You are on page 1of 3

Kesan-Kesan Negative terhadap Buruh kanak-kanak

Pekerja di bawah umur atau tenaga buruh kanak-kanak telah menjadi sesuatu
isu yang lama bersarang dalam masyarakat sejak dahulu hingga hari ini. Fenomena ini
menjadi semakin serious terutamanya di negara dunia ketiga. UNICEF melaporkan
bahawa di seluruh dunia terdapat kira-kira 246 juta kanak-kanak yang terlibat sebagai
buruh kanak-kanak (laporan yang sama turut dikemukakan oleh ILO (International
Labour Organization). Sekitar 180 juta kanak-kanak yang berusia antara 5 hingga 17
tahun (atau 73 peratus daripada keseluruhan pekerja kanak-kanak) dipercayai terbabit
dalam bentuk pekerjaan paling buruk termasuk bekerja dalam keadaan yang
mendatangkan bahaya serta kemudaratan seperti di lombong dan mengendalikan
mesin yang berbahaya. Daripada jumlah ini, 5.7 juta orang dipaksa untuk terlibat
dengan belenggu hutang dan bentuk-bentuk perhambaan yang lain, 1.8 juta dipaksa
terbabit dalam kancah pelacuran atau pornografi dan 600,000 orang pula terbabit
dengan aktiviti yang diharamkan.
Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pekerjaan merupakan satu fenomena
lumrah di Malaysia dan juga di negara lain. Faktor-faktor yang menyebabkan kanakkanak bekerja separuh masa adalah untuk meringankan beban kewangan keluarga dan
menimba pengetahuan baru. Sesungguhpun,fenomena ini akan membawa kesan
negatif kepada golongan kanak-kanak dan haruslah kita mencari akal dalam pelbagai
aspek untuk membendung masalah ini.
Timbul pelbagai kesan negatif apabila kanak-kanak menceburi alam
pekerjaan pada usia yang begitu muda. Salah satu kesan ialah kanak-kanak yang
bekerja memberi kesan negatif kepada perkembangan mental mereka. Mereka lebih
bersikap materialistik. Mereka mempunyai pendapatan yang tetap dan lumayan. Oleh
itu, mereka berkecenderungan menyalahgunakan pendapatan yang lumayan untuk
memuaskan kehendak mereka dan terlalu megejar kebendaan. Misalnya, mereka
membeli barang-barang mewah dan lain-lain. Selain itu, kanak-kanak adalah
golongan yang amat mudah dipengaruhi oleh orang lain. Kanak-kanak yang bekerja
mudah disemai pemikiran yang salah menyebabkan mereka terlibat dalam gejala
sosial. Misalnya, gangster, amalan merokok, menagih dadah dan lain-lain. Mereka
akan beranggapan bahawa mereka telah berupaya menyara hidup sendiri, mereka

cukup matang untuk membuat segala keputusan. Implikasinya, mereka sentiasa


berada dalam keadaan yang bahaya dan membimbangkan.
Kesan daripada bekerja secara sambilan berbeza-beza mengikut jenis pelajar
dan berapa lama mereka menghabiskan masa di tempat kerja. Bekerja sambil belajar
bukanlah satu tugas yang mudah terutama dalam masyarakat kita yang mengutamakan
keputusan peperiksaan. Masa yang digunakan untuk bekerja sudah tentu tidak dapat
digunakan untuk mengulangkaji pelajaran atau membuat tugasan yang diberi oleh
guru. Pelajar yang pintar dan mempunyai kemahiran belajar mungkin berupaya
melaksanakan tugas di sekolah dan tugas di tempat kerja dengan baik, tetapi bagi
pelajar yang lemah pasti akan menjejaskan lagi prestasi akademik mereka kerana
masa untuk mengulangkaji dan membuat tugasan di rumah telah berkurangan. Pelajar
yang lemah sepatutnya menumpukan lebih masa dalam mengulangkaji dan membuat
latihan.
Selain daripada penurunan prestasi akademik pekerja kanak-kanak, adalah
didapati bahawa fenomena ini turut menanam pemikiran yang salah di kalangan belia
ini. Kajian menunjukkan kebanyakan pekerja kanak-kanak berpendapat bahawa
pelajaran adalah tidak penting dan tidak menjamin kehidupan mereka. Keadaan ini
paling ketara antara mereka yang bekerja demi menjana pendapatan keluarga. Hakikat
yang menyedihkan adalah sebahagian daripada golongan belia ini bekerja untuk
mengejar kebendaan. Mereka lebih tertarik kepada "Nike","Adidas","Puma",dan lainlain. Lantaran daripada itu, masalah ponteng sekolah kian hari kian serius. Situasi ini
membimbangkan kerana kepentingan pendidikan tidak lagi dicernakan di kalangan
pekerja kanak-kanak ini. Dalam melihat permasalahan yang semakin gawat ini,
perlulah kita menilai jalan-jalan penyelesaian untuk membendung masalah ini dengan
berkesan.
Kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti pekerja biasanya berumur dari empat
belas tahun hingga tujuh belas tahun. Secara umumnya, kebanyakan kanak-kanak
yang masih persekolahan ini mendapatkan pekerjaan sampingan semasa hari
percutian untuk memperoleh pendapatan tambahan dan pengalaman. Secara
langsungnya, ini telah menimbulkan pelbagai kesan negatif. Oleh itu, semua
masyarakat haruslah memainkan peranan yang penting dengan mengambil langkahlangkah yang sewajarnya supaya dapat membendung fenomena pekerja kanak-kanak.

You might also like