You are on page 1of 19

ADAPTASI SUMBER-SUMBER , PEMBINAAN DAN PEMBANGUNAN DALAM

ALAT BANTUAN MENGAJAR.

Oleh;
Ahmad Nazri bin Abdul Khorid
Fakulti Pendidikan
nazda_naim@yahoo.com

1.Pengenalan

Cabaran masa kini untuk melahirkan seseorang guru yang berkualiti haruslah

bermula dengan membuat perubahan paradigma. Seseorang guru itu haruslah mempunyai

keberanian untuk berhijrah dari segi pemikiran dan juga keberanian untuk merubah cara

pengajaran yang lama kepada yang baru.

Bayangkan teknik pengajaran yang lama pada zaman 50 an diajar pada zaman

sekarang seperti teknik ‘clack and talk’ yang diamalkan masih digunakan. Bagi

melahirkan guru dan pelajar yang dinamik untuk membangunkan negara seharusnya tidak

perlu bergantung kepada peralatan pengajaran yang sedia ada semata-mata tetapi haruslah

melahirkan guru dan pelajar yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dan mampu

menyesuaikan diri dengan perkembangan sains dan teknologi.

Seseorang guru yang mengajar bahasa seharusnya mempunyai teknik

penggabungjalinan dengan penggunaan alat bantuan mengajar yang sesuai. Menguasai

teknik mengajar bukan sahaja terletak kepada pengetahuan dalam ilmu bahasa tetapi juga

dapat menyelami seluk belok penggunaan alat bantu mengajar dalam pelbagai bentuk

serta jenis-jenis alat bantu mengajar.

Apabila membincangkan alat bantuan mengajar, maka tidak dapat lari untuk

membincangkan tentang jenis-jenis alat bantuan mengajar. Pada umumnya alat bantuan

mengajar yang digunakan oleh para pengajar boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu
non-elektronik dan elektronik. Jenis non-elektronik alat bantuan mengajar seperti kapur,

papan hitam, buku teks, papan carta, kad imbasan, kad gambar dan sebagainya. Manakala

alat bantuan mengajar elektronik pula terdiri daripada radio, televisyen, slaid, pita

rakaman, kamera, projector, kamus digital, komputer dan banyak lagi.

Penggunaan alat bantuan mengajar merupakan salah satu pelengkap dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

tujuan utama guru adalah mudah iaitu murid dapat memahami apa yang diajar oleh guru

mereka. Namun sesetengah pelajar masih berasa kabur atau kurang jelas dalam

memahami pengajaran guru mereka.

Maka sebab itulah penggunaan alat bantuan mengajar diperlukan oleh setiap guru.

Langkah ini bersesuaian mengikut Konsep Bahasa Malaysia Merentas Kurikulum

(BMMK) dalam Buku Panduan Am KBSR menyatakan aspek penggunaan Bahasa

Malaysia dan bahasa pengantar yang unggul dan dinamis untuk pengajaran, seseorang

guru itu boleh mengadakan aktiviti yang menggalakkan penggunaan bahasa dalam

aktiviti berkumpulan, permainan, projek dan sebagainya. Oleh yang demikian, strategi

pemusatan guru, pemusatan murid dan pemusatan bahan pengajaran adalah yang paling

sesuai digunakan.

Maka daripada kenyataan yang berkaitan di atas boleh disimpulkan bahawa

penggunaan Alat Bantuan Mengajar (ABM) bertujuan untuk memudahkan pengajaran

guru kepada murid -murid dengan harapan dapat menarik minat murid serta mengubah

pemahaman mereka dan pengetahuan mereka kepada yang lebih baik dan kekal.

2. Pengertian Konsep.
Menurut Kamus Dewan, 2004 ‘pembinaan’ bermaksud perihal membina atau

memajukan dan meninggikan mutu dan taraf serta memperkukuhkan kedudukan.

Manakala ‘pembangunan’ bermaksud satu proses ke arah kemajuan atau perkembangan

dan berkembang kepada yang lebih baik. ‘Adaptasi’ sumber-sumber bermaksud menilai

semula sumber-sumber yang digunakan untuk membina sesuatu benda, bahan atau

peralatan dengan menilai segala kelemahan sumber tersebut, dan menambah baik bahan-

bahan yang digunakan untuk membina bahan dan peralatan supaya lebih berkualiti dari

sebelumnya.

3. Adaptasi Sumber-Sumber dalam Pembinaan.

Dalam menilai semula sumber untuk pembinaan alat bantu mengajar (ABM)

sesebuah pasukan yang diketuai oleh seorang pengurus projek akan melihat sumber yang

digunakan itu boleh tahan lama yang membolehkan alat bantuan mengajar (ABM)

mempunyai jangka penggunaan yang agak lama.

Selain itu, penilaian semula boleh dilakukan dari segi kos bahan tersebut. Menilai

semula dari segi kos sumber adalah penting kerana harga atau kos untuk membeli ABM

merupakan penghalang yang besar kepada pihak guru dan pentadbiran sekolah kerana,

peruntukkan yang disalurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran kepada sekolah adalah

terhad mengikut kategori sesebuah sekolah. Oleh sebab itu, pihak sekolah terpaksa

membelanjakan wang untuk membeli alat bantuan mengajar dengan lebih berhemah.

Faktor penentu kepada perbelanjaan sesuatu kos itu berkait rapat dengan di mana

sumber-sumber itu diperoleh. Sumber-sumber yang diperoleh itu harus ada dalam negara

pembuatnya. Ini kerana penggunaan sumber yang sedia ada dalam negara akan
mengurangkan kos untuk membeli sumber-sumber tersebut. Ini akan menyebabkan

harga-harga alat bantu mengajar tidak mahal dan kompetatif. Seperti bahan plastik,

kertas, malahan komponen-komponen elektrikal seharusnya mudah didapati. Jika bahan

material yang digunakan melibatkan kos yang tinggi maka seseorang pengurus projek

seharusnya pandai mencari bahan-bahan atinatif lain sekiranya bahan yang digunakan

terlalu mahal. Pihak pengilang yang bijak ialah orang dapat mengurangkan tanggungan

kos bahan kepada para pengguna.

Menadaptasi sumber dari segi penambahbaikan bahan-bahan yang digunakan pula

ialah pihak yang mereka cipta alatan ini seharusnya mempunyai satu kumpulan kerja

yang dapat menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk membina alat bantuan

mengajar. Sumber yang digunakan pula, sepatutnya menggunakan bahan-bahan yang

baru. Contohnya penggunaan kertas-kertas yang berkualiti, bahan plastic yang tahan

lasak, warna yang lebih terang dan sebagainya. Penambahbaikan ini sumber seharusnya

berterusan supaya peralatan akan lebih mantap dan lebih berkesan.

Selain itu, penambahbaikan juga turut dilakukan dalam bahan bantuan mengajar

yang membabitkan teks, gambar, suara latar, lagu, animasi dan banyak lagi. Pengolahan

sepatutnya membabitkan tentang isi-isi kandungan dalam ABM tersebut. Ini kerana ABM

yang bermutu sekiranya isi kandungan dalam ABM itu menepati dan sesuai dengan

bahan-bahan bahasa. Dan yang lebih penting, bahan yang terkandung itu adalah

kemahiran-kemahiran yang bersesuaian dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia..

Ketetapan kandungan-kandungan kemahiran ini penting kepada guru, kerana

gurulah yang akan menggunakan alat bantuan mengajar ini untuk digunakan dalam

aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan kandungan yang diajar oleh guru dalam kelas.
Ini kerana bahan-bahan ini yang membantu kepada para pelajar untuk mereka

lebih memahami isi pelajaran yang diajar khususnya dalam pengajaran bahasa.

4. Adaptasi Dalam Pembinaan Alat Bantuan Mengajar

Kandungan dalam Alat Bantuan Mengajar (ABM) yang sedia ada tidak

semestinya bahan tersebut adalah tepat dan bersesuaian dengan kemahiran yang sedia ada

yang diajar oleh guru. Sukatan Pelajaran kerap bertukar ganti, maka bahan yang

digunakan pasti akan turut bertukar selaras dengan peredaran masa. Maka yang demikian,

para pereka perlulah tahu untuk mengolah bahan-bahan tersebut untuk digunakan oleh

para pelajar. Pengolahan bahan serta alat bantuan mengajar ini termasuklah dari segi

penciptaan baru, kesederhanaan, kepelbagaian dan ketahanan

Dalam penciptaan sesuatu bahan untuk alat bantuan tersebut, seseorang pengurus

projek itu perlu tahu untuk membangunkan bahan alat itu dari masa ke semasa Ini

bermakna dalam sesebuah kumpulan pereka, pembinaan alat dan bahan pengajaran harus

mengambil tahu dengan penciptaan yang baru contohnya membangunkan akses pada alat

bantuan mengajar supaya lebih berinteraksi dengan pelajar atau guru.

Selain itu, sumber asli yang digunakan pula mestilah tahan lama supaya ABM

berkenaan boleh digunakan dalam tempoh yang lama. Sesuatu bahan dalam perisian

bahasa multimedia itu juga perlu sentiasa ditambah baik mengikut kesesuaian kemahiran

bahasa atau sukatan kemahiran baru tanpa perlu menukar kepada alat atau perisian yang

baru.
Selain itu juga, tenaga pengajar juga harus diberi peluang untuk menambah idea-

idea baru dalam bahan pengajaran supaya bersesuaian dengan pelajar dan situasi ketika

itu supaya hasil pengajaran berkesan dan difahami oleh murid.

Kadang-kala pula, bahan pengajaran yang digunakan juga lebih berlandaskan

kepada memberi latihan semata-mata. Hal ini demikian boleh mendatangkan kebosanan

khususnya kepada para pelajar pintar, manakala bagi pelajar lemah pula kemungkinan

mereka tidak menggunakannya. Ini kerana kebanyakan ABM Bahan Bantuan Mengajar

(BBM) yang direka di pasaran tidak banyak fokuskan kepada siapa penggunanya.

Oleh yang demikian, sesebuah kumpulan projek itu patut mengolah semula

pembinaan ABM supaya boleh digunakan oleh semua peringkat tahap kemahiran pelajar.

Latihan pengayaan untuk pelajar pintar dan latihan pemulihan untuk pelajar yang lemah.

Walaupun aspek ini ada diterapkan dalam BBM, namun pembahagian latihan ini tidak

sama rata.

Dalam menyentuh tentang aspek pembinaan ABM, maka ia tidak dapat lari juga

tentang sifat kesederhanaan alat bantuan mengajar tersebut. Kesederhanaan di sini

bermaksud keupayaan para guru dan pelajar untuk menggunakan alat tersebut mengikut

kemampuan masing-masing tanpa sesiapa pun yang ketinggalan dari segi penggunaan

ABM. Contohnya penggunaan kamus digital yang digunakan untuk memudahkan guru-

guru serta para pelajar untuk mencari makna perkataan akan gagal sekiranya arahan-

arahan yang dilakukan untuk mencari makna perkataan mengelirukan kepada pelajar atau

pengguna yang lain.

Maka sebab itulah, kumpulan pereka perlu mengolah semula alat yang sebelum

ini dengan membina semula arahan-arahan yang mudah dan senang digunakan. Berkaitan
dengan perbincangan pengolahan ABM ini, tidak dilupakan juga tentang masa untuk

pemasangan satu-satu alat ini dan penggunaan mestilah seragam dengan waktu

pembelajaran yang diperuntukkan. Pada masa kini, banyak keluhan yang terdengar

berlaku daripada guru-guru Etems khususnya yang menggunakan komputer dalam

pengajaran mereka merungut kerana terpaksa menghabiskan banyak masa untuk

memasang komputer kepada peralatan lain seperti Scanner, Multimedia Projektor, LCD,

Pencetak Laser, Speaker, HUB, Router dan sebagainya.

Oleh itu, akibat pemasangan yang terlalu lama dan rumit ini, guru-guru Etems

kurang menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Maka disebabkan

permasalahan ini berlakulah, para pereka perlu untuk mencari jalan mereka semula

peralatan yang mudah disambungkan menggunakan satu suis utama sahaja.

Faktor kepada kepelbagaian pula dalam pembinaan ABM turut penting dalam

adaptasi semula peralatan ABM itu. Ini bertujuan supaya pengguna ABM tidak hanya

tertumpu kepada satu penggunaan peralatan sahaja tetapi juga dapat digunakan dalam

peralatan yang lain. Misalnya bahan di dalam cekera padat yang digunakan bersama

radio, turut boleh digunakan dalam variasi lain seperti di komputer atau pemain cekera

padat. Jika di dalam cekera padat bahan pengajaran yang dimainkan di radio murid dapat

mendengar bahan tersebut, namun jika diolah semula mungkin ia boleh juga digunakan di

dalam komputer atau pemain cakera padat, para pelajar boleh melihat visualnya sekali.

Ini bertujuan juga supaya ABM ini boleh digunakan oleh pelbagai peralatan

sokongan yang lain supaya, jika sesuatu alat itu rosak, guru boleh menggunakan peralatan

lain pula. Selain itu, fungsi kepelbagaian penggunaan ini turut berguna kerana tidak
langsung turut memahirkan guru untuk belajar menggunakan lebih daripada satu

penggunaan ABM sahaja.

Berkaitan dengan pengolahan dalam pembinaan ABM juga, turut dikaitkan

dengan ketahanan satu-satu peralatan itu juga. ABM yang canggih tidak akan bermakna

sekiranya peralatan itu sering rosak dan tidak berkualiti. Maka sebab itulah setiap

pengeluar dimestikan mempunyai ‘Bahagian Kawalan Mutu’ masing-masing. Faktor ini

perlu dalam mengolah semula peralatan yang sedia ada kepada peralatan baru supaya,

pengguna-pengguna tidak akan terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk membeli

peralatan baru atau kos membaik pulih peralatan yang sedia ada.

Maka yang demikian, penghasilan yang berkualiti harus menjadi perkara utama

dalam setiap pengeluaran sesuatu barangan itu. Umumnya semua tahu penggunaan

peralatan bantuan mengajar ini tidak hanya tertumpu kepada penggunaan oleh pihak guru

sahaja, tetapi juga kepada para pelajar. Justeru itu, kita harus fahami apabila ABM ini

digunakan oleh kanak-kanak atau remaja aspek kelasakkan dan ketahanan amatlah

penting. Ini kerana apabila peralatan ini berada di tangan para pelajar ini mestilah

digunakan secara kasar.

Walaupun penggunaan ini boleh diawasi oleh guru, namun tidak semua

pengawsan ini berjaya. Oleh itu, tahap ketahanan sangat-sangat perlu diambil kira semasa

proses pembinaan AMB ini. Selain itu juga, tahap kualiti dan ketahanan ini perlulah

dibuat dari masa ke semasa supaya kualiti sesuatu ABM itu akan mencapai sehingga ke

tahap yang paling maksima.


\\\
PBGS 6303 PENGUKURAN DALAM BAHASA MELAYU

SOALAN KAJI SELIDIK

Arahan : Baca semua item di bawah. Isi dan bulatkan nombor yang sesuai

BAHAGIAN A (Diisi oleh penjaga)

Nama pelajar: __________________________ Jantina : 1. Lelaki 2.Perempuan

Bangsa: 1. Melayu Sekolah : 1. Sekolah Kebangsaan

2. Cina 2. Sekolah Jenis Kebangsaan

3. India 3. Sekolah Swasta

4. Lain-lain 4. Lain-lain

Agama : 1. Islam Kawasan tempat tinggal:

2. Buddha 1. Bandar

3. Hindu 2. Pinggir bandar

4. Lain-lain 3. Kampung

4. Lain-lain

Taraf Pendidikan Bapa: Taraf Pendidikan Ibu:

1. Sekolah rendah/darjah enam 1. Sekolah rendah/darjah enam


2. LCE/SRP/PMR 2. LCE/SRP/PMR
3. MCE/SPM 3. MCE/SPM
4. STPM/Diploma 4. STPM/Diploma
5. Ijazah dan setaraf 5. Ijazah dan setaraf

Pekerjaan Bapa : Pekerjaan Ibu

1. Kerajaan 1. Kerajaan
2. Swasta 2. Swasta
3. Kerja sendiri 3. Kerja sendiri
4. Lain-lain 4. Lain-lain

Bahasa Pertuturan di rumah:

1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Mandarin
3. Bahasa India
4. Lain-lain
PBGS 6303 PENGUKURAN DALAM BAHASA MELAYU

SOALAN KAJI SELIDIK


Arahan : Baca semua item di bawah. Isi dan bulatkan nombor yang sesuai
BAHAGIAN A (Diisi oleh penjaga)
Nama pelajar: __________________________ Jantina : 1. Lelaki
2.Perempuan
Bangsa: 1. Melayu Sekolah : 1. Sekolah Kebangsaan
2. Cina 2. Sekolah Jenis
Kebangsaan
3. India 3. Sekolah Swasta
4. Lain-lain 4. Lain-lain
Agama : 1. Islam Kawasan tempat tinggal:
2. Buddha 1. Bandar
3. Hindu 2. Pinggir bandar
4. Lain-lain 3. Kampung
4. Lain-lain
Taraf Pendidikan Bapa: Taraf Pendidikan Ibu:
1. Sekolah rendah/darjah enam 1. Sekolah rendah/darjah enam
2. LCE/SRP/PMR 2. LCE/SRP/PMR
3. MCE/SPM 3. MCE/SPM
4. STPM/Diploma 4. STPM/Diploma
5. Ijazah dan setaraf 5. Ijazah dan setaraf

Pekerjaan Bapa : Pekerjaan Ibu


1. Kerajaan 1. Kerajaan
2. Swasta 2. Swasta
3. Kerja sendiri 3. Kerja sendiri
4. Lain-lain 4. Lain-lain

Bahasa Pertuturan di rumah:


1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Mandarin
3. Bahasa India
4. Lain-lain
Bahagian B. (Punca-Punca)
Skala Rensis Likert (1932) Penilaian Penggunaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar
sekolah rendah.
Arahan : Sila baca semua item di bawah dan bulatkan nombor yang sesuai.
( Diisi oleh murid)
Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju
1 2 3 4 5

1. Bahasa Melayu adalah sangat penting untuk saya berbual dengan orang lain.

1 2 3 4 5
2. Saya membuat latihan penulisan (karangan)di sekolah.
1 2 3 4 5
3. Mata pelajaran Bahasa Melayu adalah subjek kegemaran saya.
1 2 3 4 5
4. Mata pelajaran Bahasa Melayu adalah mata pelajaran yang mudah.
1 2 3 4 5
5. Saya sering terlibat dalam aktiviti Persatuan Bahasa Melayu.
1 2 3 4 5
6. Saya membaca buku cerita/ surat khabar Bahasa Melayu di rumah.
1 2 3 4 5
7. Saya lebih gemar menggunakan Bahasa Ibunda berbanding Bahasa Melayu.
1 2 3 4 5
8. Saya menonton rancangan televisyen dalam Bahasa Melayu.
1 2 3 4 5
9. Ibu bapa saya menggalakkan saya bercakap Bahasa Melayu di rumah.
1 2 3 4 5
10. Ibu bapa saya sering menyuruh saya mengulang kaji mata pelajaran Bahasa
Melayu.
1 2 3 4
Bahagian C. (Cara Mengatasi)
Skala Rensis Likert (1932)Penilaian Penggunaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar
sekolah rendah.
Arahan : Sila baca semua item di bawah dan bulatkan nombor yang sesuai.
( Diisi oleh guru)
Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju
1 2 3 4 5

1. Saya perlu menguasai pengajaran Bahasa Melayu jika ingin melihat murid saya
menguasai mata pelajaran tersebut.
1 2 3 4 5
2. Murid memerlukan sokongan keluarga jika ingin menguasai Bahasa Melayu.
1 2 3 4 5
3. Murid memerlukan latihan latih tubi untuk menguasai Bahasa Melayu.
1 2 3 4 5
4. Murid lebih tertarik belajar Bahasa Melayu jika guru menggunakan pengisian ICT.
1 2 3 4 5
5. Penggunaan multimedia dapat membantu guru mengajar dengan lebih berkesan.
1 2 3 4 5
6. Murid akan lebih menguasai Bahasa Melayu jika guru diberi banyak masa pengajaran
Bahasa Melayu.
1 2 3 4 5
7. Murid lebih memahami Bahasa Melayu jika murid menggunakan Kamus Dewan.
1 2 3 4 5
8. Murid akan cepat menguasai kemahiran menulis jika guru memberi latihan karangan.
1 2 3 4 5

9. Murid cepat menguasai kemahiran membaca dan menulis jika mereka diberi sikap
Keyakinan dan sikap positif oleh guru.
1 2 3 4 5
10. Kelemahan murid berpunca daripada faktor latar belakang keluarga.
1 2 3 4 5
AKTIVITI MEMBACA
Arahan : Murid diminta untuk membaca ayat-ayat yang diberi, manakala
guru diminta mengulasnya.

1. Ayat tunggal
Lelaki itu ialah bapa saya.
Ulasan
_____________________________________________________________
___

2. Ayat Majmuk
Ayah saya membaca surat khabar sambil mendengar radio.
Ulasan
_____________________________________________________________
___

3. Ayat Tanya
Bagaimanakah keputusan peperiksaan kamu ?
Ulasan
_____________________________________________________________
___

4. Ayat Seruan
Wah, tingginya bangunan itu !
Ulasan
_____________________________________________________________
__

5. Sebutan konsonan ‘L’


Lembu Leman telah lari lalu jatuh ke dalam lubang.
Ulasan
_____________________________________________________________
__

6. Sebutan konsonan ‘R’


Rumah Raju telah rosak kerana hari ribut.
Ulasan
_____________________________________________________________
___

7. Sebutan konsonan ‘J’


Jenab dan Jani jual jagung dan baju di atas meja.
Ulasan
_____________________________________________________________
___

8. Membaca ayat panjang.


Ayat 1
Sekolah saya telah menjadi johan Sekolah Harapan Negara.
Ulasan
_____________________________________________________________
___

9.Ayat 2.
Mangsa tsunami amat memerlukan bantuan seperti makanan, pakaian,
perubatan dan tempat tinggal.
Ulasan:
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_________

10. Ayat 3
Masyarakat majmuk dapat didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang
terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum. Masyarakat majmuk di Malaysia
mengamalkan hidup bertoleransi dan bersatu padu.
Ulasan :
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_________
AKTIVITI MENULIS
ARAHAN : Murid diminta menjawab soalan dengan menulis jawapan yang sesuai. Guru
diminta menulis ulasan.

1. Menulis ayat ringkas menggunakan perkataan yang diberi.


i. tebal

Ulasan:
________________________________________________________________________
___

ii. jururawat

Ulasan :
________________________________________________________________________
___
iii. menghiris

Ulasan :
________________________________________________________________________
___
iv. kedai

Ulasan :
________________________________________________________________________
___
v. menebas

Ulasan :
________________________________________________________________________
___

Susun perkataan-perkataan di bawah dengan supaya menjadi ayat yang betul.


1. Amir dan abangnya Pada waktu cuti membasuh kereta membantu bapa.

Ulasan :
________________________________________________________________________
___

2. beberapa biji ubi kentang Pavitha dan abangnya mengupas kulit.

Ulasan :
________________________________________________________________________
___

3. bersenam di taman permainan Encik Aravin pada setiap hari minggu.

Ulasan :
________________________________________________________________________
___

4. sebagai doktor Abang Kamilah di hospital Kuala Lumpur.

Ulasan :
________________________________________________________________________
___

5. bergaduh di sekolah Helmi dan Tan kerana di rotan oleh Guru Besar.

Ulasan :
________________________________________________________________________
___

UNIVERSITI MALAYA
KAJIAN TENTANG PENGUASAAN BAHASA
MELAYU DI KALANGAN MURID DI SEKOLAH
RENDAH

Kami sedang menjalankan kajian berkaitan perbezaan antara dua kaum yang
menutur dua bahasa yang berbeza. Khususnya mata pelajaran Bahasa
Melayu di sekolah rendah dalam kalangan penutur jati Bahasa Melayu
dengan bukan penutur jati di Malaysia. Kajian ini akan cuba mengenal pasti
aspek-aspek perbezaan dari segi latar belakang keluarga dan punca-punca
masalah . Maklumat serta jawapan yang diberikan akan digunakan untuk
mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid. Tuan/puan dan anak
tuan/puan dikenal pasti sebagai responden yang penting dalam kajian ini.
Segala maklumat tuan/puan dan juga sekolah tuan/puan adalah rahsia.
Maklumat yang tuan/puan beri hanyalah untuk kajian ini sahaja. Kerjasama
tuan/puan dan anak tuan/puan amat harapkan bagi mendapatkan maklumat
bagi kajian ini.
Kerjasama tuan/puan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan
terima kasih.

You might also like