You are on page 1of 7

PKP 3118 ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHAN

PKP 3118 ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHAN

1.1

Sipnosis
Tajuk ini merangkumi klasifikasi mengikut ciri fizikal dan ciri konseptual, kosep keabadian

kuantiti, padanan satu dengan satu untuk perbandingan kuantiti dan hubungan kuantitaf
antara dua set objek.

1.2

Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1.3

i.
ii.
iii.

Membuat klasifikasi mengikut ciri fizikal dan ciri konseptual.


Menerangkan kosep keabadian kuantiti.
Menunjukkan padanan satu dengan satu untuk perbandingan kuantiti.

iv.

Menjelaskan hubungan kuantitaf antara dua set objek.

Klasifikasi/Pengelasan
Pengelasan adalah pengumpulan objek dalam kelas atau subkelas berdasarkan ciriciri yang jelas. Tujuannya untuk membezakan dan mengumpulkan objek berdasarkan
kesamaan dan perbezaan. Klasifikasi objek boleh dilakukan berdasarkan:
Satu ciri (contoh: warna atau bentuk atau saiz)
Dua ciri (contoh: warna dan bentuk atau warna dan saiz)
Tiga ciri (contoh: warna, bentuk dan saiz)
Negatif (contoh: objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu)
Kanak-kanak akan diperkenalkan dengan cara menyusun mengikut susunan mudah dan
mengumpulkan mengikut bentuk, saiz, warna, corak, dan fungsi. Aktiviti yang boleh
dijalankan adalah dengan mencampurkan semua barang-barang bersama. Kanak-kanak
perlu mengasingkan barang-barang tersebut dalam kumpulan atau set yang berbeza.
Aktiviti pengelasan adalah proses penting untuk membentuk konsep nombor. Proses
pengelasan perlu melalui beberapa tahap;
Memilih dan membanding,
Mengumpul,
Memilih semula,
Mengasingkan kumpulan, dan
Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau konsep
Klasifikasi mengikut bentuk

PKP 3118 ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHAN

Setiap objek di persekitaran kita mempunyai bentuknya sendiri. Murid perlu sedar
tentang ciri(sifat atau atribut) suatu benda dari segi bentuk dan membina bahasa dan
istilah bentuk dengan cara melihat, menyentuh dan memerihalkannya. Dengan cara ini
murid akan belajar menghargai serta menanamkan sifat kesyukuran kepada Tuhan dan
dapat mengetahui dan memahami tentang bentuk.
Guru hendaklah menentukan agar murid tidak keliru antara rajah (bentuk) satah (dua
dimensi) dengan bongkah (bentuk) pepejal (tiga dimensi). Contohnya murid boleh
mengaitkan

bentuk satah dengan permukaan bongkah pepejal, tetapi jangan pula

menamakan suatu bongkah pepejal, contohnya sebuah kubus, sebagai rajah (bentuk)
segi empat.
Guru meminta murid mengklasifikasikan objek-objek kepada bongkah pepejal seperti
Rajah 1(a) dan 1(b).

Rajah 1(a)

1.4

Rajah 1(b)

Keabadian kuantiti
Ketekalan (consistency) merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan
jisim, isipadu,

dan

keluasan.

Tujuan

konsep

keabadian

diperkenalkan

adalah

untuk memastikan murid-murid memahami ketekalan jisim dan isipadu walaupun


diletakkan, disusun

atau

diatur

di

tempat

atau

keadaan

yang

berbeza.

Keabadian Nombor

PKP 3118 ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHAN

Guru menyusun blok secara bersebelahan seperti Rajah 1 di bawah. Guru meminta
murid membuat perbandingan samada blok berwarna oren lebih atau kurang daripada
blok berwarna ungu.

Rajah 1: Blok oren disusun bersebelahan blok ungu.


Guru
Murid
Guru
Murid
Guru
Murid

: Berapa bilangan blok oren?


: Enam.
: Berapa bilangan blok ungu?
: Enam.
: Adakah blok ungu lebih banyak daripada blok oren?
: Tidak. Kedua-dua blok sama banyak.

Kemudian guru menyusun semula blok berwarna oren seperti Rajah 2 di bawah.

Rajah 2: Blok ungu disusun semula bersebelahan blok oren.


Guru
Murid
Guru
Murid
Guru
Murid
Guru

: Berapa bilangan blok oren sekarang?


: Enam.
: Berapa bilangan blok ungu sekarang?
: Enam.
: Adakah blok ungu lebih banyak daripada blok oren?
: Ya. Blok ungu lebih banyak daripada blok oren.
: Bukankah kamu kata bilangan blok ungu adalah enam dan blok oren adalah
enam.
Murid : Ya, tetapi enam ini (sambil menunjukkan kepada barisan blok ungu) lebih
banyak.
Contoh di atas menunjukkan kes biasa yang berlaku kepada murid, di mana murid akan
berfikir bahawa nombor berubah dengan susunan atau aturan. Di sini, murid percaya
bahawa dengan mengubah susunan blok, ia akan mengubah bilangan blok dengan
berkata bilangan enam blok ungu lebih banyak daripada bilangan enam blok oren.

PKP 3118 ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHAN

Ini menunjukkan pada peringkat ini, murid percaya bahawa bilangan atau kuantiti
berubah mengikut susunan atau aturan. Sekarang, cuba perhatikan kumpulan guli
berikut.

Rajah 3: Susunan yang berbeza bagi guli dalam kumpulan.


Merujuk kepada susunan guli di atas, ada setengah murid membilang enam guli dalam
setiap kumpulan tetapi menyatakan bahawa susunan yang berbeza menunjukkan enam
guli lebih daripada enam guli yang lain. Ini bermakna cara murid berfikir secara logik
adalah berbeza dengan orang dewasa befikir secara logik.
Pada peringkat ini, murid tidak menyedari bahawa perubhan dalam kumpulan objek
tidak mempengaruhi bilangan objek tersebut.

1.5

Perbandingan dan Padanan satu dengan satu


Perbandingan kuantiti merupakan bahagian yang penting dalam mempelajari kaedah
membilang. Ia juga diperlukan dalam perkembangan konsep nombor. Perbandingan
boleh dilaksanakan dalam bilik darjah menggunakan bahan maujud. Guru boleh
melaksanakan aktiviti dengan menyoal murid seperti berikut:
Adakah semua orang mempunyai kertas?
Adakah pensil lebih banyak daripada meja?
Soalan

yang

dikemukakan

secara

langsung

atau

tidak

langsung

melibatkan

perbandingan akan menjurus kepada kepentingan notasi matematik iaitu padanan satu
dengan satu.

PKP 3118 ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHAN

Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara
objek yang sama atau berbeza. Proses memadan bermula daripada konsep memadan
objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan, pasangan dan sebagainya,
objek dengan nombor dan nombor dengan nombor. Memadan bilangan objek dengan
simbol juga adalah sebahagian daripada konsep padanan satu dengan satu.
Contoh padanan satu dengan satu;
Memadan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut.
Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti garpu dengan

sudu.
Memadan bilangan yang sama.
Memadan bilangan objek dengan simbol nombor.

Lihat Rajah 4(a) dan pertimbangkan soalan ini. Adakah bilangan kek cawan lebih
berbanding biskut? Membilang dapat menyelesaikan masalah seperti susunan kek
cawan dan biskut yang diletakkan di atas piring, namun begitu jika kek cawan disusun
seperti Rajah4(b) anda boleh membuat perbandingan secara langsung dan mendapat
jawapan tanpa membilang. Walaubagaimanapun, Rajah(c) mengesahkan bahawa
terdapat satu keping biskut lebih daripada bilangan kek cawan melalui kaedah padanan
satu dengan satu.

(a)

(b)

(c)

Rajah 4: Model perbandingan melalui


(a) Membilang
(b) Membanding secara fizikal tanpa membilang
(c) Padanan satu dengan satu
1.6

Hubungan kuantitatif (lebih daripada, kurang daripada, sama banyak)


Mengkelas berpandukan ciri-ciri fizikal seperti warna dan bentuk.

PKP 3118 ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHAN

Membanding dua set untuk mencari perhubungan:


(a) sama banyak,
(b) lebih daripada, dan
(c) kurang daripada.
(d) memadan secara satu sama satu.

Untuk menentukan hubungan antara set, aktiviti menyesuaikan atau memadankan satu
sama satu digunakan dalam kegiatan membanding set. Pada peringkat permulaan, guru
boleh membantu murid mendapatkan pengalaman padanan satu sama satu dengan
menunjukkan dan mencari pasangan bagi benda yang mempunyai kaitan rapat antara
satu sama lain. Contohnya cawan dengan piring menyediakan satu cawan untuk
setiap orang atau satu cawan bagi satu piring.

Sesuatu set adalah kurangatau banyak daripada satu lagi set kerana selepas
perbandingan (dengan padanan satu sama satu) sebahagian ahlinya tidak cukup (untuk
dipadankan).

You might also like