You are on page 1of 1

Konsep Federalisme Negara Masih Utuh

1. Konsep federalisme (persekutuan) di Malaysia diguna pakai sejak 1896


2. Konsep federalisme yang dilaksanakan British itu telah berjaya mengubah
landskap pembangunan di kesemua negeri terlibat. Banyak masalah dapat diatasi
melalui pemerintahan berpusat berkenaan
3. Ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957, kesemua negeri-negeri di Tanah
Melayu menandatangani perjanjian persekutuan dan menerima kewujudan negara
yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan pusatnya
berada di Kuala Lumpur
4. Peruntukan asal Perlembagaan Perkara 1 (1), PerlembagaanPersekutuan 1957
dengan jelas menyatakan bahawa Persekutuan hendaklah dikenali dengan nama
Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya)
5. Konsep federalisme (persekutuan) menonjolkan ciri-ciri pembahagian kuasa
antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri seperti masa kini
6. Dari segi praktiknya, kerajaan pusat mempunyai bidang kuasa memerintah
melalui Dewan Rakyat, manakala kerajaan negeri pula melalui Dewan Undangan
Negeri. Di antara kuasa-kuasa yang ada pada kerajaan pusat adalah
kewarganegaraan Persekutuan, hubungan luar, pertahanan, keselamatan dalam
negeri, kewangan, pendidikan, perdagangan dan industri
7. Antara lain unsur penting dalam sistem federalisme di Malaysia ialah ketua
negara adalah Yang di-Pertuan Agong
8. Institusi Yang di-Pertuan Agong dibentuk setelah negara mencapai kemerdekaan
dan Perlembagaan Persekutuan diperkenalkan
9. Di peringkat negeri , Sultan-sultan Melayu, Raja Melayu dan Yang di-Pertua
Negeri adalah ketua kerajaan bagi negeri yang baginda warisi
10. Konsep federalisme yang diperkenalkan sejak merdeka masih lagi berjalan
dengan berkesan di Malaysia. Prinsip pengasingan kuasa bagi tiga badan utama
iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman masih lagi
berjalan dengan baik. Kedudukan Yang di-Pertuan Agong masih lagi kukuh dan
dapat berfungsi dengan baik
Sumber : http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0923&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm
.

You might also like