You are on page 1of 3

1

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tembikar
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas

Tembikar adalah sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah liat yang telah diproses, dibentuk
dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan rupa bentuk tembikar tersebut. Tembikar yang telah
dibakar di dalam tanur memiliki kekuatan yang lebih dan kalis air.
Salah satu tembikar yang terkenal di Malaysia ialah labu-labu yakni alat untuk menyimpan dan
menyejukan air minuman.

http://wareyzseni.blogspot.com/2010/07/pengenalan-tembikar-ialah-barangankraf.html
PENGENALAN
Tembikar ialah barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat
Ia dikeringkan dengan cara mendedahkannya di bawah pancaran matahari, dan dibakar secara
dedah atau dalam tanur
Seni tembikar wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu
Bukti penemuan barangan tembikar seperti di Gua Cha di Kelantan, Bukit Tengku Lembu di Perlis,
Ulu Tembeling di Pahang,Bukit Tambun di Perak dan Gua Niah di Sarawak
Tembikar digunakan dalam upacara perubatan atau upacara pertabalan Sultan, alat pengebumian
di Sarawak dan Sabah selain daripada kegunaan harian
Tembikar Sayong, Tembikar Mambong dan tembikar Sarawak merupakan tembikar tradisional yang
paling terkenal
KAWASAN penghasilan tembikar ;
1. Sayong, Kuala Kangsar, Perak
2. Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan
3. Pulau Tiga, Parit, Perak
4. Kg.Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang
5. Kuching, Sarawak
6. Sunagi Dua, Seberang Prai, P.Pinang
JENIS-JENIS TEMBIKAR
TEMBIKAR MAMBONG
Terkenal di Kelantan
Dihasilkan untuk kegunaan harian
Menggunakan tanah liat yang dicampur dengan sedikt pasir halus dalam proses pembuatannya
Tembikar yang dikeringkan akan berwarna kelabu dan apabila dibakar ia bertukar menjadi
kemerahan-merahan
Ia tidak mempunyai corak kecuali tulang ikan, pucuk rebung dan siku keluang

2
TERENANG
Kendi air bertutup yang diperbuat daripada tanah liat
Diusahakan di Kg.Pasir Durian, Pahang
Bahan utama pembuatannya ialah tanah padi berwarna kuning, keras dan berketul yang didapati di
celah-celah tanah dan batu
Hasil terenang berwarna coklat kekuningan
BEKAS BARA/PERASAPAN
-Digunakan untuk membakar kemenyan dalam upacara pengubatan dan kematian
LABU
-Bekas air berbentuk buah labu banyak terdapat di Perak mempunyai corak alam sekeliling dan
geometri
JAMBANGAN
Badan berbentuk labu yang ditinggikan seperti tempayan atau buyung berkaki digunakan untuk
meletak Bunga
BUTUNG
Bekas air mempunyai leher dan badan bersaiz besar dan bahagian badan berbentuk bulat penuh
serta mempunyai permukaan yang licin tanpa hiasan
GELUK
Bekas air mempunyai ragam hias bermotif kecil dan ringkas
TEMBIKAR SARAWAK
Berasal dari China dan diusahakann oleh kaum Cina
Berbentuk tempayan beraneka jenis dan diukir dengan hiasan kepala naga
Banyak digunakan oleh kaum Kelabit di Sarawak untuk menyimpan barang berharga,atau mengisi
arak
Menggunakan mesin pemutar/ lempar alin dan acuan
TEMBIKAR SAYONG
Tembikar ini diusahakan di Sayong, K.Kangsar, Perak
Bentuknya diilhamkan daripada buah labu air
Berfungsi sebagai bekas untuk mengambil dan menyimpan air
Air yang disimpan dalam labu sayong ini dikatakan dingin, nyaman dan mempunyai khasiat yang
tertentu
Ia dihasilkan oleh kaum wanita , menggunakan teknik picitan dan lingkaran
Corak hiasannya berdasarkan alam sekeliling dan rupa geometri
BAHAN
1.Tanah liat :
Bahan utama untuk membuat tembikar
Pelbagai jenis tanah liat : tanah liat drpd tanah busut , tanah berhampiran sungai / di sungai, tanah
sawah , berwarna kelabu dan kuning kemerah-merahan

3
2.Damar
Bahan kemasan tembikar yang berupa getah keras yang digunakan sebagai bahan kalis air
Diperolehi daripada jenis pokok damar laut, dan damar batu
ALATAN
Ayak-Alat ini mempunyai jaring halus yang digunakan untuk menapis serbuk tanah liat dan sepuh
(gerlis).
Dawai pemotong-Alat ini untuk memotong tanah liat semasa menguli untuk memastikan tiada liang
udara.
Pinggan-Tempat membentuk tanah liat yang berfungsi sebagai meja.
Penggelek/Papan gelek/pengukur-Papan gelek papan untuk menggelek tanah liat dalam proses
membentuk. Ia juga dipanggil papan rata. Kayu pengukur digunakan untuk mendapatkan ketebalan
yang dikehendaki, terutama bentuk tapak.
Batu sungai-Digunakan untuk melicinkan dan mengilatkan permukaan tembikar yang telah siap.Alat
ini juga dipanggil sebagai batu licin, batu kali atau batu luru.
Pengukir kayu/Kayu tera-Kayu kecil yang kedua-dua hujungnya bermotif, digunakan untuk
membentuk corak dengan menekannya pada tembikar yang tidak begitu keras dan tidak begitu
lembut.
Span-Alat untuk mengemas dan melicinkan permukaan tembikar.
Tong-Bekas untuk menyimpan tanah liat yang telah diproses.Tong perlu ditutup supaya tanah liat
tidak mudah kering.
Pengukir besi/Penepik kayu berukir/Pengukir dawai-Alat yang digunakan untuk menghias
permukaan tembikar dengan cara tekanan ,turisan, menakik atau mengguris .

TOKOH TEMBIKAR
1. Pn. Hasnah Adnan (perak)
2. Pn. Sofia (Perak)
3. Pn. Hawa Bt Ngah Salam ( Perak )
4. Hajjah Rogayah bt Salleh (Perak)
5. Ng. Lee Huat (Sarawak)

You might also like