You are on page 1of 2

PANDUAN SOLAT HARI RAYA IDULFITRI

Solat hari raya Idulfitri dua rakaat hukumnya sunat, segala rukun dan syarat serta sunatnya sama
seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali
pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara
tiap-tiap takbir.
1. Lafaz niat

Ertinya: Sahaja aku solat sunat Idulfitri dua rakaat tunai ( sebagai Imam/ makmum) kerana Allah
Taala.

2. Lafaz tasbih

CARA MENUNAIKANNYA
Rakaat Pertama
1. Di mulai dengan lafaz takbir ratulihram dengan menyebut Allah hu Akbar disertakan
dengan niat di dalam hati.
2. Membaca doa iftitah
3. Lafaz takbir tujuh kali di selangselikan dengan bacaan tasbih
4. Membaca surah al- Fatihah
5. Membaca surah al Quran (di sunatkan membaca surah al-Alaa)
6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama
Rakaat kedua
1. Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat(takbir permulaan rakaat kedua)
2. Lafaz takbir lima kali di selangselikan dengan bacaan tasbih
3. Membaca surah al-Fatihah

4. Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah alGhaasyiyah)
5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua
6. Memberi salam

KHUTBAH IDULFITRI
Khutbah Idulfitri sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya. Namun sunat di mulakan oleh
khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh
kali berturut-turut pada khutbah kedua.

You might also like