You are on page 1of 20

tajuk 8.

1 Islam dan Penyebarannya di


Makkah
(Merujuk tema 8 Huraian Sukatan Pelajaran dan buku teks Sejarah Tingkatan 4
Bab 4)
Soalan :
Pembentukan Tamadun Islam di Makkah telah meniggalkan pelbagai kesan
terhadap masyarakat Malaysia. Bincangkan.
Peringatan:
Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah.
Format

Aspek

Perincian

Pengenal
an

Memahami

1. Pengenalan

Latar belakang
pembentukan
masyarakat
arab jahiliyah

Jelaskan secara ringkas tentang:

Markah
Penuh

5 Markah

- Latar belakang pembentukan


Tamadun
Islam di Makkah

Isi
dan
Huraian

Memahami
maksud dan
ciri-ciri
masyarakat
Jahiliyah

2. Maksud dan ciri-ciri Masyarakat


Arab Jahiliyah

Terangkan maksud Jahiliyah dan


mengapa dianggap Zaman Kegelapan
(10M)

30 Markah

Huraikan ciri-ciri Masyarakat


Arab Jahiliyah (20m)

Menganalisis
kesan sistem
kabilah
terhadap
masyarakat
Arab Jahiliyah

3. Sistem kabilah telah diamalkan oleh


Masyarakat
Arab Jahiliyah
15 Markah
Jelaskan kesan-kesan negatif daripada
amalan tersebut kepada Masyarakat

Arab Jahiliyah.

Mengaplikasi
keperibadian
Nabi
Muhammad
s.a.w dalam
menjayakan
konsep 1
malaysia

4. Nabi Muhammad (s.a.w) mempunyai


keperibadian yang mulia

Aspek menilai
kejayaan
Malaysia
menerusi
perpaduan
kaum

5. Kejayaan Malaysia

Mencipta /
menjana idea
untuk
mengurangkan
gejala sosial di
Malaysia

6. Cabaran untuk mengurangkan


gejala sosial di Malaysia

Bagaimanakah sifat terpuji ini dapat


diterapkan dalam

15 Markah

menjayakan konsep 1 malaysia

Berdasarkan pengetahuan anda


jelaskan kejayaan yang dicapai oleh
Negara menerusi perpaduan kaum

10 Markah

10 Markah
Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh
Malaysia untuk
mengurangkan gejala sosial (5
Markah)

Nyatakan langkah-langkah untuk


mengatasi cabaran di atas (5 Markah)

Menghayati
nilai murni /
iktibar
patriotisme
dalam
kehidupan

7. Akhlak yang mulia dapat


membentuk warganegara yang baik.

Sebagai pelajar bagaimanakah anda


dapat
mengaplikasikan nilai murni dalam
kehidupan seharian

10 Markah

Kesimpul
an

Merumus
secara
keseluruhan isi
yang telah
dibincangkan

8. Rumusan

Pengetahuan yang diperoleh

5 Markah

Iktibar kepada diri, bangsa dan


Negara

Harapan untuk masa depan


ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang

Peraturan permakahanTingkatan 4 Bab 4


Cadangan Soalan Kertas 1249/3
Soalan:
Pembentukan Tamadun Islam di Makkah telah meninggalkan pelbagai kesan
terhadap masyarakat Malaysia. Bincangkan.
Soala
n

Isi dan Huraian

Pengenalan. Jelaskan secara ringkas tentang

Markah

- Latar belakang pembentukan Tamadun Islam di Makkah.


- Unik
- Lahir dan berkembang di tempat terpencil tidak seperti
tamadun lain.
- Padang pasir
- Hijaz
- Pemikiran dan ajaran agama
- Anugerah Allah

5
Markah

2 (a)

Maksud Jahiliyah
- Berasal daripada perkataan Jahala
- Jahil
- Tidak mempunyai ilmu
- Tidak mengetahui

Sebab-sebab di anggap zaman gelap


- Tidak menyembah Allah
- Menyembah berhala
- Mempercayai animisme
(b)

- Kehidupan kucar-kacir
- Tiada nabi dan rasul
- Tiada kitab suci sebagai petunjuk
- Mempunyai akhlak yang rendah / kejam / angkuh / degil

Ciri-ciri masyarakat arab jahiliyah


- terbahagi dua golongan / badwi / hadari
- masyarakat badwi di gurun dan pedalam
- masyarakat hadari di pesisiran pantai

Sosial
- perbuatan tidak bermoral spt berjudi / berzina / minum arak
- kedudukan wanita rendah / wanita menjatuhkan maruah
- wanita tidak dapat mewarisi harta pusaka ibu bapa
- pembunuhan bayi perempuan sejurus dilahirkan
- tiada peraturan khusus dalam perkahwinan

Ekonomi
- aktiviti perniagaan berasaskan riba / penindasan
- kegiatan merompak / merampas barangan kabilah
- golongan kaya mengeksploitasi / menindas golongan miskin

30
Markah

Kepercayaan / agama
- agama wathani / menyembah berhala
- animisme / memuja alam spt pokok
- samawi / kristian / yahudi
- khurafat / tilik nasib / sihir / mempercayai roh orang mati
menjadi burung
- agama hanif

Nilai hidup
- mengamalkan sistem kabilah / cara hidup berpuak-puak
- syeikh mengetuai kabilah
- kabilah mempunyai identity / peraturan sendiri
- kemunculan semangat assabiyah / semangat kesukuaan yang
melampau
- peperangan / persengketaan
- tidak aman / kucar-kacir

Kesan-kesan negatif amalan masyarakat arab jahiliyah


3
- kemunculan semangat assabiyah / semangat kesukuan
- tercetus peperangan
- struktur sistem kabilah yang berasaskan keturunan
- setiap puak tinggal dalam kelompok masing-masing
- terikat kepada peraturan
- menimbulkan perasaan kesukuan
- perasaan kesukuan yang menebal
- sanggup menuntut bela
- mempertahankan maruah diri dan kabilah
- keadaan hidup kucar-kacir
- tidak aman

15
Markah

- peperangan al-basus
- peperangan antara bani taghlib dengan bani bakar
- peperangan disebabkan tindakan ahli bani bakar membunuh
ahli bani taghlib
- peperangan memakan masa selama 40 tahun

Keperibadian nabi:
- pemaaf jika berlaku sengketa
- berkata benar
- amanah menjalankan tugas
- adil dalam agihan ekonomi

15
Markah

- menyampaikan perkara yang benar


- bijaksana menyelesaikan masalah
- tolenrasi antara kaum
- sabar
- bantu membantu
- teladan kepada yang lain
- Bertimbang rasa
- berbaik sangka
- penyayang
- tabah
- rendah hati

Kejayaan
- Negara aman
- makmur
- pembangunan ekonomi pesat
- Malaysia terkenal di dunia
- tumpuan pelabur asing
- tarikan pelancong
- kestabilan politik

10
Markah

- tiada peperangan
- tiada rusuhan kaum
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

Cabaran
- pengaruh media elektronik / cetak
- lambakan warganegara asing
- pergaulan bebas
- kurang didikan agama
- institusi kekeluargaan longgar

10
Markah

(Mana-mana jawapan yang munasabah)

Langkah-langkah
- mengukuhkan institusi keluarga
-asas didikan agama yang kukuh
- penguatkuasaan undang-undang
- menigkatkan ilmu pengatahuan
-menyekat kemasukan warga asing
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

Nilai murni
- rajin berusaha
- bertoleransi
- bekerjasama
- berani menghadapi cabaran
- memanfaatkan kurniaan tuhan
- berdikari
- Tidak berputus asa
- rajin berusaha

10
Markah

- semangat meneroka
- berwawasan
- bersatu-padu
- Hormat menghormati
- taat
- patuh
- tolong-menolong
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

Rumusan
- pengetahuan yang diperoleh
- iktibar kepada diri, bangsa dan negara

5
Markah

- harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih


cemerlang

BAB 4: KEMUNCULAN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA


BAB 4: KEMUNCULAN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

A. PENGENALAN
Secara umumnya tamadun awal dunia bermula di lembah sungai seperti
Sg. Tigris san Sg. Euphrates, Sg. Nil, Sg. Indus dan Sg. Hwang Ho.
Walaubagaimanapun berbeza dengan kemunculan tamadun Islam. Kemunculannya
agak unik kerana tamadun ini lahir dan berkembang di tempat yang terpencil di
kawasan padang pasir yang panas dan kering di Hijaz.

Pembentukan tamadun Islam banyak berasaskan pemikirandan ajaran agama di


samping menerima anugerah Allah kepada umat manusia.
Semasa tamadun Islam berkembang di Makkah, tamadun Parsi dan Rom juga
berkembang dengan pesat di Utara Semenanjung Tanah Arab.
B. MASYARAKAT ARAB JAHILIAH
Perkataan Jahiliah berasal daripada perkataan dalam bahasa Arab jahala yang
bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan.
Istilah ini digunakan oleh orang Islam mengambarkan perubahan yang dibawa oleh
Islam dalam corak kehidupan dan pemikiran masyarakat.
Masyarakat Arab Jahiliah ialah:
Hidup di semenanjung Tanah Arab dalam jangka masa selepas runtuhnya
Empangan Maarib di Sabak. Sehingga turunkan wahyu Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w
Jangka masanya lebih kurang 310 tahun ( 300-610M)
Masyarakat ini digelar masyarakat Arab Jahiliah kerana
Tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran para nabi dan
rasul sebelumnya seperti nabi Sulaiman, nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain- lain.
Zamannya dikenali sebagai Zaman Kegelapan kerana masyarakat
Arab Jahiliah ini
Tidak menyembah Allah yang Maha Esa
Mereka menyembah berhala
Mempercayai kepercayaan animisme
Kehidupan yang kucar- kacir
Tiada nabi dan rasul
Tiada kitab suci sebagai petunjuk
Mempunyai akhlak yang rendah- sentiasa bersifat kejam, angkuh dan degil.
Selepas kedatangan Islam barulah masyarakat ini mengalami proses perubahan
C. CIRI- CIRI MASYARAKAT ARAB JAHILIAH
Dikategori kepada dua golongan iaitu
Masyarakat Badwi yang tinggal di kawasan gurun dan pedalaman iaitu di bahagian tengah
Semenanjung Tanah Arab.
Masyarakat Hadari menetap di kawasan pesisir pantai Semenanjung Tanah Arab.
Oleh kerana petempatan mereka berbeza, secara tidak langsung cara hidup dan
pencapaian masyarakatnya juga berbeza.
Cirri masyarakat Arab Jahiliah dapat dilihat dari segi agama, sosial, ekonomi,
kepercayaan dan nilai hidup yang dipegang.
SOSIAL
Mengamalkan perbuatan tidak bermoral seperti berjudi, berzina, dan minum arak.
Mengikut fahaman mereka lelaki yang minum arak sehingga mabuk menunjukkan
mereka telah sempurna sebagai lelaki.
Kedudukan kaum wanita adalah sangat rendah.
Kaum wanita tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibubapa mereka.
Terdapat dalam kalangan mereka menanam bayi perempuan hidup- hidup selepas
lahir kerana menganggap anak perempuan ini akan menjatuhkan maruah keluarga.
Dalam soal perkahwinan, tiada peraturan khusus yang boleh dijadikan panduan.

Seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekali gus atau
dengan sesiapa sahaja yang disukai.
EKONOMI
Aktiviti perniagaan dijalankan oleh para pedagang berasaskan riba dan penindasan.
Sikap para pedagang pula lebih mementingkan keuntungan dan kekayaan sematamata
Kegiatan merompak dan merampas barangan daripada khalifah di padang pasir juga
merupakan punca mata pencarian.
Merompak dikatakan sebagai satu kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap
individu dalamsetiap kabilah.
Eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin merupakan amalan biasa yang
dilakukan oleh golongan berada.
AGAMA DAN KEPERCAYAAN.
Terdapat empat bentuk kepercayaan dalam masyarakat Arab Jahiliah iaitu:
Agama Wathani ( menyembah berhala)
Animisme ( memuja alam seperti pokok)
Agama Samawi ( Kristian dan Yahudi )
Kepercayaan seperti menilik nasib, sihir, dan mempercayai roh orang mati
menjadi burung.
Berdasarkan catatan Al- Quran terdapat sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliah
menganutagama Hanif.
Setelah kira- kira 3500 tahun, penganut agama Hanif telah melupakan ajaran ini
secara beransur- ansur.
Terdapat juga di kalangan mereka yang mencampur aduk ajaran agama Hanif
dengan amalan tradisi masayarkat Arab Jahiliah.
NILAI HIDUP YANG DIPEGANG
Mengamalkan sistem kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak- puak dan
berkelompok.
Dalam sesebuah kabilah, ahlinya terdiri daripada suku tertentu.
Mereka tinggal dalam sebuah kawasan.
Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri sementara ahli kabilah
pula sangat tasaub dan fanatik terhadap kabilah masing- masing
Sesuatu kabilah diketuai oleh seseorang syeikh yang juga merupakan lambang
perpaduan kaum mereka.
Perlantikan syeikh dalam sesebuah kabilah adalah berdasarkan syarat-syarat
tertentu. Antaranya bakal syeikh mestilah:
Disukai oleh ahli kabilah
Dilantik atas persetujuan ramai
Beliau juga mestilah berfikiran matang
Gagah, berani, pandai berpidato.
Amalan system kabilah ini mendatangkan kesan yang negatif kepada kehidupan
masyarakat Arab Jahiliah.
Kesan utamanya ialah kemunculan semangat assabiyah atau semangat kesukaan
yang melampau dan tercetusnya peperangan di kalangan masyarakat.

Kemunculan semangat assabiyah ini berpunca daripada struktur sistem kabilah yang
berasaskan keturunan.
Dalam sistem ini setiap puak terikat kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh
kabilah masing- masing.
Keadaan ini telah menimbulkan perasaan kesukuan yang menebal di kalangan ahli
kabilah.
Mereka juga sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah
mereka.
Kemunculan sifat ini juga berkait rapat dengan keadaan geografi dan suasana
tempat tinggal mereka yang panas dan kering kontang.
Untuk meneruskan kehidupan, sesuatu kelompok kabilah terpaksa mengatasi
masalah yang dihadapi secara bersama.
Sifat kesukuan yang menebal ini menjadikan keadaan hidup masyarakat Jahiliah
kucar- kacir dan tidak aman.
Perkara ini sering kali menjadi punca persengketaan di kalangan kabilah.
Peperangan antara kabilah berlaku walaupun atas sebab kecil
Peperangan al-Basus memperlihatkan sikap orang Arab Jahiliah yang suka
berperang.
Kehidupan Nabi Muhammad S.Aw. Sebelum Dilantik Menjadi Rasul
Baginda berasal daripada keluarga pemimpin Mekah yang terkenal iaitu Qasai bin
Kilab.
Namun keturunan Nabi Muhammad sering dirujuk kepada Hasyim iaitu moyang
baginda.
Qusai ialah pemimpin Arab Quraisy yang telah mentadbir Makkah kira- kira 100
tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad.
Dengan penguasaan terhadap Makkah, kaabah dan telaga zam- zam juga dapat
dikuasai oleh keluarga Nabi Muhammad S.A.W
Keturunan Nabi Muhammad s.a.w memang bijak dalam urusan pentadbiran Makkah
dan mereka juga mahir dalam selok- belok perniagaan.
Selain Qusai, Abdul Manaf dan Hasyim, Abdul Mutallib iaitu datuk nabi pernah
menerajui Makkah pada zaman jahiliah.
Nabi Muhammad berketurunan bangsa Quraisy yang sangat dihormati oleh kabilah
arab yang lain.
Nama penuh baginda ialah Muhammad bin Abdullah. Bapa baginda ialah Abdullah
bin Abdul Mutallib dan ibu baginda bernama Aminah binti Wahab.
Nabi Muhammad dilahirkan 20 April tahun 570M iaitu pada malam isnin bersamaan
12 Rabiulawal tahun gajah.
Nabi Muhammad dilahirkan di rumah datuk baginda dan beliau telah menamakan
baginda Muhammad yang bermaksud terpuji
Bapa baginda meninggal dunia pada ketika nabi Muhammad dalam kandungan
ibunya.
Setelah beberapa hari dilahirkan Nabi Muhammad s.a.w telah diserahkan kepada
Halimatul Saadia untuk dipelihara dan disusui.
Pada ketika berusia 6 tahun, ibu baginda Aminah binti Wahab pula meninggal dunia.
Baginda telah dipelihara oleh datuknya Abdul Mutallib, selepas Abdul Mutallib
meninggal dunia, baginda telah dipelihara oleh bapa saudaranya Abdul Mutallib.
Nabi Muhammad telah menjadi yatim piatu sejak berusia 6 tahun.

Kaum keluarga pula sangat prihatin terhadap baginda dan seterusnya sanggup pula
membela dan memberi kasih sayang yang sewajarnya.
Sejak kecil baginda telah menempuh pelbagai pengalaman hidup yang mencabar.
Dari segi pekerjaan, baginda pernah menjadi pengembala kambing kepunyaan bapa
saudara baginda.
Pengalaman baginda dalam bidang perniagaan pula diperolehi sejak baginda
berusia 12 tahun iaitu dengan mengikut rombongan perniagaan bapa saudara baginda ke
Syam. Sebuah kawasan yang terletak di utara Semenanjung Tanah Arab.
Selain itu kerasulan Nabi Muhammad s.a.w telah diramalkan oleh seorag pendeta
nasrani bernama Buhaira semasa rombongan ini singgah di Basrah.
Pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku sepanjang menyertai rombongan
perdagangan bapa saudara baginda ke Syam telah memperkayakan lagi pengalaman
baginda.
Pada ketika berusia 20 tahun baginda telah giat berdagang dan baginda pernah
berniaga secara berseorangan dan berkongsi dengan temannya.
Abu Talib bapa saudara baginda menginginkan baginda mempunyai pekerjaan tetap.
Oleh itu, Abu Talib telah mencadangkan agar baginda menjalankan
perniagaan Khadijah binti Khuwailid.
Abu Talib telah menemui Khadijah dan meminta agar baginda diterima sebagai
peniaga yang menjalakan urusan dengan Khadijah.
Baginda menguruskan perniagaan Khadijah bersama-sama Maisarah iaitu hamba
Khadijah.
Kemuliaan budi pekerti, sifat amanah dan kebolehan baginda menajalankan
perniagaan telah menarik hati Khadijah untuk terus memberikan modal yang lebih besar
kepada baginda.
Kebijaksanaan dan kelembutan tutur kata baginda mengambil hati mereka yang
berurus niaga dengan baginda menyebabkan perniagaan baginda memperolehi keuntungan
yang berlipat kali ganda.
Ketinggian budi pekerti dan kebijaksanaan baginda telah menimbulkan perasan
hormat Khadijah terhadap baginda dan hubungan ini telah membawa kepada perkahwinan.
Peristiwa ini berlaku ketika baginda berusia 25 tahun dan Khadijah berusia 40 tahun.
KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD S.A.W
Baginda memiliki empat sifat terpuji iaitu;
Siddiq ( berkata benar )
Amanah ( dipercayai )
Tabliq ( menyampaikan )
Fatannah ( bijaksana)
Sifat Siddiq baginda diakui oleh orang Arab Quraisy semasa dakwah islamiah
dilakukan di Makkah
Baginda digelar al-Amin oleh oleh orang Arab Quraisy kerana perkataan dan
perbuatan baginda sentiasa dipercayai dan tidak pernah berbohong
Panggilan al Amin terhadap Nabi Muhammad S.A.W telah sebati di kalangan
masyarakat Arab sehinggakan panggilan Muhammad tidak digunakan
Sifat amanah yang dimiliki oleh baginda telah menyebabkan Khadijah menyerahkan
modal yang besar kepada baginda untuk diperniagaan
Setelah dilantik menjadi rasul, baginda telah menyampaikan ajaran Islam dengan
bersungguh- sungguh walaupun mengahadapi pelbagap rintangan.

Kewibawaan baginda sebagai tokoh pemimpin yang unggul terbukti sebelum dilantik
menjadi rasul.
Contohnya, semasa baginda 35 tahun, baginda pernah menyelesaikan suatu
persengketaan di kalangan kabilah Quraisy.
Persengketaan itu berpunca daripada peristiwa untuk meletakkan semula Hajar
Aswad ( batu Hitam) ke tempat asalnya di penjuru timur kaabah.
Hajar Aswad itu terjatuh semasa banjir melanda kota Makkah.
Baginda merupakan ketua keluarga yang patut dicontohi kerana kepimpinan serta
sifat pengasihnya dan bertimbang rasa.
Baginda sering membantu isterinya memasak, menampal pakaian yang koyak,
melayan anak dan membersihkan rumah.
Anak- anak diberikan pendidikan agama secukupnya dan baginda menjadikan diri
baginda teladan kepada anak- anak.
Hal ini juga menunjukkan bahawa baginda mengamalkan cara hidup yang
sederhana.
Walaupun kedudukan baginda tinggi dan dihormati oleh masyarakat sama ada yang
kaya atau miskin.
Selain itu, baginda juga bersifat penyayang terhadap orang tua dan juga kanakkanak.
Semasa pembukaan semula Kota Makkah pada tahun 630 M, baginda telah
menunjukkan sifat pemaaf. Contohnya orang Arab Quraisy Makkah.
Walaupun kandungan perjanjian tersebut kelihatan berat sebelah, baginda
menerimanya sebagai satu hikmah untuk menyebarkan Islam seteusnya.
Sebelum dilantik menjadi rasul, baginda sering memikirkan tentang kehidupan
masyarakat di sekeliling yang tidak bermoral dan tasaub dengan amanlan jahiliah.
Baginda berusaha mencari suatu cara untuk mengubah nilai yang dipegang oleh
masyarakat disekelilingnya.
Baginda telah mengasingkan dirinya daripada masyarakatnya dengan
cara bertahannuth( mengasingkan diri untuk beribadat) kepada Allah di Gua Hirak yang
terletak di puncak Bukit Nur.
Walaupun Gua Hirak terletak di Bukit Nur, baginda dengan sabar dan tabah
mendakinya semata- mata untuk mendapatkan tempat beribadat yang sunyi dan tenang.
Dengan sepenuh jiwa raga, baginda menyerahkan diri kepada Allah dan memikirkan
masalah yang dihadapi oleh kaum Quraisy Makkah.
Selepas lebih kurang 6 bulan baginda berulang alik dan bertahannuth di Gua Hirak,
akhirnya pada 6 Ogos tahun 610M, bersamaan 17 Ramadan Allah telah menurunkan wahyu
yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w menerusi malaikat Jibrail.
Pada wakti itu, baginda berusia 40 tahun.
Dengan turunnya wahyu itu bermulalah era baru dalam sejarah tamadun masyarakat
Arab jahiliah. Wahyu ini menjadi tanda pemisah antara Zaman Jahiliah dengan Zaman
Islam.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Maklumat
Empangan Maarib

runtuh
Kerajaan Sabak

Keterangan
Disebabkan berlakunya banjir besar.

Disebabkan kelalaian pemimpin Sabak untuk memperbaikinya semula.

Wujud dalam dua peringkat

950-650 S.M
650-115 S.M

Ekonomi berasaskan pertanian dan perdagangan.

Pernah diterajui oleh pemimpin wanita yang dikenali sebagai Balqis.

Nabi

Orang lelaki yang dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu


daripadaNya untuk dirinya sendiri

Rasul

Orang lelaki yang dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu


daripadaNya untuk dirinya sendiri dan juga untuk disampaikan kepada orang
ramai

Wahyu

Ajaran yang disampaikan oleh Allah kepada nabi dan rasul melalui
malaikat Jibrail.

S.A.W

Merupakan singkatan bagi sallalah allaihi wasallam yang bermaksud


Allah merahmati Nabi Muhammad.

Kedudukan wanita

Sekiranya salah seorang diberitahu tentang kelahiran anak perempuan,


pada zaman Jahiliah mukanya menjadi merah kerana terlalu marah dan mereka menyembunyikan
diri daripada kaum keluarganya kerana keburukan cerita yang disampaikannya.
Kafilah

Khurafat

Kepercayaan karut atau tahyul

Antara kepercayan ini dalam masyarakat Jahiliah

Kumpulan manusia yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat


yang lain dengan satu tujuan contohnya berniaga atau berpindah.

Mempercayai perjalanan yang ingin dilakukan oleh seseorang mestilah


berpandukan arah burung.
Mempercayai sihir dan ramalan ahli nujum.
Mempercayai pemakaian cincin perak dan tembaga boleh menjadikan
seseorang itu kuat.

Sebelum kemunculan Islam telah wujud agama yang diturunkan oleh


Allah kepada nabi- nabi terdahulu.

Agama Hanif disampaikan oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail.

Penganut agama ini digelar Hunafa.

Perang al- Bhasus

Telaga Zam-zam

Pengikut ajaran agama Hanif pada zaman sebelum kerasulan Nabi


Muhammad s.a.w ialah
Waraqah bin Naufal
Uthman bin Huwairith.
Abdullah bin Jahsh
Umaiyah bin Abi Sait.
Berlaku antara Bani Taghlib dengan Bani Bakar.

Berlaku disebabkan oleh tindakan seseorang ahli Bani Bakar


membunuh ahli Bani Taghlib.

Sungguhpun perang ini berpunca daripada perkara kecil tetapi perang


ini memakan masa 40 tahun.

Kewujudan telaga berkait rapat dengan sejarah kedatangan Nabi


Ismail a.s ke Makkah.

Sumber air telaga ini menjadikan Kota Makkah terkenal kepada


pedagang yang singgah di situ.

Tahun Gajah

Sehingga kini telaga zam- zam masih terdapat berhampiran Kaabah


dalam Masjidil Haram.

Mengambil sempena tahun berlakunya serangan bergajah yang


dipimpin oleh Abrahah dari Habsyah terhadap Kota Makkah.

Kerasulan
Nabi

Pendeta Nasrani, Buhaira telah menyatakan kepada Abu Talib bahawa


Muhammad s.a.w
terdapat tanda- tanda kerasulan pada Nabi Muhammad s.a.w

Khadijah
Khuwailid

Pendeta tersebut telah menasihati Abu talib supaya segera membawa


Nabi Muhammad s.a.w ke Makkah kerana dikhuatiri Nabi Muhammad akan
dibunuh oleh orang Yahudi.

bt.

Digelar sebagai alotharah ( bersih ) kerana sifatnya yang sentiasa


menjauhi segala perkara yang dilarang dan bertentangan dengan Islam.

Anak Nabi Muhammad s.a.w dengan Khadijah ialah Zainab, Umi

Kalthum, Ruqaiyah, Fatimah, Qassim, Abdullah dan Ibrahim.


Kesemua putera baginda meninggal dunia pada usia muda.

Fatimah telah berkahwin dengan Ali bin Abi Talib.

Peristiwa Perletakan

semula
Hajarul

Aswad

Banjir menyebabkan Hajar aswad terjatuh dari posisi asalnya.


Semasa hendak meletakkan semula, timbul pertelingkahan di kalangan
kabilah Arab Quraisy.
Mereka bersepakat untuk
menyelesaikan masalah tersebut.

Hajar Aswad

melantik

Nabi

Muhammad

s.a.w

Baginda telah meletakkan Hajar aswad di atas rentangan kain serban.


Maka, wakil setiap kabilah diminta memegang setiap bahagian tepi
kain serban itu. Selepas itu Nabi Muhammad s.a.w meletakkan sendiri Hajar
Aswad ke tempat asalnya.

Tindakan baginda itu telah menyebabkan semua kabilah berpuas hati.

Asal- usul- telah ada di sisi kaabah sebelum nabi Muhammad s.a.w
lahir.

Gua Hirak

Kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w tidak


mengubah posisi Hajar Aswad.

Kepentingannya orang- orang Islam yang bertawaf di Kaabah


dianjurkan untuk menghormati batu ini sama ada dengan mencium atau
member isyarat kepadanya .

Namun, mencium Hajar Aswad bukan perkara wajib haji.

Tempat Nabi Muhammad s.aw bertahannuth kepada Allah S.W.T

Menurut ajaran Nabi Ibrahim, sebelum baginda menerima wahyu.

Gua ini terletak di puncak Bukit Nur ( Jabal Nur)

Bukit ini terletak di Utara Makkah dan jaraknya dari kotaMakkah kirakira 6km.

Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W


Wahyu pertama yabg diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w
ialah surah al- Alaq ayat 1-5 yang memerintahkan umat Islam supaya membaca.

Wahyu inilah yang menjadikan titik tolak dalam perkembangan tamadun masyarakat
Arab Jahiliah dan umat Islam keseluruhannya sehingga sekarang.
Ini kerana melalui pembacaan, seseorang itunakan dapat ilmu atau menambahkan
ilmunya.
Islam bukan sahaja mementingkan umatnya membaca malahan menggalakkan
kajian terhadap sesuau perkara.
Dengan membaca dan membuat kajian, seseorang atau sesuatu bangsa itu akan
berilmu dan dengan bangsa itu dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai
bidang dan seterusnya meningkatkan tamadunnya.
Dalam Islam, ilmu yang dituntut ialah ilmu yang dapat membina masyarakat dan
bukan yang sebaliknya.
Wahyu kedua yang diturunkan kepada baginda ialah surah al Muddasir ayat 1-7.
Secara keseluruhannya wahyu nin merupakan pengisytiharan Nabi Muhammad
s.a.w sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah yang mewajibkan baginda menyampaikan
ajaran Islam kepada seluruh manusia.
Perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul juga dianggap sebagai rahmat
kepada seluruh alam sejagat.
Sebagai rasul, ajaran Islam perlu disampaikan kepada masyarakat Arab dengan
bijaksana dan terancang.
Semenjak turunnya Al-Quran ini Nabi Muhammad s.a.w terus- menerus menerima
wahyu dan baginda telah menjalankan seruan kepada orang Arab Quraisy, Makkah.
Nabi Muhammad s.a.w mula merancang untuk mengubah akidah dan kehidupan
masyarakat sekelilingnya.
Perkara utama yang ditekankan oleh baginda pada tahap ini ialah usaha
membetulkan akidah masyarakat Arab dengan menanamkan keimanan kepada Allah Yang
Maha Esa.
Baginda menggesa masyarakat sekelilingnya meninggalkan amalan yang keji seperti
menindas manusia, membunuh dan mencuri.
Penyebaran Islam Di Makkah
Penyebaran Islam di Makkah dilakukan secara berperingkat- peringkat iaitu secara
rahsia dan secara terbuka.
Secara rahsia
Berjalan selama 3 tahun.
Ditujukan kepada ahli keluarga baginda, sahabat yang rapat dan kaum kerabat baginda.
Mereka yang memeluk Islam ialah Khadijah bt. Khuwailid isteri baginda, Ali bin Abi Talib yang
berusia 10 tahun, sepupu baginda Zaid bin Harithah, anak amgkat baginda dan Abu Bakar
Al- Siddiq, sahabat karib baginda.
Beberapa tokoh Quraisy lain telah memeluk Islam antaranya termasuklah Uthman bin Affan,
Zubair bin Awwam dan Al- Arqam bin Abu Arqam.
Kemudian Al- Arqam telah menjadikan rumahnya sebagai pusat kegiatan Islam ini. Nabi
Muhammad s.a.w menyebarkan Islam secara lebih meluas.
Bilangan penganut Islam pada peringkat ini kecil. Walaubagaimanapun ini merupakan
kejayaan yang sanagt besar pada baginda.
Untuk memperkenalkan ajaran baru bagi sesuatu masyarakat tentulah memerlukan
pengorbanan yang besar.
Ketinggian akhlak Nabi Muhammad s.a.w dan kejujuran para sahabat telah menyebabkan
dakwah Islamiah pada peringkat awal bukan sahaj terdiri daripada golongan bawahan malah
golongan bangsawan seperti Khadijah bt. Khuwailid dan Abu Bakar As- Siddiq.
Secara Terbuka
Berjalan selama 10 tahun

Dilakukan setelah baginda menerima perintah Allah s.w.t supaya dakwah Islamiah kepada
masyarakat Makkah dilakukan secara terang- terangan.
Dakwah Islamiah secara terbuka kepada keluarga Abdul Mutallib iaitu kaum kerabat
banginda dilakukan setelah turunnya ayat Al- Quran yang meminta baginda menyebarkan
Islam kepada kaum kerabat baginda.
Untuk melaksanakan perintah ini, baginda telah bermusyawarah dengan para sahabat, dan
hasilnya baginda telah mengadakan majlis ceramah di rumah Ali bin Abi Talib.
Dalam majlis ini, baginda telah menerangkan tentang Islam.
Pada peringkat ini terdapat antara keluarga baginda yang menerima dan juga menolak
seruan baginda.
Orang yang paling kuat menolak ialah Abu Lahab, bapa saudara baginda.
Dakwah islamiah secar terbuka kepada orang ramai dilakuakn di Bukit Safa, Makkah setelah
Allah menurunkan perintah menerusi ayat al- Quran al Hijr ayat 94.
Majlis ini dihadiri oleh kesemua ketua pentadbir kota Makkah. Antaranya termasuklah ketua
Bani Abdul Mutallib, Bani Zuhrah, Bani Tamin, Bani Makhzum dan Bani Asad.
Perbahasan hebat telah berlaku antara Nabi Muhammad s.a.w dengan Abu Lahab yang
menghina baginda sehingga dakwah Islamiah yang hendak disampaikan terganggu.

Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam


Pada mulanya orang Arab Quraisy tidak mengambil berat tentang penyebaran Islam
kerana penyebaran ini hanya melibatkan keluarga Nabi Muhammad s.a.w
Mereka tidak mahu mencampuri urusan dalaman keluarga baginda.
Mereka juga tidak menyangka seruan itu akan disambut oleh sebilabgan Arab
Quraisy.
Walaubagaimanapun, setelah dakwah Islam dilaksanakan secara terus terang dan
mendapat tempat di hati sebilangan ramai, barulah orang Arab Quraisy menentangnya.
Penerimaan terhadap Islam.
Walaupun wujud penentangan, dakwah Islamiah yang disampaikan oleh baginda di Makkah
telah menimbulkan reaksi positif di kalangan masyarakat Arab Quraisy.
Ahli keluarga dan sahabat rapat baginda merupakan orang yang paling awal menerima
dakwah Islamiah.
Pada tahap Nabi Muhammad s.a.w memeilih strategi melakukan dakwah Islamiah secara
rahsia pada peringkat awal kerana Islam masih baru dikenali dan bilangan penganutnya
masih sedikit.
Baginda juga ingin mengelakkan penentangan yang memungkinkan asas Islam itu
dihancurkan.
Kebanyakkan penganut Islam pada peringkat awal ini terdiri daripada golongan bawahan
seperti hamba.
Mereka memeluk Islam kerpada tertarik kepada ajaran Islam yang memberikan layanan
sama rata kepada semua manusia.
Walaupun ada di kalangan mereka yang telah diseksa dengan kejam tetapi mereka tetap
memilih Islam dengan penuh yakin.
Antara mereka yang telah diseksa dengan kejam ialah Bilal bin Rabah, keluarga Yasir, Amir
Bin Fuhairah dan Zunainah.
Bilal bin Rabah telah dijerut lehernya dengan tali oleh tuannya Umaiyah bin Khalaf.
Manakala keluarga Yasir dan isterinya Sumaiyah mati syahid.
Amir bin Fuhairah telah diseksa dengan kejam oleh tuannya sehingga menjadi buta dan gila.
Zunainah pula diseksa oleh Abu Lahab sehingga matanya menjadi buta.
Islam telah dapat diterima oleh orang ramai pada ketika itu kerana kemurniaan ajarannya
dan kebijaksanaan nabi Muhammad s.a.w berdakwah.
Baginda berdakwah secara lemah lembut dan berhikmat.
Baginda tidak memaksa orang ramai memeluk Islam tetapi telah memujuk mereka
menggunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t

Jasa dan perjuangan baginda dalam menyebarkan Islam harus disanjung tinggi kerana
dengan pengorbanan baginda, Islam telah tersebar luas pada hari ini.
Antara pendekatan yang digunakan oleh baginda termasuklah membandingkan anta nilai
masyarakat Aran Jahiliah dengan nilai akhlak yang disarankan oleh Islam.
Selain itu, nabi juga membacakan ayat al- Quran untuk menjawab pertanyaan para sahabat
di samping memberikan penerangan dan menunjukkan teladan yang baik.
Dalam menyebarkan Islam baginda telah menanamka keimanan yang kuat kepada
pengikutnya.
Harta bukan menjadi ukuran utama dalam berdakwah tetapi kesabaran yang tinggi dan
pengorbanan merupakan kunci kejayaan Islam.
Menerusi cara yang digunakan oleh baginda itu, orang ramai mudah tertarik kepada Islam
walaupun sebelum ini mereka terlalu taksub dengan amalan tradisi msyarakat mereka.
Selain itu juga, mereka telah mengenali peribadi Nabi Muhammad s.a.w yang sememangnya
terkenal sebagai otang yang berakhlak mulia.
Kekuatan mental, fizikal dan rohaniah merupakan kunci kepada kejayaan dan perkembangan
Islam di Makkah
Kesemua sifat positif baginda menjadi teladan untuk kita dalam melakukan sesuatu
pekerjaan.
Untuk mencapai kejayaan, kita harus mengatasi cabaran dan halangan yang dihadapi.

Penentangan Terhadap Islam


Penentangan terhadap dakwah Islamiah dilakukan dengan pelbagai cara.
Selain dicemuh, baginda juga turut diganggu ketika beribadat contoh semasa
baginda bersembahyang, benda- benda kotor telah diletakkan di tengkuk baginda. Malah
ada yang ingin membunuh baginda.
Penentangan terhadap dakwah Islam ini kerana:
Perbezaan dari segi kepercayaan dan amalan antara orang Quraisy dengan
Islam.
Ajaran Islamiah berasaskan kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa
sedangkan orang Arab Quraisy mempercayai dan mengamalkan tradisi turun- temurun
mereka iaitu menyembah berhala dan mempercayai animisme.
Islam juga ditentang kerana ajarannya yang menyarankan prinsip
persamaan tarafsesama manusia.
Prinsip ini amat bertentangan dengan sistem sosial masyarakat Arab Jahiliah
yang mewujudkan perbezaan darjat antara golongan atasan dengan bawahan.
Mereka juga menolak konsep persaudaraan Islam yang sangat bertentangan
dengan konsep assabiah yang menjadi pegangan mereka.
Begitu juga dengan amalan dan akhlak keji seperti mencuri dan menindas
yang menjadi kebiasaan mereka tetapi dilarang sama sekali oleh Islam
Dari segi politik, penentangan ini berlaku disebabkan oleh orang Arab Quraisy
mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas nabi.
Mereka menganggap jika mereka menerima agama Islam, mereka akan
terpaksa tunduk kepada kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
Sejak dahulu masyarakat Makkah sentiasa bersaing untuk menjadi ketua
atau pemerintah Makkah.
Penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w sedikit-sebanyak akan
menggugat pengaruh dan kedudukan keluarga mereka di Makkah.
Penyebaran Islam juga menggugat ekonomi orang Arab Quraisy kerana hal
ini menjejaskan perusahaan mengukir patung beerhala yang merupakan sebahagian
daripada aktiviti ekonomi mereka.

Ini disebabkan Islam mewajibkan penganutnya menyembah Allah yang Maha


Esa dan melarang penyembahan berhala.
Dengan penyebaran Islam secara tidak langsung perniagaan patung berhala
akan terjejas.
Penentangan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam dilakukan
secara berterusan dan menerusi pelbagai cara.
Penyair Arab Quraisy juga sering mengejek ajaran Islam melalui puisi
mereka.
Walaupun pelbagai tohmahan dan tuduhan telah dikenakan kepada nabi
Muhammad s.a.w. , namun baginda menghadapinya dengan tabah dan sabar.
Inilah keistimewaan baginda sebagai pemimpin yang berwibawa dan yang
tidak pernah kecewa dengan dugaan yang dihadapinya.
Setelah gagal menggunakan kekerasan, orang Arab Quraisy telah memujuk
Nabi Muhammad s.a.w. agar meninggalkan dakwah Islamiah.
Pujukan yang dibuat termasuklah usaha menawarkan kedudukan, wanita
cantik dan harta.
Walaubagaimanapun, Nabi Muhamammad s.a.w. dengan tegas menolak
cubaan untuk terus merasuah baginda.
Orang Arab Jahiliah juga telah melakukan pemulauan terhadap baginda dan
keluarga baginda.
Mereka telah menulis penyataan tentang pemulauan itu dan
manggantungkannya di Kaabah.
Semasa pemulauan itu berlangsung, kehidupan baginda dan orang Islam
sangat terhimpit.
Walaubagaimanapun, Abu Talib iaitu bapa saudara baginda sentiasa
melindungi dan membantu baginda.
Pemulauan ini berlangsung selama tiga tahun sahaja kerana kedapatan di
kalangan orang Quraisy yang tidak mematuhi peraturan pemulauan ini dengan memberikan
bantuan kepada orang Islam.
Golongan Islam yrang berkemampuan telah membantu golongan kurang
berada.
Khadijah sanggup berkorban dengan menyerahkan hartanya demi membantu
perjuangan Islam yang suci.
Pengorbanan wanita dalam memperjuangkan Islam bukan sahaja dilakukan
oleh Khadijah di Makkah, malah diteruskan oleh Aisyah, Ummu Salamah dan yang lain di
Madinah.
Hal ini membuktikan bahawa wanita juga harus melibatkan diri dalam usaha
membangunkan sesebuah negara dengan memberikan bantuan yang diperlukan oleh pihak
tertentu.
Dengan bantuan dan dan sokongan tersebut, sesuatu masalah yang rumit
dapat diselesaikan dengan mudah.
Nabi Muhammad s.a.w. Menyelesaikan Masalah
Penentangan terhadap Islam semakin meningkat setelah bapa saudara baginda Abu
Talib dan isteri baginda Khadijah meninggal dunia.
Baginda telah mengambil beberapa langkah tertentu untuk mengurangkan tekanan
dan penondasan tersebut.
Antaranya termasuklah membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah untuk
mendapatkan perlindungan.

Baginda bersama Zaid bin Harithah pula merancang ke Taif untuk nmenyebarkan
Islam ke tempat baru.
Malangnya usaha ini kurang berkesan dan tidak dapat mengurangkan orang Arab
Quraisy.
Baginda tidak pernah berputus asa terhadap apa sahaja dugaan dan rintangan yang
ditempuhi.
Baginda sentiasa mencari jalan untuk mengatasi tentangan orang Arab Quraisy
terhadap orang Islam.
Kesabaran, kecekalan dan sifat tidak pernah mengalah Nabi Muhammad s.a.w.
semasa berdakwah menyebabkan Islam seimakin kukuh dan tidak dapat digugat oleh orang
Arab Quraisy.
Sehingga akhirnya, Islam terus dikembangkan di Madinah dan di seluruh
Semenanjung Tanah Arab.
Dakwah Islamiah tidak dapat disebarkan dengan menyeluruh di Makkah kerana
orang Arab Quraisy Makkah sentiasa mencari jalan untuk menghapuskan Islam.
Oleh kerana menerima tentangan yang berterusan, baginda telah memikirkan
strategi baru untuk meneruskan penyebaran Islam dan baginda telah berhijrah ke Madinah
selepas menerima perintah Allah untuk berbuat demikian.
Disebabkan usaha penyebaran Islam di Makkah tidak mendapat sambutan
sepenuhnya, baginda memutuskan untuk berhijrah ke Madinah pada tahun 622 M setelah
menerima perintah dan untuk memenuhi suku Aus dan Khazraj.
Di Madinah, baginda berjaya mendirikan sebuah kerajaan Islam yang unggul iaitu
kerajaan Islam Madinah dan meneruskan dakwah Islamiah ke seluruh Semenanjung Tanah
Arab.

You might also like