You are on page 1of 5

TUGASAN

3
Huraikan cadangan-cadangan baharu yang anda rasa
sesuai bagi menguatkan dan mengukuhkan hubungan
etnik dan integrasi masyarakat Malaysia di masa
hadapan.

Penduduk Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum hidup aman dan damai sejak
31 Ogos 1957. Walaupun bak kata rambut sama hitam, hati lain-lain, namun negara ini perlu
dicontohi oleh negara-negara lain yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik. Hubungan etnik
dalam kalangan berbilang kaum masyarakat perlu dikuatkan dan dieratkan demi kemajuan
negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. Oleh itu, setiap warganegara harus menjalankan
tanggungjawab masing-masing untuk meningkatkan hubungan etnik di Negara Malaysia.
Pertama sekali, hubungan etnik dapat dieratkan melalui meraikan sambutan perayaan
kaum-kaum di Malaysia secara besar-besaran. Sebagai contoh, perayaan seperti Hari Raya
Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali merupakan perayaan utama yang disambut di negara
ini. Apabila amalan kunjung-mengunjungi semasa sesuatu perayaan diamalkan oleh setiap
individu, nilai hormat-menghormati antara kaum dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat
Malaysia terutamanya terhadap adat dan kepercayaan kaum lain. Pada pendapat saya, setiap
makhluk harus mempunyai nilai hormat-menghormati antara satu sama lain agar masyarakat
dapat hidup dalam suasana harmoni. Pada masa yang sama, perayaan-perayaan seperti ini
juga boleh diraikan di kawasan-kawasan perumahan agar setiap orang dapat berkenalan
dengan masyarakat setempat.
Kerajaan juga harus memainkan peranan dominan bagi menguatkan dan mengukuhkan
hubungan etnik dan integrasi masyarakat Malaysia. Pihak kerajaan perlu mengadakan kempenkempen yang melibatkan semua kaum di Malaysia. Hal ini dapat melahirkan perasaan kasih
sayang antara setiap makhluk di dunia ini. Sebagai contoh, Jabatan Perpaduan dan integrasi
Nasional telah merancang Pelan Tindakan dan Integrasi Nasional. Ini merupakan salah satu
usaha yang positif untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional. Pada pendapat saya,
walaupun kerajaan merancang pelbagai kempen, namun sokongan daripada masyarakat masih
kurang. Oleh hal yang demikian, kerajaan harus berganding bahu untuk meningkatkan
penglibatan masyarakat dalam kempen ini. Mereka harus menyebarkan kepentingan perpaduan
kaum di negara Malaysia dan ini akan menyebabkan ramai orang terlibat dalam kempen ini.
Kempen Budi Bahasa Budaya Kita juga merupakan salah satu kempen yang
diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia. Pada pandangan saya, masyarakat Malaysia kaya
dengan budi bahasa. Pada masa yang sama, terdapat segelintir masyarakat yang tidak
bersopan santun semasa mereka berinteraksi dengan orang lain. Segelintir masyarakat ini
menjadi punca utama untuk mencemarkan nama negara di persada dunia. Oleh itu, saya
berpendapat bahawa kerajaan mesti memberi tumpuan terhadap Kempen Budi Bahasa agar

nilai-nilai seperti berbudi bahasa dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat Malaysia. Setinggi
nilai budi bahasa, setinggi penghormatan negara ini. Oleh itu, setiap orang perlu bekerjasama
untuk kebaikan tanah air diri sendiri.

Di samping itu, sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan merupakan satu
cara untuk mengukuhkan hubungan etnik di negara ini. Pada pendapat saya, sambutan seperti
ini dapat dijayakan dengan meriah apabila semua lapisan masyarakat bersama untuk meraikan
sambutan ini. Pada masa yang sama, tema Hari Kebangsaan turut memberi impak kepada
rakyat untuk hidup dalam keadaan aman dan damai. Contohnya, tema Keranamu Malaysia
menyatakan bahawa semua rakyat perlu mengetepikan isu bangsa, agama dan budaya demi
kesejahteraan negara ini. Oleh itu, setiap individu di negara ini harus menghargai keamanan
yang dinikmati seperti kehidupan aman dan terus cuba melestarikannya.
Sekolah wawasan juga asas kepada perpaduan masyarakat majmuk id negara ini.
Terdapat beberapa sekolah wawasan di Malaysia. Namun bilangannya masih kurang dan
kebanyakkan masyarakat tidak memahami konsep sekolah wawasan. Oleh itu, Kementerian
Pendidikan Malaysia perlu memainkan peranan penting iaitu meningkatkan kesedaran tentang
konsep sekolah wawasan dalam kalangan masyarakat di negara ini. Kerajaan juga harus
mengambil langkah-langkah yang tertentu untuk meningkatkan bilangan sekolah wawasan di
negara Malaysia. Pada pandangan saya, peningkatan sekolah ini dapat dijayakan apabila
semua pihak berusaha untuk mencari jalan penyelesaiannya seperti bak kata, berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing.
Seterunya, program PLKN juga satu cara di mana kerajaan berusaha untuk
meningkatkan hubungan etnik di negara ini. Namun, kerajaan telah mengambil keputusan
supaya tidak meneruskan program ini mulai tahun hadapan. Pada pandangan saya, program ini
harus diteruskan kepada generasi muda. Hal ini kerana, perpaduan antara kaum dapat

dieratkan sejak dari kecil. Meluntur buluh biarlah dari rebungnya merupakan satu peribahasa
yang bermakna kita harus mengambil sesuatu langkah biarlah dari awal. Saya juga
berpendapat setiap pelajar selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diwajibkan untuk melibatkan
diri dalam program ini agar setiap pelajar akan mempunyai kesedaran tentang betapa
pentingnya perpaduan kaum dalam masyarakat berbilang kaum. Hal ini kerana remaja yang
terdiri daripada berbilang kaum hidup di bawah satu bumbung belajar, berinteraksi dan bergaul.
Ini terdedah kepada corak hidup masyarakat majmuk Malaysia. Hubungan positif antara etnik
dapat menyelesaikan masaalh dengan lebih senang dan masyarakat dapat berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah di persada dunia ini.
Sukan juga dikenali sebagai langkah untuk mengeratkan hubungan etnik di Malaysia.
Pada masa yang sama, sukan dan permainan menjadi tali penghubung atau gelanggang
pertemuan pelbagai kaum di negara ini. Contoh sukan yang biasanay dijalnkan di negara ini
adalah MSSPP(peringkat sekolah rendah), SUKMA (peringkat kebangsaan) dan sebagainya.
Pada pandangan saya, semua sukan memberi peluang keemasan kepada setiap individu untuk
berinteraksi dengan rakan bukan sahaja sama etnik malah mereka boleh berkenal dengan
rakan-rakan baru yang terdiri daripada pelbagai kaum. Melalui ini, semua peserta dapat
meningkatkan hubungan positif antara satu sama lain dan ini menjadi asas untuk kehidupan
aman dan damai di negar ini. Sukan seperti SUKMA membantu seseorang individu untuk
berkenalan dengan masyarakat dari negeri lain. Dengan ini, mereka dapat mengetahui cara
kehidupan di negeri-negeri lain. Oleh itu, setiap individu harus melibatkan diri dalam aktiviti
sukan untuk mengeratkan hubungan etnik di negara Malaysia sekali gus meningkatkan imej
negara di peringkat antarabangsa.

Selain daripada kerajaan, masyarakat juga perlu berganding bahu untuk mengukuhkan
hubungan etnik dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Masyarakat boleh
menjalankan aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan. Aktiviti ini merupakan saluran dan

peluang kepada masyarakat untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. selain
berkenalan, masyarakat juga dapat memupuk nilai bekerjasama untuk membersihkan dan
mengindahkan kawasan persekitaran rumah. Slogan Negara Bersih Rakyat Sihat memberi
impak positif apabila setiap individu melibatkan diri dalm aktivit gotong-royong secara aktif.
Aktivit ini juga memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa ke bulit sama
didaki, ke lurah sama dituruni. Pada pendapat saya, masyarakat bersatu padu untuk
menjayakan aktiviti seperti ini dan perpaduan antara pelbagai kaum dapat diibaratkan sebagai
bersatu kita teguh, bercerai kit roboh.
Intihannya, perpaduan antara kaum amat penting demi kesejahteraan hidup dan juga
kemajuan negara Malaysia. Oleh hal yang demikian, setiap individu perlu menyedari
kepentingan hubungan etnik dan juga integrasi masyarakat Malaysia demi diri sendiri,
masyarakat dan juga negara. Walaupun kerajaan menghadapi pelbagai cabaran dalam
meningkatkan hubungan etnik di negara ini, tetapi pembentukkan masyarakat majmuk dapat
dibentuk apabila usaha yang gigih dan strategi yang lebih kesan dilaksanakan dengan penuh
tanggunjawab dan dedikasi.
Satu Malaysia jadi pegangan,
Rukun Negara teras panduan,
Satu Malaysia benteng negara,
Rakyat Malaysia taat setia.

Serangkap lagu satu Malaysia menunjukkan kepentingan Perpaduan antara masyarakat


majmuk di negara ini. Oleh hal yang demikian, setiap harus perlu bersatu padu agar melahirkan
suasana harmoni di negara Malaysia.

You might also like