You are on page 1of 10

Laporan reflektif

LAPORAN REFLEKTIF PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS DAN CERAMAH

Pada hari Rabu, 25 Februari 2015 yang lalu, saya dan rakan-rakan sekelas PPG Sains 1 dan
2 (Semester 7) Ambilan Februari 2012 IPGK Tuanku Bainun telah menjalankan satu Program
BIG Fasa 5 iaitu PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS DAN CERAMAH di Sekolah
Kebangsaan Taman Hi-Tech, Kulim, Kedah. Program itu melibatkan 32 orang peserta.
Pemilihan sekolah tersebut adalah disebabkan sekolah itu merupakan sebuah sekolah kluster
kecemerlangan akademik selaras dengan kehendak program Bina Insan Guru fasa 5 ini.

a) Sebelum Program
Pada tarikh 7 Februari 2015, kami telah diberi Taklimat Umum selama 3 jam di IPG tentang
pelaksanaan program ini. Para pelajar PPG dikehendaki melaksanakan satu program lawatan
penanda aras dan ceramah. Selepas tamat sesi taklimat tersebut, kami telah berkumpul secara
berkumpulan, dibawah bimbingan fasilitator kami iaitu En. Mohd. Zahir bin Nasir.

Taklimat di Dewan ,IPGKTB

Mesyuarat ahli kumpulan PPG Sn 1 dan 2

Semua ahli kumpulan berkumpul dan telah bermesyuarat

bagi membincangkan

mengenai tempat, sasaran dan tujuan program dijalankan. Setelah mencapai kata putus bagi
perkara di atas,, Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech telah dipilih dan salah seorang pelajar
PPG Sains 2 iaitu Puan Ruhaizam berkhidmat di sekolah tersebut. Seterusnya ahli kumpulan
diberi agihan tugas seperti pendaftaran, dokumentasi, penyediaan bahan, hadiah dan
cenderahati, sistem siaraya, buku program/brosur, pengacara majlis, persiapan tempat,
kawalan keselamatan peserta, makanan dan jurugambar.Seterusnya kami membincangkan

Laporan reflektif
anggaran perbelanjaan dan ahli sebulat suara memutuskan membuat kutipan sebanyak RM50
setiap orang dibuat.
Segala surat menyurat seperti kebenaran Guru Besar dan makluman kepada pensyarah
pembimbing, akan disediakan oleh Puan Siti Zawiyah dan diedarkan oleh beliau.
Bagi slot ceramah pula, pengerusi program iaitu Encik Nor hisham bersetuju untuk
mencari penceramah yang bersesuaian dengan tajuk yang dikehendaki.
b) Semasa Program
Sesi pendaftaran peserta bermula jam 7.45 pagi bertempat di kantin SK. Taman Hi- Tech dan
diikuti dengan sarapan pagi. Para AJK lain mengambil tugasan masing-masing dan majlis
berjalan dengan baik dan lancar.

Pendaftaran

Sarapan pagi

Pada jam 8.00 pagi majlis dimulakan oleh pengacara majlis iaitu Pn. Sabariah dan
bacaan doa oleh En. Marzuki bin Hasan. Seterusnya diikuti oleh ucapan pengerusi program
iaitu Encik Norhisham b Mohamud.. Seterusnya Guru Besar SK.Taman Hi- Tech, Pn Wan
Soraya

bt

Wan

Yahaya

berucap

dan

merasmikan

program

BIG

Fasa

5.

Selepas majlis perasmian, maka bermulanya slot ceramah yang telah disampaikan oleh
penceramah yang diundang iaitu Encik Khairul Anuar bin Mokhtar, Pegawai Penolong Siasatan
dan Aduan, PPD Kulim/ Bandar Baharu. Penceramah telah menyampaikan satu slot ceramah
bertajuk Guru Berintegriti ,yang sangat menarik dan ianya sangat bermanafaat kepada
golongan guru seperti pelajar PPG ini. Beliau telah menerangkan maksud guru berintegriti dan
2

Laporan reflektif
nilai teras iaitu benar, amanah, bijaksan, bersyukur serta adil yang

yang perlu ada pada

penjawat awam.
Encik Khairul Anuar juga telah membangkitkan beberapa kes yang telah ditangani oleh
beliau. Pelbagai ilmu pengetahuan dan panduan yang disampaikan oleh beliau amat sesuai
diaplikasi di dalam perkhidmatan masing-masing.

Slot ceramah

Setelah sesi ceramah Guru Berintegriti, Encik Mohd Zahir bin Nasir selaku fasilitator
program BIG fasa 5 bagi kumpulan ini telah menyampaikan ucapan. Beliau telah menekankan
bahawa intipati penyampaian ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan boleh
digunakan di dalam tugasan seharian. Beliau juga membuat penerangan berkenaan dengan
pelaksanaan program BIG fasa 5 ini.ucapan tahniah kepada semua pelajar PPG kerana dapat
melaksankan program ini dan ianya merupakan pendedahan kepada guru dalam melaksanakan
sebarang program atau aktiviti. Encik Mohd Zahir juga mengucapkan terima kasih kepada pihak
sekolah kerana menerima lawatan BIG.

Laporan reflektif

Ucapan fasilitator, Encik Mohd Zahir b Nasir

Penyampaian cenderahati telah disampaikan kepada penceramah disampaikan oleh guru


besar Pn Wan Soraya. Sebagai tanda terima kasih kepada pihak sekolah, Encik Mohd Zahir
telah menyampaikan sijil, plak dan cenderahati kepada guru besarnya. Encik Norhisham, selaku
pengerusi program telah menyampaiakn cenderahati kepada fasilitator BIG, Encik Mohd Zahir.

Penyampaian cenderahati

Cenderahati kepada pihak sekolah


4

Laporan reflektif
Taklimat lawatan penanda aras Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech, sekolah kluster
kecemerlangan telah disampaikan sendiri oleh guru besarnya iaitu Puan Wan Soraya binti Wan
Yahaya. Beliau telah menerangkan secara terperinci berkaitan dengan perjalanan sekolah serta
latar belakang murid sekolah ini. Sekolah ini telah memilih Bahasa Inggeris sebagai
kebitaraannya bersesuaian dengan persekitaran sekolah iaitu kawasan berteknologi tinggi.Bagi
permainan pula, sekolah ini memilih kebitaraan gimnastik dan mereka mempunyai jurulatih luar
serta mempunyai jalinan dengan Jabatan Pendidikan Jasmani Institut Perguruan Tuanku
Bainun.
Puan guru besar juga telah membuat teguran berkenaan dengan senarai ahli
jawatankuasa di mana tidak boleh terlibat di dalam senarai ajk. Memandangkan program ini
merupakan program pelajar PPG, maka penasihat adalah pensyarah berkaitan dan pengerusi
adalah di kalangan pelajar PPG.

Taklimat penanda aras


Selepas taklimat penanda aras, pelajar PPG telah melawat bilik-bilik khas di sekitar
sekolah ini.

Laporan reflektif

Sudut linus

c) Selepas Program
Aktiviti lawatan tamat

pada jam 1.00 tengah hari .Semua pelajar ke kantin sekolah untuk

menikmati kudapan berupa mi goreng dan teh ais. Seterusnya semua pelajar PPG bergerak
untuk makan tengah hari di Restoren Kampong Padang Limau, Kulim Kedah.

Makan tengah hari di SK Taman Hi-Tech

Kekuatan :

Laporan reflektif

Kerjasama antara pihaak sekolah, pentadbir, guru-guru PPG dan para peserta amat
baik.
Murid-murid dan para peserta telah mempunyai pengetahuan asas dalam selok
belok pengurusan majlis.
Bahan-bahan yang disediakan mencukupi

seterusnya

melancarkan perjalanan

aktiviti seperti yang dirancangkan.


Mendapat pendedahan berkaitan dengan sekolah cemerlang dan bagaimana
sesuatu kecemerlangan boleh di capai.
Mendapat pendedahan berkaitan dengan cirri-ciri sekolah cemerlang.
Program ini juga dapat menonjolkan ketrampilan dan sikap seorang pentadbir yang
cemerlang di dalam mentadbir sesebuah sekolah di mana beliau mempunyai
pengetahuan yang luas

dari segenap segi di dalam keseluruhan urusan

pentadbirannya.
Pendedahan berkenaan dengan jawatan yang tidak disedari kewujudannya oleh
kebanyakan guru iaitu unit siasatan dan aduan di Pejabat Pendidikan Daerah kerana
jawatan tersebut adalah berkaitan dengan kes-kes tertentu.
Penyampaian ceramah yang menarik, tidak membosankan serta dapat membantu
meningkatkan profesion perguruan.

Kelemahan :
Peruntukan masa

yang singkat kepada penceramah menyebabkan penceramah

terpaksa menghadkan topik penyampaiannya.


Tidak terdapat sesi soal jawab bagi slot ceramah kerana kesuntukan masa

Ancaman:
Pelajar PPG tinggal di lokasi yang berlainan dan berjauhan.
Peluang :
Melalui aktiviti ceramah, guru diberi pendedahan dan peringatan berkenaan dengan
bidang tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Pengetahuan baru berkaitan dengan penyusunan ajk bagi sesuatau majlis mengikut
susunan protokol yang betul.
Dapat melatih peserta berkomunikasi dan bersikap tolong -menolong antara satu
sama lain; seperti kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

Laporan reflektif

Kesimpulan:
Pepatah Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing adalah menggambarkan bahawasanya,
dalam menjalankan sesuatu perkara bersama-sama dan bersepakat akan membuahkan
hasil yang baik. Program BIG Fasa 5

yang telah dijalankan itu sesungguhnya telah

meninggalkan kesan yang begitu banyak dalam diri kami . Untuk meningkatkan tahap
dalam bidang profesionalisme

keguruan ini perlu

sanggup menerima perubahan dan

melakukan perubahan dan cabaran serta bersedia menyumbang apa saja baik tenaga
dari segi fizikal dan mental . Setiap individu yang bergelar guru harus telah bersedia
menerima keadaan ini .
Akhir kata, kami berharap program-program sebegini dapat diteruskan dan mungkin di
sekolah sendiri untuk menerima pembaharuan dan penambahbaikan seterusnya dalam
aspek

meningkatkan profesionalisme guru dan juga dalam merapatkan silaturrahim

masyarakat kini. Sesungguhnya program ini dilihat telah berjaya mencapai objektif yang
dirancangkan.

Laporan reflektif

Laporan reflektif

10

You might also like