You are on page 1of 36

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MEMBINA SUSUR GAJAH DI SEKOLAH TADIKA AR-RAUDHOH SEGAMAT BARU

CTA 1012
BAKTISISWA
TAJUK :
KAWASAN PILIHAN : SEGAMAT BARU

AHLI KUMPULAN:
SAKINAH BT. MOHAMAD ZAKI (1113083)
SARIMAH BT.MOHD.AJIE ( 1113212 )
NORASYIKIN BT. MOHAMAD ( 1113210 )
SALAMAH @ SALMAH BT. OSMAN ( 1113214 )
KELAS : KDCN 7

Senarai Tugas Ahli Kumpulan:

BIL
1

NAMA

TUGASAN

SAKINAH
MOHAMAD ZAKI

SARIMAH
AJIE

BT

BT

MOHD

SALAMAH@SALMAH
BT OSMAN

MOHD BORHAN
JAMALUDDIN

BIN

UNIT 2

UNIT 2

UNIT 3

UNIT

PERINCIAN TUGAS

Membuat analisis tugasan


no 6,7,8,9,10,11,12

Membuat
tinjauan
masalah tempat projek
yang dipilih.

Mendapatkan perangkaan
penduduk
di
Pejabat
Daerah Segamat.

Membuat
masyarakat.

Mendapatkan maklumat
individu
berpengaruh
kawasan yang di pilih.

Menyiapkan tugasan no
1,2,3,4,5

Mendapatkan perangkaan
dan
latar
belakang
kawasan pilihan.

Menyiapkan
tugasan
menaip kerja kursus.

Membuat analisis tugasan


no 1,2,3,4,5

Menyiapkan
tugasan
menaip kerja kursus.

Membuat analisis tugasan


no 6,7,8,9

Menyiapkan

temubual

tugasan

menaip kerja kursus.


5

NUR
ASYIKIN
MOHAMAD

BT

UNIT 4

Membuat tugasan yang


diminta dalam Unit 4

Menyediakan organisasi,
motto,lambang
dan
matlamat.

Menyediakan kertas kerja


projek.

Proposal penajaan

Surat penajaan

Pengenalan :
Kami adalah unit kecil dari KDCN7 yang terdiri daripada Sakinah Bt Mohamad Zaki,
Sarimah Bt Mohd Ajie, Nur Asyikin Bt Mohamad, Salamah@Salmah Bt Osman dan Mohd
Borhan Bin Jamaluddin.
Setelah membuat perbincangan, kami bersetuju memilih satu lokasi untuk program
baktisiswa kali ini ialah di Mukim Sungai Segamat iaitu Segamat Baru yang terletak di Bandar
Segamat Johor.
Mukim Sungai Segamat merupakan pecahan kawasan pentakbiran bagi negeri Johor.
Johor dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa
mukim (subdaerah/subdistrict). Mukim Sungai Segamat merupakan salah sebuah mukim yang
terdapat dalam negeri Johor, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam
pentakbiran Daerah Segamat.

Latar Belakang
SEJARAH SEGAMAT
Pada kurun ke 16 Masehi, Sultan Ahmad dan pengikut-pengikutnya telah meninggalkan
Melaka kerana diserang oleh pihak Portugis lalu bertapak di Pagoh. Setelah diserang di Pagoh
mereka telah berundur dengan tujuan ke Penarikan dan kemudiannya ke hilir Pahang. Dalam
perjalanan ke Penarikan di pertengahan jalan, di tepi lubok sungai, di sepohon kayu besar, Datuk
Bendahara Paduka Tuan duduk bersandar di banir kayu menghadap lubuk yang dihadapannya,
Sultan Ahmad dan Ayahandanya tidak jauh dari situ, mereka bersama-sama berhenti penat dan
berehat selama dua hari.
Sambil duduk, Datuk Bendahara melempar-lempar tangan membuang kebas lalu tercapai
olehnya seketul batu lalu ditimang-timangnya. Sambil mukanya berkedut kesal, dirinya berkata
"Dahaga rasanya aku, ambilkan air barang seteguk di sungai itu". Sambil berkata ia memandang
Selamat Gagah. Selamat Gagah faham bahawa yang dimaksudkan ialah supaya mengambil air
sungai itu lalu dicarikannya upih lalu dibuatnya temika. Kemudian diceduknya air hingga penuh

lalu diberikan kepada Datuk Bendahara. Sambil tangannya menyambut temika air, batu di tangan
dilontar ke lubok sungai, katanya di dalam hati, "Kalau timbul batu itu, baliklah aku ke Melaka".
Mendengarkan kata Datuk Bendahara demikian Sultan Ahmad menoleh Datuk Bendahara
dengan pandangan yang bererti, tetapi Sultan tidak mengeluarkan sepatah kata pun.
Air di temika diminum sepuas-puasnya oleh Datuk Bendahara, air itu jernih lagi sejuk,
"SEGAR AMAT" ku rasa badan ini, sungguh lazat diminum, apakah nama sungai ini Selamat?".
"Tidak hamba ketahui, kerana baru sekali ini bersua." "Ya, SEGAR AMAT, ku rasa seolah-olah
tenagaku pulih semula." Kata Datuk Bendahara. "Ya, SEGAR AMAT, sungai ini jika airnya di
minum." Kata mereka serentak yang meneguknya. "Ya, SEGAR AMAT". Demikian mulakan
Segamat bernama Segamat, hingga datang sekarang disebut orang.
PROFIL SEGAMAT
Daerah Segamat merupakan salah satu daripada lapan daerah yang terdapat di Negeri
Johor Darul Ta'zim. Daerah Segamat mempunyai kedudukan yang agak strategik kerana
bersempadan dengan Negeri Sembilan dan juga Negeri Pahang. Ia juga bersempadan dengan
empat buah daerah iaitu Daerah Muar di selatan, Daerah Tampin barat laut, Daerah Rompin di
timur laut dan Batu Pahat di sebelah tenggaranya.
Bandar Segamat merupakan pusat bandar utama daerah ini. Dari segi hierarki pusat-pusat
petempatan bagi Negeri Johor, Segamat terletak dalam kategori kedua iaitu Pusat Wilayah Tahap
II. Bandar kedua terbesar di Daerah Segamat adalah Bandar Labis yang berada di kategori ke
empat hierarki pusat petempatan seluruh negeri.
Daerah Segamat merupakan daerah yang mempunyai tahap kemajuan yang sederhana
berbanding dengan daerah-daerah di Wilayah Johor Barat. Ia mempunyai kepentingan tersendiri
kerana menjadi penyambung ke Pantai Timur melalui Lebuhraya Kuantan - Segamat. (Lebuh
raya Tun Abdul Razak) dan juga sebagai laluan utama kenderaan ke selatan negara. Secara tidak
langsung ini memberikan gambaran yang positif terhadap potensi pembangunan daerah ini.

MAKLUMAT ASAS DAERAH SEGAMAT


i. Luas kawasan
282.534.5 Hektar / 2.825.4 km persegi.
ii. Jumlah Penduduk
178.266 orang (bancian 1991)
269.709 orang (menjelang tahun2010)
8.6% daripada penduduk negeri Johor

Bilangan penduduk mengikut kaum

Melayu:90,135 ,
Cina:63,546 ,
India:16,320 ,
Lain-Lain:672 ,
Bukan Warganegara:1,745
JUMLAH = 172,418.

Mukim_Johor.pdf

Lokasi Daerah Segamat

Peta Daerah Segamat

PENTADBIRAN DAERAH
Keseluruhan Daerah Segamat ditadbir oleh Seorang Pegawai Daerah. Pentadbiran, walau
bagaimanapun, dibahagikan kepada 3 iaitu kawasan di bawah Majlis Daerah Segamat, Majlis
Daerah Labis dan juga Pihak Berkuasa Tempatan Segamat iaitu Pejabat Daerah. Pentadbiran bagi
mukim-mukim adalah di bawah tanggungjawab penghulu-penghulu.
i. Jabatan Negeri 8 Jabatan
ii. Jabatan Persekutuan 46 Jabatan
iii. Bilangan mukim 11 Mukim
iv. Bilangan Penghulu 13 Orang
v. Bilangan Kampung Induk 41 Buah Kampung
vi. Bilangan Kampung Rangkaian 167 Buah kampung
vii. Bilangan Kampung Baru 14 Buah Kampung
viii. Bilangan Ketua Kampung 41 Orang

Institusi pengajian tinggi

INSTITUSI PENDIDIKAN SETEMPAT


Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Johor telah dibina pada
penghujung tahun 1980-an di Jementah dan telah memulakan operasinya pada tahun 1991.
Pembinaan kampus ini telah menjadikan Segamat pusat pendidikan terpenting di Johor selain
dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor Bahru.
Kolej Komuniti Segamat
Kolej Komuniti Segamat telah beroperasi pada Jun 2001 di Kampus sementara di
Sekolah Menengah Vokasional(dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah teknik)sebelum
berpindah ke kampus tetap di No.24-34,Jalan Putra 1/1,Bandar Putra,Segamat.Pada 3 Mac
2011,Kolej Komuniti Segamat 2 telah ditubuhkan dan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin
Yassin di Batu Anam,Segamat.
Kolej Tuanku Abdul Rahman(TARC)
Kolej Tuanku Abdul Rahman cawangan Johor telah beroperasi bermula pada 18 Mei
1998.Terletak di selatan bandar Segamat iaitu berhampiran dengan Pelabuhan Darat Segamat dan
mengambil masa 15 minit dari bandar Segamat.

Tokoh Kenamaan
Tun Musa Hitam -Seorang bekas Timbalan Perdana Menteri pada zaman Tun
Dr.Mahathir.Tun Musa Hitam adalah anak jati kelahiran Segamat
Datuk Abdul Ajib Ahmad -Datuk Abdul Ajib bin Ahmad dilahirkan pada 13 september
1947 di Segamat, Johor. Memulakan persekolahan di Sekolah Bukit Hampar dan bekas penuntut
Kolej Kuala Kangsar. Dato Ajib melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan mendapat
Ijazah B.A. Hons dalam bidang Ekonomi (1971).
Beliau pernah berkhidmat di Kementeria Dalam Negeri dan Sektor Awam sebagai
Pegawai Perhubungan Industri di sebuah Syarikat Minyak. Dalam arena politik beliau pernah
berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Y.B. Dato Musa Hitam (1975-1982). Dalam tahun
1982, beliau kemudian dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan Tan Sri Othman Bin Mohd
Saat. Dalam Pilihanraya Umum 1986, beliau memenangi Kerusi Parlimen Mersing. Beliau telah
dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Amiruddin Md Ali Hanafiah -Seorang penulis yang dilahirkan dan berasal serta menjadi
anak jati daerah Segamat.Beliau merupakan Peneraju Persatuan Penulis Johor.
Abdul Rahim bin Osman -Seorang penyanyi Nasyid kumpulan In-Team yang dilahirkan
di Kampung Gemereh,Segamat.
Burnmark -Kumpulan muzik rock tahun 90-an yang terkenal dengan lagu Secebis
Rayuan berasal dari Segamat
Dato'Noh bin Gadut - Merupakan bekas Mufti Negeri Johor. Sekarang beliau
menyandang Jawatan Penasihat di Jabatan Agama Johor.Dilahirkan di Kampung Pogoh,Segamat.
Datin Seri Normala Shamsuddin - Merupakan bekas wartawan di televisyen yang
merupakan anak watan bumi Segamat.Beliau dilahirkan di Kampung Kuing Patah,Buluh Kasap
dan merupakan bekas pelajar Sekolah Tinggi Segamat.
Mejar (K) David Teo-Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Metrowealth International
Group (MIG).Mejar David Teo berasal dari Kampung Buluh Kasap Segamat, Johor.

Bandar Segamat
Pembangunan bandar Segamat sudah banyak perubahan dan dinaiktarafkan namun
begitu, di samping banyak bangunan perniagaan baru dibina tetapi bandar ini tetap mengekalkan
bangunan-bangunan lama dan masih baik. Jambatan pertama (jambatan lama) dan jambatan
kedua Segamat (jambatan baru) menghubungkan Bandar Atas dengan Bandar Seberang.
Jambatan kedua ini telah dibina pada tahun 1999 dan siap sepenuhnya pada bulan Ogos 2005.
Setelah terbinanya jambatan kedua di Segamat, kesesakan lalu lintas dapat diatasi. Bandar
Segamat juga merupakan bandar ke-5 terbesar di negeri Johor dengan populasi melebihi 100,000
penduduk. Bandar Segamat dibahagikan kepada 2 bandar kerana dipisahkan oleh Sungai
Segamat:Bandar Atas Pusat Bandar Segamat. Bandar rasmi dan pusat pentadbiran Segamat.Terdapat
pusat pejabat kerajaan.
Bandar Seberang Terletak diseberang Sungai Segamat. Dipanggil bandar seberang oleh
penduduk tempatan kerana lokasinya terletak di seberang sungai Segamat. Disini juga banyak
didirikan pusat membeli-belah utama di Segamat.
Bandar Utama -Terletak bersebelahan dengan Sungai Segamat yang merupakan suatu bandar
era baru yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti hotel,pusat komersial(Kip Mart),pusat
perniagaan dan jabatan kerajaan.
Bandar Tekstil -Bandar yang mempunyai kedai-kedai menjual kain yang terbesar di Segamat
iaitu Jakel Trading dan kedai-kedai kain yang lain seperti Jinnah Store,Rejinah Store dan Butik
Bonanza.
Kawasan berdekatan bandar Segamat juga tidak terkecuali bukan hanya bandar baru
tetapi termasuk juga pekan-pekan kecil antaranya ialah Pekan Jabi, Bukit Siput, Segamat Baru
dan Bandar Putra Segamat. Ini menjadikan keseluruhan penduduk di sekitar bandar dianggarkan
kira-kira 120,000 orang penduduk.

Tempat menarik
Dataran Segamat - Dataran Segamat telah dibina pada tahun 1996 sebagai tempat utama
berlangsungnya sambutan Hari Kebangsaan peringkat daerah Segamat dan peringkat negeri
Johor. Sebelum diubahsuai dan diberi nama sebagai Dataran Segamat, tempat ini dahulunya
dikenali sebagai Padang Besar Segamat. Pada tahun 2005, Segamat dipilih sebagai tuan rumah
sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Johor. Apabila pengubahsuaian dilakukan, tidak
hanya menara jam malah replika durian dan menara bendera juga di letakkan bersebelahan
sebagai tarikan dan mercu tanda utama bandar Segamat yang memberi makna Segamat adalah
daerah Tanah Raja Buah-buahan.Pada 30 Ogos 2012,Segamat menjadi tuan rumah untuk
Sambutan

Hari Raya

dan Malam Ambang

Merdeka.Turut dihadiri

Menteri

Besar

Johor,Dato'Abdul Ghani bin Osman dan ADUN Segamat serta VIP lain.

Taman Bunga Batu Hampar (Rock Garden)


Taman Bunga Batu Hampar adalah satusatunya taman rekreasi di tengah bandar Segamat. Di
sini juga menempatkan kediaman rasmi Pegawai
Daerah Segamat ,Rumah VIP dan Istana Hinggap khas
untuk kerabat diraja Johor.Taman Bunga Batu Hampar merupakan tempat yang paling cantik dan
sesuai untuk beriadah di daerah Segamat.

Makam Bendahara Tepok

Makam Bendahara terakhir Kesultanan Melayu Melaka terletak di Kampung Lubuk Batu,
kira-kira 2 kilometer dari Pusat Bandar Segamat melalui jalan raya persekutuan dan bertentangan
dengan Masjid Makam Lubuk Batu.Terdapat juga,Mercu Segamat yang diletakkan berhadapan
dengan Lubuk Batu.

Makam Raja Temenggong Muar


Makam Dinasti Raja2 temenggong Muar juga berada disini. Raja temenggong Muar
merupakan kerajaan berdaulat yang didahului oleh Dato' Pasir DiRaja Tun Sayid Jaafar Idrus
(mangkat di Kampung Pantai Layang, Muar). Ianya secara tradisi diteruskan oleh anakanda
beliau iaitu Engku Sa'akar DiRaja sehinggalah yang terakhir iaitu Temenggong Wan Abdul
Rahman Ibni Temenggong Engku Mohd. Salleh. Dato' Pasir DiRaja Tun Sayid Jaafar Idrus
merupakan abang kandung kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid yakni
induk kesultanan Johor, Pahang & Trengganu sehingga ke hari ini.
Air Terjun Sungai Bantang
Hutan lipur ini mula ditubuhkan pada tahun 1989 dan dimajukan dengan pesatnya pada
tahun 1990. Kawasan ini terletak di dalam Hutan Simpan Labis dan berada di Kompartmen 17
seluas 210.93ha dan Kompartmen 18 seluas 156.28ha. Jarak antara Air terjun Sungai Bantang
dengan bandar Segamat iaitu lebih kurang 64 km. dan 8 km dari Pekan Bekok. Tema "Destinasi
Rekreasi Luar Anda" telah di perkenalkan oleh Jabatan Hutan Daerah Segamat bagi tujuan
perkhemahan dan perkelahan.Pelbagai aktiviti dapat dijalankan antaranya merentas hutan 'jungle
trekking', perkhemahan dan perkelahan.
Taman Rekreasi Sungai Segamat
Tempat istirehat,memancing,berjoging pada waktu petang.Terletak di tebing Sungai
Segamat.Sentiasa menjadi aktiviti Sukaneka.
Istana Hinggap
Sebuah istana persinggahan untuk kerabat diraja Johor yang akan singgah di daerah
Segamat terutamanya aktiviti Kembara Mahkota Johor yang dianjurkan oleh Baginda Sultan

Johor.Terletak di atas Bukit Hampar Segamat,bertentangan dengan Padang Batu Hampar serta
bersebelahan dengan Sekolah Tinggi Segamat.
Benteng
Benteng merupakan suatu tempat medan selera yang panjang dan sentiasa dibuka setiap
hari dari jam 12.00 tengah hari sehingga selepas 12 tengah malam yang terkenal di
Segamat.Benteng terletak di tempat yang sangat strategik iaitu berhampiran pasaraya Upwell di
Kampung Abdullah,Jalan Genuang Kampung,Bandar Seberang.Tempat ini menjadi tumpuan
orang ramai yang ingin menjamu selera pada waktu malam.
Bazaar Karat
Pada waktu malam,Segamat terkenal dengan Bazaar Karat iaitu sebuah kawasan
sepanjang jalan Dataran yang penuh dengan bermacam-macam jenis gerai jualan.Bazaar Karat
dibuka pada hari Jumaat,Sabtu dan Ahad sehingga 1 pagi.Bazaar Karat telah menjadi tumpuan
utama penduduk Segamat untuk berjalan-jalan pada waktu malam.
Jambatan Putus,Buloh Kasap
Jambatan ini dibina oleh tentera British untuk pembinaan Persekutuan Route 1 Namun
tentera British menghancurkan sebahagian jambatan ini untuk menghalang kemaraan tentera
Jepun untuk menuju ke Singapura setelah perang berakhir Jambatan Buloh Kasap yang baru
telah dibina betul-betul disebelah Jambatan Putus Buloh Kasap
Pusat Rekreasi Kolam Air Panas,Tenang
Kolam Air Panas Labis di Kg Tenang hanya 10 km dari pekan Labis. Jaraknya dari
Bandar Segamat pula hanya 42 km. Terdapat 4 kolam besar yang menadah air panas dibina di
situ. Ia dipam dari kolam air panas semula jadi yang terletak di tengah-tengah 4 kolam tersebut.
Kolamnya cetek. Airnya yang panas pasti menyegarkan badan yang kelesuan dan kerengsaan.
Kemudahan tandas dan bilik mandi disediakan untuk para pengunjung di samping taman
permainan kanak-kanak, peralatan bersenam dan tapak berjalan kaki. Kedudukannya yang
terperosok di sisi Kg Tenang memungkinkan wujudnya persekitaran yang tenang dan santai.

Air Terjun Takar Merluh, Kampung Tenang


Air terjun semulajadi yang terletak lebih kurang 12km dari bandar Labis. Pengujung
perlu melalui kawasan Kampung Tenang dan melalui dusun-dusun tradisional yang di usahakan
oleh penduduk kampung untuk sampai ke destinasi.

Pencakar Langit Segamat


Bangunan terletak di tengah-tengah Bandar Atas,Segamat.Bangunan ini telah dibina pada
hujung tahun 80 -an , malangnya setelah selesai pembangunan ini,ia tidak diluluskan atas sebabsebab keselamatan yang tidak dijamin.Ia hanya dapat digunakan bahagian yang bawah sahaja
dan ia telah digunakan sebagai Pasaraya Derang Emas tetapi telah ditutup.Sekarang,bangunan
tersebut telah dijadikan sebagai tempat pemeliharaan Burung Layang-Layang.Bangunan ini
menjadi ikon kebanggaan daerah Segamat meskipun bangunan ini menjadi semakin usang.Reka
bentuk bangunan ini sama seperti bangunan Parlimen Malaysia dengan mempunyai 22 tingkat.

Pusat Latihan Rekreasi Felcra Tebing Tinggi


Merupakan satu institusi latihan untuk pelbagai aktiviti mencabar seperti
berbasikal,jungle trekking dan banyak lagi aktiviti yang menarik.Terletak di Felcra Tebing
Tinggi,Segamat.
Air Terjun Jeram Tinggi
Tempat

perkelahan

yang

terletak

jauh

di

pedalaman

di

Kampung

Ulu

Jementah,Segamat.Ia adalah salah satu laluan ke Gunung Mahligai dan berhampiran sempadan
Segamat-Ledang.Tempat yang indah dan sesuai untuk aktiviti Jungle-Trekking,berenang dan
pendakian.
Taman Awam Tasik Segamat
Terletak di Bandar Segamat berhampiran dengan Sungai Segamat.Sesuai untuk aktiviti
rekreasi dan memancing pada waktu petang pada waktu petang.
Lain-lain -Terdapat juga berberapa tempat untuk membeli belah yang terkenal di sini seperti:One Segamat Mall, Billion Shopping Centre,Giant Hypermarket,Nirwana Supermarket,Upwell
Shopping Centre,Kip Mart Segamat,Lotus Five Star,Jakel Trading

EKONOMI SEGAMAT

Berdasarkan kepada Rancangan Pembangunan Daerah, Daerah Segamat, pada tahun


1991, sektor pertanian masih merupakan penyumbang pekerjaan utama bagi kebanyakan tenaga
buruh di Daerah Segamat. Pada tahun tersebut sektor pertanian menyumbang 61.8 peratus
daripada jumlah pekerjaan di Daerah Segamat. Walau bagaimanapun, tren semasa menunjukkan
bahawa peratusan ini menurun dari tahun ke tahun.
Sektor pembuatan merupakan sektor kedua terpenting dari segi sumbangan guna tenaga.
Pada tahun 1995, ia menyerap sebanyak 11267 tenaga buruh iaitu 13.1 peratus dari jumlah
keseluruhan guna tenaga di Daerah Segamat. Sektor ini mengalami pertumbuhan tahunan pada
tahap kira-kira 7.0 peratus setahun.
Sektor perkhidmatan kerajaan merupakan sektor ketiga besar dari segi jumlah guna
tenaga. Pada tahun 1995, ia mewakili 12.2 peratus daripada jumlah guna tenaga di Daerah
Segamat. Sektor perdagangan yang meliputi perniagaan borong dan runcit, hotel dan restoran
pula merupakan sektor ke empat besar dari segi penyerapan tenaga buruh dengan mewakili 8.2
peratus dari keseluruhan penyerapan tenaga buruh di Daerah Segamat.

Potensi Pembangunan Daerah Segamat


Daerah Segamat mempunyai potensi besar untuk menjadi salah sebuah daerah pembangunan
industri di Negeri Johor berdasarkan kepada kekuatan-kekuatan yang ada. Antara kekuatan yang
boleh ditonjolkan adalah seperti:
Kedudukan
Daerah Segamat terletak di antara tiga (3) buah bandar besar iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru
dan juga Kuantan.
Akses
Ia boleh diakses melalui dua (2) laluan darat yang penting iaitu Laluan Keretapi Tanah Melayu
(KTM) dan juga Jalan Persekutuan 1. Beberapa laluan baru juga telah dirancang seperti
pembangunan lebuhraya Pasir Gudang - Gemas dan juga Segamat - Muar dijangka dapat
mencetuskan pembangunan yang lebih pesat di Daerah Segamat.
Kemudahan Infrastruktur
Kemudahan infrastruktur yang disediakan adalah untuk pembangunan industri seperti Pelabuhan
Darat, bekalan air, elektrik dan juga gas.
Bentuk Mukabumi
Keadaan mukabumi yang sedikit beralun dan tidak berbukit bukau menggambarkan potensi
daerah ini sebagai kawasan pembangunan industri.

Kesenian dan Kebudayaan


Segamat adalah sebuah daerah yang terkenal dengan tarian Zapin dan Kuda Kepang
yang menjadi tarikan yang popular kepada pelancong yang datang dari luar mahupun dalam
negara.Tarian Zapin Dan Kuda Kepang sering diadakan pada hari kebangsaan,majlis

keramaian,majlis perkahwinan,karnival dan sebagainya. Tarian ini menjadi semakin popular di


seantero dunia.
Segamat juga adalah daerah yang menghasilkan kraftangan yang diperbuat daripada hasil
hutan dan dianyam dengan tangan untuk mengekalkan tradisi melayu.Contoh barang-barang
yang dipersembahkan dengan menggunakan rotan ialah tudung saji,raga dan pasu.
Sukan Payung Terjun
Segamat merupakan pusat bagi penggemar sukan lasak payung terjun kerana Segamat
merupakan satu-satunya kawasan yang mempunyai kemudahan landasan kapal terbang awamnya
sendiri bukan sahaja di Johor tetapi di Malaysia. Landasan ini dibuka semasa pendudukan Jepun
dan kini dibuka kepada kapal terbang persendirian. Lokasi landasan ini terletak bersebelahan
dengan Kelab Golf Segamat dan Pusat Latihan Memandu (JPJ) dan ia lebih dikenali sebagai
Drop Zone (DZ) Segamat.
Para penggemar sukan ini bukan sahaja datang dari seluruh Malaysia, tetapi juga dari
Asia. Bagi penggemar sukan lasak ini, DZ Segamat dikenali sebagai 'landasan sempit' kerana
ianya mempunyai kawasan terhad terutama semasa melakukan pendaratan. Antara kelab yang
aktif melakukan latihan penerjunan, ialah Skydiving Extreme Sports Club (SKIES).

APA YANG PALING POPULAR DI SEGAMAT ?


Durian Segamat

Durian Segamat sering di katakan sebagai salah satu durian yang terbaik antara duriandurian yang ada di Semenanjung Malaysia ini. Durian Segamat yang pada asalnya di panggil
Durian Kampung ini digemari oleh semua lapisan masyarakat, dari kepelbagaian jenis buah
durian klon dan durian kampung itu sendiri. Isi Durian Segamat yang cengis dan lemak manis
menjanjikan kelazatan rasa buah ini daripada durian-durian yang lain.
Durian Segamat dikenali sebagai Durian Saka, ini adalah kerana pokok yang
menghasilkan durian yang bermutu ini berusia lebih dari 100 tahun. Kawasan-kawasan tanaman
Durian Saka ini di taman oleh penduduk kampung di Segamat ini. Diantara kawasan-kawasan
kampung dimana Durian Saka ini ditanam adalah seperti di Kampung Bumbun, Kampung
Sepinang, Kampung Jabi, Kampung Gelang Chincin, Kampung Pogoh dan juga di sekitar
kawasan Buloh Kasap.

Segamat juga mempunyai lokasi popular bagi penjualan Durian Segamat ini. Diantara
lokasi-lokasi penjualan Durian Segamat seperti di, Persimpangan Lebuhraya Segamat-Kuantan,
Kampung Kadut dan juga di sekitar kawasan Pekan Jabi. Segamat juga menpunyai kawasan
tanaman Durian Segamat dan Durian Klon secara komersial di ladang Unit Perancangan
Ekonomi Negeri Johor (Ladang UPEN) yang terletak di Sekijang. Ladang ini melakukan aktiviti
penanaman durian secara komersial untuk tujuan jualan dan juga pelancongan agrotourism di
Segamat ini.

MAKLUMAT DIRI
NAMA

AYUB BIN RAHMAT

NO.K/P

690525-01-5661 / A1301480

JAWATAN

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI JOHOR,


KAWASAN KEMELAH
TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN SEKIJANG

STATUS

BERKAHWIN

NAMA ISTERI

ARYANI BINTI ABDULLAH

ALAMAT RUMAH

NO. 2, JLN PUTRA 1/38, BANDAR PUTRA,


85000 SEGAMAT,
JOHOR DARUL TA'ZIM.

ALAMAT PEJABAT

NO.23-1, JALAN PUTRA 1/2, BANDAR PUTRA


85000, SEGAMAT, JOHOR DT.

NO. TELEFON PEJABAT/


RUMAH

07-9437767 (Off), 07-9434896 (Res), 019-7797767 (HP)

NO FAKSIMILI

07-9434766

EMEL

ayubrahmat@gmail.com

FACEBOOK

http://www.facebook.com/ayubrahmat
http://www.facebook.com/ayubbinrahmat

KELULUSAN AKEDEMIK

SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN


(BBA HONS).
Universiti Utara Malaysia (UUM)
(1989 1993)

1. PENGERUSI
PERSATUAN BINA BADAN DAN
JAWATAN DALAM
PERSATUAN

1. PRESIDEN PERSATUAN ANGKAT BERAT & BINA BADAN NEGERI JOHOR.


(2007 KINI)
2. NAIB PRESIDEN PERSEKUTUAN ANGKAT BERAT MALAYSIA
(2009 KINI)
3. NAIB PRESIDEN PERSEKUTUAN BINA BADAN MALAYSIA
(2008 KINI)
4. AHLI JAWATANKUASA MAJLIS BELIA NEGERI JOHOR
( 2001 2009 )
5. AHLI JAWATANKUASA MAJLIS KEBUDAYAN NEGERI JOHOR
( 2001 2004 )
6. PENGERUSI, MAYC BAHAGIAN LABIS
(2001 2004)
7. LEFTENAN MUDA
Kompeni C, Batalion 501,
Askar Wataniah
(1993 1997)
8. KAPTEN (Kehormat)
Jabatan Pertahanan Awam
(2002 2004)
9. PENAUNG PERSATUAN SILAT
GAYONG MAKRIFAT
Negeri Johor
(2003 2004)
10. PENGERUSI
Majlis Belia Daerah Segamat
(2002 2010)
11. NAIB PENGERUSI II
Majlis Kebudayaan Daerah Segamat
(2002 - KINI)
12. AHLI MAJLIS PERUNDINGAN
Majlis Perundingan Belia Negeri Johor
(2003 2009 )

13. AHLI JAWATANKUASA

Kecemerlangan Polis Daerah Segamat


(sejak 1998)
14. LEFTENAN KOLONEL ( K ) RELA
15. AHLI LEMBAGA PENGURUS MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR
(2008 KINI)
16. PENGERUSI PENAJA iM PRIHATIN JOHOR
17. PENGERUSI PENAJA PERSATUAN SEPAK TAKRAW DAERAH SEGAMAT

JAWATAN POLITIK

1.

TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN SEKIJANG


(2009 hingga kini)

2.

KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEKIJANG


(2003 2009)

2.

KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI JOHOR


(2002 2004)

3.

KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LABIS


(1998 2003)

4.

KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN KG. MELAYU RAYA


(1984 2009)

ANUGERAH YANG DI TERIMA


1.

MIM : TUN ABD RAZAK YOUTH LEADERSHIP AWARD 1993.

2.

ANUGERAH KEUSAHAWANAN
ALUMNI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 2004.

3.

ANUGERAH ANTARA 100 PELAJAR BERJAYA


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 2004

4.

ANUGERAH LAMAN WEB TERBAIK NEGERI


JOHOR ( KATEGORI ADUN ) 2005

5.

ANUGERAH TOKOH BELIA NEGERI JOHOR 2007

6.

ANUGERAH JASA BELIA JOHOR 2010

7.

ANUGERAH KEPIMPINAN SUKAN BERJAYA 2010

PINGAT YANG DI TERIMA


1.

PINGAT PANGKUAN NEGARA (P.P.N.) 2008

2.

AHLI MANGKU NEGARA (A.M.N.) 2009

3.

DARJAH PANGKUAN SERI MELAKA (D.P.S.M) 2010

MASALAH YANG DIKENALPASTI


Latar Belakang dan Permasalahan
Pada 2.10.2013, wakil kumpulan kami telah mengunjungi lokasi yang ingin kami
jalankan program baktisiswa ini iaitu Sekolah Tadika Ar-Raudhoh Segamat Baru. Sebuah TASKI
ABIM yang beropersai sejak tahun 1986. Sekolah ini beralamat di No 1, Jalan Serikaya 4,
Segamat Baru, Segamat Johor. Sebuah kawasan perumahan yang amat strategik, menjadi laluan
utama ke kawasan taman yang lain. Jalan utama menuju ke Sk Segamat Baru dan Sk Bandar
Putra.
Mempunyai 82 orang murid yang terdiri dari anak-anak 4 hinga 6 tahun. Murid-murid
tersebut adalah tinggal di kawasan berhampiran iaitu di Segamat Baru dan sekitar Bandar Putra.
Mempunyai 3 orang guru yang bertauliah yang mengikuti kursus perguruan di bawah
Kementerian Pelajaran, memiliki Sijil Perguruan dari Kolej Darul Hikmah dan diiktiraf oleh
MQA.

Berdaftar dengan Jabatan Agama Islam, Jabatan Pelajaran Negeri dan Suruhanjaya

Syarikat Malaysia.
Beroperasi dari jam 7.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Waktu pembelajaran formal
ialah bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 12 tengahari. Kelas kemudian di sambung dengan
penjagaan petang serta kelas mengaji dan kelas fardu ain.
Taski Abim ini adalah mengikuti Kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan.

Objektif

penubuhan ialah memberi penghayatan akhlak Islam adab-adab dalam kehidupan seharian.
Kemahiran solat serta bacaan, hafazan surah-surah dari Juzuk Amma. Melatih murid berfikiran
kreatif dengan jasmani yang aktif. Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris juga di ajar sebagai
kurikulum pelajaran serta Kemahiran membaca rumi dan jawi amat ditekankan. Kelas bacaan
Iqra juga diajarkan di tadika ini.
Melihat kemajuan pendidikan di sekolah ini, kumpulan kami rasa tersentuh dengan
prasarana pembangunan sekolah yang mana terdapat beberapa keperluan murid yang perlu
dibantu untuk keselesaan murid.

Kami telah sepakat ingin bersama-sama mebantu membina susur gajah dari pintu masuk
sekolah hinggalah ke bumbung bangunan sekolah.

Ini berikutan ketiadaan bumbung ini

menyebabkan laluan murid terdedah kepada panas di waktu tengahari dan menjadi lebih sukar
apabila hari hujan.
Seorang wakil kumpulan kami telah bertemu dengan tenaga pengajar di sekolah ini dan
menyatakan tujuan kedatangan kami dan proposal program kami ini.

Apa yang lebih

mengembirakan kami sebenarnya apa yang kami fikirkan ini adalah menjadi keinginan pihak
sekolah agar diadakan susur gajah berikutan masalah cuaca itu tadi.
Pihak sekolah dan BAKA (Badan Kebajikan Keluarga ABIM) juag telah mengemukakan
cadangan dan telah memohon beberapa peruntukan untuk tujuan itu tapi masih belum berhasil.
Ini adalah antara keperluan yang amat dikehendaki oleh pihak sekolah selain ada lagi prasarana
lain yang lebih melibatkan belanja yang besar.
Keputusan awal yang boleh dinyatakan disini ialah, jika proposal ini diterima oleh
kumpulan KDCN7, kami akan bersama-sama cuba merealisasikan keinginan dan keperluan ini
bersama dengan BAKA dan agensi-agensi yang lain.
Semoga segala usaha dipermudahkan Allah.

GAMBAR BERKAITAN

Mendapatkan maklumat di Pejabat Daerah Segamat

Temuramah dijalankan dengan Pn Laila di Pejabat Daerah Segamat.

LOKASI PILIHAN

Perbincangan dengan Pn Junaidah bt Moin (Guru)

KAWASAN SUSUR GAJAH YANG DICADANGKAN.

KAWASAN HADAPAN TADIKA AR-RAUDHOH

PIC BAKTISISWA

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya apa yang dicadangkan ini adalah diperlukan oleh pihak tadika.
Pihak tadika amat mengalu-alukan bantuan perlaksanaan projek tersebut. Walaupun projek ini
bukanlah sesuatu yang bukan mudah untuk dilaksanakan tetapi jika ada keizinan dariNya
insyaalah dapat dilaksanakan dengan baik.
Besarlah harapan kami ahli kumpulan agar projek ini terpilih dan dengan ini dapatlah
membantu merealisasikan impian pihak sekolah sendiri. Ini adalah usaha amal yang amat baik
dan dapat membantu menceriakan kanak-kanak dan memberi kemudahan dan keselesaan kepada
anak-anak sekolah ini.

SUMBER RUJUKAN

1. ABIM DAERAH SEGAMAT


2. ms.wikipedia.org/wiki/Segamat
3. Buku Panduan Jabatan Perangkaan Malaysia 2010
4. Pn Junaidah bt Moin (Guru di Tadika Ar-Raudhoh Segamat Baru)
5. Pn Laila ( Pegawai Perangkaan Banci Penduduk di Pejabat Daerah Segamat)

You might also like