You are on page 1of 7

KERTAS CADANGAN

PROGRAM INOVASI
KOKURIKULUM

TAJUK:
SANDER MACHINE

DIHASILKAN OLEH:
PERSATUAN KEMAHIRAN HIDUP
SK SERI CEMPAKA 2014

KERTAS CADANGAN PROGRAM INOVASI KOKURIKULUM


PERSATUAN KEMAHIRAN HIDUP
SK SERI CEMPAKA, 36800 KG GAJAH.
TAJUK : SANDER MACHINE

PENGENALAN
Pendidik yang kreatif dan inovatif ialah sebagai seorang yang berjiwa merdeka,
mempelbagaikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk menyelesaikan
masalah, tidak terperangkap dengan cara kerja konvensional, berupaya mengubahsuai
konsep dengan cara yang inovatif, bersifat terbuka menerima kelemahan, tidak
berputus asa, berjiwa radikal, berani mencabar amalan biasa serta berperibadi stabil
dan tidak mudah mengalah dengan tekanan dari luar (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2002). Antara ciri lain guru yang kreatif dan inovatif adalah bersedia dan
bertanggungjawab atas keputusannya, mempunyai daya imaginatif yang mencapah,
menyediakan pelbagai alternatif dan mampu menghasilkan idea baru ataupun rekacipta
(Mok, 2003). Dalam lain perkataan, guru yang kreatif dan inovatif adalah guru yang
berupaya memperkembangkan daya intelek, rohani, emosi dan jasmani para pelajarnya
dengan optimum secara seimbang dan harmonis sesuai dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Negara (FPN).
Manakala kreatif pula ditakrifkan sebagai mempunyai kebolehan mencipta,
menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kita harus mengerah
seluruh tenaga. Idea yang baru bukan setakat susunan atau struktur baru terhadap
makna-makna dan unsur-unsur yang sudah ada.bahkan juga baru pada struktur yang
belum ada sama baru secara ,mutlak atau relatif mengikut bidang yang berbeza-beza.
Mengambil contoh hasil kreatif dalam bidang seni bermaksud menghasilkan karya seni
yang benar-benar bermutu tinggi. Melakar kejayaan sebagai pelukis hingga ke satu
peringkat yang hampir tiada hadnya. Kreatif dalam bidang sains membawa idea baru

atau gaya baru dalam analisa-analisa yang dibuatnya atau mengembangkan alat-alat
atau instrument baru yang digunakannya utuk mencipta peralatan baru.
Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
( PPPM ) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem
pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi
kokurikulum ini diharap dapat menyuntik semangat murid-murid di SK Seri Cempaka
untuk lebih kreatif dan inovatif dalam bidang reka cipta.

OBJEKTIF
Antara objektif program ini ialah;
1. Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif kritis.
2. Membentuk budaya merekacipta sesuatu yang baru daripada pelbagai sumber.
3. Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan tempatan/sekeliling dalam
penghasilan produk baru yang berkualiti dan berdaya saing.
4. Melahirkan para usahawan muda.
RASIONAL
Program Rekacipta dan Inovasi SK Seri Cempaka ini bertujuan menggalakkan
pelajar berfikir secara kritis dan kreatif, belajar cara menyelesaikan masalah
dengan pengaplikasian pelbagai metod dan kaedah dalam sains dan teknologi
yang menjurus kepada HOTS. Hasilnya nanti diharapkan para pelajar dapat
menjadikan budaya rekacipta dan inovasi sebagai satu aspek dalam penyelesaian
masalah dalam kehidupan seharian. Program ini juga turut melibatkan semua guru
dan murid dalam menghasilkan produk reka cipta dan inovasi.

MATLAMAT
Projek inovasi dan reka cipta ini adalah bermatlamat untuk melahirkan pelajar
yang berfikran kreatif dan inovatif serta inventif yang mana dapat menyelesaikan
sesuatu masalah dengan menghasilkan idea yang kreatif sama ada dalam bentuk
produk mahupun proses. Dengan yang demikian, mereka ini diharap dapat
mengaplikasikan segala teknologi yang terkini dengan bergerak seiring dengan
kepesatan teknologi semasa dan seterusnya dapat menyumbang kepada
pembangunan negara dengan menghasilkan sesuatu produk hasil daripada
inovasi dan rekacipta.

SASARAN
Semua ahli Persatuan Kemahiran Hidup SK Seri Cempaka, Kampong Gajah.

SKOP DAN LIMITASI PROJEK.


Skop kajian ialah untuk menggunapakai 70% bahan terpakai yang terdapat disekeliling
bengkel KH dan dibantu oleh pembelian sedikit bahan mentah. Walaubagaimanapun,
dalam pembuatan projek ini kebanyakannya menggunakan bahan yang baru supaya
ianya nampak lebih cantik.

KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK


Antara kepentingannya ialah:
1. Melahirkan murid yang mampu untuk menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif
dalam kalangan murid.
2. Memupuk semangat sayangkan alam sekitar melalui amalan 3R (Reuse,
Reduce, Recycle).
3. Membuka peluang serta menanam minat rekacipta kepada murid .

4. Dapat menyumbangkan sesuatu untuk kegunaan generasi akan datang yang


bakal menggunakan bengkel KH.
5. Latihan praktikal/hands on kepada murid selepas mempelajari teori dalam mata
pelajaran KH.

PERNYATAAN MASALAH
Antaranya ialah :
1. Ketiadaan mesin mengelas di dalam bengkel KH menyebabkan masa
pembuatan projek kayu menjadi panjang.
2. Kos pembelian mesin mengelas yang agak mahal jika dibandingkan dengan kos
asal mesin tersebut.

PRODUK SEDIA ADA


Daripada tinjauan yang dijalankan, terdapat banyak jenis mesin mengelas yang
terdapat di pasaran dan mengikut kefungsiannya tersendiri. Pelbagai jenis mesin ini
juga terdiri daripada pelbagai jenama yang tidak dikenali sehinggalah jenama yang
terkenal. Walaubagaimanapun, keperluan untuk sekolah dalam proses pembelian
mesin tersebut amatlah mahal. Jadi murid-murid perlu diberikan didikan untuk memilih
dan merancang satu mesin yang dijadikan asas serta memikirkan cara pembuatan yang
menggunakan kos yang rendah.

ANGGARAN KOS PROJEK


Kos anggaran untuk projek

inovasi ini adalah seperti

dibawah.

PENDAPATAN
1. WK/PELBAGAI -

JUMLAH
RM 450.00

PERBELANJAAN
1. Besi L
2. Bolt & Nat
3. Syaf Basikal*
4. Roller Cat*
5. Sander Paper
6. Gear Basikal*
7. Papan Lapis
8. Angle Iron
9. Mata Gerudi Besi
10. Mata Gerudi kayu
11. Hadiah (Rm15 x 5)
12. Bahan Fotostat

JUMLAH
90.00
32.00
9.00
10.00
32.00
47.00
38.00
37.50
33.50
31.00
75.00
15.00

RM 450.00

JUMLAH PERBELANJAAN

RM 450.00

KELAB PROGRAM
INOVASI

JUMLAH

PERANCANGAN PROJEK
Projek ini akan dilaksanakan seperti berikut:
Minggu
Bil

1
Aktiviti

1
2

Pengenalpastian masalah

Perancangan pembinaan

projek

Pembinaan projek

Pengiraan kos

Pendokumentasian

KESIMPULAN
Kesimpulannya, diharapkan program ini akan meningkatkan kemahiran rekacipta dalam
kalangan murid demi melahirkan murid yang berkemahiran tinggi dalam merekacipta,
satu kemahiran yang telah dipelajari dalam mata pelajaran KHB. Selain itu, program ini
juga diharapkan dapat melahirkan bakat keusahawanan dalam diri murid. Akhirnya
sekali, projek ini dapat memberikan manfaat kepada murid, sekolah, ibu bapa ,
masyarakat setempat dan negara.

You might also like