You are on page 1of 6

DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013

PERATURAN AKADEMIK
KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KUMPULAN 2
AHLI KUMPULAN:
1. NAZIR JPN
2. PENSYARAH ILP
3. KUKK

Bahagian B:
PERATURAN AKADEMIK KOLEJ VOKASIONAL
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

3.0

HAL EHWAL MURID


3.1 Kemasukan Murid
3.1.1 Syarat kelayakan kemasukan murid ke KV ditentukan oleh KPM dari semasa
ke semasa.
3.1.2 Pemilihan murid yang layak untuk kemasukan ke kursus pengajian KV dipilih
dan diperakukan oleh KPM.
3.1.3 Tawaran kemasukan dan pengambilan murid dikeluarkan oleh KPM.
3.1.4 Kemasukan murid baru ke KV dibuat SEKALI pada setiap tahun.

3.2 Status Murid Gagal dan Diberhentikan


3.2.1 Murid yang gagal keseluruhan modul pengajian (Purata Nilai Gred Kumulatif
(PNGK) kurang daripada 1.0) akan diberhentikan daripada meneruskan
pengajian.
Murid yang gagal keseluruhan modul pengajian akan diberhentikan daripada
meneruskan pengajian.
3.2.2 Murid yang diberhentikan atas tindakan tatatertib boleh membuat rayuan
kepada KPM untuk kemasukan semula ke KV, KPM.
Murid yang diberhentikan kerana gagal pengajian boleh membuat rayuan
kepada KPM.
Murid yang diberhentikan atas tindakan tatatertib tidak boleh membuat rayuan
kepada KPM untuk kemasukan semula ke KV, KPM.
3.2.3 Segala urusan selain daripada yang dinyatakan di atas adalah tertakluk kepada
kelulusan Jawatankuasa Pengambilan Pusat, KPM.
1 / Mac 2013

DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013

3.3

Status Murid KV
3.3.1 Status murid KV adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
3.3.1.1 Mendaftar dengan KV untuk mengikuti kursus pengajian pada tarikh
pendaftaran rasmi yang ditetapkan.
3.3.1.2 Mengikuti kursus pengajian dengan memenuhi syarat-syarat
pengajian yang ditetapkan oleh KV.

3.4

Gugur Status Sebagai Murid


Murid akan diberikan status Gugur Taraf (GT) sekiranya tidak mematuhi para 3.3.1.

3.5

Keperluan Kursus
Murid yang berdaftar sebagai murid KV wajib memenuhi semua keperluan kursus
yang ditetap oleh KPM.

3.6

Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian bagi murid KV adalah seperti berikut:
3.6.1 Program Pra Diploma dua (2) Tahun; dan
3.6.2 Program Diploma Vokasional Malaysia dua (2) tahun dan mengikuti LDK/
(OJT) selepas semeseter lapan (8) di industri/ Organisasi dengan tempoh
minima selama tiga (3) bulan.
3.6.3 Di akhir pengajian, murid akan dianugerahkan Diploma Vokasional Malaysia
(DVM) dengan syarat memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.

3.7

Penangguhan Pengajian
Murid boleh diberi status penangguhan pengajian dengan kelulusan KPM. Tempoh
tersebut tidak diambil kira sebagai pengajian di KV.

3.8

Penggantungan Pengajian
3.8.1 Murid boleh diberi status penggantungan pengajian dengan kelulusan
Mesyuarat Jawatakuasa Akademik KV.

3.9

Kehadiran Murid
2 / Mac 2013

DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013

3.9.1 Murid diwajibkan menghadiri kuliah dan aktiviti berkaitan kursus yang
diikuti.
3.9.2 Kehadiran kurang 90% dari jumlah jam pertemuan untuk setiap modul, boleh
menyebabkan murid tidak dibenarkan menduduki Penilaian Akhir kecuali
dengan kebenaran bertulis Jawatankuasa Pengurusan Akademik di peringkat
KV.

3.10 Kelayakan Menduduki Penilaian Akhir


3.10.1 Murid perlu menyemak Penyata Kelayakan Menduduki Pentaksiran Pusat
yang dikeluarkan oleh KV dan disahkan oleh KPM. Sebarang pindaan
hendaklah mendapat pengesahan daripada Jawatankuasa Pengurusan
Akademik KV.
3.10.2 Murid yang gagal membawa Penyata Kelayakan Menduduki Pentaksiran
Pusat tidak dibenarkan menduduki Pentaksiran Pusat/Penilaian Akhir tersebut
kecuali mendapat kebenaran khusus daripada Jawatankuasa Pengurusan
Akademik KV.

3.11 Jadual Pentaksiran Pusat


3.11.1

Jadual Pentaksiran Pusat disediakan oleh KPM.

3.11.2

Pentaksiran Pusat hendaklah dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan oleh


KPM.

3.12 Perlanggaran Tatatertib Murid bersabit dengan Pentaksiran KV


3.12.1

Murid yang didapati bersalah oleh Jawatankuasa Pengurusan Akademik KV


akan dikenakan tindakan mengikut keputusan Jawatankuasa Pengurusan
Akademik KV.

3.12.2

Murid yang disabitkan kesalahan di atas mengikut keputusan Jawatankuasa


Pengurusan Akademik KV boleh diberi Gred E (Gagal).

3.12.3

Murid yang telah terbukti terlibat dengan plagiarisme dalam projek/tugasan


akan digagalkan dalam modul tersebut dan diberi Gred E (Gagal).

3.13 Pentaksiran Pusat Semula


KPM berhak mengarahkan KV untuk mengadakan pentaksiran pusat semula pada
bila-bila masa sekiranya perlu dalam keadaan berikut:
3 / Mac 2013

DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013

3.13.1

Berlaku kebocoran soalan pentaksiran pusat.

3.13.2

Calon tidak dapat menduduki pentaksiran pusat kerana bencana alam.

3.14 Status Keputusan Pentaksiran


Status Keputusan Pentaksiran adalah berdasarkan pencapaian PNGK.
3.15 Penyata Keputusan Pentaksiran
3.15.1

Penyata keputusan pentaksiran akan dikeluarkan setiap semester oleh KPM.

3.15.2

KV berhak menahan Penyata Keputusan Pentaksiran sekiranya murid gagal


mematuhi mana-mana peraturan yang ditetapkan oleh KV.

3.16 Menduduki Semula Pentaksiran Pusat


3.16.1

Hanya modul akademik sahaja yang dibenarkan untuk diambil semula


pentaksiran pusat.

3.16.2

Murid yang gagal modul akademik dibenarkan mengambil sekali sahaja


ulangan pentaksiran pusat iaitu semasa pentaksiran modul akademik
tersebut ditawarkan semula.

3.17 Laluan Murid KV

Kolej Vokasional KPM

Rajah 1 menunjukkan secara ringkas laluan murid KV KPM.


Program Pra Diploma
(2 TAHUN) (SVM)

4 / Mac 2013

DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013

PNGK < 2.00

Tidak layak
mengikuti program
DVM
Tamat Pengajian di
KV

Dicadangkan ke Program
SLDN atau program lain
yang bersesuaian

PNGK 2.00 : Syarat


Kredit lulus dalam
Bahasa Melayu
Kompeten tahap 1 & 2
Program DVM
( 2 tahun dan 3 bulan OJT

Tamat Pengajian

DVM + Sijil Industri

Lulus semua modul


akademik /insaniah
dan kompeten semua
modul vokasional

Rajah 1: Laluan Murid KV

5 / Mac 2013

DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013

6 / Mac 2013

You might also like