakat atau negara,
ataupun yang bertentangan
dengan Rukun Negara.

Meghormati masyarakat
setempat dan memenuhi
tanggungjawab sebagai
warganegara dan
sentiasa mengambil
bahagian dalam kegiatan
masyarakat.

Menggalakkan
kerjasama dan
persefahaman
antara guru dengan
ibu bapa, institusi
pendidikan dan
masyarakat.
Memberi
sumbangan unuk
kehidupan bermoral,
kebudayaan dan
kecendekiawan
masyarakat.
Berpegang kepada
tingkah laku yang
sopan yang diterima
oleh masyarakat
dan menjalani
kehidupan yang
baik.

a) Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang


boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau
ibu bapa, atau perlakuan yang boleh menjatuhkan maruah guru.
b) Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan
sebagai guru.
c) Berusaha dengan bersungguh-sungguh menunaikan tanggungjawab yang
diberikan dan beristiqamah dalam melakukan sejajar dengan kemajuan
ikhtisas dan sosial.
d) Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka
yang baru menceburkan diri dalam profesion keguruan.
e) Sentiasa menjaga perlakuan supaya tidak mencemarkan nama baik
profesion keguruan.
f) Menjadi ahli sesebuah persatuan guru.

GURU SEBAGAI SATU PROFESION


BAGUS-BAGUS,
BETUL TU

CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU PROFESIONAL


BERPENGETAHUAN DAN BERKETRAMPILAN
CEKAP
MAHIR MENGINTEGRASI TEKNOLOGI MAKLUMAT
MENGAMALKAN NILAI-NILAI KEGURUAN
MENGUASAI KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN
INTERPERSONAL
BERDAYA TAHAN
AKTIF
MENGHARGAI WARISAN KEBUDAYAAN

CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL

1. Berpengetahuan dan berketrampilan dalam pedagogi dan kandungan


mata pelajaran yang diajarnya, di samping menguasai pedagogi pelajar.
2. Cekap melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesan dan
bermakna.
3. Mahir mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komuniti (ICT) dalam
pengajaran dan pembelajaran.
4. Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan Etika Profesion Keguruan.
5. Menguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal.
6. Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran professional dari semasa ke
semasa.
7. Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan budaya penyelidikan secara
aktif.
8. Menyanjung tinggi dan menghargai warisan kebudayaan negara yang
sesuai dengan ketamadunan dan nilai-nilai agama yang diamal.

You might also like