You are on page 1of 13

Resepi Kejayaan

1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'


Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan
jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan
menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari
daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah.
Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar
mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik.
Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh
antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja
ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima
empat jam sehari.
2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji)
terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua
subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar
kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan
masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti
topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan
bahagian-bahagian yang sukar difahami.
3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak
mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita
memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup
kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan

berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega
apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar.
Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan
penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat
suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila
penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa
lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal
klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.
4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang
dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan
bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya
dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba
kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek
dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.
5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek
tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagianbahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang
ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara
setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik
yang dibincangkan dan beri jawapan.
6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika
dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat

boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik
yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.
7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan
output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka
soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat
lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita
mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun
kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana
pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak
mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau
bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat
baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk
belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak
yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang
kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh
dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian
cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah
dipelajari.
8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk
pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar
dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar
secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh
ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian.
Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak
bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'


Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi
tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada
hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa
tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun
kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah
terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari.
Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa
peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian
akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa
mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka
menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya
ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa
dan kurang keyakinan diri.
10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis
Belajar.'
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah
berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali
semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting
kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup
dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

Belajar bisa di mana saja, kapan saja, dari sumber dan media belajar apa
saja. Belajar tidak hanya ditempuh melalui pendidikan formal maupun

informal saja, tetapi alam pun sudah menyediakan sumber yang bisa
menjadi inspirasi dalam belajar kehidupan. Salah satu yang bisa menjadi
guru dalam belajar adalah hewan semut. Meski secara fisik semut itu kecil,
tetapi ada beberapa pelajaran yang dapat kita ambil dari semut.
1. Never Give Up.
Pernah mencoba menghalangi jalan seekor semut? Apa yang terjadi? Si
semut pasti berusaha untuk mencari jalan lain. Kita halangi lagi jalan lain
yang akan di tempuh,dan dia tetap mencari jalan lain untuk menlanjutkan
perjalanannya. Terus-terusan kita halangi jalannya dan pasti terus-terusan
pula dia mencari jalan lain bahkan dia akan mendaki, meskipun resikonya
kehilangan nyawanya. Hikmah yang bisa kita ambil dari hal tersebut adalah
bahwa seekor semut tidak pernah menyerah terhadap halangan apapun
yang menghambat atau menghalangi tujuannya.
2. Kerjasama.
Kalau mau belajar kerja sama, kita harus belajar kepada semut. Jika seekor
semut menemukan makanan yang cukup besar, maka ia akan mengundang
rekan-rekannya untuk bersama-sama menggotong makanan tersebut ke
gudang mereka. Mereka akan mengerubuti makanan tersebut dari semua
arah dan berusaha membawanya bersama-sama. Jika makanan itu terlalu
besar dan berat untuk digotong bersama-sama, maka mereka akan merobek
makanan tersebut menjadi kecil-kecil dan membawa potongan yang kecilkecil itu ke gudang sarang mereka. Tidak ada yang menyombongkan diri
karena sudah menemukan makanan tersebut. Tidak ada juga yang
membanggakan diri karena bisa membawa potongan yang lebih besar.
Bahkan jika diperjalanan ada celah besar dan dalam yang menghalani
jalannya, ternyata yang terjadi adalah ada sebagian semut mengorbankan
diri mereka dengan cara merekatkan diri menjadi jembatan hidup guna
kelancaran perkerjaan rekan-rekan semut yang lain. Tujuan mereka hanya
satu, kerjasama menyelesaikan pekerjaan besar tersebut.
3. Mempersiapkan bekalan
Pada saat musim kemarau, mereka kumpulkan persediaan logistik dalam
gudang yang dibangun didalam sarang mereka yang jumlahnya cukup untuk
ribuan semut anggota keluarga mereka. Hal tersebut sebagai bekal
mengantisipasi saat musim hujan yang menyebabkan semut sulit mencari
makanan di luar sarang. Saat musim hujan, koloni semut juga masih tetap
mencari makanan meskipun berjuang lebih keras melawan hujan. Di dalam
dunia semut terjadi pembagian tugas yang jelas dan tegas, siapa

mengerjakan apa dan bertanggung jawab terhadap apa. Ratu bertugas


bertelur, ada semut-semut yang bertugas merawat telur-telur, pejantan
bertugas membuahi si Ratu dan setelah menyelesaikan tugasnya, biasanya
langsung mati. Semut pekerja bertugas mencari makanan untuk kebutuhan
semua, ada juga semut yang menerima persediaan makanan yang dibawa
oleh para semut pekerja tadi dan menyimpannya di semacam gudang
penyimpanan, kayaknya merekalah yang bertugas menjaga persediaan
makanan. Semut tersebut mengerjakan apa yang menjadi tugasnya, tidak
ada yang merasa lelah, jenuh, apalagi protes.
4. Bijak Mencari peluang.
Tahukan pepatah Ada gula Ada Semut. Secara konkret, buat percobaan
taruh sedikit gula dilantai yang tidak ada seekor semut pun di radius 100
meter, tinggalkan kira-kira setengah jam-an, lalu kembali untuk liat gula
tersebut, kira-kira apa yang terjadi? Pasti ada semut mengeliling bahkan
mengambil gula tersebut. Ingat! Tadi tidak ada semut sama sekali sekarang
tiba-tiba sudah ada semut.
Dari beberapa ilustrasi diatas, kita bisa mengambil pelajaran hidup. Seekor
semut saja tidak pernah berhenti, putus asa, frustasi, takut untuk selalu
mencoba dan berusaha untuk tetap sampai pada tujuannya. Sementara kita
manusia, yang dikatakan mahluk terbaik dilengkapi akal pikiran malah suka
sebaliknya, bahkan masih banyak yang bunuh diri karena frustasi. Kita harus
lebih baik dari semut mahluk kecil tapi produktif. Jangan pernah frustasi lagi,
tetap teruslah berusaha dengan berbagai cara dan metode yang terbaik.
Pasti dan pasti kita akan sampai pada tujuan kita yaitu kesuksesan.
Bertekad dan sabar
Pastikan apabila kita membuat sesuatu kerja, selesaikan. Bukan sekerat jalan
sahaja.

Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan
dalam pendidikan.
Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi
harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.

Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti


pengajaran guru.

Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira


sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR,
SPM dan STPM.

Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau


peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan,
peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang
sebenarnya).

Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku


rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.
Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti
datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah
dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin.
Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi
pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila


gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar
sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan
kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan
penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di


dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu.
Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar.


Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata
'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.

Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini


kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar
sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat
melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah


dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas
tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan
lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas
atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan.
Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang
diberikan oleh guru mereka.

Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan


yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam
peperiksaan.

Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai


gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku
untuk dipinjam.

Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu


pengetahuan tambahan.
Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan
pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.

Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam


peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran.
Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu
adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal
dalam peperiksaan yang sebenar.

Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar


sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk
mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah
dipatuhi.
Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan
semangat dan keyakinan diri.

Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami


teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.

Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan


pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan
pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge
the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak
semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku
rujukan.

Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan


kecekapan pelajar dalam pelajaran.
Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.
Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan
yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pla akan
melahirkan pemikiran yang lancar.

Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering
cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba
mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang
dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka
melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka
mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.

Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya


yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain

dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari
tangan kanan dalam kemalangan.

Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk


penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak 'junkfood'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang
terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh
menjejaskan kesihatan.
Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang
seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang
dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk
minda dan kesihatan tubuh badan.

Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek


kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila
menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu
sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk
kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih
cemerlang.

Kisah Semut dan Lalat


Beberapa ekor lalat nampak terbang berpesta di atas sebuah tong sampah di
depan sebuah rumah. Suatu ketika, anak pemilik rumah keluar dan tidak
menutup kembali pintu rumah. Kemudian nampak seekor lalat bergegas

terbang memasuki rumah itu. Si lalat langsung menuju sebuah meja makan
yang penuh dengan makanan lezat.
Saya bosan dengan sampah-sampah itu, ini saatnya menikmati makanan
segar, katanya. Setelah kenyang, si lalat bergegas ingin keluar dan terbang
menuju pintu saat dia masuk, namun ternyata pintu kaca itu telah terutup
rapat. Si lalat hinggap sesaat di kaca pintu memandangi kawan-kawannya
yang melambai-lambaikan tangannya seolah meminta agar dia bergabung
kembali dengan mereka.
Si lalat pun terbang di sekitar kaca, sesekali melompat dan menerjang kaca
itu, dengan tak kenal menyerah si lalat mencoba keluar dari pintu kaca. Lalat
itu merayap mengelilingi kaca dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan
bolak-balik, demikian terus dan terus berulang-ulang. Hari makin petang, si
lalat itu nampak kelelahan dan kelaparan. Esok paginya, nampak lalat itu
terkulai lemas terkapar di lantai.
Tak jauh dari tempat itu, nampak serombongan semut merah berjalan
beriringan keluar dari sarangnya untuk mencari makan. Dan ketika
menjumpai lalat yang tak berdaya itu, serentak mereka mengerumuni dan
beramai-ramai menggigit tubuh lalat itu hingga mati. Kawanan semut itu pun
beramai-ramai mengangkut bangkai lalat yang malang itu menuju sarang
mereka.
Dalam perjalanan, seekor semut kecil bertanya kepada rekannya yang lebih
tua, Ada apa dengan lalat ini, Pak? Mengapa dia sekarat? Oh.., itu sering
terjadi, ada saja lalat yang mati sia-sia seperti ini. Sebenarnya mereka ini
telah berusaha, dia sungguh-sungguh telah berjuang keras berusaha keluar
dari pintu kaca itu. Namun ketika tak juga menemukan jalan keluar, dia
frustasi dan kelelahan hingga akhirnya jatuh sekarat dan menjadi menu
makan malam kita.
Semut kecil itu nampak manggut-manggut, namun masih penasaran dan
bertanya lagi, Aku masih tidak mengerti, bukannya lalat itu sudah berusaha
keras? Kenapa tidak berhasil?
Masih sambil berjalan dan memanggul bangkai lalat, semut tua itu
menjawab, Lalat itu adalah seorang yang tak kenal menyerah dan telah
mencoba berulang kali, hanya saja dia melakukannya dengan cara-cara yang
sama. Semut tua itu memerintahkan rekan-rekannya berhenti sejenak
seraya melanjutkan perkataannya, namun kali ini dengan mimik dan nada
lebih serius, Ingat anak muda, jika kamu melakukan sesuatu dengan cara
yang sama tapi mengharapkan hasil yang berbeda, maka nasib kamu akan
seperti lalat ini.

Para pemenang tidak melakukan hal-hal yang berbeda, mereka hanya


melakukannya dengan cara yang berbeda.

Ditanya mengenai resipi kejayaan dan cara belajar yang dilakukan hingga
memperoleh keputusan cemerlang, dia berkata: Saya belajar dengan sabar.
Bagi saya dalam perjuangan mesti ada dugaan dan cabaran daripada Allah,
jadi sebagai pelajar Islam adalah perlu bagi saya untuk sabar dengan dugaan
kerana setiap kesusahan itu ada kesenangan.Cuma ketika musim
peperiksaan, pengetua menyarankan saya makan kurma, minum madu dan
susu, malah sebagai persediaan menghadapi peperiksaan saya berpuasa
dari hari pertama peperiksaan hingga hari terakhir.Bagi saya, itu usaha
terakhir yang boleh dilakukan selepas berusaha, katanya yang bercita-cita
menjadi profesor.
Azali juga mengakui pernah berputus asa, bagaimanapun menganggapnya
sebagai satu dugaan yang perlu dihadapi sebelum mencapai kejayaan yang
diingini.Pernah juga rasa tak boleh menguasai (mata pelajaran). Itulah
dugaan yang saya alami sebenarnya. Untuk pulihkan keyakinan saya jumpa
kaunselor, selain berbincang dengan ayah dan keluarga.Mereka banyak
bagi kekuatan untuk saya. Biasanya ayah akan nasihatkan saya supaya
melakukannya selagi ia bukan satu dosa. Kemudian, saya akan cuba bina
keyakinan diri untuk meneruskan usaha, katanya.

INGAT! Katakan pada diri anda,"aku akan terus bangun, berdiri dan
berlari, kerana aku bukan lemah!

You might also like