You are on page 1of 4

falsafah pendidikan saya

sebagai seorang bakal pendidik..saya juga mempunyai falsafah yang akan


dipegang dan menjadi fokus dalam melaksanakan tugas sebagai seorang
guru..menjadi seorang guru yang patuh pada falsafah pendidikan kebangsaan serta
falsafah pendidikan guru.
menjadi seorang insan yang patuh pada ajaran agama dan menjadi warganegara
yang setia kepada negara.
menjadi guru yang berjasa kepada pelajar, ibu bapa dan masyarakat
keseluruhannya.
menjadi seorang guru yang mesra, mudah didekati oleh para pelajar, guru-guru
lain serta masyarakat dan dihormati.
menjadi insan yang sentiasa belajar dan tidak sombong untuk mendapatkan ilmu
baru. tidak mustahil pelajar akan memberi pelajaran baru kepada gurunya. saya perlu
bersedia ke arah tersebut.
secara keseluruhannya, saya ingin menjadi seorang guru dan seorang insan yang berjaya
dalam segala aspek.. (^_^)

bismillah

Monday, April 16, 2012


KONSEP IKHLAS SEBAGAI SEORANG GURU

KONSEP IKHLAS SEBAGAI SEORANG GURU


KONSEP IKHLAS SEBAGAI SEORANG GURU

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) ingin mengucapkan Selamat Hari


Guru kepada seluruh warga pendidik di Malaysia. Peranan dan tanggugjawab sebagai
seorang guru amatlah mulia dan tidak ternilai harganya. Profession guru sebagai seorang
pendidik dan pengajar tidak boleh disamakan dengan profession yang lain. Ini adalah
kerana pengorbanan dan perjuangan guru adalah semata-mata untuk melihat anak bangsa
mereka berjaya di masa hadapan. Pendidikan adalah alat yang sangat penting untuk
melahirkan modal insan yang diperlukan oleh negara dan untuk menentukan arah tuju
negara dalam menghadapi arus pembangunan.
Melihat kembali kepada falsafah pendidikan iaitu untuk melahirkan individu yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Merealisasikan falsafah ini

memerlukan satu usaha yang menyeluruh dan kerjaya sebagai seorang pendidik ini
memerlukan individu yang ikhlas dalam menyebarkan ilmu.
Guru bukan semata-mata sebagai pengajar lebih dari itu. Guru adalah pendidik. Konsep
pendidik dalam membawa maksud yang luas melebihi tahap pengajar. Pengajar, lebih
menjurus kepada seorang yang hanya seorang guru yang mencurahkan ilmu pengetahuan
untuk anak didiknya. Tetapi, konsep pendidik bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu
tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak
didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.
Justeru, guru yang bersifat pendidik akan memastikan sesuatu ilmu itu dihayati sekali gus
membentuk keperabadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu, tugas pengajar
banyak berlegar di akal tetapi tugas pendidik berlegar di hati. Perumpaan yang boleh
diketengahkan di sini ialah pengajar adalah orang yang bertugas mengumpulkan bahan
masakan sepeti tepung, gula, garam dan rempah ratus. Manakala pendidik adalah
diumpamakan seperti seorang tukang masak yang mahir berkemampuan mengadun dan
membancuh teoung hingga berjaya dimasak menjadi kuih/hidangan yang enak. Maka atas
semangat inilah guru-guru perlu mencerna dan menghayati tema hari guru pada tahun ini
'GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG yang sangat bertepatan dengan
situasi masyarakat masa kini.
ABIM merasakan Guru juga perlu ikhlas menjalankan tanggungjawabnya sebagai guru.
Guru mesti sedia bekorban untuk meningkatkan urusan keilmuan dan melaksanakan
kewajipan terhadap muridnya. Semasa pelajar di sekolah, adalah menjadi tanggungjawab
guru melatih, mengajar dan memupuk nilai-nilai murni termasuk hubungan kekeluargaan,
kemesraan dan keikhlasan dalam diri pelajar yang semakin terhakis.
Sejak kebelakangan ini, pelbagai perspektif negatif telah dilontarkan kepada guru. Jelas
di depan muka akhbar menyiarkan guru merotan murid sampai luka, guru sepak pipi
murid, guru berkata lucah kepada murid dan banyak lagi. Apa yang pasti, isu ini hanya
kes picisan dan terpencil jika kita bandingkan kejayaan guru yang telah melahirkan
banyak pemimpin, doktor, peguam dan sebagainya.
ABIM berpandangan bahawa cabaran guru pada masa kini semakin mencabar. Dunia
telah menjadi tanpa sempadan dan teknologi semakin berkembang maju. Guru juga perlu
perlengkapkan diri dan mampu melindungi anak didik mereka dari terpengaruh dengan
unsur-unsur negatif. Perhatian guru terhadap anak murid perlulah lebih mesra dan ikhlas
agar peribadi anak murid tersebut mudah dibentuk dengan acuan yang sepatutnya.
Memang tidak dinafikan kesan yang dibawa oleh guru di Malaysia amatlah besar. Kita
boleh berbangga dengan status Malaysia di persada antarabangsa dan kejayaan yang kita
kecapai selama ini. Namun kejayaan besar yang kita kecapi ini, ilmu yang kita ada ini,
kesedaran yang kita alami ini, semuanya bermula dengan insan yang bernama guru.
Mereka adalah insan yang tidak kenal erti penat lelah, sanggup berkorban masa dan
tenaga demi anak bangsa pada masa hadapan.
Guru dengan pena dan suaranya akan membentuk suasana dan kemudiannya masyarakat

serta kejayaan negara.

ULASAN ARTIKEL
Ramai yang berkata tentang ikhlas, ada yang mempertikaikan keikhlasan seseorang, ada pula yang
mendakwa tindakannya dibuat secara ikhlas. Apa sebenarnya ikhlas? Benarkah manusia, khususnya
umat Islam di dunia kini terlalu kurang keikhlasan?. Ikhlaskah diri kita dalam berdakwah, berpolitik,
menulis, bercerita, belajar, mengajar, mendidik dan berniaga?.
Ini satu persoalan yang besar di sisi Islam dan keikhlasan memerlukan satu mujahadah besar. Ia tidak
mudah dan hanya mampu dicapai KECUALI oleh mereka yang benar-benar telah berjaya
menanggalkan kecintaan kepada semua jenis makhluk, sama ada ia adalah pangkat, pujian, harta,
dianggap selebriti, wang dan kebanggaan.
Allah swt meningatkan :

Ertinya : Katakanlah: ""Sesungguhnya aku diperintahkan supaya mengabdikan diri kepada Allah
dengan ikhlas ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama ( Az-Zumar : 11)
Nabi s.a.w pula bersabda :

Ertinya : Sesungguhnya Allah swt tidak akan menerima amalan kecuali apa yang dibuat
dalam keadaan ikhlas, berkeinginan kepada wajahNya ( Al-Bukhari, no 97, kitab al-Ilm)

Sebagai muqadimah pengertian ikhlas saya ingin memetik kata-kata dari Imam Abu al-Qasim AlQusyairi, seorang ahli tasauf yang terkemuka memeberikan definisi Ikhlas sebagai:Ertinya: Ikhlas adalah mengesakan haq Allah swt dalam segala amalan ketaatan dengan niat, iaitu dia
melakukan amalan ketaatannya hanyalah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt, tiada apapun
selain itu, iaitu mereka yang melakukannya kerana Makhluk, atau kerana ingin mendapat pujian

mereka, serta kecintaan kepada pujian makhluk, atau apa jua sebab-sebab yang selain redha Allah.
Boleh juga dikatakan, bahawa Ikhlas itu adalah pembersihan (niat) diri (semasa amalan) dari segala
segala perhatian manusia. ( Al-Risalah al-Qusyairiah, tahqiq Abd Halim Mahmud, 1/443)
Memang mudah untuk melafazkan kata ikhlas, mudah juga untuk cuba menyakinkan diri bahawa diri
ikhlas dalam perjuangan, namun untuk benar-benar memastikan hati sentiasa istiqamah ikhlas kepada
Allah swt, ia bukan satu tugas yang mudah, namun ia maha penting dan penentu masa depan kita
tatkala berdepan dengan Allah swt kelak.
Ada yang berkata, ketidakikhlasan itu boleh terlihat dek tanda-tanda dari mulut melalui cakap-cakap
dan kata-katanya, dari tulisan melalui baris ayatnya, dari tindakan melalui memek wajah dan
pergerakannya. Apapun, persoalan utama bukanlah ghairah dan sibuk meneliti keikhlasan orang lain
serta mempertikaikannya, tetapi adalah meneliti dan memperbaiki diri sendiri.
Pada pendapat saya, tugas, amanah, tanggungjawab dan akauntabiliti yang terletak di bahu seorang
guru bukan satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan dengan baik dan jayanya. Guru perlu
menyampaikan ilmu mengikut falsafah pendidikan Negara di mana guru mampu melahirkan anak
murid dan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek.
Dewasa ini kita sering dikejutkan dengan cerita dan khabar negatif tentang masalah guru-guru seperti
masalah sosial, jenayah seksual, penyalahgunaan dadah dan sebagainya menjadikan kerjaya sebagai
seorang guru tidak lagi dihormati dan disanjung tinggi seperti dulu. Saya sebagai seorang guru bukan
mahukan sanjungan atau penghormatan tetapi istiqamah keikhlasan itu amat penting bagi seorang guru
dalam mendidik anak bangsa agar guru itu dianggap sebagai 5 M : mudarris, muallim, muaddib,
murabbi lagi mursyid Bagi saya, akar umbinya bermula dari guru itu sendiri. Ihklaskah seorang guru
apabila menjadikan medan profesion perguruan sebagai pilihan pekerjaan kedua atau pilihan terakhir?
Sekali kita menjadi guru, selamanya akan dipanggil cikgu
Marilah kita menjadi guru yang pertama . Pertama dalam mengajar. Pertama menyentuh hati pelajar.
Pertama di hati pelajar. Pertama menyeru kebaikan dan pertama dalam membuat kebaikan.
Saya berpesan-pesan kepada diri sendiri dan kepada semua guru-guru mari kita amalkan konsep ikhlas
mencari keredhaan Allah dalam mendidik harta tidak ternilai yang Allah anugerahkan kepada kita
untuk membimbing dan menunjuk jalan yan lurus kepada mereka. Insya Allah. Amin..

You might also like