You are on page 1of 6

DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013

PERATURAN AKADEMIK
KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Bahagian A:
TAFSIRAN PERATURAN AKADEMIK KOLEJ VOKASIONAL

Diberhentikan ertinya murid yang tidak mencapai tahap lulus dalam pengajian; atau murid yang
dibuang dari Kolej Vokasional di bawah tindakan tatatertib.
Diploma Vokasional Malaysia (DVM) ertinya kelayakan akademik dan vokasional peringkat diploma
yang dianugerahkan kepada murid setelah berjaya memenuhi kriteria kursus pengajian yang ditetapkan.
Gred ertinya sesuatu penilaian dalam bentuk abjad bagi menunjukkan prestasi pelajar dalam sesuatu
kursus.
Gugur Taraf ertinya pelepasan status sebagai murid KV.
Jawatankuasa Pengambilan Pusat ertinya Jawatan Kuasa pengambilan murid KPM.
Jawatankuasa Pengurusan Akademik Kolej Vokasional ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan oleh
kolej yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal akademik.
Kokurikulum ertinya apa -apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.
Kolej Vokasional ertinya sebuah institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang
ditubuhkan dan diselenggarakan sepenuhnya oleh Menteri di bawah Bahagian IV (Akta 550) bagi
menyediakan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional selepas pendidikan menengah rendah.
Kompetensi ertinya kebolehan/keupayaan menunjukkan tugas spesifik (boleh buat) mengikut standard
yang memenuhi kehendak industri, majikan, organisasi dan/atau individu,yang mengandungi
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang konsisten bagi setiap kemahiran, pengetahuan serta sikap yang
merujuk kepada prestasi yang standard di bidang pekerjaan.
Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) ertinya dokumen yang mengandungi standard
kandungan, standard pembelajaran dan kriteria pencapaian bagi sesuatu kursus.
Modul Akademik ertinya komponen mata pelajaran teras yang ditetapkan dan wajib dipelajari oleh
semua murid Kolej Vokasional.
Modul Vokasional ertinya kursus-kursus dalam komponen vokasional yang ditetapkan oleh pendidikan
Kolej Vokasional yang perlu dipelajari oleh murid untuk membolehkan murid memperoleh Diploma
Vokasional Malaysia dan Sijil Vokasional Malaysia.
Nilai Gred ertinya kredit yang diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK.
1 / Mac 2013

DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013

Penangguhan Pengajian ertinya pengajian yang tidak dapat dihadiri pada semester tersebut.
Pendaftar ertinya pendaftar bagi KV KPM adalah Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri manakala
Pendaftar bagi KV Swasta adalah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Penilaian Akhir ertinya merujuk kepada penilaian bertulis dan amali yang diadakan di akhir sesuatu
semester yang dikenali sebagai Pentaksiran Pusat.
Pentaksiran Pusat
ertinya pentaksiran yang dilaksanakan diperingkat kolej oleh pensyarah
berpandukan peraturan pentaksiran, instrumen pentaksiran, garis panduan dan peraturan penskoran yang
dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.
Pentaksiran, ertinya semua bentuk proses pengumpulan maklumat untuk mendapatkan eviden bagi
membuat keputusan tahap penguasaan prestasi pelajar.
Penyata Kelayakan Menduduki Pentaksiran Pusat ertinya penyata rasmi yang membenarkan murid
mengambil pentaksiran dibawah kendalian Lembaga Peperiksaan.
Penyata Keputusan Pentaksiran, ertinya penyata rasmi yang mengandungi keputusan peperiksaan
terperinci sepanjang tempoh pengajian yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.
Plagiarisme ertinya perbuatan mencedok kata-kata, idea dan lain-lain hasil intelek daripada karya
orang lain dan menggunakannya sebagai karyanya sendiri.
Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) ertinya nilai yang ditentukan dengan membahagikan jumlah
mata gred yang diperolehi dengan jumlah jam kredit yang telah diambil mulai semester pertama
sehingga semester terkini.
Purata Nilai Gred (PNG) ertinya nilai yang ditentukan dengan membahagikan jumlah mata gred yang
diperolehi dengan jumlah jam kredit yang diambil dalam sesuatu semester.
Pembelajaran Berasaskan Produk (PBE) ertinya komersial atau perkhidmatan menggunakan kaedah
Latihan Autentik
School Enterprise (SE)ertinya pendekatan pelaksanaan kurikulum menerusi pembelajaran berasaskan
produk (PBE) komersial atau perkhidmatan bagi melahirkan teknousahawan yang berkemahiran dan
menepati keperluan industri.
Semester Pendek ertinya semester yang dilaksanakan di antara dua semester utama.
Sistem Semester ertinya kaedah pengajian yang dilaksanakan di KV.
Latihan Autentik ertinya kaedah latihan berasaskan pekerjaan sepertimana dilaksana di industri.
Pelaksanaan Latihan Autentik di KV adalah untuk memberi latihan dalam persekitaran pekerjaan yang
sebena untuk membolehkan pelajar lepasan KV menjadi pekerja mahir yang kreatif, inovatif,
berkebolehpasaran (marketable) dan berkebolehkerjaan (employable) mengikut keperluan industri pada
usia lebih awal untuk mencapai sasaran status negara berpendapatan tinggi. Konsep Latihan Autentik
2 / Mac 2013

DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013

(AT) adalah konsep yang merujuk kepada pelaksanaan latihan pengeluaran produk dan keusahawanan.
Ianya menjurus kepada situasi sebenar sepertimana yang berlaku di industri.

Bahagian B:
PERATURAN AKADEMIK KOLEJ VOKASIONAL
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
3 / Mac 2013

DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013

1.0

TAHUN AKADEMIK

Sistem pengajian akademik Kolej Vokasional (KV) dilaksanakan dalam sistem semester dan
dibahagikan kepada dua semester setahun. KV juga melaksanakan semester pendek di setiap
penghujung semester. Murid yang berjaya menamatkan pengajian selama tempoh pengajian
empat tahun dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan akan dianugerahkan Diploma
Vokasional Malaysia (DVM).

1.1 Pendaftaran Kursus


1.1.1 Pendaftaran kursus murid baru :

1.1.2

1.1.1.1

Pendaftaran murid baru akan diadakan pada awal semester satu (1). Murid
yang lewat mendaftar mestilah mendapat kelulusan khas daripada
Jawatankuasa Pengurusan Akademik KV.

1.1.1.2

Murid tidak dibenarkan mendaftar kursus selain daripada kursus yang


ditawarkan kecuali mendapat kelulusan khas daripada Jawatankuasa
Pengurusan Akademik KV.

1.1.1.3

Sekiranya murid tidak mendaftar pada tarikh ditetapkan tanpa sebab maka
dengan sendirinya tawaran tersebut adalah terbatal.

Pendaftaran kursus murid sedia ada:


1.1.2.1

Semua murid diwajibkan mendaftar pada awal setiap semester pengajian.

1.1.2.2

Murid wajib mengikuti semua modul kursus di dalam pakej yang


ditawarkan.

1.1.2.3

Penangguhan pengajian tidak dibenarkan kecuali mendapat kelulusan khas


daripada Jawatankuasa Pengurusan Akademik KV.

1.2 Pendaftaran Modul Kursus Kes Mengulang Bagi Pentaksiran Pusat.( dicadangkan
penyataan ini dipindahkan ke klausa pentaksiran)
Kes mengulang bagi pentaksiran pusat adalah khusus untuk modul akademik manakala bagi
modul vokasional tiada pentaksiran ulangan. Murid yang tidak mencapai sekurang-kurangnya
Gred C (Rujuk Jadual 2) bagi modul akademik dibenarkan menduduki pentaksiran ulangan di
semester berikutnya.

1.3 Takwim Pengajian Akademik


Takwim pengajian akademik KV dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
sebelum tahun akademik bermula.
4 / Mac 2013

DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013

1.4 Sistem Semester

5.0

1.4.1

Satu (1) semester KV terdiri daripada :


1.4.1.1 14 minggu pengajian,
1.4.1.2 satu (1) minggu persediaan pentaksiran (study week)
1.4.1.3 dua (2) hingga tiga (3) minggu pentaksiran pusat
1.4.1.4 tiga (3) hingga empat (4) minggu semester pendek

1.4.2

Pengisian semester pendek dalam semester satu (1) hingga semester empat (4) :
1.4.2.1 Murid wajib mengikuti Modul Core Abilities bagi memenuhi 7 jam kredit
Kurikulum Vokasional bagi setiap semester pendek.
1.4.2.2 Pengukuhan dan penambahbaikan kompetensi murid
1.4.2.3 Aktiviti kokurikulum

1.4.3

Aktiviti kokurikulum dilaksanakan sepanjang Program Pra Diploma dan Program


Diploma Vokasional.

1.4.4

Pengisian semester pendek dalam semester lima (5) hingga semester tujuh (7):
1.4.4.1 Latihan Dalam Kerja (LDK/(OJT) yang dilaksanakan di KV atau
industri atau organisasi. (dicadangkan penyataan ini ditukar dengan istilah
lain seperti Khidmat Masyarakat,Program Insaniah,PLKN dll)
1.4.4.2 Pelaksanaan konsep School Enterprise (SE), Production-Based Education
(PBE) dan lain-lain.

1.4.5

Murid wajib mengikuti LDK/(OJT) di industri selama tiga (3) bulan selepas
semester lapan (8).

PENSIJILAN KV KPM

5 / Mac 2013

DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013

5.1 Diploma Vokasional Malaysia (DVM) akan dianugerahkan kepada murid yang
berjaya menamatkan pengajian di KV dengan memenuhi segala keperluan dan
syarat ditetapkan.
5.2 Penganugerahan DVM akan dikeluarkan oleh KPM.
5.3 Murid juga berpeluang memperolehi sijil industri tambahan lain yang dikeluarkan
oleh Badan Persijilan Industri berkaitan seperti CompTia A+, City and Guild,
TWI, Certified Accounting Technician, CIDB dan lain-lain mengikut bidang
kursus yang diikuti.
5.4 Syarat ke Program DVM adalah memperolehi PNGK 2.0 dan ke atas bagi
Program Pra Diploma.
Syarat ke Program DVM adalah seperti berikut:
5.4.1 Memperolehi PNGK 2.0 dan ke atas
5.4.2 Lulus Bahasa Melayu
5.4.3 Kompeten semua modul Vokasional dan
5.4.4 Memperolehi PNGK 2.0 dan ke atas untuk modul Akademik
5.4.5 Kompeten modul Core Abilities.
5.5 Murid yang tidak memenuhi syarat kelayakan di para 5.4 boleh mengikuti lainlain program berkaitan yang disediakan oleh pihak lain.

6 / Mac 2013

You might also like