You are on page 1of 5

1.

JUDUL
Pembelajaran Maya Melindungi Masa Instruktional (MMI) dan Paper Less.

2.

NAMA PENULIS
Ayu Hartini Bt Arifen
Santha Devi A/P Krishnan
Noor Hayati Bt Abdul Rahman

3.

NAMA SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam
Jalan Kenanga
31350 Ipoh
Perak Darul Riduan

4.

ABSTRAK
Kajian aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji sejauh mana

keberhasilan Pembelajaran Maya dalam Melindungi Masa Instruktional (MMI) murid


di sekolah dan pengurangan penggunaan kertas. Dewasa ini, para pendidik
khususnya sering terlibat di dalam aktiviti luar seperti mesyuarat, kursus dan lain-lain
aktiviti Kokurikulum. Ini menyebabkan waktu PdP di sekolah diganti oleh guru lain
yang kadang kala bukan opsyen. Hasilnya murid akan membuat kerja sendiri yang
tiada kaitan dengan PdP. Hal ini menjadikan satu cabaran yang hebat bagi seorang
pendidik untuk menjalankan tanggungjawab utamanya iaitu mengajar murid di
sekolah dan pada waktu yang sama terpaksa memikul tanggungjawab di luar
sekolah.
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) anjakan ke 7
telah menyatakan bahawa kita perlu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia. Dengan adanya pembelajaran maya yang menggunakan
platform Vle Frog, secara tidak langsung diharapkan ia dapat mengatasi masalah
keberadaan guru pada waktu PdP.
Sebelum adanya platform Vle Frog, warga sekolah telah didedahkan dengan
penggunaan ICT di mana sekolah telah mempunyai laman portal rasmi sejak tahun
2006. Bilangan pengunjung sehingga 13 Oktober 2014 adalah sebanyak 2,556,1630
orang. Pelbagai pautan ke laman web seperti Zoom A dan blog-blog yang
berunsurkan pendidikan dibina bagi memudahkan murid mengakses maklumat
selain digunakan untuk berinteraksi antara satu sama lain. Selain daripada itu,
perisian yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk MBMMBI
1

juga dimasukkan ke dalam semua komputer di dalam makmal komputer. Daripada


aspek

perkakasan

ICT,

penggunaan

komputer

dan

LCD

projektor

juga

sememangnya banyak membantu dalam PdP warga sekolah.


Kemahiran guru dalam bidang ICT juga adalah sangat penting untuk
melaksanakan transformasi daripada kaedah trasional chalk and talk kepada PdP
berunsurkan

multimedia

yang

dapat

membangkitkan

minat

murid

kepada

pembelajaran yang menyeronokkan.


Kini dengan adanya platform Vle Frog, ia umpama bulan jatuh ke riba buat
warga sekolah. Pengintegrasian aplikasi seperti buku teks elektronik, site
pembelajaran, carian maklumat, kalendar, kuiz dan undian telah meningkatkan minat
guru serta murid dalam penggunaan ICT. Kewujudan pembelajaran secara maya ini
adalah bertepatan dengan transformasi

pendidikan alaf ke 21 di mana ianya

bersesuaian dengan generasi muda masa kini yang sering dahagakan penggunaan
teknologi dalam pendidikan selain untuk hiburan semata-mata.
5.

ISU/CABARAN/REFLEKSI/PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG


LALU
Penggunaan ICT dalam PdP bukanlah suatu perkara baharu, bahkan ia telah

mula dilaksanakan sejak zaman mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4 iaitu Tun Dr.
Mahathir bin Mohamad. Kewujudan program PPSMI telah membuktikan bahawa ICT
penting dalam PdP. Komputer riba telah diedarkan ke seluruh sekolah bagi kegunaan
guru-guru. Sungguhpun demikian, terdapat segelintir guru yang fobia dengan
penggunaan komputer.
Di

sekolah

ini,

tidak

terlepas

daripada

masalah

tersebut.

Walau

bagaimanapun, jumlahnya tidaklah membimbangkan. Guru-guru ini sering dibantu


oleh guru-guru yang berkemahiran dalam ICT untuk bergerak bersama dalam
penggunaan ICT. Latihan dalam perkhidmatan mengenai ICT dijalankan sekurangkurangnya 3 kali dalam setahun untuk meningkatkan kemahiran guru-guru.
Guru-guru menggunakan makmal komputer mengikut jadual yang telah
ditetapkan bagi tujuan PdP. Selain itu, makmal komputer juga kerap ditempah di luar
jadual waktu yang ditetapkan.
Sokongan pentadbir dalam penggunaan ICT juga amat baik. Guru Besar telah
mengambil inisiatif untuk membuat semua pengumuman penting atau memo kepada
2

guru tertentu menggunakan platform Vle Frog. Ini dapat mengelakkan sebarang
ketirisan maklumat di kalangan warga sekolah. Sila rujuk lampiran 1.0
Sebelum ini, banyak aktiviti yang melibatkan murid perlu menggunakan kertas.
Antaranya adalah kuiz, penghasilan folio, soalan latih tubi, undian, gambar aktiviti,
pengumuman dan lain-lain. Kini sekolah telah mengambil langkah pengurangan
kertas. Semua kuiz telah dijalankan menggunakan platform Vle Frog. Selain
daripada menjimatkan kertas, kos dan ruang, ia juga dapat memudahkan guru untuk
mencari nama pemenang. Penghasilan folio tugasan murid secara softcopy telah
mula diimplementasi oleh beberapa panitia seperti panitia Matematik, Pendidikan
Moral, Sains dan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi.
6.

KAEDAH/ APLIKASI/ PERISIAN/ PLATFORM YANG DIGUNAKAN


Selain daripada penggunaan papan putih, perkakasan ICT yang digunakan

adalah seperti komputer atas meja, komputer riba dan LCD projektor. Selain perisian
MBMMBI yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, ZOOM A, dan
EduwebTV, platform pembelajaran lain yang digunakan ialah Vle Frog.

7.

OBJEKTIF
1. Membantu Melindungi Masa Instruktional (MMI) dalam PDP.
2. Mengurangkan penggunaan kertas di sekolah.
3. Meningkatkan penguasaan kemahiran ICT di kalangan guru dan murid.

8.

SASARAN
Sasaran bagi pembelajaran maya ini disasarkan kepada semua murid aliran

perdana dari Tahun 1 hingga 6. Selain itu, murid pendidikan khas dalam kategori
masalah pembelajaran juga akan didedahkan dengan kaedah pembelajaran maya.
9.

TINDAKAN
Bagi Melindungi Masa Instruktional (MMI) dalam PdP, site pembelajaran murid

dihasilkan sendiri oleh guru yang mempunyai tugasan di luar sekolah. Kaedah
pembelajaran murid adalah pembelajaran kendiri dan ekplorasi. Murid membaca
3

nota dan membuat latihan secara atas talian. Guru terbabit boleh menyemak
jawapan murid di mana-mana sahaja yang terdapat akses internet. Selain daripada
Melindungi Masa Instruktional, kemahiran atau Standard Pembelajaran bagi setiap
mata pelajaran juga dapat diselesaikan. Sila rujuk lampiran 2.0 dan 3.0
Bagi mengurangkan penggunaan kertas, semua kuiz, folio , soalan latih tubi
dan undian telah menggunakan aplikasi yang disediakan dalam platform Vle Frog.
Sila rujuk lampiran 4.0, 5.0, 6.0, 7.0
10.

KOS
Kos yang terlibat dalam aktiviti pembelajaran maya adalah lebih kepada

penyediaan hadiah untuk murid. Hadiah telah disediakan oleh pihak sekolah dan
pihak PIBG. Hadiah yang disediakan adalah berbentuk sijil penghargaan, medal,
plak, beg dan alat tulis. Yuran tahunan portal sekolah dibiayai oleh PIBG sekolah
setiap tahun. Peruntukan dalam pembelian hadiah juga diluluskan oleh pihak sekolah
dan PIBG bagi menggalakkan penggunaan ICT di kalangan murid. Usaha ini adalah
untuk merealisasikan salah satu objektif PIBG sekolah untuk memastikan semua
murid celik IT selepas meninggalkan alam sekolah rendah.
11.

IMPAK (KEJAYAAN)
Kesan kepada sekolah setelah menjalankan semua aktiviti ini adalah sekolah

telah mendapat anugerah login tertinggi bagi tahun 2013 peringkat sekolah rendah.
Selain itu, sekolah juga berjaya mencapai KPI sekurang-kurangnya 30 masa login
dalam seminggu.
Bulan
November
Disember
Jan
Feb
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober

Jumlah Login
893
171
356
1008
530
1170
774
909
2730
1820
994
691

Jumlah login warga sekolah dari bulan November 2013 hingga 16 Oktober 2014
4

Aktiviti PdP untuk mata pelajaran tertentu dapat dilaksanakan sepanjang


ketiadaan guru. Walau bagaimanapun, usaha ini dalam peringkat perkembangan.
Bilangan guru yang membina site pembelajaran juga bertambah dari masa ke
semasa. Sila rujuk lampiran 8.0
Bilangan penggunaan kertas dapat dikurangkan semasa aktiviti murid seperti
kuiz, soalan latih tubi, undian, pengumuman dan penghasilan folio.
Selain daripada itu, ia juga dapat meningkatkan minat dan kemahiran murid
untuk mendalami platform pembelajaran yang secara tidak langsung dapat
mengurangkan minat murid terhadap laman sosial popular.
12.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Bilangan perkakasan komputer perlu ditambah seperti chromebook atau
komputer riba untuk murid sekolah. Ada ketikanya, makmal komputer tidak
dapat

menampung

permintaan

guru-guru

untuk

menjalankan

PdP

menggunakan komputer pada waktu yang sama. Dengan adanya kemudahan


tersebut, pembelajaran maya dapat dijalankan di mana-mana sahaja seperti di
bilik darjah atau di pusat sumber sekolah.
2. Kelajuan internet perlu ditingkatkan dan distabilkan capaiannya.
3. Bilangan penghasilan site pembelajaran perlu ditingkatkan dan dihantar ke
Moe Repository supaya dapat berkongsi dengan warga pendidik di seluruh
Malaysia.
4. Aktiviti murid seperti kuiz, soalan latih tubi, undian, pengumuman dan
penghasilan folio menggunakan platform ICT perlu ditingkatkan.
5. Aplikasi berunsurkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) iaitu i-Think perlu
ditambah dalam platform Vle Frog.
13.

RUJUKAN
1. Buku Melindungi Masa Instruksional
2. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)

You might also like