You are on page 1of 10

EDU 3063: BUDAYA DAN PEBELAJARAN

PENSYARAH: CIK ANITA ABU


HASSAN

SOALAN TUTORIAL 6
Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya:
Analisis ciri-ciri kurikulum tersirat yang terdapat dalam
pendidikan masa kini dan bagaimana ia boleh
digunakan untuk menyatukan murid pelbagai kaum

Disediakan Oleh: Dg Rafidah Binti Piut & Siti Norhana Binti Kadir

Ciri-ciri Kurikulum Tersirat Yang Terdapat


Dalam Pendidikan Masa Kini Dan Bagaimana
Ia Boleh Digunakan Untuk Menyatukan Murid
Pelbagai Kaum

Salah satu aspek dalam implikasi kepelbagaian

sosiobudaya adalah kurikulum tersirat. Menurut Dr.

James Ang (2007), kurikulum ini merangkumi perilaku


kelakuan yang perlu dipatuhi, corak hubungan

perorangan, kepatuhan kepada kuasa dan pengaruh,


persaingan, sumber motivasi, dan sebagainya yang
dipelajari murid di sekolah.

Selain itu, ia juga termasuklah norma-norma dan nilai

Ciri-ciri
Kurikulum
Tersirat
Merangkumi
semua
pengalaman
pembelajara
n yang
diperolehi
oleh pelajar
di mana
mereka
belajar.

Boleh menjadi
objektif
pembelajaran
tetapi hasil
pembelajaran
nya adalah
bersifat relatif
dan agak
sukar diukur
secara
kuantitatif.

Merangkumi
nilai-nilai
yang
dibentuk
bersama oleh
pelaksana
kurikulum itu
sendiri
(pelajar
pengajar).

Berbezabeza
bergantung
kepada
lokasi,
persekitara
n dan latar
belakang
pelaksana
kurikulum
(pelajarpengajar).

Tidak
tertulis
dalam
kandungan
kurikulum
ataupun
dalam
penilaian.

Dikatogerika
n mengikut
jenis institusi,
tahap
pembelajara
n dan juga
matlamat
kurikulum itu
sendiri.

Merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang diperolehi oleh pelajar di


mana mereka belajar.
Sekolah sebagai satu institusi masyarakat yang mementingkan
perkembangan dan perubahan tingkah laku murid-murid mengikut
nilai, norma dan kehendak masyarakat
sekolah yang berorganisasi memainkan peranan dalam
mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap
baik dalam masyarakat sosial.
Contoh: perkara-perkara yang berkaitan dengan moral seperti budi
bahasa, sopan santun dan sifat hormat-menghormati biasanya
dipelajari di sekolah

Boleh menjadi objektif pembelajaran tetapi hasil pembelajarannya adalah


bersifat relatif dan agak sukar diukur secara kuantitatif.

Menurut Douglas Barnes (1982), kurikulum tersirat bukanlah


sebahagian daripada objektif pengajaran dan pembelajaran
adalah secara tidak langsung. Ia bukan dihasilkan daripada
kurikulum yang formal.
Nilai kerjasama berjaya diterapkan dalam kalangan murid dan
setiap murid telah mengamalkan nilai ini pada setiap kali gerak
kerja berkumpulan. Walaupun nilai ini bolah menjadi objektif
pembelajaran tetapi ia tidak dapat diukur secara kuantitatif

Merangkumi nilai-nilai yang dibentuk bersama oleh pelaksana


kurikulum itu sendiri (pelajar pengajar).

Semua nilai-nilai dipelajari oleh pelajar tetapi secara


tidak langsung misalnya melalui daya intelek guru;
tingkah laku dan akhlak guru atau pengajar.
Contoh: kutip sampah, sapa,
salam, senyum dan sebagainya

Berbeza-beza bergantung kepada lokasi, persekitaran dan latar


belakang pelaksana kurikulum (pelajar-pengajar).

Kurikulum tersirat dapat dihayati oleh murid-murid melalui peraturan sekolah yang
disediakan seperti perbarisan sebelum memasuki bilik darjah, perhimpunan
mingguan, jadual harian pembersihan bilik darjah, peraturan waktu makan di
kantin, disiplin semasa berada di bilik perpustakaan dan sebagainya.
Selain itu juga termasuk peraturan tentang rambut, pakaian, dan datang lewat.
Sekiranya sebuah sekolah tidak memetingkan kebersihan dan kekemasan tentang
pakaian murid-murid maka murid-murid di sekolah tersebut juga tidak akan peduli
perkara ini.
Struktur institusi juga dikenakan ke atas murid seperti peraturan dalam bilik
darjah, contohnya bila hendak mengangkat tangan, bila boleh menjawab dan
sebagainya. Murid-murid juga mempelajari bagaimana berinteraksi dengan
masyarakat sekeliling.

Tidak tertulis dalam kandungan kurikulum ataupun


dalam penilaian
Kurikulum tersirat tidak tercatat dalam
kandungan kurikulum berkenaan
mahupun dalam penilaian.
Walau bagaimanapun, gaya guru menyampaikan
maklumat kepada murid, gaya guru bercakap dan cara
guru berinteraksi dengan murid turut memberi kesan
kepada murid.

Dikatogerikan mengikut jenis institusi, tahap


pembelajaran dan juga matlamat kurikulum itu sendiri
Di Institusi Pengajian Tinggi Keguruan, pengkategorian kurikulum tersirat oleh
Bergenhenegouwen (1987) boleh dijadikan sebagai asas dengan beberapa
pengubahsuaian. Tiga kategori diperkenalkan iaitu budaya belajar untuk
belajar, budaya belajar untuk menjadi pengajar, dan belajar untuk
pembudayaan
Murid diandaikan mempunyai kebiasaan belajar masing-masing dan adalah
berbeza di antara murid di peringkat rendah dan tinggi. Tambahan pula, murid
seharusnya menguasai kemahiran belajar melalui proses pembudayaan
pembelajaran sendiri yang dipanggil kurikulum tersirat.

Apa yang murid alami, lihat dan dengar semasa di dalam kelas bersama guru yang
menjadi kurikulum yang lebih berkesan daripada apa yang bersifat teoristik. Sebagai
contohnya, nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa oleh
pensyarah sewaktu mengajar telah memberi kesan secara tidak langsung kepada

You might also like