You are on page 1of 3

Bahagian C

[Masa yang dicadangkan: 20 minit]


[20 markah]
Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan ini.
Zairi malas belajar.Di dalam kelas,dia selalu tertidur .Ada kalanya Zairi
mengacau rakan-rakannya yang lain.Sikap Zairi itu ditegur oleh gurunya,Cikgu
Nani.Apatah lagi peperiksaan UPSR bakal tiba beberapa bulan lagi.
Kalau kamu gagal,ibu dan ayah kamu pasti kecewa.Sebagai anak
tunggal,kamulah yang bertanggungjawab membantu ayah dan ibu kamu kelak,kata
Cikgu Nani.
Nasihat Cikgu Nani itu melekat di fikirannya.Semenjak hari itu,Zairi berubah
menjadi murid yang rajin.Dia bersengkang mata mengulang kaji pelajaran hingga
larut malam.Dia memberikan perhatian yang sepenuhnya semasa guru mengajar.Dia
juga kerap bertanya jika dia tidak memahami apa-apa yang diajar.Oleh itu,tidak
menghairankan apabila dia memperoleh markah yang tinggi dalam ujian
bulanan.Walaupun begitu,dia tidak pernah meninggikan diri dengan rakan-rakannya
yang lain.
Dia juga bijak membahagikan masanya.Selepas selesai menelaah mata
pelajaran,Zairi membantu ayahnya di kebun pada waktu petang selain membantu
ibunya menjual nasi lemak di warung pada sebelah malamnya.
Rangka
1.
Kita tidak boleh malas belajar sebaliknya belajar bersungguh-sungguh
untuk berjaya dalam pelajaran
2.
Kita tidak boleh mengganggu rakan-rakan lain di dalam kelas.
3.
Sebagai seorang guru,kita patut mencontohi sikap Cikgu Nani yang
bertanggungjawab.
4.
Kita seharusnya memberikan tumpuan terhadap pelajaran demi masa
depan kita
5.
Kita juga wajar mencontohi Zairi yang tidak bermegah-megah dengan
kejayaannya juga.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan: 20 minit]
[20 markah]
Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan.
Cikgu Aleeya ialah guru kelas 4 Einstein.Cikgu Aleeya berasal dari
Miri,Sarawak.Beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu bagi murid-murid
Tahun 4 dan 5.
Sudah tujuh tahun beliau menabur bakti di Sekolah Kebangsaan Padang
Jawa.Banyak pengorbanan beliau terhadap sekolah tersebut.Meskipun Cikgu Aleeya
tegas dan berdedikasi orangnya,tetapi beliau amat penyayang dan mengambil berat
akan masalah anak-anak muridnya.
Cikgu Aleeya ditukarkan ke negeri kelahirannya.Semua warga sekolah itu
bersedih atas pertukaran tersebut.Sebagai menghargai bakti yang dicurahkan,guruguru dan murid-murid mengadakan majlis perpisahan untuk beliau.Mereka juga
memberi hadiah kepada Cikgu Aleeya sebagai tanda ingatan.

Bahagian C
[Masa yang dicadangkan: 20 minit]
[20 markah]
Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan ini.
Aina tidak memperuntukkan masa untuk bermain dan menonton televisyen.
Baginya, aktiviti-aktiviti tersebut hanya membuang masa. Aina juga mengurangkan
masa tidurnya untuk memastikan dia dapat belajar dalam tempoh yang lebih lama.
Dia sanggup melakukan semua itu demi mencapai cita-citanya. Aina berazam untuk
mendapat 5A dalam UPSR yang akan didudukinya tahun hadapan. Aina tahu bahawa
dia perlu mempunyai jadual belajar sendiri. Aina mula merangka jadualnya. Dalam
jadualnya itu, Aina memperuntukkan masa selama enam jam setiap hari untuk
mengulang kaji pelajaran impiannya.
Setelah jadualnya siap dirangka, Aina menunjukkan jadual itu kepada
abangnya, Badri. Dia ingin mendengar pendapat Badri tentang jadual belajar yang
dirancangnya itu. Namun, tidak seperti yang dijangkakannya, abangnya meminta Aina
mengubah jadual belajarnya itu. Menurut Badri, Aina tidak seharusnya mengabaikan
aktiviti lain kerana hendak belajar semata-mata.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan: 20 minit]
[20 markah]
Tulis beberapa nilai murni yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini.
Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah kata. Tulis
jawapan anda dalam satu perenggan.
Hidayah bekerja sebagai kerani di pejabat kerajaan. Dia amat disenangi oleh
ketuanya dan rakan-rakan sepejabat kerana sikapnya yang peramah. Hidayah juga
melakukan kerja dengan tekun. Setiap pekerjaan yang diberi akan disiapkan dengan
sempurna.
Hidayah ialah anak yatim piatu. Ibu bapanya terkorban dalam suatu nahas jalan
raya. Sejak itu Hidayah dan adik-adiknya tinggal bersama dengan nenek mereka yang
lumpuh. Sebagai anak sulung, Hidayah bekerja keras untuk mencari wang bagi
menyekolahkan kedua-dua adiknya. Dia juga membuka kelas tuisyen pada waktu
malam untuk mencari wang tambahan. Hidayah mahu memastikan adik-adiknya
mempunyai masa depan yang lebih baik kelak.
Walaupun nenek Hidayah lumpuh, namun Hidayah tetap mendapatkan pandangan
daripada neneknya setiap kali membuat keputusan. Setiap nasihat dan teguran
neneknya diterima dengan hati yang terbuka.
Rangka
1.

Kita hendaklah mengamalkan sikap peramah seperti Hidayah supaya


disenangi oleh orang lain.

2.

kita juga mestilah tekun dalam melakukan apa-apa pekerjaan.

3.
4.

Sebagai anak sulung,kita harus bertanggungjawab menjaga adik-adik


Kita juga sepatutnya berdikari dan tidak menyusahkan nenek yang sudah
tua dan lumpuh.
5.
Kita wajar menerima nasihat dan pandangan orang lain untuk kebaikan diri
kita.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah
perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Noni merupakan anak sulung dalam keluarganya. Dia seorang kakak yang
baik hati
dan penyayang. Dia sering membimbing dan mengasuh adik-adiknya. Noni
juga sangat
rajin membantu ibu dan ayahnya di rumah. Apabila ibunya memasak, Noni
akan menjaga adiknya yang masih kecil. Adik-adiknya sangat manja dengan
Noni. Dia juga ringan tulang membantu adik-adiknya menyiapakan kerja
sekolah.
Di sekolah, Noni sangat disenangi oleh rakan-rakannya kerana
sikapnya yang baik hati dan peramah. Bukan sahaja pintar tetapi Noni juga
seorang yang berdisiplin. Setiap hari dia membersihkan kelasnya bersamasama rakannya. Kelas Enam Bestari sentiasa ceria dan bersih. Noni juga
amat gemar belajar secara berkumpulan. Mereka berbincang dan
menyelesaikan masalah pembelajaran bersama-sama. Noni dan kawankawannya mempunyai azam yang tinggi untuk memperoleh kejayaan
cemerlang dalam pelajaran. Merekalah yang bakal mengharumkan nama
sekolah.

You might also like