You are on page 1of 2

TUNKU ABDUL RAHMAN UNIVERSITY COLLEGE

CENTRE FOR NATION BUILDING AND LANGUAGES


RANCANGAN KERJA KURSUS
MPU-3113 HUBUNGAN ETNIK
A. Kerja kursus
Kerja kursus merangkumi 60% daripada keseluruhan jumlah markah untuk unit
ini. Pembahagian untuk kerja kursus adalah seperti berikut:
1) Penilaian 1: Penghasilan Video Bertemakan Hubungan Etnik di Malaysia ( 60
markah )
a. Pelajar dalam kelas tutorial akan dibahagikan kepada 3 kumpulan.
b. Setiap kumpulan harus menghasilkan sebuah video yang bertemakan
hubungan etnik di Malaysia ( Semenanjung / Sabah / Sarawak ).
c. Ahli kumpulan diberi kebebasan dalam menentukan barisan pelakon dan
membuat pembahagian tugas masing-masing. Sekiranya perlu, pelajar
dibenarkan mengambil pelajar bukan ahli kumpulan untuk berlakon tetapi
hanya sebagai watak sampingan.
d. Penghasilan video tersebut mesti berdasarkan jalan cerita / plot cerita yang
jelas. Jalan cerita itu perlu mempunyai dialog.
e. Sekiranya sesuatu isu itu memperlihatkan unsur negatif (untuk
menggambarkan realiti sesuatu isu), pada akhir cerita perlu ditekankan
unsur yang positif.
f. Tayangan video yang dihasilkan perlu dimulakan dengan tajuk. Video
diakhiri dengan senarai nama pelakon/watak, penyunting atau mana-mana
pihak yang turut menjayakan penghasilan video tersebut.
g. Setelah video tersebut ditayangkan, seorang atau dua ahli kumpulan perlu
membuat ulasan berkaitan dengan penghasilan video mereka.
h. Ulasan tersebut boleh merangkumi sebab memilih tajuk tayangan video
dan konteks hubungan etnik yang hendak ditonjolkan melalui tayangan
video tersebut.
i. Setiap kumpulan tutorial perlu menghantar salinan DVD kepada pensyarah
pada minggu ke-9 beserta dengan sinopsis cerita yang berkaitan.
j. DVD tersebut perlu diletakkan label yang mencatatkan nama ahli
kumpulan, program, kumpulan tutorial serta sesi/semester pengajian.
k. Video yang telah dihasilkan akan ditayangkan semasa kelas tutorial dari
minggu ke-10 sehingga minggu ke-12.
l. Masa tayangan video - 15 minit.
m. Markah dinilai secara kumpulan. Pembahagian markah:Plot / Jalan Cerita
Mesej / Pengajaran
Kreativiti
Ulasan
Jumlah
*

- 20 m
- 15 m
- 15 m
- 10 m
- 60 m

Peringatan: Pelajar wajib membuat penyataan bahawa video yang


ditayangkan ini hanya sebahagian daripada kerja kursus Hubungan
Etnik. Video ini hanya rekaan semata-mata dan tidak berkaitan dengan
sesiapa sama ada hidup atau mati.

MPU-3113CYF/20/12/13

2) Penilaian 2: Ujian ( 40 markah )


a. Sebanyak 20 soalan objektif akan dikemukakan.
b. Masa yang diperuntukkan ialah 30 minit.
c. Dijalankan pada minggu ke-9 dalam kelas tutorial.
d. Topik-topik bagi penilaian ini merangkumi bab:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Malaysia : Kesepaduan dalam Kepelbagaian


Potret Hubungan Etnik
Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik
Perlembagaan Persekutuan : Tiang Seri Hubungan Etnik
Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di
Malaysia

B. Peperiksaan Akhir ( 1 jam )


1)
2)
3)
4)
5)

Empat soalan esei akan dikemukakan. Pelajar hanya menjawab dua soalan.
Untuk setiap soalan terdapat subsoalan a) dan b).
Subsoalan a) berbentuk fakta.
Subsoalan b) berbentuk pendapat.
Setiap soalan diperuntukkan 50 markah. Setiap subsoalan diperuntukkan
25 markah.
6) Untuk subsoalan a) yang berbentuk fakta, pelajar perlu memberi 5 isi.
7) Untuk subsoalan b) yang berbentuk pendapat, pelajar perlu memberi 5 isi
utama. Setiap isi utama harus disertakan dengan 1 huraian.
8) Skop soalan esei merangkumi bab:
.i
.ii
.iii
.iv

MPU-3113CYF/20/12/13

Kepelbagaian Agama : Mencari Titik Pertemuan


Dari Segregasi ke Integrasi
Pemerkasaan Pendidikan ke Arah Kesepaduan Sosial
Pengalaman Harian : Menjalin Kesepaduan dan Melahirkan
Keharmonian

You might also like