You are on page 1of 2

1. Maksud enjin carian.

Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan
kata kunci atau frasa. Apabila anda menaip kata kunci Malaysia pada Google atau Yahoo!
misalnya, enjin carian akan mencari kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang
terdapat di dalam indeks pangkalan data. Apabila kata kunci Malaysia dijumpai, maka
laman web yang berkaitan dengan Malaysia akan dipaparkan kepada anda.
Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan
mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan
mengindeks kandungan sahaja.
Umumnya, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua: direktori dan enjin
pencari. Ramai yang keliru dengan kedua-dua terma ini, sehingga ada yang merujuk Yahoo!
sebagai sebuah enjin pencari. Sebenarnya Yahoo! ialah sebuah direktori, bukan enjin
pencari. Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan penggunaan butang search yang
disediakan kepada pengguna. Ini boleh disalah ertikan oleh pengguna yang akan
menganggap servis yang digunakan adalah sebuah enjin pencari.
Apa yang membezakan antara enjin pencari dengan direktori ialah, pangkalan data bagi
direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia manakala
pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui perisian robot yang dipanggil
spiders. Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah
laman web.

2. Kegunaan enjin carian dalam Internet dalam proses pengajaran dan


pembelajaran Bahasa Melayu.
Kegunaannya ialah guru dapat menyediakan pelbagai program pendidikan secara terus
melalui Internet dan juga menawarkan kepelbagaian bentuk penyampaian seorang guru.
Selain itu, dapat mencari pelbagai maklumat dari serata dunia da memberikan motivasi dan
membolehkan pelbagai gaya pembelajaran berlaku serta mempelbagaikan bahan
pengajaran sewaktu di dalam kelas. Tambahan, membolehkan pelajar mengembangkan
pengalaman dan kebolehan mereka dengan menerokai pembelajaran kendiri dan juga
membolehkan pelajar memperoleh dan mencapai maklumat dengan mudah mengikut tahap
dan kebolehan mereka. Justeru, dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran
guru dan menarik minat pelajar untuk belajar dengan baik dan berkesan. Guru juga dapat
menyediakan pelbagai program pendidikan secara terus melalui Internet.

3. Membezakan kepantasan antara satu sama lain.


Google mengatakan bahawa pelayar web mereka kini lebih pantas membaca dan menafsir
JavaScript sebanyak lebih 25% berbanding dengan pelayar web Chrome 2. Setiap
kemaskini pelayar web Chrome membawakan kepantasan yang mengagumkan, dan
keupayaan untuk membuka sesuatu laman web dengan pantas, menjadi kegemaran para
pelayar internet. Yahoo pula kelazimannya, seseorang sanggup menunggu 4 saat untuk
sesuatu di laman itu muncul, barulah dia akan menunggu sedikit lama lagi.
4. Catatkan bagaimana cara untuk mendapatkan pencarian yang paling cepat.
1. Pengguna kata kunci atau terma yang unik dan spesifik dalam sesuatu carian yang
dibuat. Apabila sesuatu carian yang dibuat, enjin carian akan papakan beratus ribu atau
lebih alamat web. Jadi untuk mengurangkan paparan tersebut, gunakan kata kunci atau
terma yang sangat spesifik dan unik.
2. Pengguanaan tanda tolak (-) dalam kata kunci pencarian. Fungsinya adalah untuk
memperkecilkan lagi skop carian.
3. Penguanaan tanda pingikat kata ( ) bagi mendapatkan kata kunci yang lebih bersifat
spesifik dan merangkumi segala kata kunci tersebut. Ia tidak akan mencari maklumat secara
umum berkaitan dengan kata kunci yang dicari. Ia adalah satu cara bagi mengurangkan
paparan maklumat yang tidak begitu betul, tidak berkaitan dan tidak tepat dalam sesuatu
carian. Contohnya adalah seperti kata kunci atau pencarian perkataan, Membujang lalu
melintang patah.
4. Penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Kebanyakkan enjin carian tidak membezakan
sesuatu perkataan yang sama dengan huruf kecil, huruf besar dan yang berada dalam
pengikat kata.
5.Tidak menggunakan perkataan kebiasaan dan tanda seruan. Ini kerana kebanyakkan enjin
carian akan abaikan perkataan kebiasaan yang digunakan dalam ayat untuk bahasa
Inggeris seperti tanda and, a, the, an, dan is. Penggunaan tanda seruan juga akan
diabaikan.
6.Elakkan menggunakan kata carian berbahasa Inggeris yang mempunyai imbuhan
perkataan seperti balls, tested, walking dan lain-lain. Lebih baik menggunakan perkataan
asas seperti ball, test dan walk. hal ini dapat menggunakan paparan maklumat yang tidak
dapat tepat dalam menggunakan enjin carian.

You might also like