You are on page 1of 2

DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013

2.0

KURIKULUM
Murid KV wajib mengikuti Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) yang telah ditetapkan
oleh KPM.

2.1

KSKV ialah kurikulum pendidikan dan latihan vokasional yang berasaskan kompetensi.
KSKV digubal menggunakan garis panduan Standard Kompetensi Pekerjaan Kebangsaan
dan/atau Standard Kompetensi Pekerjaan Industri serta memenuhi aras pembelajaran Kerangka
Kelayakan Malaysia Tahap satu (1) hingga Tahap empat (4).

2.2

KSKV mengandungi dua komponen modul iaitu Modul Akademik dan Modul Vokasional
yang wajib diikuti berdasarkan kursus yang dipilih yang terdiri daripada komponen teori dan
komponen amali bagi semua subjek Vokasional dan subjek Akademik yang berkaitan.

2.3

Bagi Semester 3 dan 4, modul akademik pilihan bagi Matematik dan Sains adalah seperti
Jadual 1:
Kursus

Modul Akademik Pilihan

Kursus Kejuruteraan

Science for Technology


Mathematics for Technology

Kursus Bukan Kejuruteraan

Science for Social Studies


Mathematics for Social Studies

Jadual 1: Modul Akademik Pilihan


2.4 Komponen kurikulum KV keseluruhan adalah seperti Jadual 2:
Program Pra
Diploma

Program
Diploma

Peratus
(Semester 1-4)

Peratus
(Semester 5-8)

Modul Akademik

30

20

Modul Vokasional

70

80

Komponen Kurikulum
Pengajian

Jadual 2: Komponen Kurikulum


2.5 Latihan Dalam Kerja (LDK) atau On-the Job Training (OJT)
1 / Mac 2013

DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013

2.5.1 Murid wajib mengikuti LDK / OJT yang dilaksanakan di KV, industri atau syarikat
yang dipersetujui bagi satu tempoh tertentu.
2.5.2 Pelaksanaan LDK/OJT wajib dilakukan semasa semester pendek selama 4 minggu
bagi semester 5, 6 dan 7.
2.5.3

LDK/OJT wajib diikuti oleh semua murid bagi tempoh 3 6 bulan selepas tamat

semester 8.
2.5.4

Pelaksanaan LDK / OJT dinilai dengan gred LULUS atau GAGAL.

2.6 Bahasa Pengantar


2.6.1

Bahasa Pengantar adalah dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

2 / Mac 2013

You might also like