You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL
BELAJAR
MURID TAHUN 6
2013

1.0

PENDAHULUAN
Lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu aktiviti
pembelajaran yang melibatkan pelajar tahap 2 Sekolah Kebangsaan
St Alban Sungai Tapang. Aktiviti lawatan ini juga termasuk dalam
perancangan aktiviti Pasca UPSR 2013. Hasil daripada lawatan ini
boleh memupuk impian murid dalam memilih laluan kerjaya yang
mereka minati. Disamping itu, aktiviti ini juga ingin memupuk
keseronokan penghayatan budaya dan semangat perpaduan dalam
diri murid-murid. Aktiviti lawatan ini juga tidak keluar daripada
standard pembelajaran yang ditetapkan oleh pihak kementerian.
Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti lawatan ini bakal
diaplikasikan oleh murid-murid dalam menempuhi kehidupan sosial
bermasyarakat.

2.0

LATAR BELAKANG
Segala perancangan dan persiapan telah dibuat dengan teliti bagi
mempastikan semua murid yang terlibat dapat mengikuti lawatan
yang dianjurkan. Lawatan ini bakal melibatkan 13 orang murid
Tahun 6 di mana akan melawat tempat-tempat seperti Jongs
Crocodiles Farm, Balai Bomba dan Semenggok Wildlife Centre.
Lawatan ini turut melibatkan 4 orang guru pengiring. Dalam masa
yang sama, guru pengiring ini bertanggungjawab untuk menerapkan
nilai-nilai integrasi, perpaduan dan kehidupan yang berintegriti di
kalangan murid.

3.0

RASIONAL

3.1. Murid-murid perlu didedahkan kepada dunia luar melalui


aktiviti lawatan

4.0

3.2.

Sekolah bertanggungjawab melaksanakan serta menanam


konsep lawatan dalam negeri dengan tujuan untuk
memberikan pengalaman kepada murid.

3.3.

Murid dapat mengenali dan menikmati keindahan alam di


tempat-tempat yang dilawati

OBJEKTIF
4.1.

Memberikan perluang kepada murid untuk menimba


pengetahuan am tentang tugas dan peranan Jabatan Bomba
Dan penyelamat Malaysia

5.0

4.2.

Memberi peluang kepada murid untuk menghayati keunikan


dan keindahan alam semulajadi yang ada di negeri Sarawak

4.3.

Memberi pendedahan tentang tempat-tempat menarik yang


terdapat di negeri Terengganu.

4.4.

Menanam sikap tolong menolong, bertolak ansur dan


berdikari di kalangan murid.

PELAKSANAAN

5.1 Tarikh pelaksanaan yang dirancang : 31 Oktober 2013


5.2 Tempoh pelaksanaan
: 7.30 pagi hingga 5.00
petang
5.3 Tempat-tempat yang akan dilawati :
Balai
Bomba
dan
Penyelamat Malaysia,
Jongs Crocodiles Farm dan
Semenggok Wildlife Centre.
6.0

KUMPULAN SASARAN
6.1.
6.2.

6.3.

7.0

SURAT KEBENARAN DAN STATUS KESIHATAN


7.1
7.2

7.3

8.0

Murid-murid tahun 6
Bilangan peserta lawatan adalah:
5.2.1.1.
Murid : 13 orang
5.2.1.2.
Guru Pengiring : 4 orang
Pengangkutan:
6.3.1
Bas sekolah 1 buah
6.3.2
Kereta guru 1 buah
(kereta disediakan oleh guru pengiring di mana
rasionalnya adalah untuk sekiranya berlaku
kecemasan)

Pihak penganjur perlulah menyediakan surat kebenaran ibu


bapa/penjaga untuk setiap murid yang menyertai lawatan ini
Pihak penganjur juga perlulah memastikan setiap guru
pengiring da peserta mempunyai tahap kesihatan yang baik
dan bebas daripada sebarang penyakit kronik
Murid-murid perlu menghantar surat kebenaran beserta surat
penyataan kesihatan (sekiranya mempunyai penyakit kronik)
kepada pihak penganjur

JAWATANKUASA LAWATAN SEKOLAH

Penasihat

: Pn. Mary Bubby Song(Guru Besar)

Pengerusi
: Pn. Magdalene Lilawati (Pk. Pentadbiran)
Setiausaha
: Pn. Haznorifa bt. Hood
Bendahari
: Pn. Malina Alexco
AJK Keselamatan & Kebersihan
: En. Muhaimin
AJK Pengangkutan
:Pn. Magdalene Lilawati
AJK Makanan dan Minuman
: Pn. Azizah Baharudin
AJK Kebajikan & Disiplin
: Pn. Haznorifa
AJK Dokumentasi
: En. Muhaimin
9.0

TENTATIF PROGRAM
9.1

Tarikh Lawatan: 31 Oktober 2013 (Khamis)

9.2

Masa perjalanan aktiviti :


7.00 pagi

- berkumpul di kawasan letak kereta sekolah


- bacaan doa sebelum memulakan

perjalanan
- Taklimat ringkas tentang keselamatan dan
disiplin
7.30 pagi
Malaysia

- bertolak ke Balai Bomba dan Penyelamat

8.30 pagi
Pegawai Bomba

- Sesi taklimat dan penerangan oleh

10.00 pagi

- minum rehat

10.30 pagi

- bertolak ke Jongs Crocodiles Farm

11.00 pagi

- Tiba di Jongs Crocodiles Farm

1.00 petang
1.30 petang
Centre
2.00 petang

- Makan Tengah hari


- Bertolak ke Semenggok Wildlife
- Tiba di Semenggok Wildlife Centre

4.00 petang
Tapang

- Bertolak balik ke SK St. Alban Sg

5.00 petang
Tapang

- Dijangka sampai ke SK St. Alban Sg

10.0 PERATURAN DAN ARAHAN LAWATAN


10.1 Komunikasi/Alat Komunikasi
10.1.1
Guru pengiring haruslah sentasa membekalkan
alat komunikasi seperti telefon bimbit bagi keperluan
semasa kecemasan
10.1.2
Guru pengiring dibenarkan menggunakan alat
komunikasi untuk menghubungi pihak pengangkutan
sebelum atau selepas aktiviti lawatan selesai
10.1.3
Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan
telefon bimbit sepanjang aktiviti lawatan berlangsung
bagi melancarkan pergerakan aktiviti.
11.0 KESELAMATAN
11.1 Keselamatan haruslah diutamakan dan menjadi
tanggungjawab semua pihak untuk mengutamakan
keselamatan
11.2 Guru pengiring perlu memastikan murid-murid dalam keadaan
selamat
11.3 Murid dilarang merayau-rayau keluar daripada kawasan
aktiviti lawatan
11.4 Jika berlaku kemalangan, guru pengiring akan membawa
murid berkenaan ke hospital dengan segera dan murid yang
lain dipastikan dalam keadaan selamat

12.0 KETETAPAN MASA/PERGERAKAN PESERTA LAWATAN


12.1 Murid hendaklah tiba di kawasan yang telah ditetapkan 10
minit sebelum aktiviti bermula
12.2 Murid tidak dibenarkan pergi ke tempat lain selain daripada
kawasan aktiviti lawatan
12.3 Murid perlulah menepati masa sepanjang aktiviti lawatan ini

13.0 PAKAIAN/TAG NAMA


13.1 Semasa lawatan ini, peserta haruslah memakai pakaian yang
telah ditetapkan iaitu baju seragam sekolah yang lengkap.

13.2 Setiap murid dan guru pengiring haruslah sentiasa memakai


tanda nama bagi tujuan identiti peserta di dalam rombongan
lawatan

14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Jumlah murid : 13 orang


Guru Pengiring : 4 orang

Jumlah Peserta: 17 orang

BIL
1.
2.
3.

4.

5.

PERKARA
Tambang bas 1 buah
Minum Rehat & tengah hari:
Tiket ke Jongs Crocodiles Farm:
RM5 x 13 orang murid = RM65
RM10 x 3 orang guru pengiring = RM30
JUMLAH = RM 95.00
Tiket ke Semenggok Wildlife Centre:
RM5 x 13 orang murid = RM 65
RM5 x 3 orang guru pengiring = RM 15
JUMLAH = RM 80
JUMLAH BESAR

PERBELANJAAN
RM 350.00
RM 125.00
RM 95.00

RM 80.00

RM 650.00

Sumber Kewangan : Bimbingan dan Kaunseling (B&K)

15.0 PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dlaksanakan dengan
lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang diperolehi di
dalam aktiviti lawatan ini akan dipraktikkan dalamkehidupan seharian
mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang
dan terbilang. Oleh itu, kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai
dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh:

Disemak oleh :

___________________

____________________

HAZNORIFA BT HOOD
LILAWATI
Setiausaha,
AJK Lawatan Sambil Belajar.
Belajar.

Disahkan oleh:
__________________
Mary Bubby Song
Guru Besar
SK ST Alban Sg Tapang.

MAGDALENE
Pengerusi,
AJK Lawatan Sambil

You might also like