You are on page 1of 12

KERTAS KERJA

PROGRAM
SEMARAK ISLAM
Anjuran Bersama

Unit
Pendidikan Khas
PPD Kluang & JKD
Pendidikan Khas
Daerah Kluang
2011

1.0

PENDAHULUAN
Kecemerlangan pendidikan sentiasa menjadi agenda utama bagi
Kementerian Pelajaran Malaysia. Tuntutan untuk menyediakan kesamarataan
juga menjadi tanggungjawab dan memastikan murid-murid istimewa di
seluruh negara mencapai tahap yang cemerlang, gemilang dan terbilang di
semua program yang dilaksanakan. Program Semarak Islam Pendidikan
Khas Daerah Kluang anjuran Unit Pendidikan KhasPPD kluang dan JKD
Pendidikan Khas Kluang dijalankan kerana aktiviti kokurikulum merupakan
satu landasan ke arah kecemerlangan kurikulum, ianya juga memberi
peluang kepada murid-murid istimewa daripada kepelbagaian kategori
mempertingkatkan potensi diri dan sahsiah bagi memenuhi tuntutan rohani.
Melalui aktiviti ini, pelajar akan dapat turut serta di dalam pertandingan sama
seperti pelajar-pelajar normal yang lain di peringkat kebangsaan.

2.0

TUJUAN
Mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek keagamaan selaras dengan nilainilai murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Falsafah Pendidikan Khas.

3.0

OBJEKTIF
3.1
Mencungkil bakat pelajar berkeperluan khas di dalam aktiviti hafazan,
tilawah, bercerita kisah nabi, azan, nasyid, khat jawi dan khatam Iqra.
3.2

Memberi peluang kepada pelajar untuk turut serta dalam aktiviti


ko-kurikulum.

4.0

SASARAN
Semua Pelajar Pendidikan Khas Daerah Kluang.

5.0

BILANGAN HAD PENYERTAAN :

Aktiviti Pertandingan
Tilawah
Al-Quran
Azan
Hafazan
Al-Quran
Berzanji
Nasyid
Bercerita Kisah Nabi

Kategori
BP Junior
BP Senior
BP Junior
BP Senior
BP Junior
BP Senior
BP Junior
BP Senior
Terbuka BP
BD Junior
BD Senior

BP Junior
BP Senior
BD Junior
Khat Jawi
BD Senior
BD- Bermasalah Pendengaran
BP-Bermasalah Pembelajaran

Lelaki
1
1

Peserta
Perempuan
1
1

1
1

1
1
1
1

1
1
1
1

5 - 12 peserta
(Maksimum)
(Maksimum)
(Maksimum)
(Maksimum)
1
1
1
1
(Penyertaan Maksimum)
(Penyertaan Maksimum)

6.0

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN


6.1.

TILAWAH AL-QURAN
6.1.1. Syarat-syarat :
a. Terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan
menengah Bermasalah Pembelajaran.
b. Terbahagi kepada dua kategori Lelaki & Perempuan
(Junior & Senior)
c. Masa bacaan 8 minit.
d. Pemarkahan;
Bil

Perkara

Markah

i.

Tajwid

40

Ii

Suara

15

Iii

Fasahah

20

Iv

Lagu/Taranum

25

Jumlah

100

e. Kategori Junior pilih 1 surah di bawah:


i. Surah Al-Alaq
ii. Surah Al-Ala
iii. Surah Dhuha
iv. Surah Al-Qariah
v. Surah Al-Zalzalah
f. Kategori Senior Pilih 1 surah di bawah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Surah Al- Baqarah


Surah As-Sajadah
Suray Yasin
Surah Al-Baqarah
Surah Ali Imran

( Ayat 11 - 20 )
( Ayat 15 24 )
( Ayat 12 25 )
( Ayat 284 286 )
( Ayat 8 14 )

g. Seorang peserta perlu membaca satu pilihan ayat sahaja


h. Keputusan hakim adalah muktamad
i. Tiga peserta dari setiap kategori akan dipilih sebagai
pemenang.
j. Jika peserta tersalah ayat, penyertaan akan terbatal
dan tiada permarkahan.

6.2.

HAFAZAN
6.2.1. Syarat-syarat :
a. Terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan
menengah Bermasalah Pembelajaran.
b. Terbahagi kepada dua kategori Lelaki & Perempuan
(Junior & Senior)
c. Masa bacaan 8 minit
d. Pemarkahan ;

Bil

Perkara

Markah

i.

Hafaz & Lancar

50 markah

Ii

Fasahah & Tajwid

40 markah

Iii

Suara/Gaya

10 markah

Jumlah

100

e. Surah bagi Kategori Junior mengikut pakej seperti


dibawah :

PAKEJ

SURAH

PAKEJ 1

Surah Al Fatihah
+
Surah An Nas
Surah Al - Maun
Surah Al Tin
Surah Al Fatihah
+
Surah Al Falaq
Surah Al Lahab
Surah Al Qariah
Surah Al Fatihah
+
Surah Al Ikhlas
Surah An Nas
Surah Al Humazah
Surah Al Fatihah
+
Surah An Nas
Surah Al Kafirun
Surah Al Insyirah
Surah Al Fatihah
+
Surah Al Falaq
Surah Al Kauthar
Surah Al Takathur
Surah Al Fatihah
+
Surah Al ikhlas
Surah Al Quraish
Surah Al Adiyat
Surah Al Fatihah
+
Surah Al Fil
Surah An Nas
Surah Al Ala
Surah Al Fatihah
+
Surah Al Falaq
Surah Al - Maun
Surah Al Asr

PAKEJ 2

PAKEJ 3

PAKEJ 4

PAKEJ 5

PAKEJ 6

PAKEJ 7

PAKEJ 8

f.
Surah bagi Kategori Senior pula mengikut pakej
seperti dibawah::
Surah Al Fatihah
+
Surah Al- Baqarah ( ayat 1 25 )
ATAU
Surah Yasin ( Ayat 1 21 )
g.
h.
6.3.

Keputusan hakim adalah muktamad


3 peserta dari setiap kategori akan dipilih sebagai
pemenang.

NASYID
6.3.1. Syarat-syarat:
a. Terbuka kepada Pelajar Bermasalah Pembelajaran
b. Setiap Sekolah boleh menghantar minima 5 orang dan
maksima 12 orang bagi setiap ketegori (Bilangan peserta
lelaki & perempuan bebas )
c. Undian giliran akan dibuat semasa pendaftaran dan
pengesahan penyertaan, tag pasukan akan diberikan
semasa pendaftaran.
d. Masa persembahan adalah 8 hingga 10 minit sahaja.
Markah akan ditolak sebanyak 2 markah jika kurang 8
minit dan melebihi 10 minit.
e. 2 buah lagu iaitu :
i.
Irama Padang Pasir (Masri)
ii.
Nasyid kontemporari
f.

Pemarkahan:
Bil

Perkara

Markah

i.

Suara

30

Ii

Gaya Persembahan /
Props

20

Iii

Lirik

20

Iv

Lagu

30

Jumlah

100

g. Hanya penggunaan Bahasa Melayu sahaja yang


dibenarkan untuk lagu pertama dan lagu kedua boleh
menggunakan bahasa yang lain.
h. Penggunaan alat muzik yang dibenarkan adalah
kompang, alat perkusi dan peralatan genderang ( tidak
dibenarkan peralatan muzik bertali seperti gitar, piano,
biola dan berongga seperti seruling, trompet )
i. Keputusan hakim adalah muktamad.
j. Tiga pasukan akan dipilih sebagai pemenang.

6.4.

KHAT JAWI
6.4.1. Syarat-syarat:
a. Terbuka hanya kepada murid Bermasalah Pendengaran
tiada had penyerrtaan (Kategori Lelaki & Perempuan
Junior dan Senior) dan tidak terhad kepada yang
beragama Islam sahaja, terbuka kepada semua bangsa.
b. Masa pertandingan adalah 1 jam 30 minit.
c. Ejaan jawi hendaklah mengikut kaedah ejaan yang terbaru.
Ayat disediakan oleh pihak penganjur.
d. Membawa sendiri alat tulis yang sesuai.
e. Kertas disediakan oleh penganjur, kertas yang rosak hanya
dibenarkan pertukaran sekali sahaja.
f. Pemarkahan :
i. Bentuk Tulisan ( 50 markah )
- Bebas memilih salah satu jenis khat seperti Naskh,
Thuluth, Rakaah, Dewani dan lain-lain.
ii. Teknik Tulisan ( 20 markah )
- Susunan khat baik, jelas dan munasabah.
- Tidak campur antara jenis khat.
iii. Kebersihan ( 20 markah )
- Tulisan bersih, terang dan mudah dibaca
- Markah akan dipotong sekiranya tulisan luntur,
sukar dibaca seperti dakwat kembang dan
garisan pensil yang tidak dipadam.
iv. Hiasan ( 10 markah )
- Hiasan dalaman dan luaran yang sesuai dan
menarik.
g.
Keputusan hakim adalah muktamad.

6.5.

AZAN
6.5.1. Syarat-syarat
a.
Terbuka kepada semua pelajar lelaki sahaja.
b.
Terbahagi kepada Kategori Junior dan Kategori Senior
Bermasalah Pembelajaran.
Pemarkahan Azan :
Bil

Perkara

i.

Alunan Lagu

40 markah

Ii

Kelancaran

30 markah

Iii

Suara

30 markah
Jumlah

c.
6.6.

Markah

100

Hanya Azan Subuh sahaja yang dipertandingkan.

BERCERITA KISAH NABI


6.6.1.
Syarat-syarat :
a. Terbuka
kepada
semua
murid
Bermasalah
Pembelajaran dan Bermasalah Pendengaran ( Kategori
Junior dan Senior)
b. Terbahagi kepada 2 kategori iaitu lelaki & perempuan.
c. 3 peserta dari setiap kategori akan dipilih sebagai
pemenang.

d. Masa bercerita adalah 8 minit.


e. Markah tidak akan dikira sekiranya para peserta
mengambil masa lebih dari masa pertandingan yang
telah ditetapkan.
i.
Satu salinan skrip yang siap ditaip ke bagi
setiap peserta hendaklah diemailkan kepada
speedkluang@yahoo.com
dalam
masa
seminggu sebelum tarikh pertandingan dan
membawa
satu salinan untuk rujukan juri
sewaktu pertandingan (kegagalan
berbuat
demikian akan menyebabkan penolakan
markah).
ii.
Penggunaan props adalah digalakkan dan
diberi markah.
iii.
Giliran peserta untuk menyampaikan ceritanya
akan ditetapkan oleh pihak penganjur.
iv.
Peserta tidak dibenarkan melihat skrip.
v.
Guru pembimbing boleh membantu para
peserta dengan tidak keterlaluan.
vi.
Segala keputusan hakim adalah muktamad.
f.

Tajuk cerita yang dicadangkan :


i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

g.

Kisah Nabi Musa & Firaun


Kisah Kelahiran Nabi Muhammad SAW
Kisah Nabi Nuh & Kaumnya
Kisah Nabi Ibrahim & Anaknya Ismail
Mukjizat Nabi Muhammad SAW
Tahun Kedukaan
Peristiwa Isra & Mikraj
Hijrah Rasullulah.

Penilaian pemarkahan dilihat dari :

Bil

Perkara

i.

Isi

40

Ii

Penggunaan Bahasa Isyarat


& Komunikasi Seluruh

20

Iii

Gaya Penyampaian

30

Iv

Props

10
Jumlah

h.

Markah

100

Pemotongan markah akan dilakukan sekiranya :


i. Peserta menggunakan bahasa isyarat yang tidak
difahami @ tidak lazim digunakan seperti yang
terdapat di dalam buku BMKT atau BMKT
( Pendidikan Islam ) bagi Bermasalah
Pendengaran (BD).
ii. Peserta menggunakan bahasa isyarat yang
menyindir mana-mana pihak. (bagi BD)

iii. Peserta menggunakan bahasa isyarat yang


berulang-ulang (bagi BD)
iv. Peserta berhenti semasa bercerita sama ada lupa,
salah atau tersekat-sekat.
v. Peserta melakukan gerak-geri yang keterlaluan.
vi. Pesembahan peserta yang tidak meyakinkan.
vii. Setiap kesalahan akan dipotong 1 markah dan
jumlah maksimum pemotongan markah ialah 5
markah sahaja dari setiap bahagian yang
dipertandingkan.
viii. Sekiranya guru pembimbing membantu peserta
lebih dari 3 kali, markah akan ditolak 2 markah.
Markah akan terus dipotong sebanyak 1 markah
untuk setiap kali bantuan yang seterusnya.

PERHATIAN :
1. Setiap peserta dikehendaki mengutarakan 4 isi dan setiap isi
akan diberi 2 markah ( 8 markah )
2. Setiap huraian dan pengajaran dari isi yang tepat akan diberi 8
markah ( 32 markah )
3. Jika peserta menyertakan satu maksud nas atau dalil, peserta
akan diberi 2 markah tambahan ( 2 markah )

6.7

BERZANJI
6.7.1 Syarat-syarat :
a. Terbahagi kepada Kategori Junior dan
Senior
Bermasalah Pembelajaran.
b. Terbahagi kepada dua kategori Lelaki & Perempuan
c. Masa bacaan 8 minit.
d. Pemarkahan;
Bil

Perkara

Markah

i.

Tajwid

40

Ii

Suara

15

Iii

Fasahah

20

Iv

Lagu/Taranum

25

Jumlah

100

e. Sekolah Rendah pilih 1 Rawi di bawah:


i.
Rawi 1
ii.
Rawi 2
iii.
Rawi 3
f.

Sekolah Menengah Pilih 1 Rawi di bawah:


i.
Rawi 1
ii.
Rawi 2
iii.
Rawi 3

g. Seorang peserta perlu membaca satu pilihan Rawi


sahaja
h. Keputusan hakim adalah muktamad
i. Tiga peserta dari setiap kategori akan dipilih sebagai
pemenang.
j. Jika
peserta tersalah Rawi, penyertaan akan
terbatal dan tiada permarkahan.
7. KELAYAKAN DAN HAD UMUR PESERTA
7.1 Murid-murid yang berdaftar di bawah Peraturan-Peraturan Pendidikan
Khas 1997 di sekolah-sekolah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia
LAYAK menyertai kejohanan anjuran bersama Unit Pendidikan dan JKD
Pendidikan khas Daerah Kluang.
7.2 Ketetapan had umur peserta-peserta bagi kejohanan di peringkat Daerah
Kluang adalah seperti berikut:
7.3.1 Junior ( 14 tahun ke bawah )
7.3.2 Senior ( 19 tahun ke bawah )
7.3

Kiraan umur adalah dikira berdasarkan tahun kelahiran dalam tahun


program itu diadakan .
Contoh :
a.

Lahir pada dan selepas 1997 layak menyertai kategori


Junior pada pertandingan yang diadakan pada tahun
2011.

b.

Lahir 1992 hingga 1996 layak menyertai kategori


Senior pada pertandingan yang diadakan pada tahun
2011.

7.4

Seseorang peserta hanya dibenarkan menyertai pertandingan dalam


satu kumpulan umur sahaja bagi satu jenis pertandingan dalam masa
yang sama kecuali sesuatu ketetapan khas dilakukan.

7.5

Selain daripada yang disebutkan seseorang peserta dibenarkan


menyertai pertandingan dalam kumpulan umur yang lebih tinggi
daripada kumpulan umurnya.

7.6

Semua peserta hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan


dan

Kad OKU asal untuk pemeriksaan oleh pihak pengelola

pertandingan
dijalankan.

padabila-bila
Kegagalan

menyebabkan

peserta

masa

sebelum/semasa

menunjukkan
tersebut

pertandingan

dokumen

dihalang

dari

tersebut
menyertai

pertandingan atau dibatalkan penyertaan pasukannya.

7.7

Nombor Tag Peserta


7.7.1

BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25

Sekolah Rendah

NAMA SEKOLAH RENDAH


SK SERI MACHAP
SK BUKIT KENANGAN
SK LELAKI BANDAR
SK KAHANG
SK PEREMPUAN BANDAR
SK SERI LALANG
SK SERI KAMPUNG TENGAH
SK PEKAN LAYANG-LAYANG
SK KAMPUNG CHAMEK
SK LKTP KAHANG TIMUR
SK KG DATO' IBRAHIM MAJID
SK LKTP BELITONG
SK SERI INTAN
SK DATO ONN JAAFAR
SK KLUANG BARAT
SK ABDUL RAHMAN YASSIN
SK LADANG MUTIARA
SK BANDAR T6
SK SERI TAMAN KLUANG BARAT
SK PALOH 2
SK JUBLI INTAN
SJK ( C ) PA YAI
SJK ( C ) PING MING
SJK ( T ) JALAN HAJI MANAN
SJK ( T ) JALAN STESEN PALOH

7.7.2
BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14

KOD
SM
BK
LB
KH
PB
SL
ST
LL
KC
KT
IM
BL
SI
OJ
KB
RY
LM
BT
TK
PL
JI
PY
PM
HM
SP

NOMBOR
11 hingga 40
11 hingga 40
11 hingga 40
11 hingga 40
11 hingga 40
11 hingga 40
11 hingga 40
11 hingga 40
11 hingga 40
11 hingga 40
11 hingga 40
11 hingga 40
11 hingga 40
11 hingga 40
11 hingga 40
11 hingga 40
11 hingga 40
11 hingga 40
11 hingga 40
11 hingga 40
11 hingga 40
11 hingga 40
11 hingga 40
11 hingga 40
11 hingga 40

Sekolah Menengah

NAMA SEKOLAH MENENGAH


SMK LAYANG-LAYANG
SMK TUN HUSSEIN ONN
SMK KAHANG
SMK SULTAN ABDUL JALIL
SMK LKTP KAHANG TIMUR
SMK LKTP BELITONG
SMK SIMPANG RENGAM
SMK SERI INTAN
SMK BANDAR T6
SMK JALAN KOTA TINGGI
SMK SERI LALANG
SMK DATO HAJI HASSAN YUNOS
SMK PALOH
SMK DATO ABDUL RAHMAN ANDAK

7.7.3

KOD
LG
TH
KG
AJ
KR
BG
SR
SN
BR
JK
SG
HY
PH
RA

NOMBOR
41 hingga 70
41 hingga 70
41 hingga 70
41 hingga 70
41 hingga 70
41 hingga 70
41 hingga 70
41 hingga 70
41 hingga 70
41 hingga 70
41 hingga 70
41 hingga 70
41 hingga 70
41 hingga 70

Warna Tag Peserta


i.

Tag Kategori Junior adalah berwarna Putih.

ii.

Tag Kategori Senior adalah berwarna Kuning.

iii.

Tag Kategori

Bermasalah

Pendengaran

adalah

berwarna Biru Muda.


iv.

Tag perlu disediakan oleh sekolah masing-masing


mengikut spesifikasi yang telah diberikan

di

muka

surat 12.

10

8.

BANTAHAN
8.1

Segala bantahan hendaklah secara bertulis.

8.2

Segala masalah dari segi kelayakan dan status peserta hendaklah


diselesaikan 1 jam sebelum pertandingan bermula.

8.3

Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang bantahan


sebanyak RM

50.00

(Ringi Malaysia Lima Puluh Sahaja) secara

tunai. Wang bantahan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan


ditolak.
8.4 Keputusan Jawatankuasa Bantahan akan dibuat secara bertulis kepada
yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.
8.5

Keanggotaan Jawatankuasa Bantahan terdiri daripada pegawai yang


dilantik oleh pihak penganjur.
8.5.1

Penolong
Pendidikan

Pegawai
Khas)

Pendidikan
selaku

Daerah

Pengerusi

Kluang

(Unit

Jawatankuasa

Bantahan.
8.5.2

Pengerusi JKD Unit Pendidikan Khas Kluang.

8.5.3

Setiausaha Jawatankuasa Pengelola.

8.5.4

Penolong Kanan Pendidikan Khas Daerah Kluang yang tidak


terlibat dengan bantahan.

8.5.5

Tiga Pengurus pasukan Sekolah yang tidak terlibat dengan


bantahan.

9.

JURI RAYUAN
9.1

Juri Rayuan terdiri daripada :


9.1.1

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola.

9.1.2

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola/Wakil.

9.1.3

Pengerusi Jemaah Hakim/Wakil.

9.1.4 Tiga Pengurus Pasukan Sekolah yang tidak terlibat dengan


bantahan.
* Setiap perubahan pada peraturan pertandingan tertakluk kepada persetujuan
Jawatankuasa Induk.

11

PROGRA
M
SEMARA
K ISLAM
PENDIDI

PROGRAM SEMARAK ISLAM


PENDIDIKAN KHAS DAERAH
KLUANG 2011

PROGRAM SEMARAK ISLAM


PENDIDIKAN KHAS DAERAH
KLUANG 2011

SM01 PB31
NAMA PESERTA

NAMA PESERTA

ACARA PERTANDINGAN

ACARA PERTANDINGAN

1.
2.
3.

1.
2.
3.

PROGRAM SEMARAK ISLAM


PENDIDIKAN KHAS DAERAH
KLUANG 2011

PROGRAM SEMARAK ISLAM


PENDIDIKAN KHAS DAERAH
KLUANG 2011

LG41

HY69

NAMA PESERTA

NAMA PESERTA

ACARA PERTANDINGAN

ACARA PERTANDINGAN

1.
2.
3.

1.
2.
3.

12

You might also like