Professional Documents
Culture Documents
Folio Putera Gunung Tahan
Folio Putera Gunung Tahan
PERSOALAN
1. Hormat Menghormati
Persoalan hormat-menghormati dalam novel ini sering dikaitkan dengan sikap orang
melayu walaupun mereka sedang menghadapi musuhnya. Sikap hormat-menghormati
ini ditunjukan oleh perempuan tua terhadap Tuan Robert. Perempuan tua tetap
memanggil Tuan Robert.Walaupun jelas Tuan Robert merupakan orang inggeris yang
telah memerangi beliau.
WATAK UTAMA
Tuan William
Tuan william merupakan sahabat baik Tuan Robert dan berasal dari London. Beliau
berbangsa Inggeris, sudah beristeri, dan mempunyai anak. Beliau juga seorang
penyiasat yang diutuskan oleh kerajaan inggeris ke Puncak Gunung Tahan.
Tuan william tetap bersabar meneruskan tugasnya mendaki Gunung Tahan
walaupun hujan lebat, tiada pemandu jalan, dan berseorangan setelah Tuan Robert
ditangkap sekumpulan Sakai.
WATAK SAMPINGAN
Tuan Robert
Tuan Robert ialah seorang Inggeris dan kawan kepada Tuan William.
Beliau merupaka penyiasat yang dihantar ke Gunung Tahan untuk menyiasat tumbuhtumbuhan,
galian, dan mencari kawasan peranginan untuk orang inggeris. Beliau
pakar dalam bidang tumbuh-tumbuhan.
Tuan Robert meneruskan pengembaraannya ke puncak Gunung Tahan, walaupun
menghadapi cabaran hebat seperti hujan lebat yang turun hampir seminggu,
kesejukan, jalan yang licin dan berbahaya. Kematian Ali yang bertugas sebagai
penunjuk jalan(jurupandu) dan kematian Awang tidak mematahkan semangatnya.
Sikap tamak Tuan Robert terserlah apabila dia cuba berbagai-bagai tipu helah
untuk mendapatkan kulit harimau putih daripada perempuan tua.
Ratu bongsu
Ratu bongsu ialah seorang anak raja, keturunan raja Pahang, dan tinggal di puncak
Gunung Tahan. Baginda seorang pemuda yang kacak sehinggakan Mem william
jatuh cinta pandang pertama kepadanya. Baginda juga merupaka penghulu atau ketua
pemerintah penghuni rimba Gunung Tahan.
Ratu Bongsu memberikan layanan yang baik kepada tetamunya, iaitu Tuan
william dan menganggap Tuan William sebagai sahabat walaupun baru bertemu.
Selain itu, baginda sedia meminjamkan teropong terus, beringin bercakap dan burung
pesuruh jaya kepada Tuan William.
Perempuan Tua
Perempuan tua berketurunan raja, tetapi terpaksa berlari jauh ke dalam hutan kerana
diburu oleh inggeris. Beliau pernah bersuami dan mempunyai seorang anak lelaki.
Suaminya mati dibunuh inggeris manakala anaknya dihantar menuntut ilmu di puncak
Gunung Tahan. Beliau telah tinggal di dalam hutan berpuluh-puluh tahun bersama
masyarakat sakai yang telah menyelamatkannya.
Perempuan tua ini bertutut dengan lemah lembut dan mempunyai budi pekerti
yang tinggi. Sikap ini ditonjolkan ketika dia menyambut dan melayan Tuan Robert
sebagai tetamu masyarakat sakai.
Mem William
Mem William ialah isteri Tuan William. Dia seorang wanita yang cantik dan berasal
daripada kalangan orang berada.
Semasa ketiadaan suaminya, Mem William telah menjalin hubungan cinta dengan
seorang lelaki muda da rumahnya. Dia membohongi pemuda itu bahawa dia tidak
cukup belanja, padahal Tuan William telah peruntukkan belanja untuk kegunaan
belanja keluarganya selama dua tahun sepanjang peninggalnya.
10
Mem William becadang untuk menjayakan tugas suaminya merampas Gunung
Tahan dengan menggunakan tipu daya apabila mengetahi bahawa Ratu Bongsu ingin
menjadikan permasuri puncak Gunung Tahan.
Kusina
Orang bunia yang menjadi pengiring setia Ratu Bongsu. Dia juga boleh
menghilangkan dirinya. Kusina betanggungjawab membawa Tuan William ke puncak
Gunung Tahan dan dia jugalah yang mengunci Tuan William di dalam sebuah bilik
istana ketika kapal terbang inggeris mengebom istana tersebut.
Tok Batin
Tok Batin merupakan ketua kaum sakai. Dia seorang pemimpin yang dihormati
kewibawaannya. Tok Batin juga baik hati kerana memberi layanan yang baik kepada
orang asing seperti Tuan William dan telah menyelamatkan perempuan tua yang
ditinggalkan bersendirian di dalam hutan.
Perempuan Sakai
Seorang gadis sakai yang paling cantik antara yang lain. Tugasnya ialah menggoda
Tuan Robert. Dia berpewatakan lincah dan pantas bergerak sehingga Tuan Robert
gagal menangkapnya untuk dijadikan isteri.
Awang dan Ali
Kedua-duanya berbangsa melayu. Ali menjadi penuntuk jalan kepada Tuan Robert
dan Tuan william dalam hutan Gunung Tahan. Ali mati dipatuk ular berbisa. Awang
pula pembawa makanan kepada kedua-dua orang putih tersebut. Awang mati kerana
kesejukan dan sakit perut
11
PLOT
Permulaan
Pada peringkat awal novel, pengarang menceritakan serba sedikit keadaan geografi
dan sejarah negeri Pahang. Kisah perjuangan orang melayu menentang penjajah
Inggeris dan asal usul Putera Gunung Tahan diceritakan serba sedikit ringkas, tetapi
mempunyai perkaitan yang rapat dengan isi kandung novel.
Perkembangan
Pengembaraan dua orang pegawai Inggeris, iaitu Tuan Robert dan Tuan William
mencari puncak Gunung Tahan untuk dijadikan peranginan orang Inggeris. Mereka
sanggup melalui berbagai-bagai cabaran untuk mendapatkan upah sebanyak lima ribu
pound jika berjaya.
Tuan Robert dan Tuan William terpisah kerana Tuan Robert telah diculik oleh
orang Sakai, manakala Tuan William meneruskan pengembaraannya seorang diri.
Konflik
·Tuan Robert diculik oleh masyarakat sakai. Beliau telah dilantik sebagai ketua
mereka bergelar ‘Datuk Batin Putih’, tetapi beliau tidak rela menerimanya.
·Tuan Robert sering berbeza pendapat dengan perempuan tua tentang agama,
adat, dan budaya orang melayu.
·Tuan Robert dikenakan ubat minyak pengasih (cenuai) orang sakai oleh
perempuan tua.
·Tuan William pula berpura-pura bersetuju dengan syarat yang diberi oleh
Kusina dengan niat untuk menipu Kusina.
·Tuan William sering berselisih pendapat dengan Ratu Bongsu tentang ketuaan
raja-raja melayu dan masalah sosial orang-orang melayu.
·Tuan William menipu Ratu Bongsu dengan cara mengutus surat untuk
meminta tentera Inggeris menyerang Istana Ratu Bongsu.
·Tuan William ternampak isterinya yang sedang berlaku curang semasa
ketiadaannya.
12
Klimaks
·Tuan Robert yang tergila-gilakan perempuan sakai sanggup memanjat pokok
yang licin untuk mendapatkannya dalam upacara perkahwinan orang sakai.
·Dua buah kapal terbang pengebom tentera Inggeris tiba di puncak Gunung Tahan
·Menyedari muslihat Tuan William, Ratu Bongsu mengarahkan Tuan William
masuk kedalam istana yang akan dibom oleh kapal terbang tentera Inggeris.
·Tuan William dikunci di dalam istana tersebut oleh Kusina.
·Ratu Bongsu meminang Mem William yang mempunyai niat untuk membalas
dendam.
Peleraian
·Tuan Robert tergelincir dari pokok semasa mengejar perempuan sakai lalu mati.
·Tuan William terkunci di dalam istana dan mati apabila istana tersebut dibom.
·Mem William menerima lamaran Ratu Bongsu sebaik sahaja terpandang
ketampanan wajah Ratu Bongsu.
13
LATAR
Latar Tempat
Di kawasan Gunung Tahan, sama ada di kaki bukit, pertengahan dan di puncak gunung.
Juga berlaku di Gua Batu. Peristiwa juga berlaku di perkampungan orang sakai. Juga
berlaku di sekitar istana Ratu Bongsu.
Latar Masa
Sebelum berlaku banjir besar pada tahun 1926. Peristiwa berlaku sebelum kemerdekaan
Tanah Melayu. Peristiwa juga berlaku pada waktu siang dan malam.
Latar Masyarakat
Masyarakat terdiri daripada masyarakat orang asli, orang Melayu dan penjajah. Juga
terdapat masyarakat bunian yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
GAYA BAHASA
Sinis
Gaya bahasa ini digunakan untuk menyindir orang Inggeris. Contohnya, dialog antara
perempuan tua dengan Tuan Robert. “orang-orang hutan itu lebih mulia daripada orangorang
bandar yang dikatakan berkemajuan.(hal 26)
Paradoks
Contoh-contoh paradoks dalam novel ini ialah:
a) “kemuncak ini boleh dikatakan menjadi tiang tau pasak pun(hal.3). Maksud:
kedudukan Gunung Tahan yang tertinggi di Semenanjung Malaysia menjadi
tulang belakang yang penting bagi struktur muka bumi semenanjung Malaysia.
b) “Gunung Tahan seolah-olah menjadi penjaga setia kepada bumi semenanjung
yang makmur ini.(hal.3). Maksud: puncak Gunung Tahan yang paling tinggi di
Tanah Semenanjung seolah-olah dapat melihat dan mengawasi serta melindungi
Semenanjung Malaysia.
c) “mati hidup balik tempat ini tidak boleh jatuh kepada tangan-tangan yang
ganas”(hal.58)
14
NILAI DAN PENGAJARAN
Nilai
I. Cinta kepada tanah air
II. Hormat menghormati
III. Berbudi bahasa
IV. Sayang akan alam
V. Taat kepada ajaran agama
VI. Berwaspada atau berhati-hati
Pengajaran
1. Kita hendaklah insaf tugas sebagai warganegara untuk mempertahankan tanah
air daripada dijajah.
2. Kita hendaklah berani mempertahankan negara daripada dijajah
3. Kita hendaklah mempertahankan kesucian agama
4. Kita hendaklah mematuhi adat istiadat masyarakat setempat.
5. Kita hendaklah mendengar nasihat orang tua / orang yang lebih
berpengalaman.
6. Kita hendaklah mempunyai rasa simpati dan belas kasihan sesama insane
7. Kita hendaklah bijaksana dalam melakukan sesuatu tindakan.
8. Kita janganlah tamak akan harta kekayaan hingga mendatangkan keburukan
kepada diri sendiri
9. Kita jangan mudah terpengaruh dengan budaya hidup orang barat yang
negatif.
10. Kita janganlah belot dan mengkhianati tanah air tercinta.
15