You are on page 1of 15

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES (FEL)

______________________________________________________________________

HBEM1303
CURRICULUM MANAGEMENT

NAMA

NO. MATRIK

NO. KAD PENGENALAN

NO. TELEFON

ALAMAT E-MEL

TUTOR

PUSAT PEMBELAJARAN

TAWAU, SABAH

SEMESTER SEPTEMBER 2013

BIL

TAJUK

MUKA
SURAT

1.0

PENGENALAN

2.0

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

3.0

AKTIVITI-AKTIVITI UTAMA PKG TAWAU:3.1

KHIDMAT BANTU RANGKAIAN SETEMPAT (LAN)

3.2

BENGKEL PENGURUSAN AKTIVITI PUSAT SUMBER


SEKOLAH AHLI PKG TAWAU TAHUN 2013 KURSUS
ASAS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

3.3
3.4

4.0

KURSUS ASAS
SEKOLAH

PENGURUSAN

PUSAT

TAKLIMAT
PELAKSANAAN
SMART
QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) 2013

SUMBER
SCHOOL

DESKRIPSI SALAH SATU AKTIVITI UTAMA PKG TAWAU


MENGOPTIMAKAN PENGURUSAN DAN PENGGUNAAN
PERKHIDMATAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

5.0

PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM DALAM


MENINGKATKAN KOMPENTENSI GURU

6.0

KESIMPULAN

12

7.0

RUJUKAN

14

1.0

PENGENALAN

Kajian ini dilaksanakan ke atas Pusat Kegiatan Guru (PKG) di daerah Tawau sebagai satu
usaha untuk menganalisis peranan penyelaras PKG dari segi pengurusan, pembangunan
serta penggunaan pusat-pusat sumber sekolah oleh guru-guru sekolah rendah dan
menengah. Ia juga bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dialami oleh pengguna
Pusat Sumber Sekolah. Pandangan guru-guru dengan merujuk kepada fungsi PKG telah
diminta bagi tujuan menyediakan strategi untuk menjadikan PKG sebagai tempat yang
lebih berkesan dalam memperolehi perkihdmatan serta mengaplikasi maklumat yang
dipelajari di dalam pekerjaan.
Tujuan kajian ini adalah untuk menilai tahap penggunaan PKG di kalangan guru-guru di
sekolah menengah di Tawau untuk pengajaran dan pembelajaran. Tumpuan penyelidikan
masa lalu hanyalah berdasarkan penggunaan PKG oleh guru-guru secara am sahaja,
manakala kajian ini adalah lebih terperinci dengan memfokuskan kepada kekerapan
penggunaan dan tahap penggunaan, perkhidmatan, ruang, sumber dan kemudahan yang
disediakan oleh PKG. Kajian ini merupakan usaha untuk mengaitkan pengetahuan guru
terhadap konsep pengajaran dan pembelajaran khususnya pembelajaran berasaskan
sumber, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat. Di samping itu, kajian ini
juga bertujuan untuk mengenal pasti kekangan yang dihadapi oleh guru-guru dalam
menggunakan pusat-pusat sumber untuk pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali,
kajian ini turut meneroka kecenderungan penyertaan guru dalam aktiviti dan programprogram yang dianjurkan oleh PKG.
2.0

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Kajian ini dilakukan berdasarkan Garis Panduan Kementerian Pendidikan Malaysia,


Laporan Tahunan, buku-buku, jurnal dan majalah yang berkaitan dengan PKG dan
hubungkaitnya dengan Pusat Sumber. Borang soal selidik serta temubual telah dijalankan
terhadap dengan tiga orang guru terpilih yang seringkali terlibat dalam aktiviti-aktiviti
yang disediakan oleh PKG. Guru-guru terlibat juga masing-masing merupakan Ketua

Bidang Bahasa, Matematik dan Sains serta Kemanusiaan di sekolah masing-masing


dengan pengalaman mengajar sekitar 7 ke 10 tahun. Di samping itu, perbincangan dan
temu bual tidak berstruktur juga telah dijalankan di kalangan guru-guru lain secara rawak
bagi mempelbagaikan data (7 orang). Pemerhatian telah dilakukan melalui rakaman
video / laporan semasa beberapa bengkel dan sesi latihan yang dikelolakan oleh PKG.
Kajian ini mendapati bahawa pihak penyelaras program perlu mengemaskini kemahiran
pengurusan mereka seperti kepimpinan dan komunikasi.
Soalan temubual berikut telah dikemukakan kepada responden berkenaan diharap dapat
menangani persoalan kajian iaitu mengkaji pentadbiran PKG dan menilai peranannya
dalam meningkatkan kecekapan guru:-

Berapa kerap guru menggunakan PKG bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran?
Hingga ke tahap apakah guru bersedia untuk menggunakan kemudahan dan
perkhidmatan PKG dalam pengajaran dan pembelajaran?
Apakah jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan penggunaan
PKG dan jenis kerjasama yang diperlukan antara guru-guru dan pihak pengurusan
PKG?
Apakah faktor-faktor motivasi yang menyumbang kepada penggunaan PKG dan
sebab untuk tidak menggunakan PKG?
Apakah kekangan yang dihadapi oleh guru-guru dalam menggunakan pusat
sumber, perkhidmatan dan ruang di PKG?
Apakah faedah penggunaan PKG untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dari
perspektif guru?

3.0

AKTIVITI-AKTIVITI UTAMA PKG TAWAU

Mulai Januari hingga September 2013, PKG Tawau telah menganjurkan pelbagai aktiviti
taklimat dan kursus bagi ahlinya. Antara aktiviti-aktiviti utama yang telah dilaksanakan
adalah :3.1

KHIDMAT BANTU RANGKAIAN SETEMPAT (LAN)

Pada 22 dan 23 Januari 2013 yang lepas, bertempat di SMK Kuhara telah berlangsungnya
bengkel khidmat bantu rangkaian setempat (LAN) yang dikelolakan bersama oleh BTPN
Sabah dan PKG Tawau. Seramai sembilan orang Juruteknik Komputer dari sekolah ahli
serta seorang dari PKG Tawau dipilih menyertai bengkel tersebut. Turut menyertai
bengkel tersebut ialah Penolong Pengarah Unit Pembangunan Kapasti Profesionalisme
BITN Sabah serta Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Tawau.
Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk menyediakan rangkaian dalaman
(LAN) di Pusat Akses 1 dan 2 yang terletak di blok bangunan baru dan juga membuat
penyambungan dari Zoom 1Bestari Net ke rangkaian dalaman di dua bilik guru. Selain
itu juga, bengkel ini dapat dijadikan penanda aras bagi program khidmat bantu ICT di
sekolah-sekolah yang lain pada masa akan datang.
3.2

BENGKEL PENGURUSAN AKTIVITI PUSAT SUMBER SEKOLAH AHLI


PKG TAWAU TAHUN 2013

Bertempat di Bilik Kuliah PKG Tawau pada 26 Februari 2013, telah berlangsungnya
Bengkel Pengurusan Aktiviti Pusat Sumber Sekolah (PSS) bagi tahun 2013. Bengkel
yang dikendalikan PKG Tawau bersama Unit PSP BTPN Sabah ini telah dihadiri seramai
50 orang Guru Perpustakaan Media (GPM) sekolah ahli PKG Tawau. Objektif utama
bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang
pengurusan serta aktiviti Pusat Sumber Sekolah bagi tahun 2013 disamping mengumpul
maklumat terkini senarai GPM sekolah ahli bagi tahun 2013.

Antara maklumat yang disampaikan ialah pengisian maklumat GPM secara online,
pengisian data secara online dalam aplikasi i-Nilam dan iQ-PSS. Selain itu, turut
disampaikan dalam taklimat tersebut adalah seperti; Pelupusan Bahan Perpustakaan yang
merangkumi Kriteria Pelupusan, Tatacara Pelupusan, Kaedah Pelupusan serta
penggunaan borang bagi tujuan tersebut.
3.3

KURSUS ASAS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pada 13 Mei 2013, bertempat di PKG Tawau telah berlangsungnya Kursus Asas
Pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang dikelolakan bersama oleh BTPN Sabah dan
PKG Tawau. Seramai 50 orang Guru Perpustakaan dan Media (GPM) baru telah terlibat
di dalam bengkel tersebut. 41 orang daripadanya adalah terdiri daripada guru sekolahsekolah ahli PKG lain di Tawau, Semporna dan Kunak. Objektif utama kursus ini adalah
untuk melatih Guru Perpustakaan dan Media (GPM) cara pengurusan Pusat Sumber
Sekolah.
Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah telah dimulakan dengan taklimat
berkenaan Konsep Asas yang menerangkan peranan Pusat Sumber Sekolah, bahan yang
sesuai serta tujuan dan faedah penggunaan Pusat Sumber Sekolah kepada pelajar dan
guru. Slot selanjutnya iaitu koleksi bahan menerangkan bahan bercetak, bahan bukan
bercetak, bahan tiga dimensi, serta cara perolehan dan pengumpulan bahan-bahan.
Slot pada hari kedua berkaitan Kemudahan Fizikal Pusat Sumber Sekolah;
menerangkan rancangan susunan bagi Pusat Sumber Sekolah bagi bangunan baru,
mengubahsuai tempat atau ruang menjadi Pusat Sumber Sekolah dan bagaimana
merancang susunan alat perabot bagi Pusat Sumber Sekolah yang sedia ada. Slot Kedua
pada hari kedua pula adalah Promosi dan Penggunaan PSS yang menerangkan kaedah
dan kebaikan promosi dan penggunaan PSS manakala slot ketiga yang bertajuk
Pengurusan fail/fail kuasa disampaikan oleh En Imran; menerangkan tatacara

pengurusan fail yang perlu diwujudkan dan penerangan 15 perkara yang perlu diketahui
di dalam fail kuasa PSS.
Pada hari ketiga, 2 slot berkenaan Pengkatalogan: Proses teknik dan pengkatalogan
menerangkan teknik menguruskan dan memproses bahan buku dan bukan buku dan slot
ketiga pada hari ketiga bertajuk Aktiviti galakan membaca / iNilam .
Pada hari terakhir kursus, peserta diterangkan berkenaan Leterasi Maklumat,
Pengkatalogan Buku dan Bukan Buku (Pengelasan) dan Penilaian PSS. Penyampaian
sijil kepada para peserta telah disempurnakan pada penghujung sesi.
Secara keseluruhannya, Bengkel Pengurusan Aktiviti PSS di PKG Tawau telah berjalan
dengan lancar dan reaksi yang diberikan oleh para peserta menunjukkan impak yang
positif. Rata-rata peserta memahami tentang maklumat yang disampaikan. Diharapkan
agar taklimat seperti ini dapat dilakukan dari masa ke semasa bagi membantu GPM dari
segi pengurusan dan pelaksanaan dengan lebih cekap.

3.4

TAKLIMAT

PELAKSANAAN

SMART

SCHOOL

QUALIFICATION

STANDARDS (SSQS) 2013


PKG Tawau telah menjalankan Taklimat Pelaksanaan Smart School Qualification
Standards (SSQS) 2013 pada 25 September 2013 bertempat di Dewan Kuliah PKG
Tawau.
Taklimat Pelaksanaan Smart School Qualification Standards (SSQS) 2013 ini diadakan
bertujuan untuk menunjuk cara menjawab dan penerangan soalan-soalan Smart School
Qualification Standards (SSQS) 2013 yang telah dimuatnaik di Blog PKG Tawau
bermula 20 September 2013. Seramai 50 Guru Penolong Kanan Pentadbir 1 telah hadir
bagi taklimat ini dan 3 orang Guru Penolong Kanan Pentadbir dari sekolah ahli PKG lain
di Kunak dan Semporna telah turut serta atas sebab yang tertentu.

Pegawai Teknologi Pendidikan; Puan Jumiati Suparno dari PKG Tawau telah memulakan
taklimat ini dengan memberi penerangan kepada semua Guru Penolong Kanan 1
berkenaan rancangan perjalanan taklimat yang akan dijalankan tepat pada jam 8.30 pagi
Di samping itu beliau turut juga menyampaikan penerangan berkenaan pelaksanaan
Smart School Qualification Standards (SSQS) 2013 dan VLE-Frog secara sepintas lalu.
Taklimat ini menyentuh dan menerangkan kehendak soalan-soalan Smart School
Qualification Standards (SSQS) 2013 yang terbahagi 5 modul iaitu Penggunaan, Modal
Insan, Aplikasi, Infrastruktur dan Pusat Sumber Pendidikan. dan perlu dijawab oleh 4
kumpulan responden (seorang Pentadbir, seorang Guru Perpustakaan dan Media, 30
orang guru dan 30 orang Murid) .
Sepanjang sesi taklimat ini dilaksanakan, penerangan berkenaan langkah-langkah dan
syarat pengisian telah diterangkan dengan sangat terperinci. Pelbagai soalan turut juga
diaju oleh para guru dan ia berjaya dijawab oleh Puan Juniati Suparno bagi memastikan
kefahaman yang mendalam dan betul..

4.0

DESKRIPSI

SALAH

MENGOPTIMAKAN

SATU AKTIVITI

UTAMA PKG

PENGURUSAN

DAN

TAWAU

PENGGUNAAN

PERKHIDMATAN PUSAT SUMBER SEKOLAH


Pusat Sumber di sekolah-sekolah memainkan peranan yang amat penting dalam
pembangunan akademik serta penyampaian teknik pengajaran serta pembelajaran.
Sehubungan dengan itu, PKG Tawau telah menganjurkan kursus dan bengkel berkaitan
dengan pembangunan pengurusan dan perkhidmatan pusat-pusat sumber di sekolah
sebagaimana yang telah dinyatakan pada para 3.2 dan 3.3.
Dalam sistem sekolah di Malaysia, guru perpustakaan dan GPM dilantik oleh Guru Besar
/ Pengetua di sekolah masing-masing dan dipanjangkan ke Jabatan Pendidikan Negeri
untuk pengesahan. Selalunya guru yang dilantik untuk jawatan-jawatan ini tidak
mempunyai kelayakan, pengetahuan atau kemahiran yang bersesuaian untuk menjalankan

tugas tersebut. Raja Abdullah dan Saidina Omar (2003) mendakwa bahawa kebanyakan
pusat sumber sekolah di Malaysia hari ini diuruskan oleh guru perpustakaan dan GPM
yang tidak mempunyai sebarang latihan khusus dalam kepustakawanan sekolah, atau
hanya mempunyai pra-latihan asas semasa mereka menghadiri kursus perkhidmatan
sahaja. Tiada suatu pun kaedah yang standard di Malaysia dalam memberikan mereka
tahap kemahiran kepustakawanan yang diperlukan kerana wujud ketidakseragaman dari
segi kursus yang dihadiri dan sukatan pelajaran. Fatimah (2002 ) mendakwa hanya 36 %
sahaja GPM di Malaysia telah menjalani kursus jangka pendek selama 3 bulan atau 35
dan 45 jam dalam pengurusan pusat sumber sekolah. Kajian oleh Tan & Singh (2008)
membuktikan bahawa latihan mengenai pengurusan sumber sekolah yang diterima oleh
sebahagian besar GPM adalah tidak mencukupi.
Sesungguhnya wujud keperluan untuk pengurusan dan kepimpinan yang lebih baik dalam
pembangunan pusat sumber sekolah di Malaysia. Pihak kerajaan, universiti dan badan
profesional yang berkenaan perlu memastikan bahawa terdapat kakitangan terlatih di
peringkat akar umbi bagi pembuatan dasar dan pelaksanaan polisi berhubung isu ini.
GPM yang menguruskan pusat sumber harus mempunyai latihan asas yang baik dalam
bidang kepustakawanan. Latihan persediaan profesional dan berterusan perlu diberikan
untuk membantu mereka membangunkan program-program berasaskan pembelajaran
serta

melengkapkan

mereka

dengan

kemahiran

yang

diperlukan dalam aspek pengurusan dan perkhidmatan pusat sumber sekolah ( Walter,
2008). Ini adalah kerana guru perpustakaan dan GPM memainkan peranan yang penting
untuk mengukuhkan program pusat sumber sekolah.
Abuzaid & Singh (2007 ) membuktikan bahawa kekurangan pustakawan berkelayakan
sebagai kekangan utama bagi pelajar untuk mengakses sumber-sumber perpustakaan
sekolah. Latihan perpustakaan dan maklumat profesional adalah penting agar ia dapat
berfungsi dengan berkesan (Varalakshmi , 2003). Perkembangan dalam bidang teknologi
maklumat dan pengurusan pengetahuan membolehkan mereka memperkenalkan program
akademik yang akan memenuhi keperluan semasa dan permintaan masa hadapan bagi
konteks negara Malaysia. Kementerian Pelajaran dan universiti di negara perlu bertindak

proaktif dalam memperkenalkan program-program akademik yang bersesuaian dengan


keperluan dan hasrat masa hadapan negara. Rehman (2008) menyatakan bahawa sumber
manusia yang berkelayakan dilengkapi dengan kecekapan yang bersesuaian adalah satu
kemestian bagi memenuhi jawatan yang menguruskan bidang berkaitan maklumat dan
pengetahuan.
Kerajaan perlu memastikan GPM dan pustakawan dilengkapi dengan latar belakang
akademik yang sesuai. Guru pustakawan dan GPM yang berkelayakan sudah pasti akan
menghasilkan perkhidmatan yang lebih berkualiti di pusat sumber sekolah.

Latihan

berkaitan pengurusan perpustakaan dan maklumat profesional adalah penting agar fungsi
dengan keberkesanan perpustakaan dan pusat-pusat sumber sekolah dapat memberikan
manafaat yang optimum (Varalakshmi , 2003).
5.0

PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM DALAM MENINGKATKAN


KOMPENTENSI GURU

Pusat Sumber Sekolah ialah tempat berlakunya segala kegiatan memperoleh sesuatu
maklumat atau pengetahuan yang bertujuan untuk mempertingkat taraf profesionalisme
keguruan. Sehubungan itu, ia merupakan suatu unit bersepadu yang bertugas untuk
mengumpul, memilih, menyusun dan menyebarkan alat atau bahan pengajaran dan
pembelajaran sama ada dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak dengan aktif dan
bermakna bagi memenuhi kehendak kedua-dua pihak, iaitu guru dan murid (Mazlan,
2008).
Di pihak sekolah, pusat sumber memainkan peranan penting bagi mempertingkat taraf
pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pencapaian akademik. Pusat Sumber Sekolah
hendaklah berkhidmat sebagai tempat untuk memperoleh, menghasilkan, mengorganisasi
dan mengedarkan bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh
guru dan murid-murid.
Selain itu, Pusat Sumber Sekolah berkhidmat sebagai pusat penempatan bahan-bahan
sumber dan dapat pula digunakan secara individu atau berkumpulan. Ini bermaksud

bahan-bahan itu boleh dicari dan digunakan dengan mencukupi dan mudah. Para guru
dan murid-murid boleh mendapatkan sumber-sumber yang dimiliki oleh sekolah dan
yang ada kena-mengena dengan pelajaran. Bahan-bahan rujukan seperti buku, pelbagai
alat bantu mengajar seperti radio, televisyen dan pelbagai bahan rekreasi sekolah seperti
buku cerita, majalah, surat khabar dan sebagainya ada di sini.
Pusat Sumber Sekolah dapat bertindak sebagai bank atau gedung ilmu penngetahuan,
iaitu bahan pelajaran dapat dipilih untuk penggunaan di dalam kelas atau di rumah. Selain
itu, pusat sumber ini juga memberi panduan kepada guru dan murid-murid untuk
mencari, memiliki, menghasilkan dan menggunakan bahan selaras dengan keperluan dan
tujuan masing-masing. Contohnya, seorang guru yang inginkan bahan dari pusat sumber
untuk mengajar sesuatu kemahiran atau mata pelajaran tertentu akan mencari bahanbahan atau alat-alat bantu mengajar yang tepat dan sesuai dengan mata pelajaran itu di
sini.
Dengan adanya Pusat Sumber Sekolah, proses pengajaran dan pembelajaran akan.
berjalan dengan lebih sistematik dan berkesan. Penggunaan alatan dan bahan di pusat
sumber dapat membantu seseorang guru menerangkan sesuatu hukum, konsep dan hujah
dengan lebih berkesan. Ini dapat memperkaya pengalaman murid-murid dan juga guru.
Memandangkan murid-murid di negara ini tidak pernah melihat salji, sebuah filem yang
menunjukkan tentang salji dan persekitarannya akan menambahkan pengalaman muridmurid tersebut. Hal ini menggambarkan murid-murid itu sendiri yang mengalami
persekitaran itu setelah mendapat gambaran yang jelas, penerangan yang baik dan
spontan yang dapat dilihat oleh murid-murid.
Dengan menggunakan sumber, pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan menjadi
lebih dekat, lebih `detail dan spesialis (detail and specialise) serta menjadi lebih menarik
dan bermakna. Sesuatu perkara yang berlaku atau terdapat di luar bilik darjah dapat
disampaikan dengan menggunakan sumber yang ada. Hal ini menjadikan perkara di luar
bilik darjah lebih hampir kepada murid-murid kerana perkara tersebut boleh dipindahkan
ke dalam bentuk media dan dibawa masuk ke dalam bilik darjah. Contohnya, jika kita
ingin memberitahu tentang kenderaan kepada murid-murid yang belum pernah melihat

10

kenderaan tersebut, terutamanya murid-murid di kawasan pedalaman, penggunaan


sumber dapat membantu guru. Ini akan menggalakkan perubahan tingkah laku yang
diingini. Pembelajaran yang berdasarkan penggunaan sumber ini sebenarnya boleh
menyeronokkan murid-murid kerana persekitaran di dalam bilik darjah adalah stabil dan
selesa, di samping adanya pelbagai media perangsang.
Keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa Pusat Sumber Sekolah memainkan peranan
yang penting dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Tanpa Pusat
Sumber Sekolah, pengajaran mungkin tidak mencapai matlamatnya dengan menyeluruh.
(Mazlan, 2008)
Antara hasil kajian yang diperolehi dari responden berkaitan usaha yang perlu dilakukan
oleh PKG bagi peningkatan kompetensi para guru adalah : 80% bersetuju kaedah yang mereka gunakan semasa menghadiri latihan
memberikan akan impak yang positif kepada kebolehan mereka dalam
pengajaran;
Pusat sumber sekolah berupaya melonjakkan sebanyak 70% terhadap peningkatan
kompetensi mereka yang sedia ada;
50% daripada responden menyatakan bahawa mereka tidak pasti samada program
latihan dan pembangunan yang sedia ada berjaya melengkapi mereka dengan
kemahiran yang diperlukan. Walau bagaimanapun, 40% daripada responden
mengesahkan bahawa latihan yang diberikan adalah berkesan manakala 10%
tidak memberikan respon.
Di samping itu kekangan-kekangan yang menghalang responden dari menggunakan
kemudahan di PKG dan pusat sumber adalah:o Kekurangan masa;
o Kekurangan peralatan dan kemudahan;
o Taburan tugasan yang tidak seragam di antara guru;

11

o Kurang kerjasama dan pengetahuan di kalangan guru-guru pusat sumber /


anggota PKG;
Antara cadangan yang disyorkan bagi menambahbaik tahap kompetensi para guru
adalah seperti berikut:o Mempelbagaikan jenis latihan dalaman;
o Meningkatkan pembiayaan bagi latihan dan pembangunan;
o Tempoh latihan perlu ditambah, contohnya tiga bulan;
o Semakan semula yang berterusan terhadap isi kandungan latihan serta
kaedah latihan yang digunakan;
o Memperbaiki kemudahan dan logistik di pusat-pusat latihan;
o Menyediakan fasilitator yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan;
o Latihan yang menyeluruh dan berterusan sepanjang tahun;
o Meningkatkan kekerapan kursus, latihan dan seminar;
o Kursus berasaskan ICT perlu dimasukkan dalam sebahagian besar latihan.
6.0

KESIMPULAN

Kajian yang telah dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti apakah fungsi, keberkesanan
dan hubungkait PKG dalam membantu kawalan dan pembangunan pusat sumber di
sekolah-sekolah. Kajian mendedahkan bahawa walaupun responden sedar akan hakikat
bahawa latihan yang konkrit perlu diberikan secara berterusan kepada guru perpustakaan
dan GPM, ianya masih belum dilaksanakan sepenuhnya. Ini menunjukkan kekurangan
komitmen di bahagian pengurusan pihak sekolah ke arah membangunkan pusat sumber
sekolah. Prosedur latihan dan pembangunan di pusat sumber sekolah tidak mempunyai
satu amalan standard. Walaubagaimanapun, kesesuaian dan keberkesanan kaedah yang
12

digunakan adalah kejayaan dalam melengkapkan guru perpustakaan dan GPM dengan
kemahiran yang diperlukan untuk kerja-kerja mereka buat masa ini.
Dengan transformasi masyarakat ke era berpengetahuan, latihan dan pembangunan telah
dikenal pasti sebagai alat strategik bagi memastikan kedudukan yang kompetitif. Satu
program literasi bagi guru perpustakaan dan GPM perlu dibangunkan untuk menyediakan
mereka dengan satu set asas kemahiran dalam mengenal pasti, mencari, mengakses,
menilai dan menggunakan maklumat (Intan Azura & Shaheen Majid , 2005). Satu
program latihan sistematik berdasarkan aktiviti-aktiviti fungsi dan perkembangan kerjaya
setiap kakitangan boleh dirancang untuk memenuhi keperluan latihan dan pembangunan
kerjaya kakitangan. Ini akan memastikan bahawa latihan dan keperluan pembangunan
akan dirancang terlebih dahulu dan dilaksanakan untuk meningkatkan keupayaan mereka
dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti. Walaubagaimanapun, pelan latihan
bagi setiap kakitangan harus dikaji semula dan dikemas kini secara berkala untuk
menghadapi cabaran pada masa itu.
Kajian ini mendedahkan bahawa guru perpustakaan dan GPM kekurangan latihan untuk
menguruskan pusat sumber dengan baik yang boleh memberikan manafaat optimum.
Mereka perlu meningkatkan pengetahuan di kedua-dua sektor maklumat iaitu teknologi
komunikasi dan kemahiran pustakawan. Perubahan corak kepustakawanan di seluruh
dunia terutamanya di dalam bidang teknologi maklumat menuntut agar golongan
profesional di dalam bidang ini memainkan peranan yang amat berkesan demi
menyokong pendidikan yang berteraskan konsep masyarakat berpengetahuan.
Satu lagi cara untuk meningkatkan keberkesanan pusat sumber sekolah adalah dengan
memastikan bahawa semua sekolah di Malaysia menggunakan guru perpustakaan dan
GPM sepenuh masa tanpa mereka dibebankan dengan tugas-tugas yang melibatkan
pengajaran di dalam kelas agar mereka dapat memberikan fokus optima terhadap
keperluan dan pembangunan pusat sumber sekolah. Usaha kerjasama yang dilaksanakan
oleh Kementerian Pendidikan, BTPN, para guru sekolah dan kakitangan PKG diakui
telah menampakkan hasil yang positif ke arah itu namun masih banyak ruang

13

penambahbaikan yang perlu dibuat.

Badan berkuasa yang bertanggungjawab dalam

membangunkan pusat sumber sekolah dan PKG perlu mengemaskini dasar dan polisi
latihan yang sedia ada termasuk juga dari segi ganjaran dan pampasan bagi kakitangan
yang mengambil inisiatif untuk kemajuan diri dalam mempertingkatkan kemahiran
mereka.
(2,996 patah perkataan)
7.0

RUJUKAN

BUKU / JURNAL
Fatimah Jusoh. (2002, August). School libraries in Malaysia. In The 2002 IASL Conference.
Petaling Jaya: Malaysia
Mok Soon Sang (2003). Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan Guru.
Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Ninth Malaysian Plan 2006-2010. (2006). Putrajaya: Ministry of Finance
Oberg, D. (2006, February). Developing the respect and support of school aministrators.
Teacher Library. 33(3), 13-8

LAMAN WEB
http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/index.php/educational-resourcecentres-pusat-sumber-pendidikan.html

14

You might also like