You are on page 1of 4

Teknik Kawalan Kelas : Satu Pendekatan Menggunakan Teknik PAC Dalam Kelas Tingkatan 1

Pintar SM St Martin, Tambunan, Sabah.

MOHAMMAD NOR HARIZAN BIN MOHD KAMIS


891217-10-5981
GURU PANITIA BAHASA MELAYU

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah St Martin, Tambunan, Sabah. Kajian ini adalah
bertujuan untuk melihat perkembangan tingkahlaku disiplin pelajar semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran( PdP) berlangsung dengan menggunakan teknik P.A.C. Jesteru, satu kajian
telah dilakukan dengan pemilihan kelas akhir iaitu kelas tingkatan 1 Pintar sebagai subjek kajian
atau responden. Pemilihan yang dilakukan adalah bagi melihat keberkesanan teknik P.A.C
untuk mendisiplinkan pelajar semasa PdP. Tinjauan awal mendapati tingkahlaku disiplin pelajar
tingkatan 1 Pintar amat nakal dan kadang kala guru tidak dapat mengawal keadaan kelas
dengan baik disebabkan oleh pelajar yang Hyperactive dan sering kali guru subjek yang
mengajar di kelas tingkatan 1 Pintar akan mengeluh apabila berbicara mengenai kelas tersebut.
Kajian ini menggunakan 3 pendekatan yang berbeza dalam menangani masalah kawalan kelas
tingkatan 1 Pintar iaitu pendekatan PARENT, pendekatan ADULT dan pendekatan CHILDREN.
Keseluruhan kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian, penglibatan secara langsung dan
perubahan tingkah laku. Dapatan kajian menunjukan bahawa pelaksanaan teknik P.A.C
merupakan satu kajian yang baik kerana secara keseluruhan dapatan kajian menunjukan
bahwa terdapat perubahan besar dalam kawalan kelas tingkatan 1 Pintar semasa teknik ini
digunakan. Oleh yang demikian teknik P.A.C ini amat sesuai digunakan bagi guru yang
menghadapi masalah dalam kawalan kelas.

1.0 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran(PdP) Lalu.


Sesi pengajaran dan pembelajaran kebanyakan guru yang mengajar tingkatan 1 Pintar, majority
mengutarakan masalah yang sama iaitu kelas 1 Pintar terlalu sukar dikawal, sering bercakapcakap, suka mengejek rakan ketika sesi Pengajaran dan pembelajaran berlaku dan kadang kala
bergaduh semasa guru mengajar di hadapan kelas. Pelbagai tindakan disiplin telah diambil oleh
pihak sekolah seperti memanggil pelajar bermasalah, merotan pelajar, mendenda pelajar yang
tidak siapkan nota dan membuat latihan kerja rumah dan sebagainya namun semuanya ibarat
mencurah air ke daun keladi, tidak mendatangkan perubahan malahan semakin menjadi
masalah kawalan kelas 1 Pintar.
Setelah tinjauan awal dibuat ketika pengkaji melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran
di tingkatan 1 Pintar, secara kesimpulannya masalah kawalan kelas tingkatan 1 Pintar berpunca
daripada sikap pelajarnya. Pelajar 1 Pintar dapat dikatogerikan kepada 4 kumpulan utama
iaitu:1.1 Kumpulan pelajar lelaki yang suka mengejek pelajar lain.
1.2 Kumpulan pelajar perempuan yang suka membalas perbuatan pelajar lain.
1.3 Kumpulan pelajar yang inginkan perhatian guru dan rakan-rakan.
1.4 Kumpulan pelajar yang berdiam diri.
Sehubungan dengan itu, satu tindakan perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini daripada
terus menjadi lebih buruk dan menganggu sesi pengajaran dan pembelajaran guru.
2.0 Isu keperihatinan

Melihat kepada latar belakang pelajar tingkatan 1 Pintar, secara kesimpulannya pelajar 1 Pintar
mempunyai latar belakang keluarga yang miskin dan tidak berkemampuan . Melihat
kesungguhan sesetengah pelajar 1 Pintar yang hadir ke sekolah untuk belajar dengan
membawa harapan ibu bapa dan di sekolah pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kerana
terdapat pelajar lain menimbulkan masalah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran maka ini
menganggu prestasi sesetengah pelajar. Hasil keputusan peperiksaan penggal pertama
menyaksikan terdapat sejumlah pelajar yang mendapat markah 0 seolah-olah tidak mempunyai
apa-apa pengetahuan, Jesteru, bagi mengatasi masalah ini dan memberi sedikit harapan
kepada pelajar maka kajian ini dilakukan.
Hasil kajian mendapati punca masalah kawalan kelas ini adalah seperti berikut:2. 1 Tidak dapat memberi tumpuan yang lama.
2.2 Sesi PdP yang membosankan.
2.3 Keupayaan berfikir yang amat rendah bagi sesetengah pelajar.
2.4 Melihat sekolah sebagai tempat berjumpa rakan-rakan dan bermain.
Sekiranya perkara ini dibiarkan berterusan maka pelajar tingkatan 1 Pintar akan ketinggalan
dalam akademik dan juga disiplin. Hal ini akan membuatkan pelajar tingkatan 1 pintar lambat
berkembang dari segi akademik dan pemikiran serta sikap. Hal ini akan bertambah serius jika
tidak diambil tindakan kerana boleh menjadi duri dalam daging Sekolah Menengah St Martin
dan juga masyarakat sekeliling.
3.0 Objektif Kajian
3.1 Objektif Umum

Secara umumnya, kajian ini adalah bertujuan untuk memperbaiki tingkahlaku dalam kalangan
pelajar sekolah SM ST Martin, Tambunan, Sabah terutama pelajar di kelas kedudukan akhir.

3.2 Objektif Khusus


3.2.1 Mengenal pasti teknik kawalan kelas yang sesuai digunakan semasa pengajaran
dan pembelajaran (PdP).
3.2. 2 Mengkaji punca masalah kawalan kelas tingkatan 1 Pintar SM St Martin,
Tambunan.

4.0 Kumpulan Sasaran/responden/sampel


Pemilihan responden atau sampel adalah berdasarkan kaedah persampelan bertujuan. Kaedah
ini diguna pakai untuk menentukan sampel kerana pengalaman mengkaji tingkah laku
kumpulan yang sama. Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada 32 orang pelajar tingkatan 1
Pintar, SM St Martin, Tambunan, Sabah.
5.0 Kaedah Kajian/ Metodologi Kajian

You might also like