HBEM 1203 Educational Planning

You might also like

You are on page 1of 16

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES (FEL)

______________________________________________________________________

HBEM3303
EDUCATION ACTS AND REPORTS

SEMESTER SEPTEMBER 2014

NO. MATRIK

NO. KAD PENGENALAN :

800925035973

NO. TELEFON

013-9677543

ALAMAT E-MEL

azmi_derahman@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN :

800925035973001

TAWAU, SABAH

SEMESTER SEPTEMBER 2013


0

BIL

TAJUK

PENGENALAN
1.1 Objektif:-

MUKA
SURAT

1.2 Akauntabiliti
2

KAEDAH PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA

CIRI-CIRI UTAMA DALAM PROSES PENGURUSAN


KEWANGAN SEKOLAH
3.1 Perancangan
3.2 Penyusunan
3.3 Arahan
3.3 Kawalan

PENILAIAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

KESIMPULAN

13

RUJUKAN

15

1.

PENGENALAN

Kewangan merupakan nadi bagi setiap individu dan organisasi untuk meneruskan
kelangsungan dan fungsi kehidupannya.

Demikian juga halnya dengan peranan

kewangan di institusi pendidikan di peringkat sekolah. Justeru, pengurusan kewangan


perlu ditadbir dengan cekap dan berhemat, agar kewangan boleh diperolehi secukupnya,
dibelanja dan diurus mengikut tatacara yang betul serta dapat memenuhi matlamat
organisasi.
Berdasarkan sistem yang ada sekarang, pengetua selaku pentadbir sekolah adalah
bertanggungjawab penuh untuk merancang, mengurus, mengawal serta menentukan
pengurusan kewangan di sekolahnya dengan cekap dan berkesan. Peraturan Akaun dan
Audit dalam Akta Pelajaran 1961, menetapkan agar pengetua menyimpan rekod-rekod
kewangan sekolah secara teratur dan semua akaun sekolah bagi tahun semasa harus
dihantar untuk diaudit sebelum tahun berikutnya.
Pengetua juga bertanggungjawab dalam menentukan pentadbiran kewangan sekolah
dikendalikan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam Perintah
Kewangan. Pengetua dikehendaki mengkaji dan mematuhi segala prosedur kewangan
bagi menentukan kelicinan pengurusan kewangan sekolah. Sejauh mana pengurusan
kewangan di sekolah dapat dilaksanakan dengan sistematik adalah bergantung kepada
kemahiran, kepimpinan dan sikap tanggung jawab pengetua.

Pengetua merupakan

pegawai kerajaan yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk memastikan bahawa


aspek pengurusan kewangan sekolah dijalankan mengikut prosedur dan peraturan yang
telah ditetapakan oleh kerajaan melalui surat-surat Pekeliling Kewangan dan Perakaunan
Sekolah; Arahan Perbendaharaan; dan AktaPendidikan 1996 (Mokhtar Ibrahim, 2003).

1.1

Objektif:Kajikan yang dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengurusan


kewangan dan penglibatan kakitangan terutama sekali pengetua sekolah dalam
mencapai objektif berikut: Untuk mengadakan kawalan yang ke atas pungutan dan perbelanjaan yang
dilakukan oleh sekolah dengan cara teratur supaya tidak berlaku kesilapan
dan kehilangan;
Memudahkan pelaksanaan tugas pengetua terhadap perakaunan kewangan
sekolah;
Membolehkan kedudukan sebenar perakaunan dan kewangan sekolah
diketahui pada masa-masa tertentu (Zaidatol Akmaliah, 2001);
Sehubungan dengan itu Mahashim Bajuri (1994), menegaskan bahawa fungsi
utama pengurusan kewangan meliputi: Merancang penggunaan dan keperluan kewangan;
Memperolehi sumber kewangan;
Mendapatkan wang dengan syarat-syarat yang ditentukan, dan;
Melaporkan prestasi kewangan.

1.2

Akauntabiliti
Akauntabiliti

merupakan

satu proses yang

melibatkankan

perancangan,

pengagihan dan penggunaan tenaga manusia, wang tunai, barangan (aset) dan
perkhidmatan bagi memenuhi matlamat sesebuah sekolah. Sehubungan dengan
itu, pengetua perlu:-

Mematuhi Arahan Perbendaharaan, Pekeliling dan Surat Pekeliling


Perbendaharaan. Tatacara
Kumpulan

Wang

Pengurusan Kewangan dan Perakaunan

Sekolah

serta

arahan

dari

Bahagian-Bahagian

Kementerian Pendidikan Malaysia: dan;


Menyediakan sistem kawalan dalaman dan struktur organisasi yang sesuai
untuk menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.
2.

KAEDAH PENGUMPULAN DAN ANALISA DATA

Kajikan ini dijalankan ke atas Kolej Vokasional Tawau, Sabah.

Kajian dilakukan

berdasarkan Garis Panduan Kementerian Pendidikan Malaysia. Keizinan telah diperolehi


dari pengetua sekolah berkenaan untuk mengedarkan soalan kaji selidik dan juga
menjalankan temubual spontan terhadap beberapa responden yang terpilih pada masa
yang telah ditetapkan oleh pengetua.

Responden terdiri daripada beberapa individu

seperti Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Penolong Kanan Kokurikulum, Ketua-Ketua Bidang, kerani-kerani Kewangan dan
Pentadbiran serta beberapa orang guru yang mana tugas mereka turut berkait rapat secara
langsung mahupun tidak dalam proses yang melibatkan kewangan sekolah.
Sebelum temubual dilaksanakan, soalan kaji selidik telah diedarkan kepada respondenrseponden yang terlibat. Ia mengandungi dua bahagian iaitu;
Bahagian 1 Soalan-soalan berkaitan dengan latar belakang responden dan;
Bahagian 2 Soalan-soalan berkaitan dengan fungsi pengurusan kewangan di
sekolah.
Setelah pengumpulan data melalui kedua-dua kaedah tersebut dilaksanakan, rujukan
terhadap Laporan Tahunan, buku-buku, jurnal, minit mesyuarat dan majalah yang
berkaitan dengan perancangan serta pelaksanaan KPI pengurusan kewangan di sekolah
berkenaan turut dibuat bagi semakan silang dan melengkapkan analisa data. Laman

sesawang rasmi sekolah berkenaan juga telah dilayari namun didapati maklumat tidak
kemaskini.
3.

CIRI-CIRI UTAMA DALAM PROSES PENGURUSAN KEWANGAN


SEKOLAH

Berikut merupakan maklumat-maklumat yang diperolehi hasil dari temubual, soal selidik
dan dokumentasi-dokumentasi sekolah yang dikaji.

Fungsi utama seorang pengetua

adalah bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan sekolah yang sebenarnya sangat


kompleks. Ia merangkumi beberapa aspek seperti pentadbiran, pengurusan dan juga
kepimpinan. Pengurusan kewangan merupakan satu proses di mana jentera pentadbiran
kerajaan menggunakan cara-cara tertentu bagi memperolehi dan memperuntukkan
sumber-sumber kewangan berdasarkan kepada keutamaan-keutamaan berkenaan dan
mematuhi prosedur-prosedur serta kawalan-kawalan tertentu bagi mencapai matlamatmatlamat awam secara cekap dan berkesan. Dalam pengurusan kewangan tradisional,
tiga komponen utama yang perlu diberi perhatian iaitu belanjawan, pembiayaan dan
kawalan termasuk perakaunan, laporan dan auditan.
Selain daripada itu, pengetua juga berdepan dengan dua prinsip utama dalam
menjalankan tugasnya iaitu legaliti dan akuntabiliti. Legaliti bermaksud pengurusan
kewangan mestilah mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang digubal oleh
kerajaan. Legaliti yang terpaksa dipikul oleh seseorang pengetua termasuk terimaan
wang awam, simpanan wang awam, pengeluaran wang awam, bayaran wang awam dan
perakaunan wang awam.
Akauntabiliti yang bermaksud memikul amanah untuk menjalankan aktiviti yang
ditentukan secara bertanggungjawab atas kejayaan atau kegagalannya. Aspek yang perlu
dipikul oleh pengetua ialah:i. Akauntabiliti Fiskal dari segi integriti kewangan, maklumat, pematuhan kepada
undang-undang dan peraturan pentadbiran awam.;

ii. Akauntabiliti Pengurusan dari segi penggunaan tenaga manusia dan sumber-sumber
lain secara cekap dan ekonomik;
iii. Akauntabiliti Program dari segi impak program, iaitu sama ada sesuatu program
mencapai objektif yang dirancangkan dan opsyen yang terbaik telah dipilih untuk
mencapai objektif berkenaan dengan mengambilkira jumlah kos dan output (Farzeli Che
Mat, 2000).
Di samping itu, didapati tugas pengetua berkaitan kewangan sekolah turut merangkumi: Penyediaan anggaran belanjawan;
Mengurus tuntutan pembayaran per kapita dan peruntukan-peruntukan yang
lain;
Menentukan segala kutipan yuran dan sewa serta lain-lain sumber dibuat
dengan sempurna;
Mengurus segala perbelanjaan dan pembayaran;
Mengurus dan menyempurnakan urusan pembayaran gaji;
Mengurus dan menyelenggarakan buku Tunai untuk akaun dana Kerajaan,
akaun Suwa, dan akaun Asrama serta panjar wang runcit;
Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa dan bantuan
pelajar;
Menentukan buku stok diselenggarakan dan dikemas kini;
Menentukan tatacara hapuskira stok dibuat dengan sempurna;
Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa,
wang runcit dan lain-lain;
Menjadi Pengerusi Lembaga Tender atau sebutharga sekolah;
Menjadi setiausaha Lembaga Kewangan dan Lembaga Pengurus Sekolah;
Berikhtiar mendapatkan punca-punca kewangan sekolah;

Pengurusan setiap jenis dana yang ada di sekolah termasuk tatacara dan
proses pungutan wang, pembelian dan pembayaran;
Penyelenggaraan buku-buku akaun;
Menyelenggara dan menjaga tatacara menyimpan stok atau alatan untuk pusat
sumber, pejabat, makmal, bengkel dan lain-lain;
Pengurusan kewangan di kedai buku, kedai koperasi serta tender kantin;
Keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh juruaudit akaun sekolah.
Justeru, bagi melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan teratur pengetua akan dibantu
oleh pasukan yang terdiri dari anggota bawahannya. Secara ringkasnya, pengurusan
kewangan di sekolah akan melibatkan empat proses utama iaitu merancang, menyusun,
mengarah dan mengawal demi memastikan segalanya perlaksanaan aktiviti-aktiviti
sekolah dapat berjalan dengan lancar. Berikut adalah deskripsi bagi setiap segmen yang
terlibat:3.1

PERANCANGAN
Menetapkan matlamat dan objektif kewangan sekolah;
Menentukan bagaimana mencapainya;
Mengumpul dan menganalisis maklumat;
Menentukan tugas yang perlu dijalankan bagi mencapai matlamat.
Perancangan yang berkesan melibatkan: Membuat keputusan berdasarkan strategi yang hendak dilaksanakan bagi
mencapai sesuatu objektif;
Pengagihan sumber ( kepada bahagian/aktiviti tertentu di sekolah );
Penjadualan bagi memastikan matlamat tercapai;
Penyediaan sistem kawalan agar tindakan pembetulan dapat diambil;
Memilih matlamat untuk sekolah dan matlamat bagi setiap aktiviti;

Membentuk program untuk mencapai matlamat dengan cara yang sistematik;


Mengutamakan sumber manusia dan jangkamasa di mana objektif
pencapaiannya adalah realistik dan jangkamasa adalah berpatutan
3.2

PENYUSUNAN
Bagaimana mendapatkan kemudahan, sumber bahan dan lain-lain;
Menentukan rangka kerja yang cekap melalui proses penentuan kerja atau
pembahagian tugas;
Membahagikan kumpulan kerja dalam bentuk, susunan atau struktur tertentu;
Menentukan struktur kewibawaan dan mekanisme sekolah;
Membina dan mendefinisikan kaedah dan prosedur;
Memilih dan memberitahu anggota mengenai sumber yang ada / tersedia atau
yang boleh diperolehi.

3.4

ARAHAN
Mengambil daya usaha dan inisiatif dalam menggerakkan sesuatu aktiviti;
Memimpin dan menentukan hala tuju kepada kumpulan;
Menentukan jangka waktu dan kos;
Mengeluarkan arahan;
Memberi panduan, dorongan dan ransangan;
Memberi bimbingan, latihan, teguran dan tunjuk ajar dalam mencapai sesuatu
matlamat.

3.5

KAWALAN
Menyelia proses pelaksanaan;
Membuat pemerhatian dan pencerapan;
Membuat penilaian prestasi;

Membuat laporan mengenai kemajuan;


Membetulkan kesalahan & penyelewengan;
Membuat penilaian di peringkat-peringkat pelaksanaan perancangan.
Perakaunan Kewangan Sekolah juga merupakan aspek utama dalam segmen kawalan di
mana ia perlu memenuhi ciri-ciri perakaunan kewangan umum yang sedang digunapakai
iaitu ciri-ciri umum perakaunan kewangan, antaranya ialah: Dapat melaporkan kepada pihak yang memerlukan mengenai perakaunan
kewangan yang dijalankan oleh sekolah;
Merupakan ringkasan aktiviti yang telah lalu seperti kegiatan-kegiatan yang
telah dijalankan;
Bersifat objektif;
Berasaskan data yang tepat seperti yang terdapat dalam dokumen sumber
kewangan;
Merupakan ringkasan kegiatan atau urusniaga;
Disediakan mengikiut prinsip perakaunan yang diterima umum. Ia mesti
dibuat berdasarkan akta dan arahan kerajaan.
Bagi tujuan itu, perakaunan kewangan sekolah, menurut Omardin Ashaari (1996),
disebut sebagai Sistem Perakaunan Dana.

Sistem ini memerlukan pihak sekolah

mewujudkan dana tertentu berdasarkan punca-punca pendapatan dan penggunaannya.


Pada masa kini terdapat Dana Kerajaan, Dana Suwa dan Dana Asrama. Bagi ketiga-tiga
dana ini perlulah telah diwujudkan akaun bank yang berasingan bagi memudahkan proses
pengauditan bagi satu-satu tahun kewangan.
4.

PENILAIAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Hasil kajian mendapati penglibatan pengetua dalam pengurusan kewangan sekolah


hanya sekitar 55% sahaja. Tahap pengetahuan pengetua dan kerani-kerani kewangan
serta responden lain yang berkaitan dalam semua aspek pengurusan kewangan hanyalah
9

sekitar 65% - 70%.

Tahap pengetahuan ini tidak mencukupi bagi membolehkan

pengetua membuat perancangan kewangan di samping menyelia kerja-kerja perkeranian


dengan berkesan akibat kekurangan pengetahuan dalam bidang tugas yang berkaitan.
Sebagai seorang pegawai pengawal atau orang yang diwakilkan kuasa, pengetua wajib
memastikan urusan kewangan sentiasa dalam keadaan sempurna (Akta Prosedur
Kewangan, 1957; Arahan Perbendaharaan, 1997). Alasan tidak tahu peraturan ataupun
arahan untuk mengelak daripada dikenakan tindakan jika terdapatnya ketidakpatuhan
terhadap peraturan-peraturan danundang-undang dalam melaksanakan tugasnya (Arahan
Perbendaharaan, 1997) tidak boleh diterima. Ini merupakan salah satu punca kelemahan
pengurusan kewangan yang kerap dibangkitkan oleh KetuaAudit Negara di mana
kurangnya penglibatan pihak pengurusan dalam hal-hal kewangan dan akaun.

Ini

menyebabkan kurangnya penyeliaan dan pengawasan pengetua ke atas pegawai dan


kakitangan yang berurusan terus dengan pelbagai transaksi dan perolehan.
Kurangnya penglibatan pengetua dalam pengurusan kewangan berkemungkinan
disebabkan beliau kekurangan ilmu pengetahuan kerana hanya menerima latihan formal
pengurusan kewangan setelah dilantik menjadi pengetua . Namun terdapat juga pengetua
yang belum lagi hadir sebarang kursus pengurusan kewangan secara formal daripada
Institut Aminuddin Baki (IAB), institusi yang bertanggung jawab bagi melatih pengetua
dalam hal-hal pengurusan dan kepimpinan sekolah, walaupun mereka telah lama dilantik.
Oleh kerana itu, kajian ini ingin mencadangkan agar memastikan pengetua dan
kakitangan yang terlibat dihantar untuk mengikuti semua kursus yang berkaitan dengan
kewangan bagi melihat sejauh manakah kesan latihan pengurusan kewangan kelolaan
IAB terhadap perubahan amalan pengetua khususnya dari aspek penglibatan mereka
dalam pengurusan kewangan sekolah. Disamping itu, kajian juga ingin meninjau tahap
keberkesanan pengurusan kewangan pegetua. Keterlibatan dan keberkesanan merupakan
dua elemen penting bagi memastikan pengurusan kewangan sekolah berjalan dengan
cekap dan berkesan kerana kedua-dua pembolehubah tersebut merupakan petunjuk yang
mencerminkan seseorang pengetua itu mempunyai ilmu pengetahuan yangmencukupi
untuk menerajui sesebuah sekolah.

10

Keterlibatan pengetua dalam pengurusan kewangan merujuk kepada kesungguhan dan


komitmen mereka dalam mengurus kewangan sekolah secara telus, berintegriti
dan bertanggungjawab dengan melibatkan diri dalam setiap aspek dan peringkat
pengurusan kewangan sekolah.

Pengetua yang mempunyai ilmu pengetahuan dan

kompetensi tinggi dalam pengurusan kewangan seharusnya mampu memantau dan


menyelia setiap aspek dan peringkat pengurusan kewangan sekolah. Oleh itu, dalam
kajian ini keberkesanan pengurusan kewangan pengetua merujuk kepada pertimbangan
keyakinan pengetua dalam mengurus, mentadbir, dan menangani pelbagai isu dan
masalah yang timbul dalam hal-hal pengurusan kewangan sekolah dengan jayanya.
Pengetua yang mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman seharusnya memiliki
keberkesanan pengurusan kewangan yang tinggi bagi memastikan pengurusan
kewangan sekolah terlaksana dengan teratur serta mengikut undang-undang.
Pengurusan kewangan sekolah merupakan elemen terpenting bagi mengurus sesebuah
sekolah dengan lebih berkesan. Kerajaan akan rugi jutaan ringgit jika sekiranya
pengurus- pengurus sekolah kurang upaya dalam mengurus kewangan sekolah dengan
cekap dan berkesan.

Lantaran itu seharusnya pengetua sekolah mesti diberi

pendedahanyang secukupnya dalam aspek-aspek pengurusan kewangan sekolah bagi


memastikan kelangsungan dasar-dasar kerajaan dapat direalisasikan. Oleh itu, dapatan
kajian

ini

menyokong

supaya

pengetua

sekolah

mesti

didedahkan

kepada

kursus pengurusan kewangan sekolah sebaik sahaja mereka dilantik kerana kehadiran
mereka dalam kursus dapat meningkatkan efikasi pengurusan kewangan mereka.
Sehubungan dengan itu, pengurusan kewangan secara sistematik adalah terletak
sepenuhnya kepada pengetua.

Sebagai orang yang menjadi pengurus di sekolah,

pengetua memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan tugas-tugas kewangan.


Perancangan kewangan yang berkesan, kawalan yang rapi ke atas penerimaan dan
perbelanjaan dana-dana yang ada perlu diberi perhatian yang serius.

Pengurusan

kewangan merupakan salah satu aspek yang amat penting dalam pengurusan sekolahsekolah kerana pengurusan kewangan yang tidak cekap boleh menimbulkan banyak

11

masalah. Selain daripada mengganggu pengurusan sesebuah sekolah, ia menjejaskan


perlaksanaan core business sekolah iaitu pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang
demikian, seorang pengurus sekolah harus mengambil tindakan yang tegas dalam
memastikan agar pengurusan kewangan sekolahnya adalah cekap dan berkesan supaya
penyelewengan tidak berlaku.

Sesungguhnya, pemimpin yang berkualiti akan

merealisasikan kejayaan sesebuah organisasi.


Penambahan peruntukan wang kerajaan perlu dipohon dalam belanjawan sekolah selaras
dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Kadar bantu per kapita yang digunakan
sekarang adalah berdasarkan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 tahun 2002, Pemberian
Per Kapita Gran (PCG) untuk Sekolah-sekolah.

Harga barang-barang seperti kertas

pendua, peralatan sukan dan perrnainan, serta kadar tarif utiliti seperti elektrik, air, dan
telefon telah pun dinaikkan. Jumlah penggunaan utiliti tersebut di sekolah. juga telah
meningkat misalnya jumlah penggunaan elektrik bagi komputer, Internet, mesin fotostat,
dan pendingin hawa telah meningkat. Oleh itu, kadar bantuan perlu diselaraskan setiap
tahun dengan kenaikan indeks harga barangan dan perkhidmatan semasa. Begitu juga,
peruntukan PCG mata pelajaran mengikut Teras, Wajib, Tambahan dan Elektif sepatutnya
dirombak semula dan diganti dengan formula yang baru iaitu pemberian peruntukan PCG
mata pelajaran perlu mengikut keperluan mata pelajaran atau setiap mata pelajaran diberi
peruntukan PCG, terutarna bagi kumpulan mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan.
Pihak PIBG sekolah perIu berusaha mewujudkan satu tabung untuk membantu pelajarpelajar yang datang dari keluarga miskin iaitu yang mempunyai status sosio-ekonomi
(SES) yang rendah. Tabung bantuan ini boleh diwujudkan dan ditambah setiap tahun
melalui pelbagai projek yang boleh diusahakan oleh pihak PIBG.

Dalam pada itu,

bantuan yang diberi tidak semestinya bantuan penuh untuk membayar yuran khas
ataupun yuran peperiksaan awam. Sebaliknya, untuk membantu lebih rarnai pelajar
bantuan yang diberi mungkin dalarn bentuk sebahagian daripada yuran-yuran tersebut.
Disamping itu, pihak sekolah mungkin boleh berusaha mendapatkan biasiswa untuk
pelajar-pelajamya. Salah satu sumber untuk mendapatkan sumbangan bagi biasiswa

12

adalah melalui persatuan murid tuanya. Sekiranya sesebuah sekolah itu tidak mempunyai
persatuan tersebut, maka pihak sekolah boleh berusaha dengan menghubungi murid
tuanya yang telah berjaya. Sudah pasti setiap sekolah mempunyai murid tua yang telah
berjaya. Bagi mengatasi masalah pelajar telah membelanjakan yuran yang telah diberi
oleh ibu bapa, pihak sekolah harus mengambil tindakan untuk mengesan kes-kes tersebut
dengan segera. Misalnya, pihak sekolah boleh memaklumkan kepada pihak ibu bapa
supaya meminta resit yuran daripada anak-anak mereka sehari selepas diserahkan wang
yuran kepada anak-anak mereka. Makluman ini boleh disampaikan melalui PIBG iaitu
sarna ada melalui surat ataupun melalui Mesyuarat Agung Tahunan PIBG sekolah.
Bagi mengatasi masalah perubahan status guru daripada guru bukan siswazah kepada
guru siswazah yang memberi kesan ke atas bajet sekolah yang menjadi PTJ maka adalah
dicadangkan supaya pihak sekolah memberi laporan tentang hal tersebut secepat
mungkin.

Sehubungan dengannya, pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) hendaklah

memberi pertimbangan dan meluluskan peruntukan tambahan selewat-lewatnya pada


pertengahan tahun supaya pengurusan kewangan sekolah dapat dilicinkan. Disamping
itu, pihak JPN juga perlu memberi pertimbangan yang sewajarnya apabila sekolah
sebagai PTJ membuat permohonan untuk peruntukan tambahan bagi projek yang telah
pun diluluskan. Ini adalah disebabkan oleh masalah inflasi atau pun kenaikan harga
barangan setiap tahun.
Pihak sekolah perlu mengadakan program-program tertentu bagi mengubah sikap guru
untuk dapat melicinkan lagi pengurusan kewangan sekolah. Guru-guru perlu menyedari
betapa pentingnya pengurusan kewangan sekolah. Dalam pada itu, nilai-nilai positif
seperti akauntabiliti, telus, amanah, tanggungjawab dan sebagainya perlu diterapkan
dengan mengadakan program-program ceramah yang melibatkan Bahagian Kewangan
JPN / Kementerian Pelajaran, pihak lAB serta agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan
Audit dan SPRM. Program-program berkenaan boleh dilaksanakan sebagai program
perkembangan staf di sekolah. Bagi kes-kes yang serius, pengetua sendiri hendaklah
mengambil tindakan untuk berbincang dengan guru berkenaan.

13

5.

KESIMPULAN

Pengurusan kewangan sekolah merupakan satu tugas penting yang diamanahkan kepada
pengetua. Dengan bantuan yang diberikan oleh penolong kanan, guru-guru kanan atau
ketua-ketua bidang serta kerani-kerani sekolah, tugas-tugas kewangan yang telah
disenaraikan oleh Kementerian Pendidikan telah dapat dilaksanakan. Namun begitu,
terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian dan diadakan tindakan pengawalan
agar sebarang bentuk kelemahan dapat di atasi. Sifat-sifat manusia seperti kemahiran,
kejujuran dan motivasi akan mempengaruhi pelaksanaan tugas-tugas kewangan.
Pengetua turut berperanan mengamalkan amalan-amalan terbaik dan perlu cekap serta
bijak dalam melaksanakan pengurusan kewangan sekolah apatah lagi untuk melahirkan
modal insan yang terus berkhidmat dengan cemerlang dan berminda kelas pertama.
Hasrat ini sangat bertepatan dengan gagasan Satu Malaysia. Melalui motto Rakyat
(pelanggan) Didahulukan dan Prestasi Diutamakan , diharapkan pengetua dapat
memberikan perkhidmatan profesional yang berkualiti, lebih akauntabiliti dan menepati
pencapaian Petunjuk Prestasi (KPI) melalui Petunjuk Keberhasilan Prestasi (NKRA) oleh
organisasi masing-masing. Pengetua perlu jelas bahawa ukuran keberkesanan sekolah
adalah bermula dari situasi di sebuah bilik darjah hingga kepada prestasi organisasi
sekolah. Adalah diharapkan melalui pelaksanaan ini akan dapat membuka peluang, ruang
perkongsian idea, data, pengalaman serta pandangan terhadap permasalahan pengurusan
kewangan pendidikan yang terkini.
bergerak

perlahan

dalam

konteks

Semua pihak yang teribat tidak boleh leka dan


mempersiapkan

diri

dan

memperkemaskan

keberkesanan tindakan. Kaedah berfikir secara statik perlu dielakkan kerana cabaran
masa akan datang memerlukan corak pemikiran dan tindakan yang berbeza..
Akhir

sekali,

diharapkan

pihak

Kementerian

Pendidikan

atau

pihak

yang

bertanggungjawab dalam bidang pendidikan perlu melantik pengetua yang telah


mendapat kursus dalam bidang pengurusan kewangan sekolah terlebih dahulu. Bagi
pengetua yang sedang berkhidmat pula perlu diberi latihan atau kursus berkaitan dengan
bidang kewangan. Demikian juga dengan kerani-kerani am di sekolah perlu diberi kursus

14

untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang yang berkaitan dengan kewangan
sekolah. Diharapkan dengan latihan dan kursus yang diberikan itu akan membolehkan
sekolah melaksanakan sistem perakaunan sekolah dengan lebih berkesan demi
peningkatan prestasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
(2,917 patah perkataan)
6.

RUJUKAN

Buku dan jurnal


Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (2001). Pentadbiran Pendidikan, Petaling Jaya, Penerbit
Fajar bakti. Sdn. Bhd.
Mahashim Bajuri (1994). Pengurusan Kewangan Satu Pengenalan. Petaling Jaya,
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Farzeli Che Mat (2000). Pengurusan Kewangan Sekolah Menengah Kebangsaan St.
Patrick Satu Kajian Kes, Kertas Kerja Ilmiah yang tidak diterbitkan.
Laman sesawang
http://www.sabah.edu.my/smtekniktwu/
http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ikhtisas-view?id=164
http:// www.moe.gov.my

15

You might also like