You are on page 1of 13

Sejarah sekolah

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL)


GHANDIJI, PARIT 4, SUNGAI BURONG,
SELANGOR DARUL EHSAN

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ghandiji, Parit 4, Sungai Burong diwujudkan


pada tahun 1948 sebagai sebuah Sekolah Pondok di Kampong Sungai Burong oleh
penduduk-penduduk dan penanam-penanam padi untuk tujuan murni iaitu memberi
pendidikan kepada anak-anak petani. Pada masa itu, sekolah ini mempunyai lebih
kurang 30 hingga 40 orang murid dan seorang guru pertama bernama En. S. Chelliah

yang bertugas sehingga tahun 1952. Pada tahun 1953 seorang guru yang kedua
bernama En. M. Muthupillai telah bertugas disekolah tersebut.
Pada tahun 1955, En. K. V. Munusamy PJK, selaku Ketua dan Ahli
Jawatankuasa Kampong Sungai Burong berusaha untuk mendapat sebidang tanah bagi
tujuan untuk membina sebuah sekolah yang baru ditanah tersebut. Dengan bantuan
Pemungut Hasil Tanah Daerah Kuala Selangor Tuan. T. A. Borie sebidang tanah seluas
5.5 ekar telah dikurniakan oleh kerajaan untuk membina sekolah baru tersebut. Sebuah
sekolah telah dibina atas tapak tanah tersebut dan diberi nama Sekolah Jenis
Kebangsaan (Tamil) Ghandiji, Parit 2, Sungai Burong.
En. K. V. Munusamy menjadi Pengerusi Sekolah tersebut dan pada tahun 1958,
sekolah itu memperolehi seorang guru Bahasa Inggeris serta dengan seorang guru
Bahasa Melayu. Pada tahun 1959, sekolah tersebut mempunyai empat orang guru
sebagai tenaga pengajar.
Pada tahun 1961, sekolah tersebut telah diubahsuai bagi menampung keperluan
guru sekolah dan rumah kediaman untuk guru sekolah disediakan. Bilangan murid-murid
terus meningkat dari tahun ke tahun hingga menjadi seramai 172 murid dan tenaga
pengajar seramai 11 orang guru. Tahun 1981 dan 1986 dengan usahasama Persatuan
Ibu Bapa dan Guru, tambahan pada struktur bangunan sekolah dibina untuk bilik guru
besar, bilik guru dan tiga bilik darjah.
Pada 10hb. Julai 1991 jam pukul 2.30 pagi satu kebakaran telah berlaku yang
telah musnahkan hampir keseluruhan bangunan sekolah tersebut dan kesemua
peralatan serta kelengkapan turut musnah. Pada tahun 1994, dengan sokongan dan
kerjasama oleh Y. B. Dato Seri Dr. S. Samy Vellu, Menteri Kerjaraya Malaysia
merangkap Presiden MIC Kebangsaan dan pertolongan Y. Bhg. Dato Haji. Saidin Adam,
bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang serta dengan MIC Bahagian Tanjong Karang dan
PIBG Sekolah Ghandiji dengan peruntukan penuh daripada Kementerian Pendidikan
Malaysia membiayai pembinaan bangunan baru sekolah dua tingkat. Dalam bangunan
sekolah ini mengandungi sebuah bilik guru besar, 3 buah bilik guru-guru, sebuah pejabat
pentadbiran, sebuah bilik perpustakaan, 5 kelas murid-murid dan dilengkapkan dengan
kemudahan asas seperti stor, bilik bersalin, kantin dan tandas.

Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Dr. S.
Samy Vellu, Menteri Kerjaraya Malaysia merangkap Presiden Malaysian Indian
Congress Malaysia pada 16hb. Oktober, 1997. Guru Besar yang berkhidmat pada masa
itu ialah En. K. Kathavarayan. Pada 01.04.1998, En. Mahalinggam, mengambil tempat
beliau sebagai guru besar sehingga pada tarikh 31.03.2003. Pada 02.05.2003 pula En.
N. Anna Durai telah menjadi Guru Besar dan seterusnya En. M. Chelladurai meneruskan
perkhidmatan pengurusannya mulai 16.11.2003 hingga 01.09.2005. Kemudian diikuti
En. P. Rajakumaran telah berkhidmat sebagai Pentadbir SJK(T) Ghandiji dari bulan
September 2005 sehingga Julai 2007.
Semenjak bulan Oktober 2007 sehingga sekrang, En. D. Elangkumaran telah
mengambil alih tugas sebagai Pentadbir SJK(T) Ghandiji yang baharu. Beliau sedang
berusaha untuk meningkatkan prestasi dan kemajuan murid. Pada 05.01.2008 sebuah
Bangunan Pra Sekolah telah dibina dan beroperasi sepenuhnya sehingga sekarang.
Berikut adalah senarai nama-nama Guru Besar yang telah berkhidmat di SJK(T)
Ghandiji:04.01.1968

30.10.1987

En. S. Perumal

05.01.1988

30.12.1990

En. P. Sakthiveloo

04.01.1991

30.03.1998

En. K. Kathavarayan

01.04.1998

31.03.2003

En. M. Mahalinggam

02.05.2003

15.11.2003

En. N. Anna Durai

16.11.2003

01.09.2005

En. M. Chelladurai

01.09.2005

31.07.2007

En. P. Rajakumaran

01.08.2007

28.02.2013

En. D. Elangkumaran

01.03.2013

En. R. Rajendran

Visi
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ghandiji akan menjadi sebuah sekolah
CEMERLANG di kalangan Sekolah-Sekolah Rendah Tamil Daerah Kuala Selangor
menjelang Tahun 2013.

Misi
Warga SJKT Ghandiji bertekad dan bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan
berteraskan falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui peningkatan kualiti 4T:
TEKUN, TELUS, TELITI dan TEPAT
menuju

ke

arah

kecemerlangan

pengurusan

pentadbiran

sekolah,

akademik,

kokurikulum dan sahsiah.

PIAGAM

Kami Berjanji Akan Berusaha Untuk Memperkembangkan Keupayaan Pelajar Ke Arah


Kecemerlangan Pendidikan Dengan Menekankan
Kepada:
Meningkatkan prestasi dan kecemerlangan pelajar dalam bidang kurikulum, kokurikulum
dan sahsiah.
Kewujudan suasana harmoni, kerjasama dan kekeluargaan di kalangan pelajar, guru,
ibubapa dan anggota masyarakat.

Carta organisasi sekolah

Peranan pihak pengurusan dan guru

Sekolah amat berperanan penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan (FPK). Hal ini kerana sekolah merupakan agen sosialisasi dan agen
perubahan seseorang insan. Di sekolah jugalah nilai-nilai murni harus diterapkan dalam
diri murid-murid untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari pelbagai aspek
JERIS iaitu, jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan matlamat dan
objektif FPK.
Pengurusan sesebuah sekolah yang berkesan memainkan peranan yang penting
untuk memastikan sekolah berkenaan mencapai matlamat yang diharapkan. Jika
sesebuah sekolah ingin mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang, maka
pentadbir sekolah berkenaan perlulah mempunyai matlamat dan strategi yang jelas
untuk mencapai maksud yang diharapkan. Kerjasama dan kesepaduan yang baik antara
pentadbir dan guru-guru dapat menghasilkan pelajar yang mempunyai prestasi yang
cemerlang dalam pelbagai bidang. Namun begitu, tidak semua guru dapat memberi
kerjasama sepenuhnya antara satu sama lain.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak akan dapat dilaksanakan jika tidak ada
pihak yang ingin mainkan peranan masing-masing. Pihak sekolah merupakan peranan
terbesar dalam pelaksanaan FPK. Pendidikan itu bermula dari rumah tetapi sekolah
merupakan tempat mendidik yang lebih khusus. Oleh itu, FPK ini dijalankan di sekolah.
Di sekolah setiap individu memainkan peranan masing-masing untuk melaksanakan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Antara pihak yang berkaitan ialah:

Guru Besar
Guru Besar merupakan tonggak utama di sekolah kerana beliaulah yang
menguruskan dan menggerakkan semua hal yang berkaitan dengan pengurusan dan
pentadbiran sekolah. Guru Besar merupakan ketua dan pemimpin yang perlu
mempunyai matlamat, strategi, gaya dan pemantauan kepimpinan terhadap guru-guru
ke arah pencapaian objektif sekolah. Jika Guru Besar tersebut seorang yang tidak
berdisiplin, maka pincanglah segala perancangan dan pengurusan sekolah tersebut.
Jadi, kecemerlangan sesebuah sekolah wajar dirintis oleh kepimpinan sekolah yang

diterajui oleh Guru Besar untuk melahirkan insan yang seimbang dari semua aspek
JERIS selaras dengan hasrat FPK.
Guru Besar juga bertanggungjawab dalam semua hal yang berkaitan dengan
kewangan sekolah. Segala duit debit dan kredit yang digunakan oleh sekolah perlu
mendapat pengesahan dari Guru Besar terlebih dahulu. Siapa kata tugas seorang Guru
Besar itu merupakan tugas yang senang? Guru Besar juga berperanan penting dalam
merangka matlamat sekolah, menerangkan matlamat sekolah, memantau dan menilai
pengajaran guru, menyelaras kurikulum, memantau kemajuan murid, mengawal masa
pengajaran,

sentiasa kelihatan,

memberi ganjaran

untuk guru,

menggalakkan

perkembangan profesionalisme guru dan menyediakan insentif untuk murid.


Edmond (1977), Sweeney (1982), Hussein Mahmood (1993) dan Leithwood dan
Jantzi (1997) menekankan bahawa Guru Besar perlu mempunyai sesitiviti terhadap
bakat dan kemahiran guru-guru, berkongsi matlamat dan membuat keputusan, memberi
latihan pembangunan profesionalisme kepada guru-guru dan interaksi yang tinggi
terhadap guru-guru. Maksudnya di sini, Guru Besar berperanan penting dalam
meningkatkan tahap profesionalisme seseorang guru untuk mencapai objektif sekolah
yang dengan lebih efektif dan sistematik.
Guru Besar bukan sahaja merancang segala aktiviti dan program di sekolah,
namun perlu turut sama terlibat dengan perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang dirancang di
sekolah. Guru Besar yang cemerlang akan sentiasa memberikan sokongan dan galakan
kepada guru-guru untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih baik dan
menarik minat murid-murid untuk belajar. Beliau bukan sahaja pandai memberi arahan,
namun perlu turut serta terlibat dengan program-program serta perlaksanaan yang
dijalankan di sekolah. Penglibatan secara langsung Guru Besar dengan organisasi
sekolah amat penting dalam mewujudkan suasana dan iklim sekolah yang harmonis dan
damai selaras dengan kehendak FPK.
Selain itu, Guru Besar juga dijadikan tempat rujukan organisasi sekolah. Jika
terdapat kakitangan sekolah yang menghadapi masalah, guru besar perlu peka dan
prihatin terhadap mereka. Seorang pemimpin yang baik akan dapat memahami
kesulitan yang dialami oleh kakitangannya. Beliau perlu meringankan tangan dan
bersedia untuk menolong kakitangannya yang mempunyai masalah tersebut. Sifat
empati yang tinggi perlu ada di dalam diri seorang pemimpin agar sentiasa dihormati

dan disenangi oleh semua pihak sekolah. Jika kita berbuat baik kepada orang lain,
orang lain akan senang memberikan pertolongan kepada kita kelak dan begitulah
sebaliknya.

Pemimpin

menyebabkan

banyak

yang

tidak

berlaku

mengendahkan

implikasi

keadaan

negetif. Contohnya,

staf-stafnya

akan

guru tidak akan

memberikan kerjasama yang baik kepada Guru Besar jika Guru Besar meminta
pertolongan dari guru tersebut.
Oleh itu, Guru Besar yang baik dan dihormati oleh semua warga sekolah
termasuk

murid-murid

perlulah

mempunyai

keterampilan

yang

baik

dalam

melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam menguruskan pentadbiran


sekolah.

Guru Penolong Kanan


Guru Penolong Kanan (GPK) juga memainkan peranan yang penting di
sesebuah sekolah. Terdapat 3 jenis guru Penolong Kanan di setiap sekolah iaitu GPK 1,
GPK Kokurikulum dan GPK HEM. Tugas - tugas GPK ini adalah untuk melicinkan segala
pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Mereka bertanggungjawab kepada Guru Besar
dalam hal pentadbiran, kurikulum, pengurusan guru dan kakitangan bukan guru.
Guru Penolong Kanan 1 (GPK 1) merupakan orang yang paling hampir dengan
guru besar. Beliau akan menggantikan guru besar ketika ketiadaannya. Segala urusan
berkaitan dengan jadual waktu dan guru terletak di bawah tugas GPK 1. Apabila
terdapat guru yang tidak hadir maklumat perlu disampaikan kepada GPK 1 dan beliau
akan mencari guru ganti mengisi kekosongan kelas. GPK 1 merupakan orang kedua
selepas guru besar dan perlu sama-sama memastikan kelancaran pentadbiran sekolah.
Segala masalah berkaitan dengan guru, GPK 1 akan menyelesaikannya. Ini kerana
semua masalah guru terletak di bawah tanggungjawab GPK 1

jadual waktu yang

disediakan hendaklah selaras dan tiada berlaku pertindihan waktu antara guru. Struktur
organisasi sekolah juga berada di bawah kawalan GPK 1 ini. Kesimpulannya,GPK 1 ini
memainkan peranan penting dalam membantu guru besar untuk melaksanakan
Falsafah Pendidikan Kebanfsaan dengan jayanya.
Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK Ko) merupakan orang yang
bertanggungjawab dalam bidang kokurikulum di sesebuah sekolah. Kurikulum

merupakan satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu


pengetahuan serta kemahiran, nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan
yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahlinya. GPK Ko
mempunyai dua bidang iaitu kurikulum dan kokurikulum. Dari segi kurikulum beliau
bertanggungjawab dalam pembelajaran yang berlaku di sekolah. Beliau menyelaraskan
sistem pembelajaran supaya menepati kehendak dan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Dari segi kokurikulum pula beliau melaksanakan sukan dan persatuan di
dalam sekolah. Ini bertepatan dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Pelajar di sekolah bukan sahaja pandai dari segi pelajaran tetapi pandai dari segi sukan
dan persatuan. Guru Penolong Kanan Ko yang bertanggungjawab untuk melaksanakan
hasrat Falsafah ini.
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) merupakan guru yang
bertanggungjawab dalam hal kebajikan dan masalah palajar di sekolah. Jika terdapat
pelajar yang sakit, PK HEM yang bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada ibu
bapa pelajar tersebut. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) juga berada di bawah
kawalan guru ini. Pelajar yang kurang bernasib baik akan diberikan bantuan RMT dan
guru inilah yang bertanggungjawab mengenalpasti pelajar yang kurang bernasib baik itu.
Selain itu, PK HEM juga bertanggungjawab mengenalpasti murid-murid yang cemerlang
namun dalam golongan miskin untuk diberi biasiswa. Pemberian biasiswa kecil kerajaan
ini adalah bertujuan untuk mengurangkan beban keluarga murid tersebut. Murid-murid
yang mempunyai masalah Masalah disiplin juga terletak di bawah kawalan guru ini. Jika
berlaku pergaduhan pelajar tersebut akan dipanggil oleh guru ini untuk diberikan sedikit
teguran dan ibu bapa akan dipanggil bagi sama-sama menyelesaikan masalah. Guru ini
bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin di sekolah dan mengambil berat
kebajikan pelajar supaya pelajar yang keluar dari sekolah nanti akan seimbang dirinya.
Kesimpulannya, guru Penolong Kanan ini adalah pendokong kepada kelancaran
perlaksanaan pengurusan dan pentadbiran sekolah. GPK bukan sahaja untuk
melicinkan pentadbiran sekolah tetapi turut merupakan penasihat kepada Guru Besar.
Guru Besar dapat meminta pertolongan dan pandangan dari GPK agar segala
pengurusan yang dijalankan itu selaras dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan
warganegara yang menyeluruh dan seimbang dari pelbagai aspek.

Ketua Panitia
Guru yang dilantik menjadi ketua panitia kebiasaannya dipilih berdasarkan
kecemerlangannya dalam mata pelajaran tertentu. Setiap mata pelajaran mempunyai
seorang ketua panitia masing-masing. Sebagai contoh panitia Bahasa Melayu akan
diketuai oleh seorang ketua iaitu ketua panitia bahasa Melayu. Namun terdapat mata
pelajaran yang tidak mempunyai ketua panitia iaitu mata pelajaran prasekolah, J-Qaf
dan pendidikan khas.
Ketua panitia bertanggungjawab untuk memastikan kecemerlangan panitia yang
diketuainya. Menyediakan rancangan mengajar bagi panitia dan setiap guru akan
merujuk kepada rancangan mengajar tersebut. Rancangan mengajar yang disediakan
hendaklah selaras di semua sekolah demi untuk mencapai matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Ketua panitia merancang untuk meningkatkan kecemerlangan
pelajar dalam bidang yang diuruskannya. Maksudnya jika panitia matematik maka ketua
panitia matematik merancang satu kem untuk meningkatkan kecemerlangan dalam
matematik. Ketua panitia ini memainkan peranan yang besar untuk memajukan subjeksubjek di sekolah bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Jika seseorang guru mempunyai masalah berhubung dengan kurikulum dan
pengajaran, mereka perlu berjumpa dengan ketua panitia masing -masing sebelum
dirujuk kepada Guru Besar atau Guru-guru Penolong Kanan sekolah. Jadi ketua panitia
hendaklah sentiasa peka terhadap keperluan guru-guru di bawah naungannya. Jadi,
peranan ketua panitia ini amat penting dalam memperbaiki kelemahan pengajaran
selain dapat meningkatkan prestasi dan mutu semasa proses pengajaran dan
pembelajaran yang selaras dengan hasrat FPK yang ingin melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan serta berkeupayaan memberi sumbangan kepada kemajuan
negara.

Guru
Guru memainkan peranan yang amat penting dalam keseimbangan murid-murid
di sekolah. Tugas guru bukan sahaja untuk mengajar semata - mata namun mereka
telah diberikan tugas untuk menjaga dan memegang kelas yang terdapat di sekolah.
Guru kelas bertindak menggantikan bapa atau ibu ketika murid-murid di sekolah. Setiap

masalah pelajar guru harus mengetahui supaya tidak mengganggu sesi pembelajaran.
Kehadiran pelajar guru harus mengambil berat dan menanyakan sebab jika tidak hadir
ke sekolah. Setiap masalah yang berlaku guru kelas harus menyelesaikannya supaya
pelajar minat untuk hadir di sekolah. Guru bilik darjah juga bertanggungjawab untuk
menghias kelas masing - masing kerana terdapat program keceriaan yang dijalankan di
sekolah. Penyusunan organisasi di dalam kelas dan jadual bertugas juga dilakukan oleh
guru bilik darjah. Bilik darjah yang ceria dan menarik dapat menarik minat murid - murid
untuk datang ke sekolah.
Guru perlu membimbing murid-murid mereka cara belajar yang baik. Sebagai
contoh, guru perlu memberi sokongan dan dorongan yang tinggi kepada murid kelas
mereka supaya rajin belajar agar mendapat keputusan yang cemerlang. Guru bilik
darjah yang baik bertanggungjawab dalam mendisiplinkan murid-murid di dalam
kelasnya. Nasihat yang diberikan haruslah dapat membina keyakinan mereka untuk
belajar dan mengamalkan nilai-nilai murni. Kata-kata nasihat yang baik dapat
membentuk peribadi dan sahsiah murid-murid agar sejajar dengan nilai dan norma
dalam masyarakat pada hari ini.
Tuntasnya, guru ini merupakan tempat bergantung murid-murid ketika di sekolah.
Hal ini kerana, guru merupakan orang yang paling rapat dengan murid-murid .Oleh itu,
peranan guru amat penting dalam melahirkan murid-murid yang seimbang dan
berpekerti mulia.

Sukatan pelajaran
Buku rekod pengajaran guru
Sumber pengajaran dan pembelajaran
Kokurikulum

Data Bilangan Murid SJKT GHANDIJI


TAHUN 2009
Darjah
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6
Pra Sekolah
JUMLAH

Lelaki
4
5
4
10
2
3
5
33

Perempuan
4
2
3
4
4
4
11
32

Jumlah
8
7
7
14
6
7
16
65

Data Bilangan Guru Dan Kakitangan SJKT GHANDIJI


TAHUN 2009
Guru
Lelaki
2

Guru
Perempuan
10

Pembersih
Swasta(L)
2

Pembersih
Swasta(P)
2

Jumlah
Pekerja
4

Jaga
Swasta(L)
2

Jaga
Swasta(P)
-

Jumlah
Jaga Sek
2

Jumlah
12

You might also like