You are on page 1of 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU,

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM,


JOHOR BAHRU, JOHOR.

LAPORAN
LAWATAN PENANDA ARAS
( BENCHMARKING )
KECEKAPAN PENGURUSAN SUMBER
PEMANGKIN KEJAYAAN SK (LKTP) SUNGAI SAYONG
PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 4
SEMESTER 7
TAHUN 2015
NAMA PELAJAR

: MARYATY BINTI JALI

AMBILAN

: PPG FEBRUARI 2012

SEMESTER

: SEMESTER 7

KUMPULAN

: MT 2

OPSYEN

: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PPG AMBILAN


FEBRUARI 2012

PERINGKAT 3

: SISTEM PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH


CEMERLANG (BENCHMARKING)

TARIKH

: 5 MEI 2015

TEMPAT

: BILIK SEMINAR,
SK (LKTP) SUNGAI SAYONG,
BANDAR TENGGARA 81440 KULAIJAYA,JOHOR.

KEHADIRAN

41 ORANG

LAPORAN AKTIVITI

KECEKAPAN PENGURUSAN SUMBER


PEMANGKIN KEJAYAAN SK (LKTP) SUNGAI SAYONG

Pintu pagar utama sekolah


05 Mei 2015 (Selasa)
7.00 pagi
Bertolak ke SK (LKTP) Sungai Sayong, Bandar Tenggara Kulaijaya.

8.00 pagi
Tiba di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Sungai Sayong 2. Pendaftaran Lawatan
Penanda Aras Sekolah Cemerlang di bilik Galeri SK (LKTP) Sungai Sayong di
lakukan oleh AJK pendaftaran. Kami di sambut oleh warga SK (LKTP) Sungai
Sayong dan pihak pentadbir sekolah.

Pendaftaran peserta

Disambut oleh warga SK (LKTP)


Sungai Sayong

8.30 pagi
Para peserta menikmati kudapan yang telah disediakan.

Sungguh selera peserta menikmati kudapan pagi


9.00 pagi
Suai kenal dan ceramah Kecekapan Pengurusan Sumber Pemangkin
Kejayaan SK (LKTP) Sungai Sayong. Tepat pada pukul 9.00 pagi, para peserta
lawatan seramai 41 orang yang terdiri daripada

21

orang guru Kumpulan

Matematik 2 dan 20 orang Kumpulan Matematik 1 PPG ambilan Februari 2012


telah mendengar ceramah yang disampaikan oleh para pentadbir Sekolah
Kebangsaan (LKTP) Sungai Sayong untuk Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4 .
Sebelum

sesi

ceramah

dimulakan,

kami

semua

peserta

bengkel

memanjatkan keberkatan dari Illahi dengan bacaan doa yang dipimpin oleh peserta
PPG iaitu En. Mahkmod bin Sariman . Pembukaan rasmi ceramah Kecekapan
Pengurusan Sumber Pemangkin Kejayaan SK (LKTP) Sungai Sayong
disempurnakan oleh Tuan Haji Md. Yusofff bin Ahmad selaku Guru Besar
memberikan ucapan alu-aluan dan seterusnya merasmikan ceramah tersebut.

Ucapan daripada pengacara majlis


Ucapan perasmian oleh GB
SK (LKTP) Sungai Sayong

Pada pukul 9.30 pagi sesi ceramah dimulakan. Peserta diperkenalkan dengan
GPK 1 di SK (LKTP) Sungai Sayong iaitu Puan Hajah Jawarmah binti Wagio, GPK
HEM iaitu Encik Daud bin Jaafar dan juga GPK Kokurikulum iaitu Encik Malek bin
Hussien. Beliau telah memperkenalkan dirinya kepada peserta.
Ceramah yang disampaikan adalah berkaitan dengan sekolah cemerlang.
Pelbagai cara-cara kecekapan pengurusan sekolah cemerlang telah diberikan
kepada semua peserta. Budaya sekolah yang paling utama ialah kerjasama yang
terjalin antara rakan sejawat di SK (LKTP) Sungai Sayong, masyarakat setempat
dan PIBG merupakan teras kejayaan sekolah ini. Sesi ceramah yang dilaksanakan
ini banyak memberi pendedahan tentang budaya sekolah cemerlang iaitu dengan
mengamalkan sikap kerja yang tidak bertangguh-tangguh, sentiasa berfikiran positif
dan kerjasama yang padu sesama rakan sejawat demi kemajuan anak didik. Apa
yang dapat kami katakan bahawa sesi ceramah ini banyak memberi pengetahuan
dan pengalaman baru kepada kami. Di mana ia dapat membantu meningkatkan
prestasi murid dan sekolah. Sepanjang sesi ceramah yang dilaksanakan, sesi soal
jawab berlaku di antara peserta dengan pihak pentadbir bertanyakan bagaimana
untuk mewujudkan budaya sekolah yang cemerlang. Kami berasa sangat seronok
dan tidak berasa bosan.
Sepanjang sesi ceramah. Semua peserta
khusyuk mendengar ceramah.

Peserta mengangkat tangan bertanyakan


beberapa soalan tentang rahsia pencapaian
yang di miliki oleh sekolah ini dan guru
besarnya memberikan respon.

12.15 tengahari:
Sebelum sesi bengkel tamat, majlis penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati
telah diadakan. Cenderamata tersebut adalah daripada pelajar PPG. Sesi ceramah
telah ditamatkan pada pukul 12.30 tengahari.

Kenangan manis bersama guru besar dan peserta IPGKTI.

Taman air terjun

Kantin

Sudut dalam bilik darjah

Laluan Keselamatan Jalan Raya

Perpustakaan

Sudut mural bawah tangga

Laman buah makisar

Sudut air terjun dalam kelas

Bilik Seminar

Bilik Galeri

Sudut info dalam kelas

Sudut bacaan dalam kelas

Wakaf Bahasa Melayu

Makmal komputer

Mural hidupan laut

bergambar bersama penulis novel


Asam Pedas Untuk Dia

Pra sekolah

Sudut rehat di dalam kelas

ISU / MASALAH :
Analisis SWOT:
KEKUATAN
1.

Semua guru , pihak sekolah SK Sayong Pinang dan peserta PPG yang terlibat
memberi bekerjasama dan komitmen yang tinggi sepanjang aktiviti yang
dijalankan.

2.

Kos yang diperlukan untuk mengendalikan ceramah mencukupi. Semua pelajar


PPG bersama-sama menyumbangkan dana bagi menjayakan program ini.

3.

Program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik kerana di sekolah,


terdapat semua kemudahan asas. Contohnya seperti kemudahan tenaga
elektrik, bilik gerakan, bilik seni, bilik linus, tandas, makmal komputer, surau

4.

dan sebagainya.
AJK kami memberi komitmen yang amat baik. Perjalanan ceramah yang
dijalankan lancar. Masa yang diperuntukan mencukupi bagi slot yang
dirancang.

KELEMAHAN:
1.

Tiada bahan untuk dibawa pulang untuk dijadikan bukti dan panduan kepada
sekolah masing-masing.

2.

Masa yang diambil untuk sesi ceramah agak pendek. Peserta tidak berpeluang
untuk bertanyakan lebih banyak soalan kepada pihak pentadbir untuk menjadi
panduan di sekolah masing-masing.

PELUANG:

1.

Semua guru dan peserta dapat menambahkan pengalaman dan motivasi diri dalam
menghadapi cabaran dunia pendidikan masa kini selepas mengikuti ceramah.
Semua guru berpeluang terlibat dalam semua aktiviti yang dirancang sepanjang
program dan mereka amat berbesar hati untuk melaksanakannya pada masa-masa
yang akan datang dan berkongsi idea dan maklumat yang diperoleh untuk
meningkatkan kualiti kerja demi kecemerlangan sekolah dan anak murid.

You might also like