You are on page 1of 14

MEMBINA DAN MENGGUNAKAN BAHAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


BUKAN ELEKTRONIK
Definisi Alat dan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Menurut Mohd Dahalan b. Mohd Ramli (dalam Juriah Long
dan Nor Ein Mohd Nor,1990), Alat dan Bahan Pengajaran
dan Pembelajaran ialah apa-apa sahaja perkara atau
benda yang diperlukan dan digunakan oleh guru untuk
membantu murid
belajar dengan lebih berkesan dan
menarik.

Ia juga merupakan segala kelengkapan guru dalam


menyampaikan pengajaran kepada murid-muridnya.

Dalam KBSR dan KBSM, Alat dan Bahan Pengajaran


dan pembelajaran atau Bahan Bantu Mengajar (BBM)
merangkumi perkara seperti boleh dilihat, disentuh,
didengar, dirasa, dikisah, dibaca, dihidu dan sebagainya.

Bahan ini tergolong kepada bahan prosa, bahan puisi


dan bahan grafik.

BBM yang digunakan oleh guru adalah saling berkait


rapat antara satu sama lain.

Bahan prosa :
seperti makalah, rencana,
esei,penerangan, cerita, drama, catatan.
Bahan puisi :
seperti pantun, syair, seloka,
gurindam, sajak
Bahan grafik :
seperti gambarajah, graf, carta,
jadual, peta, pelan

Alat alat yang digunakan mestilah bersesuaian


dengan tajuk, kemahiran dan objektif yang ditentukan
oleh guru dalam pengajaran yang hedak disampaikan.

Guru yang kreatif- boleh membina/mencipta sendiri


BBM dan sesuai dengan persekitaran, kebolehan dan
peringkat pembelajaran murid.

Kategori dan penjenisan


Bahan Bantu Mengajar

Terdapat 3 kategori iaitu;

1. BBM bukan elektronik


2. BBM berbentuk elektronik
3. BBM bercorak pengalaman.

BBM bukan elektronik

1.Papan tulis /papan hitam


- bahan asas dalam pengajaran
Alat untuk mencatat isi-isi penting ketika mengajar
2.Buku teks
-Dikarang oleh penulis/ pengarang
Penggunaan secaa meluas dan sumber utama pengajaran
dan latihan
3.Boneka
-Berbentuk orang, binatang atau tumbuhan
Digunakan ketika aktiviti bercerita/ berdialog
Dibuat daripada kain, kapas, kayu, tanah liat dan seabaginya.

4. Papan pamer / papan buletin


- merupakan sumber pengajaran yang proaktif
- boleh memperkenalkan idea baru, memberi maklumat
dan kefahaman, menimbulkan daya kreativiti ,
menambahkan pengekalan pembelajaran.

5. Fail tegak dan bahan bacaan


- terdiri daripada bahan bercetak iaitu bahan bacaan
bukan buku

Contohnya majalah, peta , sajak, poster, carta, poskad,


gambar skrips dan sebagainya.

Disimpan sebagai koleksi fail dalam kabinet fail dan


dapat menambah dan mempelbagaikan bahan bacaan
atau sebagai sumber rujukan di PSS / bilik darjah .

6. Gambar
- gambar bersiri / gambar tunggal
- boleh digunakan semasa hendak memulakan p&p.
- Tujuannya untuk menarik minat pelajar dan sebagai
bahan sokongan sekiranya bahan yang sebenar tidak ada.

7. Kad imbasan/ kad cantuman


- terdiri daripada suku kata, kata-kata atau rangkai kata

Digunakan untuk memperkenalkan perkataan baru.

Sesuai untuk pelajar peringkat rendah seperti pra,tadika,


tahun 1 dan murid pemulihan /pendidikan khas.

8. Grafik
- seperti gambarajah, jadual, carta, graf peta , pelan
- bahan hasilan /lukisan sebagai karangan visual yang
dapat memberi satu atau lebih keterangan visual

9. Carta
- merupakan susunan maklumat yang sistematik

Mengandungi huruf , angka, gambar, jadual,


gambarajah, lakaran, nota ringkas, simbol dan lukisan

Jenis carta yang digunakan dalam kelas seperti carta


singkap/ selak, carta pusing, carta aliran, carta graf ,
carta pai dan carta tunggal,

10. Model
- bahan gantian seperti bahan sebenar
- bahan 3 dimensi yang mewakili struktur, rupa bentuk
dan bagaimana ianya berfungsi dalam pengajaran dan
pembelajaran.
- Jenis model seperti ;
a) model berskala kadar pembesaran/ pengecilan yang
berbeza daripada bahan sebenar.
b) model potongan keratan
c) model olok-olok - gambaran 3 dimensi
- semua model tersebut boleh dihasilkan daripada kertas,
tanah liat, kapas, kayu atau plaster of paris

11.Diodrama

- Reka bentuk daripada gabungan bahan yang sebenar,


patung dan model tersebut diletak dan disusun seperti
situasi sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam
persembahan 3 dimensi

12. papan pengajaran


- Sesuai diajar secara berkumpulan dalam lingkungan
25 orang murid.

bagi menunjukkan gambaran sesuatu pelajaran yang


mempunyai daya komunikatif dan dapat memotivasikan
pelajar.

Jenis papan pengajaran seperti papan buletin, papan


kenyataan, papan kenyataan, papan flanel/ papan putih,
papan putih, papan magnet, papan selit, papan gulung ,
papan poket dan papan sorong tarik

Kesimpulan

Alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran atau


BBM merupakan satu bahan yang boleh digunakan
untuk merangsang deria dan minda murid-murid
bagi menguasai kemahiran bahasa dan kemahiran
berfikir. Ianya amat berkesan apabila murid diberi
pendedahan
di mana mereka akan membuat
perbandingan, rumusan, menyimpul bahan bahan
terebut ketika atau selepas proses p&p berlaku.
Peranan dan kreativiti guru dalam membina ,
menyediakan dan mengaplikasikan bahan-bahan
tersebut
amat penting untuk menarik perhatian
mereka agar terus berada di dalam kelas dalam
suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

MEMBINA DAN MENGGUNAKAN BAHAN


UNTUK AKTIVITI PERMAINAN BAHASA.

Satu teknik p&p yang dapat melatih murid memahami


dan menggunakan kata arah dalam kehidupan seharian
mereka.
Permainan bahasa haruslah melibatkan semua murid
Murid akan dapat belajar di samping bermain dan
menyeronokkan
Aktiviti ini dapat membantu murid memperkukuh dan
memantapkan kemahiran membaca, mendengar,
bertutur dan berfikir .

Contoh aktiviti 1
Mengarahkan murid melakukan atau membuat tugasan
tugasan tertentu .
Caranya :
1. guru membaca petikan pendek yang mengandungi arahan
arahan tertentu seperti melukis ssuatu, membuat jadual,
rajah dan sebagainya.
2. Murid membuat tugasan mengikut arahan guru
Contohnya;
1. Gambarkan anda berada dalam sebuah bilik kosong
2. Susunkan bilik tersebut dengan beberapa buah perabut
3.Guru nyatakan kedudukan perabut-perabut tersebut
4.Murid melakarkan kedudukan perabut-perabut tersebut
seperti arahan guru.

Contoh aktiviti 2

Mengemukakan soalan berdasarkan petikan yang


dibaca.
Caranya:
1. Guru memasang pita rakaman pertuturan di antara
pembeli dan penjual sayur di sebuah pasar.
2. Murid membuat catatan bagi mengambil maklumatmaklumat penting dalam perbualan tersebut.
3.Guru akan mengemukakan beberapa soalan bagi
menguji kecekapan pendengaran murid.
4. Murid juga dikehendaki menceritakan peristiwa atau
maklumat-maklumat penting yang terdapat dalam pita
rakaman tersebut.

You might also like