You are on page 1of 2

Soalan KBAT

BAB 5 TINGKATAN 4
1. Apabila telur digoreng, zat didalam telur bertukar dan tidak dapat di
balikkan. Hal ini menunjukkan telur mengalami perubahan kimia dari segi?
A. Saiz
B. Bentuk
C. Keadaan jirim
D. Komposisi kimia
2. Tindak balas logam dengan asid akan menghasilkan gas hydrogen.
Dengan menggunakan jenis dan isipadu asid yang sama,logam yang
manakah akan menghasilkan isipadu gas hydrogen yang paling banyak
dalam masa satu minit?
A. Plumbum
B. Magnesium
C. Zink
D. Natrium
3. Amir mendapati ubat gegat yang telah diletakkan di dalam almari bajunya
telah menjadi kecil selepas beberapa minggu. Apakah proses yang terlibat
dalam perubahan saiz ubat gegat itu?
A. Kondensasi
B. Pemejalwapan
C. Penyejatan
D. Pembekuan
4. Ayu telah melakukan satu eksperimen di antara logam dengan asid.
Didapati sejenis gas tidak berwarna terbebas dan apabila di uji dengan
kayu uji bernyala, bunyi pop terhasil. Apakah gas yang terbebas itu?
A. Hidrogen
B. Nitrogen
C. Oksigen
D. Ammonia
5. Seorang pelajar sedang melakukan eksperimen dan mendapati bahawa
apabila dia memanaskan Sulfur dan besi satu sebatian akan terbentuk.
Sebatian baru yang terbentuk itu berbeza dengan bahan asal.
a) Apakah perubahan yang berlaku kepada campuran besi dan sulphur
selepas dipanaskan?
Perubahan kimia
b) Apakah ciri lain bagi perubahan yang berlaku di (a)?
-Perubahan tidak boleh berbalik
-Sifat kimia bahan baru berbeza daripada bahan asal

c) Berikan contoh lain bagi perubahan di (a)?


-Pembakaran pita magnesium
-Peneutralan
6. Semasa kemalangan jalan raya berlaku, alat pengesan pada kereta dapat
mengesan perlanggaran. Seterusnya, tindak balas kmia yang cergas

berlaku lalu menghasilkan gas untuk mengisi beg udara dalam masa
kurang daripada sesaat. Apakah gas dalam beg udara tersebut?
A. Gas hydrogen
B. Gas oksigen
C. Gas nitrogen
D. Gas bromide
7. Cikgu deva sedang mengemaskan bilik gelap dibelakang makmal sains.
Apakah bahan kimia yang tidak perlu disimpan di dalam bilik gelap?
I.
Larutan argentum klorida
II.
Larutan ammonia
III.
Larutan natrium hidroksida
A. I sahaja
B. III sahaja
C. I dan II sahaja
D. II dan III sahaja
8. Hisham mendapati artikel artikel yang dipamerkan di papan kenyataan
Persatuan Sains Sekolah telah berubah warna menjadi kekeuningan
selepas beberapa bulan.. Apakah yang menyebabkan kertas kertas
tersebut bertukar menjadi kekuningan?
A. Perubahan fizik
B. Perubahan kimia
C. Pereputan
D. Pengoksidaan
9. Ramai pelancong gemar membeli batik Malaysia sebagai cenderamata
disebabkan oleh warnanya yang menarik. Apakah bahan yang digunakan
dalam pewarna untuk menghasilkan corak batik tersebut.
A. Sulfur.
B. Ammonia
C. Kalsium karbonat.
D. Magnesium oksida.
10.Kerajaan Malaysia menggalakkan orang ramai mengitar semula bahan
seperti tin aluminium. Ini adalah kerana penghasilan aliminium daripada
bijihnya menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Bagaimanakah
logam ini diekstrak daripada bijihnya ?
A.
B.
C.
D.

Elektrolisis
Hidrolisis
Penyulingan
Elektroporesis

You might also like