You are on page 1of 13

TAJUK

Perhubungan antara Pencapaian Akademik Pelajar Berisiko dengan Iklim Sekolah

BAB 1
1.1

PENGENALAN
Pendahuluan
Pelajar berisiko ialah pelajar kurang beruntung yang mempunyai prestasi

akademik yang rendah. Mereka sering ponteng kelas atau sekolah dan berpotensi cicir (Nor,
2000). Mereka merupakan golongan pelajar yang memerlukan khidmat khas daripada sekolah.
Kebanyakan mereka mempunyai latar belakang keluarga yang pincang atau sosio-ekonomi yang
rendah. Ada juga sebilangan pelajar berisiko cenderung melibatkan diri dengan dadah dan juga
mempuyai masalah disiplin yang berat di sekolah. Untuk menyamaratakan peluang pendidikan,
perhatian yang lebih perlu diberikan kapada pelajar yang berisiko. Bagaimanakah pelajar-pelajar
berisiko ini boleh dibantu supaya mereka juga mempunyai peluang yang sama untuk
meningkatkan potensi dan harga diri mereka?
Iklim sekolah merupakan faktor yang berkaitan dengan prestasi akademik pelajar.
Menurut kajian Bulach, Malone dan Castleman (1995, dipetik daripada Thomasson 2006), iklim
sekolah memberi impak yang lebih ketara terhadap prestasi akademik pelajar jika dibandingkan
kepada status sosioekonomi pelajar. Maksudnya, walaupun pelajar dari keluarga sosioekonomi
rendah atau ibupaba yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah, pelajar masih boleh
mendapat impak positif jika iklim sekolah adalah konduktif.
Bagi pelajar yang berisiko, iklim sekolah yang positif amat diperlukan kerana dalam
keadaan sekarang pelajar tersebut biasanya dilayan tanpa mengambil kira keperluan diri mereka.
Menurut Letgers, McDill, dan McPartland (1993, dipetik daripada Wan Ali, et al., 2009), pelajar
berisiko biasanya tidak dilayan dengan baik. Oakes (dipetik daripada Wan Ali, et al., 2009) dan
Wheelock (dipetik daripada Wan Ali, et al., 2009) mendapati sekolah cenderung untuk
meletakkan pelajar berisiko di dalam kelas atau program yang kurang berkualiti serta tidak
menaruh harapan yang tinggi terhadap pembelajaran pelajar ini. Akibatnya, pelajar ini terasa
diasingkan dan berikutan dengan itu mereka menjadi kurang yakin kepada diri sendiri dan tidak
meletakkan harapan yang tinggi dalam menghadapi kehidupan pada masa depan. Jelaslah,
1

amalan pengajaran dan hubungan interpersonal antara ahli komuniti sekolah akan mempengaruhi
kognitif, sosial dan perkembangan psikologi seseorang pelajar. Justeru, iklim sekolah yang
kondusif amat penting diwujudkan.
1.2

Pernyataan Masalah
Sekolah adalah institusi yang bertanggungjawab mendidik kanak-kanak menguasai ilmu

pengetahuan pada sesuatu tahap yang sewajarnya. Kini, keadaan semakin mendesak apabila
saban tahun bilangan pelajar yang memasuki sekolah dengan keadaan berisiko semakin
meningkat lantaran sekolah tidak mampu memenuhi keperluan mereka. Di Malaysia, hal ini
dapat digambarkan melalui bilangan pelajar yang ramai tidak mencapai tahap minimum dalam
peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun 2004 sepertimana ditunjukkan oleh Jadual 1.
JADUAL 1. Jumlah pelajar yang tidak dapat mencapai tahap minimum dalam Peperiksaan
Kebangsaan.
Peperiksaan Kebangsaan

Jumlah

Pelajar (%)

UPSR

186.179

40.0

PMR

156.337

40.7

32.599

8.8

SPM (gagal)

Sumber: Bahagian Perancangan Pendidikan dan Penyelidikan Dasar (2004)


Ketika berdepan dengan masalah ini, negara mengharapkan sistem persekolahan yang
mampu melahirkan para saintis, jurutera dan para profesional mahir yang lain bagi memenuhi
hasrat negara mencapai Wawasan 2020. Tidakkah ini suatu isu yang membimbangkan? Apa yang
nyata, persoalan sebegini memerlukan pelbagai kepakaran dalam pelbagai bidang bagi
menanganinya. Kertas kerja ini cuba menyentuh sebahagian daripada isu ini dengan
membentangkan hasil kajian yang bertujuan mengkaji perhubungan antara pelajar pencapaian
rendah atau berisiko dengan iklim sekolah (pembelajaran dan pengajaran) yang mereka hadapi.
Dengan memahami perhubungan antara dua tersebut tersebut, dijangkakan langkah-langkah
untuk memperbaiki keadaan yang ada dapat diatur dengan cermat dan sistematik.
2

1.3

Objektif Kajian
Kajian ini mempunyai tiga objektif :
1) melihat perhubungan antara iklim sekolah dengan pencapaian akademik pelajar
berisiko
2) menentukan kesan iklim sekolah terhadap pencapaian pelajar berisiko
3) meneliti berkaitan petunjuk-petunjuk iklim sekolah dengan faktor-faktor yang lain.

1.4

Soalan Kajian
1) Adakah perhubungan antara iklim sekolah dengan pencapaian pelajar Tahun Enam
yang berisiko dalam ujian PROTIM Bahasa Malaysia?
2) Apakah kesan iklim sekolah terhadap pencapaian pelajar tersebut?
3) Adakah petunjuk-petunjuk iklim sekolah berkait rapat dengan faktor-faktor lain yang
memberi kesan terhadap pencapaian pelajar tersebut?

1.4

Kerangka Konseptual Kajian


Kajian tentang perhubungan iklim sosial dalam suatu organisasi perniagaan dengan

prestasi telah lama dimulakan sejak tahun 1960-an (Litwin & Stringer, 1968; Schneider &
Bartlett, 1968; Taguiri, 1968a). Namun, implikasi konsep perhubungan ini dalam bidang
pendidikan dimulakan di kebelakangan ini (Brookover et al. 1979; Hoy & Miskel, 1987; Owens,
1981). Justeru itu, semakin ramai penyelidik pendidikan menyedari kepentingan kesan iklim
sekolah terhadap pencapaian pelajar. Terdapat kajian yang mengkaji tentang kesan cara
kepimpinan pentadbir terhadap iklim sekolah, faktor-faktor mempengaruhi iklim sekolah seperti
moral guru, tahap kepuasan kerjaya guru dan rawatan profesional guru.
Sekolah ialah satu organisasi yang rumit. Dalam sekolah terdapat banyak subsistem, di
mana pelajar perlu berinteraksi dengan subsistem sekolah dalam harian. Menurut Hoy dan Tarter
(1997), iklim sekolah boleh dikaji dengan meninjau keberkesanan kelima-lima petunjuk iaitu 1)
Integriti Institusi, 2) Kepimpinan Keserakanan, 3) Pengaruh Sumber, 4) Perhubungan Guru-guru,
5) Penekanan Akademik.

Pelajar Berisiko

Petunjuk-petunjuk Iklim Sekolah


1) Integriti Institusi
2) Kepimpinan Keserakanan
3) Pengaruh Sumber
4) Perhubungan Guru-guru

Pencapai akademik
Pelajar Berisiko

menguasai

tidak menguasai

5) Penekanan Akademik

Rajah 1. Kerangka Konseptual Kajian

BAB 2
2.1

TINJAUAN LITERATUR
Definisi

Iklim Sekolah
Iklim sekolah boleh didefinisikan sebagai satu set ciri-ciri sesebuah sekolah yang boleh
membezakan sesebuah sekolah antara yang lain, ataupun menggambarkan personaliti sesebuah
sekolah (Hoy, Tarter & Bliss, 1990 dipetik dari Thomasson, 2006). Perhubungan interpersonal,
perhubungan pelajar dengan guru, tingkah laku guru, cara komunikasi guru, pengurusan kelas
dan kerja dalam kumpulan adalah antara konsep-konsep dalam kajian iklim sekolah (Allodi,
2010).
McBrien dan Brandt (1997) juga memberi pandangan yang selaras dengan Hoy dan
rakan-rakan (1990). McBrien dan Brandt (1997) mendefinisikan iklim sekolah sebagai gabungan
nilai, budaya, amalan keselamatan dan struktur organisasi dalam sesebuah sekolah yang
berfungsi dan memberi kesan (impak) dalam cara-cara tertentu. Biasanya, amalan pengajaran,
kepelbagaian pendekatan dan hubungan antara pentadbir, guru dan pelajar menyumbang kepada
iklim sekolah. Secara umum, iklim sekolah boleh disamakan sebagai personaliti sekolah. Oleh
yang demikian, iklim sekolah ialah kualiti yang penting dalam persekitaran sekolah kerana ia
dapat mempengaruhi tingkah laku pelajar dan guru (Hoy dan Sabo 1998).
Menurut Benard (1995 dipetik daripada Thomasson, 2006) pula, iklim sekolah yang
mengandungi elemen penyayang dan menyokong, harapan yang tinggi, dan peluang untuk
melibatkan diri dalam aktiviti di sekolah dapat menyuburkan kecekalan serta kekuatan untuk
berhadapan dengan faktor yang berisiko dalam kehidupan pelajar.
Pelajar Berisiko
Hingga kini masih tidak ada definisi yang mutlak bagi pelajar berisiko. Ini kerana istilah
berisiko telah digunakan bagi menerangkan pelbagai jenis masalah sama ada masalah
pendidikan, peribadi mahupun masyarakat. Bagaimanapun dalam tahun 1987, Education
Resources Information Center (ERIC) menggunakan perkataan berisiko bagi merujuk kegagalan
akademik dan kegagalan di sekolah, berpotensi untuk tercicir, tidak mendapat pendidikan, dan di
bawah pencapaian. Definisi ERIC mempunyai persamaan dengan pendapat Liontos (1992) yang
menyatakan pelajar berisiko ialah pelajar yang berhadapan dengan risiko kegagalan atau tericir
daripada persekolahan.

Seterusnya American Arts Organization (AAO) mendefinisikan kanak-kanak berisiko


sebagai kanak-kanak yang terdedah kepada pelbagai faktor yang menyebabkan mereka terlibat
dalam masalah jenayah atau bertingkah laku sebagai penjenayah. Mereka yang terjebak dengan
jenayah di bawah umur 18 tahun dan disabitkan kesalahan oleh mahkamah kanak-kanak, dengan
sendirinya digolongkan sebagai kanak-kanak berisiko.
Dari segi undang-undang, terdapat banyak lagi definisi kanak-kanak berisiko seperti
mana yang termaktub dalam Washington Family Reconciliation Act, dan Colorado Youth
Mentoring Services Act. Bagaimanapun, Pallas (1994) berpendapat tidak ada satupun definisi
yang benar-benar menunjukkan faktor terjadinya kanak-kanak berisiko. Bagi beliau, sekolah
bukanlah satu-satunya institusi pendidikan. Keluarga, masyarakat dan sekolah adalah kunci
pendidikan. Oleh yang demikian, Pallas mendefinisikan kanak-kanak berisiko atau kurang
pendidikan ialah mereka yang terdedah kepada pengalaman pendidikan yang tidak cukup atau
tidak sesuai sama ada di dalam keluarga, sekolah atau masyarakat. Walau bagaimanapun,
pengertian pengalaman pendidikan tidak cukup atau sesuai yang dimaksudkan oleh Pallas agak
kabur kerana pengalaman tersebut berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain.
Namun begitu, pandangan beliau telah memberikan panduan bagaimana menilai seseorang
kanak-kanak itu tergolong dalam golongan berisiko.
Berdasarkan perbincangan, terdapat pelbagai definisi tentang pelajar berisiko. Namun
yang jelas, semua pelajar yang berisiko dianggap membawa impak negatif terhadap diri mereka,
keluarga dan negara. Bagi tujuan kajian ini yang berfokus kepada pembelajaran kanak-kanak
sekolah, pelajar berisiko didefinisikan sebagai pelajar biasa di sekolah yang berisiko gagal atau
tidak berupaya berjaya di sekolah disebabkan pelbagai faktor.
Berdasarkan kajian yang diterbitkan oleh The Solon Community School District. At-Risk
Plan of Services (2003) faktor-faktor tersebut dapat dikenal pasti melalui kriteria yang terdapat
dalam tiga kategori pelajar berisiko, iaitu pelajar yang tidak mencapai matlamat dalam program
pendidikan, pelajar yang tidak melibatkan diri disebabkan masalah sosial atau emosi, dan pelajar
yang dijangka tidak menjadi seorang pekerja yang produktif. Kriteria bagi setiap kategori
tersebut ditunjukkan dalam Jadual 2.

JADUAL 2. Kategori pelajar berisiko dan kriterianya.


Tidak mencapai matlamat

Tidak melibatkan diri

Tidak menjadi pekerja

dalam program pendidikan

disebabkan masalah

yang produktif

sosial/emosi

Pencapaian rendah.

Masalah disiplin.

Pengaruh negatif rakan


sebaya.

Tidak berupaya
menerima pelajaran.

Mengandung.

Ponteng.

Cicir.

Kurang kawan.

Kanak-kanak mangsa

pasti kerjaya yang

Tidak suka sekolah.

penceraian/yatim.

diminati.

Tiada kemahiran

Luar bandar.

belajar.

Tidak menyertai

Masalah kewangan.

Penguasaan bahasa

Penderaan.

terhad.

Tidak sihat fizikal.

Motivasi rendah.

Miskin.

aktiviti kokurikulum.

Tidak dapat mengenal

Tiada arah masa


depan.

Tiada rancangan
selepas sekolah.

Motivasi rendah.

Kemahiran kerja yang


rendah.

Sumber: The Solon Community School District. At-risk Plan of Services 2003 (telah diubah suai).
Hubungan antara iklim sekolah dan pelajar berisiko
Pembentukan iklim sekolah yang mendorong adalah sangat penting terutamanya dalam
pendidikan khas dan pendidikan inklusif. Iklim sosial di sekolah yang responsif akan
memotivasikan pelajar dari pelbagai latar belakang keluarga untuk mengambil bahagian dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dengan aktif dan seterusnya membawa kesan yang positif
(Allodi, 2010). Iklim bilik darjah merupakan faktor yang penting dalam masalah kanak-kanak.
Menurut Kellam, Ling, Merisca, Brown, dan Ialongo (1998) dan juga Mooji (1999), perubahan
dalam iklim bilik darjah akan mengakibatkan pengurangan kadar seseorang pelajar yang
bertingkah laku agresif menimbulkan masalah di dalam kelas. Pelajar yang mempunyai
gangguan emosi dan tingkah laku yang bermasalah, lebih terdedah kepada kesan negatif iklim
bilik darjah yang lemah (Somersalo et al. 2002).
Jelaslah, amalan pengajaran dan hubungan interpersonal antara ahli komuniti sekolah
akan mempengaruhi kognitif, sosial dan perkembangan psikologi seseorang pelajar. Justeru,
iklim sekolah yang kondusif amat penting diwujudkan.

BAB 3
3.1

METODOLOGI
Rekabentuk Kajian
Kajian ini akan menggunakan penyelidikan jenis korelasi untuk mengkaji perhubungan

antara prestasi akademik pelajar dan iklim sekolah. Menurut McMillan dan Schumacher (2001),
pengumpulan data daripada soal selidik adalah cara yang bersesuaian untuk mendapat data
deskriptif kerana data ini menerangkan hubung kait antara dua pemboleh ubah.
Untuk mengkaji pemboleh ubah iklim sekolah, kajian ini akan menggunakan satu soal
selidik yang disediakan oleh Hoy dan Tarter (1997), termasuk 1) Integriti Institusi, 2)
Kepimpinan Keserakanan, 3) Pengaruh Sumber, 4) Perhubungan Guru-guru, 5) Penekanan
Akademik.
Bagi mengira prestasi pelajar pula, set soalan ujian PROTIM untuk Tahun Enam. Subjek
yang termasuk dalam set ujian ini ialah Bahasa Malaysia. Ujian ini dijalankan oleh setiap
sekolah rendah di seluruh Malaysia. Biasanya ujian PROTIM diadakan selepas UPSR.
3.2

Sampel Kajian
Kajian yang menggunakan kaedah deskriptif ini melibatkan sekolah rendah di negeri

Perak. Seramai 852 buah sekolah rendah di seluruh negeri Perak (Jabatan Pelajaran Perak, 2013).
Namun, kajian ini akan memfokuskan kepada sekolah rendah di seluruh daerah Kinta sahaja.
Terdapat 112 buah sekolah rendah di daerah Kinta Utara yang merangkumi semua aliran
manakala terdapat 65 buah sekolah rendah di daerah Kinta Selatan (juga merangkumi semua
aliran sekolah).

Sampel kajian ini ialah pelajar berisiko daripada 177 buah sekolah rendah yang disebut di
atas. Pelajar Tahun Enam yang tercicir dalam sekolah dan yang kurang berjaya dalam pencapaian
akademik sekolah akan dijadikan responden kajian. Jumlah pelajar daripada setiap sekolah
mungkin berbeza, bergantung kepada data sekolah masing-masing.
3.3

Instrumen Kajian

Iklim Sekolah
Data iklim sekolah akan dikumpulkan menggunakan soal selidik yang diubah suai dari
Organizational Health Inventory for elementary schools (OHI-E) daripada Hoy, Tarter, and
Kottkamp (1991). Instrumen ini mengukur lima pemboleh ubah. Pertama, Integriti Institusi, iaitu
kebolehan sekolah melaksanakan misi sekolah tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran.
Kedua, Kepimpinan Berserakanan, iaitu kemesraan dan kesokongan guru besar. Ketiga,
Pengaruh Sumber, merujuk kepada kebolehan guru besar menguasai sumber-sumber yang
digunakan di bilik darjah. Keempat, Perhugungan Guru-guru, merujuk kepada kemesraan antara
guru dan komitmen guru terhadap pelajar dan sekolah. Akhir sekali, Penekanan Akademik, iaitu
jangkaan guru terhadap murid.
Antara pelbagai instrumen yang mengkaji iklim sosial, instrumen OHI-E dipilih adalah
kerana instrumen ini dikaitkan dengan pencapaian pelajar. Pekali kolerasi bagi kelima-lima
pemboleh ubah telah diukur oleh Hoy dan rakan-rakan (1991). Pekali yang terdapat adalah tinggi
iaitu .84 ke atas seperti berikut : Integriti Institusi(.89), Kepimpinan Keserakanan(.95), Pengaruh
Sumber(.89), Perhubungan Guru-guru(.93), Penekanan Akademik(.84).
Pencapaian Pelajar
Data pencapaian pelajar akan dikumpulkan dari markah ujian PROTIM yang telah
disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. PROTIM adalah satu program pembangunan
yang dilaksanakan ke atas murid tahun 4, 5 dan 6 di setiap sekolah di mana murid-muridnya
menghadapi masalah penguasaan asas membaca, menulis dan mengira atau lebih dikenali dengan
masalah 3M. Aras modul PROTIM melibatkan penguasaan sistem bahasa. Gambar masih
menjadi

pilihan

utama

dalam

modul

ini

untuk

membantu

pemahaman

murid.

Aras soalannya sederhana sukar kerana kebanyakan murid dalam program PROTIM sudah

menguasai asas 3M. Murid dalam program PROTIM sudah ramai yang tahu membaca. Cuma
yang menjadi masalah adalah, murid seringkali melakukan kesilapan semasa menulis.
Instrumen ini terdapat dua set iaitu set menguji kemahiran membaca dan set menguji
kemahiran menulis. Dalam set menguji kemahiran membaca, terdapat 13 konstruk yang menguji
kemahiran pelajr membaca suku kata, perkataan, frasa dan ayat. Guru pemeriksa dikehendaki
membacakan arahan dengan jelas kepada murid supaya murid memahami kehendak soalan
dengan tepat, membantu murid memahami arahan pada setiap soalan tetapi tidak boleh
membantu murid menjawab soalan dan memperuntukkan masa yang secukupnya kepada murid.
Bagi set menguji kemahiran menulis pula, terdapat 16 konstruk yang menguji kemahiran
menulis pelajar. Pelajar dikehendaki menulis huruf dan suku kata yang disebut oleh guru,
melengkapkan perkataan dengan suku kata yang betul, menulis perkataan yang betul berdasarkan
gambar, mencantumkan suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna, isi tempat kosong
dalam ayat, menulis ayat yang betul berdasarkan gambar, susun semula perkataan supaya
menjadi ayat yang lengkap, bina dan tulis ayat berdasarkan gambar serta baca dan menjawab
soalan pemahaman. Guru pemeriksa dikehendaki menjalankan ujian seperti ujian kemahiran
membaca.
Untuk melihat pencapaian pelajar, pelajar yang berjaya melepasi semua konstruk dalam
ujian kemahiran membaca dan menulis adalah dianggap menguasai kemahiran membaca dan
menulis (2M). Tahap ini ialah tahap minimum bagi pelajar sekolah rendah. Manakala, pelajar
yang gagal menguasai semua konstruk adalah dianggap tidak menguasai kemahiran 2M.

BIBLIOGRAFI

Allodi, M. W. (2010). The Meaning of Social Climate of Learning Environments: Some Reasons
Why We Do Not Care Enough About It. Learning Environments Research, 89-104.
doi:10.1007/s10984-010-9072-9
Hanafi, Z. (2008). The Relationship Between Aspects of Sosio-Economic Factors and Academic
Achievement. Jurnal Pendidikan, 33, 95-105.
Jabantan Pelajaran Perak. (2013, 19 4). Didapatkan dari
http://www.pelajaranperak.gov.my/perak/
Kellam, S., Ling, X., Merisca, R., Brown, C., & Ialongo, N. (1998). The Effect of The Level of
Aggression in The First Grade Classroom on The Course And Malleability of Aggressive
Behaviour Into Middle School. Development and Psychopathology, 10, 165-185.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Didapatkan dari http://www.moe.gov.my/
Mooji, T. (1999). Promoting Prosocial Pupil Behaviour: Secondary School Intervention And
Pupil Effects. British Journal of Educational Psychology, 69, 479-504.
Moos, R. (1979). Evaluating Educational Environments. . San Francisco: Jossey-Bass.

Nor, S. M. (2000). Keberkesanan Sekolah: Satu Perspektif Sosiologi. Serdang: Pernerbit


Universiti Putra Malaysia.
Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan. (2013). Didapatkan dari http://www.ppdks.gov.my/
Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara. (2013). Didapatkan dari
http://ppdkinta.edu.my/portal/index.php
Thomasson, V. L. (2006). A Study of the Relationship between School Climate and Student
Performances on The Virginia Standards of Learning Tests in Elementary Schools.
ProQuest Dissertations and Thesis.
Wan Ali, W. Z., Nor, S. M., Salim, S. S., Mohamed, O., Bakar, K. A., Samad, A. A., . . . Marzuki,
H. (2009). Persepsi Pelajar Berisiko Terhadap Iklim Pembelajaran. Jurnal Pendidikan
Malaysia, 34(1), 17-36.
Yasin, M. H., Ramli, M. F., Rahman, N. A., Kasbin, M. A., & Zahari, Z. (2010). Kaedah
Peperiksaan bagi Murid-murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran (BKBP).
Jurnal Pendidikan, 35(1), 27-33.

You might also like