You are on page 1of 6

TUGASAN

1
Berdasarkan suasana kehidupan pelbagai masyarakat di
Malaysia, jelaskan situasi hubungan etnik masa kini.

Malaysia merupakan sebuah negara yang dikenali sebagai Tanah Melayu sehingga tahun
1963. Pembentukkan Malaysia Pada 16 September 1963 iaitu penggabungan semenanjung
Malaysia bersama Sabah dan Sarawak menyebabkan berlakunya perubahan nama negara
kepada Malaysia. Mengikut rentetan sejarah, Malaysia telah dijajah selama 129 tahun iaitu
bermulanya pada tahun 20 Mac 1824 sehingga 31 Ogos 1957. Hal ini memberi banyak kesan
positif terutamanya dalam perhubungan etnik di negara Malaysia. Negara ini terdiri daripada
beberapa kaum iaitu Kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya. Proses migrasi merupakan
sebab utama terbentuknya kepelbagaian kaum di Malaysia.
Di Malaysia, orang asli dikenali sebagai masyarakat peribumi di Semenanjung Malaysia.
Ia terbahagi kepada tiga suku terbesar iaitu Negrito, Senol dan Melayu Proto. Masyarakat
Sabah pula terdiri daripada tiga puluh tiga peribumi dan etnik Kadazan-Dusun merupakan etnik
yang majoriti. Manakala masyarakat Sarawak pula terdiri daripada dua puluh tujuh kumpulan
etnik dan etnik majoriti adalah etnik Iban. Mengikut statistik 2014, bilangan masyarakat Melayu
di Malaysia adalah 15,239,300 iaitu 63.94 peratus.
Kaum yang seterusnya adalah kaum Cina. Mereka merupakan migrant dari Negara China.
Proses migrasi ini telah berlaku semasa zaman penjajahan di negara kita. Kedatangan mereka
ke Tanah Melayu adalah melalui perdagangan. Kaum Cina telah ditempatkan di lombong bijih
timah. Populasi masyarakat ini adalah 6,601,000 iaitu 27.69 peratus.
Kaum yang ketiga pula ialah kaum India. Mereka ke Tanah Melayu adalah melalui
perdagangan, hubungan diplomatik dan juga perkahwinan. Kebanyakkan orang daripada kaum
ini telah melibatkan diri dalam perladanga iaitu getah. Masyarakat ini telah ditempatkan di
ladang untuk bekerja sebagai penoreh getah. Populasi kaum ini adalah 1,995,000 iaitu 8.37
peratus daripada keseluruhannya.
Walaupun kedua-dua kaum iaitu, kaum Cina dan Kaum India merupakan migrant di
Malaysia, mereka dapat hidup bersama dengan kaum peribumi dengan lebih selesa dan
gembira. Ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan negara kita menjadi istimewa di
semata dunia. Negara Malaysia membuktikan bahawa perpaduan antara berbilang kaum dapat
mengukuhkan kestabilan sesebuah negara. Ia juga dapat mengelakkan ancaman atau musuh
daripada negara-negara lain. Malaysia adalah sebuah negara yang boleh menjadi contoh
kepada negara-negara lain yang terdiri daripada berbilang kaum.

Terdapat beberapa elemen yang dapat mengukuhkan hubungan antara beberapa kaum di
Malaysia. Suasana kehidupan di negara ini dapat menjelaskan hubungan etnik pada masa kini.
Sebagai rakyat Malaysia, saya dapat melihat beberapa situasi yang menunjukkan keamanan di
negara ini. Kehidupan di Malaysia dapat diibaratkan sebagai syurga. Hal ini kerana setiap
rakyat mempunyai hak-hak sendiri walaupun pelbagai masyarakat hidup bersama di negara ini.

Pertama sekali, perlembagaan negara merupakan asas bagi kehidupan aman dan damai
di negara ini. Contohnya, perlembagaan ini berdasarkan Sistem Kerajaan Demokrasi
Berparlimen. Ini bermaksud setiap rakyat Malaysia mempunyai kebebasan atau hak untuk
menjalankan tugas masing-masing. Walau bagaimanapun, mereka harus mematuhi peraturan
dan undang-undang negara bagi mengekalkan keamanan negara. Pada pendapat saya,
keadilan bagi setiap rakyat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Dengan ini, kesamarataan bagi setiap rakyat amat penting agar masyarakat berbilang kaum
dapat hidup tanpa perasaan benci antara satu sama lain.
Setiap rakyat Malaysia dapat hidup aman dan damai kerana semua orang menghormati
Perlembagaan Malaysia. Pada pendapat saya, negara ini akan manjadi hura-hara apabila
rakyat tidak menghormati dan mematuhi perlembagan negara. Hal ini menunjukkan rakyat taat
kepada perintah negara dan ini meningkatkan kestabilan negara dari segi politik, ekonomi dan
sosial tanpa sebarang kemelut. Masyarakat berbilang kaum masih mengamalkan dan mematuhi
perlembagaan di mana ia menujukkan ketaatan rakyat terhadap negara semakin meningkat
walaupun mereka dibezakan dari segi agama dan kaum.

Seterusnya, hubungan etnik dapat dikekalkan di negara ini kerana kebebasan bersuara
diberikan kepada semua orang tanpa mengira bangsa, kaum, agama. Hal ini menunjukkan
setiap rakyat tidak kira umur boleh memberi pendapat sendiri tentang sesuatu isu dengan
syaratnya tidak boleh menyentuk isu-isu agama. Kerajaan Malaysia mempunyai satu
pandangan sahaja terhadap setiap insan di mana semua makhluk adalah ciptaan Tuhan. Pada
pendapat saya, kebebasan bersuara amat penting agar setiap insan dapat mengemukakan idea
atau pendapat masing-masing tentang sesuatu program yang dijalankan di Malaysia.
Contohnya, Rakyat boleh memberi pendapat tentang calon-calon yang akan bertanding dalam
pilihan raya. Negara Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan Sistem Demokrasi. Ini
bermaksud Rakyat dapat memberi pendapat agar mereka boleh memilih pemimpin yang
berwibawa demi kebaikan diri,masyarakat dan juga negara.
Kebebasan beragama merupakan salah satu elemen penting untuk mengekalkan
kesejahteraan di negara Malaysia. Setiap agama diberi kebebasan untuk mengadakan
sembahyang bagi Tuhan dan keperyaan agama masing-masing. Ini merupakan tunggak kepada
perpaduan antara setiap kaum. Contohnya, kerajaan memberi cuti umum bagi seluruh rakyat
Malaysia semasa kaum India menyambut Thaipusam dan juga Deepavali. Walaupun bilangan
masyarakat ini agak kurang, kerajaan tetap memberi cuti umum agar mereka dapat menyambut
perayaan ini bersama ahli keluarga. Pada masa yang sama, cuti umum juga diberikan pada hari
hari yang tertentu iaitu, Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Krismas dan sebagainya.
Hal ini mengurangkan rasa tidak puas hati dengan tindakan kerajaan apabila setiap kaum
mempunyai kebebasaan masing-masing terutamanya semasa menyambut perayaan kaum
masing-masing. Ini merupakan salah satu cara kerajaan untuk mengekalkan kesejahteraan
negara.

Selain itu, keamanan negara dapat dijamin melalui Rukun Negara. Hal ini kerana Rukun
Negara menjadi garis panduan kepada rakyat untuk menjalankan kehidupan seharian.
Contohnya, Kepercayaan Kepada Tuhan merupakan Rukun Negara yang pertama dan ia
bermaksud setiap rakyat harus mempercayai Tuhan masing-masing. Ini memberi peluang
kepada rakyat untuk memahami dan menghormati kepercayaan agama sendiri dan orang lain.
Kesopanan dan Kesusilaan merupakan Rukun Negara yang kelima di mana Rakyat Malaysia
harus mempunyai nilai sopan apabila berinteraksi dengan orang lain. Pada pendapat saya,
pegangan kukuh terhadap Rukun Negara membantu pemimpin negara untuk menjaga
keamanan negara. Dengan ini, Setiap rakyat memainkan peranan dominan untuk meningkatkan
hubungan silaturahim antara masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Di samping itu, kerajaan juga mengambil beberapa langkah yang efektif untuk
mengukuhkan kefahaman antara setiap kaum. Contohnya, Perdana Menteri, Dato Seri Najib
Tun Razak telah memperkenalkan konsep 1 Malaysia di negara ini. Ini merupakan langkah
yang positif untuk kebaikan negara sendiri. Melalui ini, beberapa program seperti Majlis Rumah
Terbuka semasa perayaan setiap kaum dijalankan agar setiap kaum dapat melibatkan diri dan
dapat berkenalan dengan masyarakat lain. Pada masa yang sama, mereka juga dapat
mengetahui makanan-makanan tradisional berbilang kaum dan dapat dirasainya. Dengan ini
persahabatan antara setiap orang terutamanya kaum-kaum lain dapat dieratkan. Oleh itu,
program-program yang melibatkan semua kaum memberi impak yang positif kepada
kesejahteraan negara ini.
Tambahan pula, pada tahun 2000, semasa Majlis Anugerah Perpaduan Formula Malaysia
dan Pelancaran Yayasan Formula Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad berpendapat bahawa

Bangsa yang berjaya ialah bangsa yang memiliki nilai hidup yang tinggi. Beliau juga berkata
setiap rakyat harus mengamalkan disiplin, tabah hati serta hormat-menghormati antara satu
sama lain untuk meningkatkan taraf negara di semata dunia. Pada pendapat saya, masyarakat
Malaysia mengamalkan setiap nilai yang ditekankan oleh beliau dalam ucapan tersebut.
Contohnya, mereka saling menghormati seperti memahami budaya kaum lain. Mereka juga
berdisiplin dalam mematuhi undang-undang negara. Perbuatan positif setiap rakyat ini
mengeratkan hubungan sesama kaum dan hal ini memperkukuh keamanan negara.
Terdapat beberapa sekolah wawasan di negara Malaysia. Konsep sekolah wawasan
merupakan satu langkah yang efektif untuk meningkatkan hubungan antara berbilang kaum.
Contohnya, murid-murid yang belajar di sekolah wawasan dapat berkenalan dengan murid
beragama lain. Persahabatan anatara mereka dapat meningkatkan kefahaman diri seseorang
walaupun mereka berbeza kaum. Dengan ini, kebayakkan kemelut seperti perselisihan faham
anatara kaum dapat dielakkan berlakunya. Hal ini kerana perselisihan faham antara kaum
menjejaskan keharmonian negara. Kerajaan telah mengambil langkah iaitu konsep sekolah
wawasan dapat mengeratkan hubungan antara kaum di negara ini.
Akhirulkalam, Malaysia dapat mencapai matlamat wawasan 2020 kerana perpaduan
antara kaum dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Oleh hal yang demikian, pelbagai
langakah baru perlu diambil untuk mengukuhkan hubungan baik antara berbilang kaum di
Malaysia. Dengan ini, setiap rakyat dapat hidup aman dan damai jika mereka ingin kehidupan
harmoni seperti bak kata, Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

You might also like