You are on page 1of 5

1.

0 PENGENALAN
Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada perkataan mudun
dan madain. Satu lagi perkataan Arab yang mempunyai kaitan dengan perkataan
tamadun madana yang mempunyai dua maksud, iaitu tinggi budi bahasa dan
pembukaan bandar. Perkataan daripada bahasa Inggeris yang mempunyai
persamaan makna dengan tamadun ialah civilization yang berasal daripada bahasa
Greek, iaitu civitas yang bermaksud bandar. Tamadun juga boleh dieertikan sebagai
peradaban.

Setiap masyarakat di dunia mempunyai definisi yang tersendiri tentang konsep


tamadun. Bagi masyarakat Barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah
terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian
dan pembandaran. Menurut pandangan beberapa sarjana Barat, misalnya, Gordon
Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam
sesebuah masyarakat.Darcy Riberio dan R.A. Buchanan pula menolak unsur
rohaniah sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah
dalam proses perkembangan tamadun.

Menurut Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah.


Oleh itu, Islam menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah. Kedua-dua unsur
ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Mengikut
pandangan Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang
tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.Pandangan sarjana
Islam ini turut disokong oleh sarjana Barat seperti Richard Sullivan yang mengakui
bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun.

Secara umumnya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian


berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga
mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.

2.0 CIRI-CIRI TAMADUN


Usaha manusia untuk menyesuaikan kehidupan mereka dengan alam sekeliling telah
menjadikan manusia lebih kreatif dan inovatif. Kreativiti dan inovasi manusia
bergantung kepada pencapaian pemikiran dan kekuatan rohaniah mereka. Oleh itu,
proses pembentukan tamadun merupakan manifestasi kepada pencapaian manusia
dalam kedua-dua aspek ini.
Kewujudan petempatan kekal merupakan salah satu ciri utama kemunculan
tamadun. Kehidupan secara menetap membawa kepada corak hidup yang lebih
sistematik.

Peningkatan jumlah penduduk membawa kepada sebuah kehidupan berorganisasi


yang merangkumi aspek sosial, ekonomi dan politik. Kehidupan secara berorganisasi
ini mampu mengatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan dan
kemakmuran kehidupan mereka.

Bagi mengendalikan masyarakat yang lebih besar, sistem pemerintahan mula


dibentuk untuk menjalankan pentadbiran. Kewujudan sistem pemerintahan
membawa kepada kelahiran sistem perundangan yang menjadi panduan kepada
masyarakat demi menjaga keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun.

Pembentukan organisasi sosial dan politik membawa kepada pengkhususan


pekerjaan dalam tamadun awal. Peningkatan dalam produktiviti manusia
menyebabkan pengkhususan pekerjaan menjadi lebih penting.

Agama dan kepercayaan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan


tamadun. Ini adalah kerana kedua-duanya amat berkait dengan pengiktirafan
terhadap golongan pemerintah, pembahagian sosial masyarakat, perkembangan ilmu
pengetahuan, kesenian dan pembinaan dalam proses pembentukan tamadun awal.

3.0 KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN


Setiap tamadun manusia yang wujud di dunia ini dari dahulu hingga sekarang saling
berinteraksi antara satu sama lain. Interaksi berlaku sama ada menerusi jalan
peperangan atau keamanan. Menerusi interaksi, tamadun-tamadun ini belajar serta
memindahkan ilmu pengetahuan, bahasa dan kebudayaan antara satu sama lain.
Sesuatu tamadun perlu mengenali antara satu sama lain merupakan asas kepada
persefahaman dan akhirnya membawa kepada kerjasama. Usaha untuk mengenali
antara satu sama lain perlu dipertingkatkan khususnya mengenali kepercayaan,
bahasa dan kebudayaan tamadun. Tamadun Islam, Tamadun India dan Tamadun
China merupakan antara tamadun yang saling berinteraksi antara satu sama lain.

Interaksi-interaksi yang wujud di antara tamadun-tamadun ini meninggalkan


pelbagai bentuk kesan samaada positif mahupun negatif. Interaksi tamadun Islam
dengan tamadun China memperlihatkan kesan positif melalui perdagangan.
Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini.
Sebagai contoh, berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan
wanita-wanita tempatan. Hasil daripada interaksi ini, wujud penyebaran agama
Islam di Negara China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan China.

Interaksi antara tamadun India dan tamadun Cina juga meninggalkan kesan yang
positif kepada masyarakat. Dari segi kepercayaan, agama Buddha berjaya disebarkan
ke Negara China melalui interaksi ini. Selain itu, berlaku juga pemindahan dan
perkongsian ilmu dalam bidang sains dan teknologi. Apa yang dimaksudkan disini
ialah, kemahiran membuat gula daripada tebu dengan menggunakan teknik dari
India telah diperkembangkan kepada orang-orang China. Selain itu, dalam aspek
matematik pula, India turut memperkembangkan bidang astronominya di negara
China melalui ahli-ahli astronominya.

Interaksi antara tamadun Islam dan tamadun Melayu turut memberi impak yang
positif. Kesan yang ditinggalkan melalui aktiviti perdagangan dapat dilihat dengan
begitu ketara. Kesan positif yang paling penting ialah tersebarnya agama Islam di
Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai,
Melaka, Acheh, Johor-Riau, Brunei, Pattani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram
dan lain-lain lagi. Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang
Melayu. Ia juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam
perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. Tamadun Islam juga
meninggalkan pengaruh yang besar dari segi perundangan, kesusateraan, kesenian,
kebendaan seperti pakaian, makanan dan istilah-istilah Arab yang digunakan dalam
bahasa Melayu.

Interaksi tamadun China dan tamadun Melayu pula banyak memberi kesan dalam
bidang kemahiran, teknologi serta kebendaan. Tamadun China membawa teknologi
membuat tebu (yang dipelajari dari India) ke Kepulauan Melayu. Selain itu, tamadun
China juga bertanggungjawab memperkenalkan perusahaan sutera di Kepulauan
Melayu. Dalam aspek kemahiran, tamadun China membawa kemahiran membuat
tembikar serta pertukangan logam. Interaksi antara tamadun China dengan tamadun
Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara aman dan secara konflik peperangan.
Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan
diplomatik. Contohnya, kemuncak hubungan diplomatik negara China dengan
Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melayu Melaka.

4.0 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN


Persamaan dan perbezaan di antara tamadun Islam, tamadun Cina dan tamadun
India dapat dilihat melalui beberapa aspek seperti ciri-ciri agama, budaya dan juga
budaya.

Dalam aspek agama, Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta. Berbeza dengan
agama Buddha (tamadun China), mereka menolak konsep tuhan tetapi mahu
pengikutnya menghindar kemewahan dunia. Bagi agama Hindu (tamadun India)
pula, mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva.

Dalam aspek kebudayaan pula, terdapat beberapa persamaan dalam budaya makan.
Misalnya, masyarakat tamadun Islam, China dan juga India menjadikan gandum
sebagai makanan ruji mereka. Hal ini berlaku apabila setiap tamadun terpaksa
menerima pengubahsuaian apabila berlaku emigrasi dan perluasan empayar.
Walaubagaimanapun, terdapat juga perbezaan yang ketara dalam aspek budaya
makan ini. Contohnya, dalam tamadun Islam ada konsep halal dan haram. Tamadun
Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan dan minuman yang
haram seperti daging khinzir dan arak. Begitu juga dengan tamadun India, penganut
agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu.

Dalam aspek etika, hampir semua perkara mempunyai persamaan antara tamadun.
Sebagai salah satu contoh, semua tamadun mempunyai persamaan dalam hal yang
berkaitan dengan alam sekitar. Mereka percaya bahawa alam sekitar perlu dijaga dan
dipelihara dengan baik kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai manusia.
Bagi masyarakat primitif pula, mereka memelihara alam sekitar kerana percaya
setiap benda yang terdapat di dunia ini mempunyai semangat dan harus dijaga
dengan baik.

Dalam aspek pemerintahan pula, rakyat disuruh untuk mentaati pemerintah. Kung
Fu Tze ( tokoh tamadun China) memberi panduan kepada pemerintah untuk
menjalankan pemerintahan dengan baik dan mengutamakan kebajikan rakyat. Ini
juga disarankan oleh ahli falsafah dari tamadun lain seperti Al-Ghazali, Kautilya dan
ajaran Buddha. Di Asia Tenggara juga menekankan raja itu harus berkelakuan baik
dan bertanggungjawab. Muncul konsep Devaraja dan daulat di mana raja diberi taraf
suci dan tertinggi dan dijelmakan sebagai wakil tuhan. Ini memberi penegasan
kepada rakyat supaya dapat menumpahkan taat dan setia kepada raja.

Aspek yang berikutnya ialah kemasyrakatan. Setiap tamadun menyatakan bahawa


adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menghormati setiap anggota
masyarakatnya. Setiap ahli masyarakat perlu menjaga kebajikan dan memberi
sokongan samaada berbentuk moral atau fizikal. Dalam tamadun Islam, perkara
penting ialah perpaduan ummah. Walaubagaimanapun, ada juga yang tidak
bersetuju. Contohnya, ahli falsafah China, Loa – Tzu menentang ajaran Kung Fu Tze
yang menganjurkan hubungan antara masyarakat.

Aspek yang terakhir iaitu bidang ekonomi pula, setiap tamadun menekankan
pentingnya etika dalam menjalankan perniagaan. Tamadun Islam menggalakkan
perniagaan tetapi ada peraturan halal dan haramnya. Contohnya haram mengambil
riba. Tetapi Kung Fu Tzu, perniagaan ditegah sama sekali kerana taraf peniaga
diletakkan paling bawah keran amenindas golongan lain.

Kesimpulannya, interaksi antara tamadun meninggalkan pelbagai kesan ke atas


masyarakat. Terdapat banyak kesan positif dan ada juga kesan-kesan yang negatif.
Walaubagaimanapun, apa yang dapat dirumuskan ialah, pertembungan interaksi
antara tamadun ini mewujudkan banyak perkara-perkara baru seperti percambahan
ilmu pengetahuan, hubungan perdagangan dan banyak lagi. Tamadun-tamadun ini
juga mempunyai persamaan dan perbezaan yang tertentu meliputi aspek teologi dan
juga etika. Kita harus menghormati setiap persamaan yang ada dan menerima
perbezaan yang wujud supaya keadaan kekal harmoni dan aman.

POSTED BY SYAM AT 8:09 AM


LABELS: NOTA TITAS

You might also like